Home >>

August 2009

Rutin Kembali

17.08.2009 Hiburan

Setelah menghabiskan hujung minggu bersama rakan-rakan KUSNET dalam Program Mencipta Rekod 48 Jam Bersiaran Tanpa Henti bersama DJ-DJ UtaraFM. Kini saya kembali kepada rutin harian asal, bekerja selama lebih kurang 7 jam ikut waktu pejabat. Walaupun begitu, pengalaman sepanjang 3 hari 2 malam program tersebut memang memberikan banyak pengalaman pahit manis kepada saya sendiri. Masa [...]

0 comments Read the full article →

Kami Bersedia

14.08.2009 Hiburan

Kami bersedia menyahut cabaran Program 48 Jam Bersama DJ-DJ UtaraFM. Lihatlah antara gelagat kami yang sempat dirakamkan. Konti Sementara UtaraFM yang terletak di bilik 101, Hotel Marudu Inn, Kota Marudu. Minum petang bersama sebelum program bermula. Acara pembukaan Program. Pelancaran Program yang disempurnakan oleh Tuan Sanguru, Penasihat Komuniti Utara Sabah (KUSNET), yang juga pengerusi Gabungan [...]

0 comments Read the full article →

Bukti Komitmen Pemimpin

14.08.2009 Nasional

Pegawai Pelajaran Daerah Pitas, Encik Halim Bin Bidin adalah antara tetamu khas yang akan hadir untuk segmen 48 Minit Bersama Pendidik sempena Program Rekod 48 Jam Bersama DJ-DJ Utara.FM yang akan diadakan di Hotel Marudu Inn, Kota Marudu, Sabah pada 14-16 Ogos 2009. Semasa ditemui, beliau telah menyatakan persetujuan untuk sama-sama memberikan sokongan kepada program [...]

1 comment Read the full article →

10 Tahun Aku Bersamamu…

09.08.2009 Pendidikan

Tanggal 31, bulan 8, 57….merdeka..merdeka… Pasti semua tahu senikata lagu itu. Lagu ini selalu sahaja berkumandang di corong-corong radio, televisyen, bahkan menjadi siulan rakyat Malaysia. Ya… lagu yang membolehkan kita mengingati peristiwa bersejarah, tentang negara Malaysia yang diisytiharkan merdeka tanpa pertumpahan darah.. Ini adalah di antara tarikh keramat negara ini. …dan kalau negara Malaysia ada [...]

1 comment Read the full article →

Benarkah Malang Tidak Berbau

09.08.2009 Personal

Pepatah Melayu ada mengatakan, “Malang tidak berbau”. Benarkah malang itu tidak berbau atau kita yang sengaja menutup hidung agar tidak terhidu bau malang? Memang kita kena akui bahawa malang memang tidak dapat dihidu, tidak dapat diramal atau tidak ada pembayang yang jelas mengatakan bahawa hari ini kita akan mendapat malang. Semua kejadian ini memang telah [...]

2 comments Read the full article →

Hujung Minggu Yang Menyeksakan

07.08.2009 Personal

Bagi yang bekerja ikut waktu pejabat macam saya (7.30 a.m. – 4.30 a.m.), hujung minggu adalah waktu yang ditunggu-tunggu. Sebab masa inilah banyak perkara yang boleh dilakukan. Setidak-tidaknya, saya dapat meluangkan masa melakukan aktiviti bersama keluarga. Makan bersama, menonton televisyen, keluar membeli-belah, membersihkan halaman rumah dan sebagainya. Bahkan sekali-sekala saya turut menggunakan waktu hujung minggu [...]

0 comments Read the full article →

Isu-Isu Pendidikan di Malaysia

06.08.2009 Artikel

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi [...]

161 comments Read the full article →

Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia

06.08.2009 Artikel

Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

97 comments Read the full article →

Guru dan Kemahiran Profesional

02.08.2009 Artikel

Konsep Kemahiran Profesional Kemahiran profesional bermaksud seseorang itu mempunyai kemahiran dan pakar dalam bidang yang diceburinya. Seseorang yang memiliki kemahiran profesional mampu melaksanakan tugasnya tanpa banyak masalah yang timbul. Bagi seseorang yang profesional, dia bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain. Tiga ciri kemahiran profesional guru. Selain daripada [...]

2 comments Read the full article →

PUISI – Mak Cik Pulut Panggang

02.08.2009 Personal

Puisi ini sebenarnya adalah hasil karya seorang rakan..sengaja saya muatkan di sini kerana secara tidak langsung ia sebenarnya ada kena-mengena dengan diri saya sendiri….Bagi sesetengah orang, karya ini mungkin hanya sekadar coretan biasa sahaja…tapi saya cukup terharu setelah membacanya…terima kasih Irnanis.. Suatu ketika.. tika keanak-anakan.. tika keremajaan.. tika kedewasaan.. tika meniti ‘tika’ itu.. kukenali..kucari..kuminati.. terimbau [...]

1 comment Read the full article →