Tanggal 31, bulan 8, 57….merdeka..merdeka…
…dan kalau negara Malaysia ada tarikh keramatnya, sayapun ada beberapa tarikh keramat yang boleh saya ingati. Salah satu daripadanya ialah tarikh hari ini, 09 Ogos 2009. Tarikh ini bukanlah tarikh perkahwinan saya dan bukan juga tarikh lahir. Tetapi tarikh ini adalah tarikh pertama saya menjejakkan kaki ke dalam dunia pendidikan. Pada tarikh ini, genaplah 10 tahun saya saya menjadi warga pendidik.
Walaubagaimanapun, tempoh 10 tahun ini tidaklah menjadikan saya seorang yang besar kepala. Saya tetap menganggap pengalaman 10 tahun adalah terlalu kecil berbanding pengalaman rakan-rakan yang lain. Sebab itu saya masih mengharapkan bimbingan daripada rakan-rakan yang mempunyai pengalaman luas.
Ajarlah saya, bimbinglah saya.. Moga kita sama-sama beroleh rahmat daripada-Nya di atas bakti yang kita curahkan kepada anak didik kita.



{ 1 comment… read it below or add one }
Salam. selamat berjuang menjadi pendidik. Mu’allim, murobbi.
Semoga pekerjaan anda sentiasa diberkati dan mendapat rahmat.
Sy juga bakal bergelar guru jika dipanjangkan umur.