‚Č° Menu

A Day With A Talent

Hari Sabtu minggu terakhir cuti sekolah, saya dan beberapa rakan photographer sempat menyertai aktiviti “A Day with Talent” anjuran Jebat Photography Club, kelab fotografi sama yang menganjurkan IPA Street Photography Workshops yang saya sertai bulan Mac lepas.

Taklimat

Apa yang menarik tentang aktiviti ini bukan sekadar mengambil gambar, tetapi ia memberi peluang kepada peserta  untuk membentuk dan bekerjasama dalam kumpulan. Dengan makna lain, perserta akan diberi pendedahan dengan pembelajaran bagaimana mengurus kumpulan kecil untuk menyelesaikan dan memberikan keserasian dan menyelesaikan masalah dalam berkumpulan. Di samping itu, perbincangan berkumpulan juga sangat diperlukan dalam menentukan hasil kerja yang bakal dijadikan karya.

Photoshoot

Kumpulan saya yang terdiri daripada 4 orang memilih lokasi Kampung Warisan di Muzium Negeri Sabah untuk membuat penggambaran kerana di sana terdapat rumah-rumah tradisional yang memang sesuai dengan tema dan jalan cerita yang kami pilih.

Muzium

Walaupun kurang sempurna, saya kongsikan juga gambar-gambar yang sempat kami persembahkan pada hari tersebut.

Photoshoot

Photoshoot

Photoshoot

Photoshoot

Photoshoot

Photoshoot A Day With Talent

Photoshoot A Day With Talent

Selepas sesi penggambaran, setiap ahli kumpulan berbincang untuk memilih gambar terbaik yang akan dipersembahkan dalam pembentangan.

Pembentangan

Ini adalah antara peserta yang menyertai aktiviti “A Day with Talent”. Memang seronok menyertainya kerana di samping menambah ilmu dalam fotografi, dapat juga mengenali rakan-rakan lain yang juga memiliki minat yang sama.

Peserta

A Day With A Talent

Kredit gambar: Jebat Legacy, Anwar Iddris juga kepada rakan-rakan kumpulan Sui Fu :)

About the author: Kulanzsalleh

{ 4 comments… add one }