Home >> Nasional >> 5 Fakta Menarik Tentang Proton PREVÉ

5 Fakta Menarik Tentang Proton PREVÉ

by Kulanzsalleh on April 5, 2012 · 32 comments

Ada seorang rakan sekerja yang berniat untuk beli kereta baru. Jadi salah satu model yang kami cadangkan ialah Proton PREVÉ yang sekarang ini memang sedang hangat diperkatakan. Tapi bila kawan tadi tanya spesifikasi PREVÉ, terus hilang idea untuk cerita lebih lanjut. Hendak memandai berikan fakta sendiri memang langsung tidak tahu maklumat (kalau ada pun, masih samar-samar, macam gambar di bawah)

Proton Preve

Nasib baiklah sekarang ni dunia internet menyalurkan berita lebih pantas daripada tv dan surat khabar, jadi dapat beberapa maklumat yang mungkin bolehlah digunakan untuk beri semangat kepada rakan tadi. Daripada banyak maklumat yang ada, saya ringkaskan saja kepada 5 fakta penting, selebihnya suruh dia cari sendiri.

Proton Preve

Fakta 1: Nama PREVÉ (disebut Prae-vae) adalah nama rasmi bagi bagi kereta model terbaharu Proton yang sebelum ini hanya dikenali melalui kod P3-21A. Model ini dihasilkan bagi menarik perhatian pasaran tempatan dan global. Bakal dilancarkan pada bulan ini (April). Ada yang mengatakan model ini adalah jelmaan Proton Tuah, salah satu kereta konsep proton yang dihasilkan pada 2010.

Proton Preve

Fakta 2: PREVÉ membawa pengertian yang besar kepada Proton kerana ia bermaksud bukti, atau telah terbukti. Terhasilnya kereta ini telah membuktikan kepada dunia bahawa Proton mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global. Dalam bahasa Spanish pula preve bermaksud, meramalkan, membayangkan atau imaginasi. Maksudnya, PREVÉ adalah sebuah kenderaan yang lahir hasil imaginasi kenderaan masa depan.

Proton Preve

Proton Preve

Fakta 3: Aspek yang diberikan penekanan dalam penghasilan kereta ini termasuklah ciri-ciri keselamatan, ketahanan (mengukuhkan badan kereta), kelajuan dan penggunaan minyak, aksesori dan sistem pengendalian. Ciri 7-speed Protronic Paddle-Shift Transmission adalah antara yang menarik yang terdapat pada PREVÉ.

Proton Preve

Fakta 4: Harga Proton PREVÉ adalah di antara RM62,000-RM75,000 bergantung kepada versi (spesifikasi).

Proton Preve

Proton Preve

Fakta 5: PREVÉ bakal dikeluarkan dalam dua model, iaitu Executive dan Premium. Spesifikasi kedua-dua adalah seperti berikut.

Price & Spec

Price

Proton Preve Price

Harap-harap fakta yang saya kongsikan di atas adalah tepat, kalau tidak, nampak gayanya terpaksalah saya beli sendiri sebuah PREVÉ supaya boleh teliti sendiri fakta dengan lebih jelas, hahaha.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 32 comments… read them below or add one }

1 Norizwa April 5, 2012 at 9:00 am

P3-21A…saya ingat kan proton tuah rupanya, proton Preve

Reply

2 kulanz April 7, 2012 at 10:45 pm

akupun ingat macam tu juga..

Reply

3 anif April 5, 2012 at 9:42 am

Susah orang kampung macam saya nak menyebutnya :D hehe..

Reply

4 kulanz April 7, 2012 at 10:46 pm

akupun susah sebut bro.. asyik terbelit lidah :D

Reply

5 yas April 5, 2012 at 10:37 am

So, tak ada apa lagi yg perlu disorokan oleh pihak Proton lagi…semuanya tlh dipaparkan dgn baik oleh blogger2 yg hebat….:)

Reply

6 kulanz April 7, 2012 at 10:51 pm

masih banyak lagi belum terbongkar sebab blogger yang tulis entri ni tak berapa hebat lagi sebenarnya :D

Reply

7 akubiomed April 5, 2012 at 1:29 pm

Susah juga lidah makan belacan ini untuk menyebut model baru Proton Preve. :-)

Reply

8 kulanz April 7, 2012 at 10:53 pm

hahaha.. memang tu lah yang berlaku.. pasti susah nak sebut

Reply

9 azmanisma April 5, 2012 at 5:32 pm

aku ada minat dengan design dia..cantik n sporty.

Reply

10 kulanz April 7, 2012 at 10:55 pm

memang menarik

Reply

11 tehr April 5, 2012 at 8:44 pm

Aku memang tak boleh sebut nama yang satu ni
Payah benar rasanya

Bro kena beli satu tu
Hehe

Reply

12 kulanz April 7, 2012 at 10:57 pm

aku payah sikit kereta macam ni bro.. tak muat family aku nanti dalam tu :D

Reply

13 b3njy April 6, 2012 at 12:16 am

canggih betullah … padle gear ada di tepi stereng … :D

Reply

14 kulanz April 7, 2012 at 10:58 pm

tu lah.. macam best pula

Reply

15 mie April 6, 2012 at 12:57 am

teringin nak memiliki kereta..
tapi tahun ni bajet dah lari..
eheheee

Reply

16 kulanz April 7, 2012 at 11:01 pm

masih ada banyak masa untuk kumpul bajet :D

Reply

17 Mus April 6, 2012 at 2:27 pm

memang sah saya salah sebut namanya sebelum ni..
kalau proton nama tuah pun ok jugak.. :P
p/s: ada kesilapan ejaan fakta 1 – * Proton Tuan

Reply

18 kulanz April 7, 2012 at 11:07 pm

hehe.. makasih bro tegur.. dah dibaiki ejaan tu

Reply

19 Encik Bukit Besi April 6, 2012 at 6:56 pm

Jelmaan proton tuan ke proton Tuah? heeee…skrg ni tengok gambar je…belum dpt tengok secara live lagik…

Reply

20 kulanz April 7, 2012 at 11:08 pm

‘H’ tak muncul sebab kereta belum dilancarkan, hahaha..

Reply

21 titan April 6, 2012 at 9:17 pm

hoho..kalau aku takde kereta lagi..memang aku nak book dahh..

Reply

22 kulanz April 7, 2012 at 11:09 pm

sekarang dah ada.. kita tengok je lah kereta ni :D

Reply

23 TopiJerami90 April 6, 2012 at 9:22 pm

lawak la,bukan lawa

Reply

24 kulanz April 7, 2012 at 11:11 pm

bahagaian mana yang lawak tu? :D

Reply

25 Jomtonton April 7, 2012 at 10:23 pm

Waaa, sudah ramai blogger tesohor memperkatakan tentang Proton Preve ni.. :)
Harga yang ditawarkan berbaloi dengan specs yang ditawarkan, dan lebih murah dari pesaing dari varian yang sama..

Reply

26 kulanz April 7, 2012 at 11:12 pm

saja tumpang promote :D

Reply

27 kulanz April 7, 2012 at 10:49 pm

betul tu bro.. sebab minyak ni selalu naik harga

Reply

28 kulanz April 7, 2012 at 11:06 pm

salah satu fungsi yang menarik tu

Reply

29 Jobless Girl April 10, 2012 at 6:04 pm

Proton PREVEN memang hot topic sekarang.

Reply

30 mistybaitylah April 15, 2012 at 3:08 am

Wah, makin canggih kereta tempatan! Tapi rasanya lagi bagus kalau nama kereta ni mencerminkan identiti tempatan..sebab katanya nak pasarkan kereta ni ke luar negara. Maaf cakap, nampak macam kita ni tiada jatidiri gamaknye. Contoh; Asal-asal nama Saleha, lepas gi luar negara tup2 jadi Sally pulak. Kita, kenalah bangga dengan identiti tempatan kan…? Sekadar cadangan yag mungkin tak kemana.. Walaubagaimanapun, saya tetap bangga dengan Proton sebab mampu hasilkan produk yang sebegini canggih. =)

Reply

31 Wang Sempoi April 18, 2012 at 1:33 am

I baru saja pi showroom jat Jalan Puchong…kereta agak best juga…tapi nampak lebik kurang macan Kia Forte…tapi memeng produk EON yang terbagus untuk pendapat saya! KLIK link i untuk tengok tengok kereta preve…

Reply

32 rizz April 18, 2012 at 5:23 pm

Dah pergii tengok tadi.. tapi tak test drive pasal ramai yang tgk.
OK kot Preve.. cuma tang harga tu macam ada rase tak best. Besar sikit je dari persona. Dalaman takde rase luas sangat. rase mcm saga blm jer. Tapi but belakang luas.
Dengan harga paling murah rm62k compare dengan harga persona paling murah rm46k (persona sebelah preve td) rase macam mahal la pulak preve nih.
Aku rela ambik alza atau exora. hehehe..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner