1Sabah dan Utara.FM di Akhbar
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: November 17th, 2009.Masih ingat pos aku yang bertajuk Utara.FM Dihargai di Pitas? Kalau tak ingat atau belum baca, scroll jak entri di bawah tu atau klik pada tajuk di atas.. Nanti boleh nampak la tu entri tu..
Ari tu aku pos pasal UtaraFM, yang telah bersiaran langsung sempena Program Gaya Hidup Sihat anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah dengan kerjasama Bulan Sabit Malaysia cabang Pitas, telah mula mendapat perhatian daripada beberapa pemimpin di daerah sendiri…(Sebelum ini kurang mendapat perhatian sebenarnya.. itu memang realiti)…
Kali ni aku cukup happy sebenarnya apabila sekali lagi cerita tentang 1Sabah.net dan UtaraFM.net disebut dengan jelas di sebuah akhbar tempatan, iaitu Utusan Borneo, Edisi Isini, 16 November 2009, di segmen Hiburan. Tajuk Berita tu sebenarnya lebih menyebut tentang DJ Rumputt… ketua pentadbir dan DJ otai UtaraFM… Tapi secara keseluruhan berita tu juga ada sebut secara berkenaan komuniti 1Sabah.net dan utaraFM.net…
Ni antara kandungan berita yang sempat aku petik:
….. purata pengunjungnya setiap hari ialah 1,000 orang. Portal ini turut dibantu oleh Roslan Ag.Salleh (Kulanz) dan Mohd Noor Ag.Yahya (911) manakala ahli jawatankuasa terdiri daripada Mohd Khairul Abdullah, Dr.Safree Jefree, Mohd Fadzil Abd Karim, Hazahar Ag.Salleh, Iswadi Awang, Noor Anita Awang, Maklin Masiau, Tiara Sibil, Jesvi Taising, Jahudi Masilun dan Mariah Doksil.
….. Sementara itu, beliau berkata Penasihat 1Sabah.net ialah Androd Sadian atau lebih dikenali sebagai Sanguru…
Yang best tentang UtaraFM ni… Deejay2 nya bukan hanya berada di satu tempat saja.. ada DJ yang berada di Pitas, Kota Marudu, Ranau, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan yang paling jauh ialah di Jepun… dan yang lagi membanggakan, Radio Online UtaraFm telah dilancarkan oleh Tun Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi (Pak Lah)..
Apa-apapun, 1Sabah.net dan UtaraFM.net tiada maknanya tanpa sokongan daripada ahli komuniti dan pendengar setia radio online ni… so, terima kasihlah atas sokongan semua…
p/s: Tak sangka terselit juga nama dan gambar aku dalam berita tu.. thanks DJ Rumputt..
- Nanti aku upload pic yg lain pula..


zaidah
November 17th, 2009 at 1:53 pm
mcm mana nk pm saudara.. just want to ask a tiny question.thanks
[Reply]
kulanz
November 17th, 2009 at 3:24 pm
Salam zaidah.. boleh terus email sya melalui ruangan ‘contact‘ di menu atas
[Reply]
Lintagu
November 23rd, 2009 at 6:54 pm
Tahniah tn dan utarafm..
[Reply]
kulanz
November 25th, 2009 at 2:33 am
@Pn Lintagu… atas sokongan semua sebenarnya
[Reply]
Mr. Cuz
November 29th, 2009 at 2:42 pm
wah..dh lama nk komen tp asik terlupa saja..
apa²pn tahniah bro..huhu terusla maju demi industri radio negara..
[Reply]
kulanz Reply:
November 30th, 2009 at 2:34 am
@Mr.Cuz, makasih bro.. radio kampung2 jak tu bro.. saja mengisi masa lapang..
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
December 5th, 2009 at 4:50 am
huish..jangan ckap mcm tu..kre ok pe dari tak de langsung..hehe
[Reply]
kulanz Reply:
December 5th, 2009 at 9:05 pm
yup.. betul tu bro.. apa2pun tetap bersyukur..
[Reply]
UTARA.FM DIHARGAI DI PITAS | SEMUA JADI SATU
December 2nd, 2009 at 4:44 am
[...] 1Sabah dan Utara.FM di Akhbar [...]
farra-eng
December 3rd, 2009 at 11:09 am
tahniah2
[Reply]
kulanz Reply:
December 3rd, 2009 at 11:44 am
Terima kasih…
[Reply]
Ivan
December 15th, 2009 at 6:17 pm
Hi, Bravo, remarkable idea and is duly
Ivan
[Reply]
kulanz Reply:
December 16th, 2009 at 5:37 pm
Thanks Ivan.. success for you too
[Reply]
Dougles
December 16th, 2009 at 5:13 pm
Hi, Come On
Thank you
Dougles
[Reply]
kulanz Reply:
December 16th, 2009 at 6:01 pm
Hi, thanks for visited..
[Reply]