Archive for June 2009

Radio Internet Pertama di Pitas

Bukan mudah untuk mendengar nyanyian Bolvin John, Muari Upong, Muari Munabi, Mohd. Noor dan ramai lagi penyanyi kelahiran Pitas di corong-corong radio/speaker kita. Tapi PONET.fm tanpa segan silu menyiarkan lagu-lagu dalam bahasa Sungai/Tombonuo ini. Siap mempromosikan lagi. Go..PONET.fm, saya pasti akan menjadi pendengar setiamu. Kepada rakan-rakan Pitas, siapa lagi yang hendak kita sokong, jom! ke http://utarafm.net

Tak Kenal Maka Tak Cinta…..

Selalu sahaja kita terbaca di mana-mana sumber penulisan atau terdengar orang di sekeliling kita bercakap “Tak kenal, maka tak cinta”. Adakah ungkapan atau pernyataan ini bererti apabila mengenali seseorang atau sesuatu, hati terus terpaut dan perasaan cinta terus berkembang mekar?? Mungkin Ya, mungkin Tidak…

Jika jawapan yang anda berikan “YA”, maknanya anda telah merasai bagaimana perasaannya jatuh cinta pada pandangan pertama…tetapi jika jawapan yang diberikan sebaliknya, bererti bukan jodohlah namanya…