Archive for September 2009

Ketsana

Niat untuk menghadiri taklimat di Kota Kinabalu awal pagi ini terpaksa dilupakan apabila jalan keluar dari rumah yang setiap hari dilalui untuk ke jalan raya utama tidak dapat dilalui disebabkan pokok kelapa tumbang dan melintang di atas jalan berkenaan. Manakala jalan yang satu lagi memang sudah beberapa hari tidak dapat dilalui disebabkan kerja-kerja pembaikan jambatan [...]

DJ Siiputt Sedang Beraksi

Nampaknya DJ Siiputt, DJ UtaraFM adalah antara yang paling sibuk petang tadi bagi mempersiapkan peralatan untuk bersiaran secara langsung dari Dewan Masyarakat Kota Marudu, Sabah sempena Konsert Mini Felix Agus (Bekas Peserta Akademi Fantasi). Selain DJ Siiputt, turut sibuk dengan persiapan itu termasuklah DJ Kupang, DJ Tom, DJ Nong, DJ MKA, DJ Batman, wady, kroniquecurl [...]

Raya Bersama DJ Muzik FM

Mungkin kalau dilihat pada wajahnya, masih ramai yang tidak mengenalinya. Namun kalau didengar pada suaranya, tentu ramai yang mengingati nama ini. Siapa tidak kenal dengan Ady Silantra, DJ Muzik FM yang selalu muncul dengan iklan-iklan Muzik FM yang semakin segar. Malah segmen Geng-Geng Tengah Malam dan Carta 20 MUZIKfm tetap jadi pilihan pendengar. Seperti tahun-tahun [...]

Dia Tetap Di Ingatan

Walaupun Hari Raya 2009 ini merupakan hari raya kedua kami tidak bersama-sama dengan ibu. Namun dia tetap dalam ingatan sepanjang hayat. Jasa dan pengorbanan serta kasih sayang ibu sentiasa terpahat kemas di hati. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan yang beriman. Amin.

Aidil Fitri Bersama Keluarga

Tiada kata yang mampu diucapkan melainkan rasa kesyukuran apabila sekali lagi diberi peluang merayakan Hari Raya Aidil Fitri bersama keluarga tersayang..

Salam Lebaran

Dengan hati yang tulus ikhlas, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh umat Islam, khususnya rakan-rakan blogger.. Maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap bicara.. Moga silaturrahim terjalin erat antara kita.

Majlis Berbuka Puasa

Sebelum bercuti.. warga PPD Pitas sempat mengadakan majlis berbuka puasa. Selain bertujuan untuk berkenalan dan beramah mesra bersama ahli keluarga, turut diadakan juga ceramah agama/tazkirah sementara menanti waktu berbuka puasa. Warga PPD juga sempat sembahyang Maghrib secara berjemaah selepas berbuka puasa. Dalam sibuk-sibuk ambil gambar kawan-kawan, aku lupa pula minta orang ambil gambar aku… adehh..

Salam dari Pitas

Pitas merupakan salah sebuah daerah di Sabah yang terletak di Utara Sabah. Jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain di Sabah dan Malaysia, Pitas agak ketinggalan dari segi infrastruktur/hospitaliti. Hal ini menyebabkan suatu ketika dahulu daerah Pitas pernah disenaraikan sebagai DAERAH TERMISKIN di Malaysia. Jika dilihat Melalui Google Map, Pitas tidak dapat dilihat secara jelas. Mungkin tiada [...]

Pengenalan Tentang Kepimpinan

Definisi Konsep Secara umumnya, pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan itu. Ini bermakna kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan kumpulan ke arah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancang. Sesetengah orang menganggap ‘pemimpin’ itu seseorang yang boleh mendorong pengikut untuk bekerja kuat,menghasilkan sesuatu yang agung [...]

Page 1 of 212