Home >> Info >> 5 Fakta Alam Semesta Yang Perlu Anda Ketahui

5 Fakta Alam Semesta Yang Perlu Anda Ketahui

by Kulanzsalleh on July 11, 2013 · 12 comments

Kali ini saya kongsikan 5 fakta sains untuk menambahkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan alam semesta.

Milky WayBima Sakti

Bima Sakti (Milky Way) atau “the Galaxy” sebenarnya merupakan galaksi pilin berpalang di mana terletaknya Sistem Suria kita. Satah galaksi Bima Sakti dapat dilihat dari Bumi sebagai jalur cahaya di langit malam. Bima sakti kelihatan lebih terang dari Hemisfera Selatan kerana bahagian selatan Bumi menghala terus ke arah pusat bintang dalam galaksi kita.

Cahaya dari bima sakti sebenarnya lebih terang daipada cahaya bulan. Itulah sebabnya jalur cahaya bima sakti tadi masih boleh kelihatan walaupun pada bulan purnama. Namun disebabkan jaraknya yang jauh dari Bumi, ia memang amat sukar dilihat dengan mata kasar.

Planet Terpanas

Utarid (Mercury) dan zuhrah (Venus) dikenali sebagai planet neraka kerana kedua-duanya terletak paling hampir dengan Matahari.

Kecerahan Matahari di planet Utarid adalah enam kali ganda lebih terang berbanding di Bumi. Pada waktu siang, langit di sekitarnya adalah hitam dan cuaca sebegini cukup panas untuk mencairkan apa-apa benda di permukaannya manakala pada waktu malam pula cuacanya lebih sejuk berbanding alat penyejukbekuan. Di sesetengah bahagian di Utarid, Matahari kelihatan terbit dua kali sehari.

Utarid Zuhrah

Walaupun lebih jauh dari Matahari, planet zuhrah sebenarnya lebih panas daripada Utarid, iaitu sekitar 4600C. Pada suhu sebegini manusia boleh mati serta merta.  Keadaan di Zuhrah juga sangat ekstrim sehingga menyebabkan prob angkasa yang cuba didaratkan di permukaan Zuhrah hanya mampu bertahan beberapa jam sebelum lebur. Zuhrah juga satu-satunya planet dalam sistem suria yang berputar ikut arah jam. Bermakna, Matahari akan terbit dari arah Barat bukan arah Timur!

Planet Paling Sejuk

Uranus dan Neptun merupakan dua planet yang dikenali sebagai “planet ais”. Suhu di Uranus dan Neptun adalah lebih sejuk daripada mana-mana bahagian di Bumi. Uranus memiliki suhu sekitar -2000C manakala Neptun sekitar -2100C. Keadaan suhunya sebegini kerana kedudukannya yang jauh dari Matahari. Kelajuan angin di planet Neptun pula adalah melebih 2,000 kilometer/jam, iaitu tiupan angin paling laju di dalam Sistem Suria.

Uranus Neptun

Planet Kerdil

Selepas tahun 2006, hanya terdapat 8 planet dalam sistem suria berbanding 9 sebelumnya. Kenapa 8 saja? Mana lagi satu?.Planet Kerdil

Penemuan Eris pada tahun 2006 memaksa ahli astronomi mendefinisikan semula atau meletakkan sfesifikasi khusus untuk mengklasifikasikan sesuatu objek sebagai planet. Justeru, International Astronomical Union (IAU) telah mengeluarkan Pluto daripada senarai kesembilan planet dan meletakkannya bersama-sama dengan Eris dan Ceres. Ketiga-tiga objek ini merupakan kumpulan planet kerdil yang pertama. Selain itu, terdapat juga beberapa planet kerdil lain dalam Sistem Suria.

Serpihan Angkasa

Serpihan angkasa atau juga dikenali sebagai serpihan orbit, sampah-sarap angkasa dan sisa angkasa merupakan kumpulan objek-objek yang tidak berfungsi yang terdapat di orbit mengelilingi Bumi. Serpihan-serpihan ini termasuk bahagian-bahagian roket yang dipisahkan mengikut fasa, satelit lama, serpihan daripada perlanggaran satelit, pakaian angkasawan, sisa buangan dan sebagainya.

Pada Februari 2009, perlanggaran besar yang pertama berlaku antara dua satelit. Satelit lama Rusia telah merempuh satelit Amerika Syarikat yang masih berfungsi menyebabkan terhasil lebih daripada 600 serpihan yang kini menjadi sebahagian daripada sampah-sarap angksa.

Space Junk


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 12 comments… read them below or add one }

1 Anuar July 11, 2013 at 11:23 am

Terima kasih di atas perkongsian info… Banyak ilmu yang bro tahu… Suka baca blog ini….

Reply

2 Kulanzsalleh July 11, 2013 at 2:58 pm

sama-sama.. sekadar berkongsi mana yang perlu..

Reply

3 akubiomed July 11, 2013 at 12:27 pm

Ingat dibumi ada masalah sampahnya. Rupanya diangkasa lepas ada sampah juga. Tak ada cara untuk melupuskan sampah-sampah diangkasa?

Reply

4 Kulanzsalleh July 11, 2013 at 3:00 pm

pasti ada caranya.. cuma kos untuk melupus tu pasti agak mahal sebab tu dibiarkan begitu saja

Reply

5 fiezaradzi July 11, 2013 at 3:25 pm

dulu belajar time sains je, skg dah lupa pun.. hehe..

Reply

6 Kulanzsalleh July 15, 2013 at 10:09 pm

Memang seronok time belajar sains dulu2..

Reply

7 TehR July 14, 2013 at 12:10 am

suatu masa nanti
angkasa lepas penuh dengan sampah

mungkin juga mereka sedang fikirkan bagaimana mahu buang sisa toksik ke angkasa

Reply

8 Kulanzsalleh July 15, 2013 at 10:10 pm

tak mustahil tu bro..
jadi tercemar pula angkasa dengan sisa toksik..

Reply

9 Mus July 14, 2013 at 6:06 pm

merakam gambar milkyway yang best..
belum lepas lagi.. nak try lagi..

Reply

10 Kulanzsalleh July 15, 2013 at 10:11 pm

menggambar milky way memang best..
aku pun tak lepas lagi bro.. belum ada super wide lens..

Reply

11 titan July 16, 2013 at 2:41 am

itulah..suka lagi buang sampah merata-rata..

Reply

12 hanari March 20, 2014 at 1:54 pm

Saat keceil sangat suka membaca buku-buku mengenai angkasa.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner