About
Assalamualaikum WBT…

Tentang saya?
- ….seorang lelaki, anak, suami dan bapa kepada dua orang putera dan dua orang puteri…
- ….dilahirkan lebih daripada 30 tahun yang lepas, di sebuah rumah atas bukit, di Kg Suyad, di Daerah Pitas, di Negeri Sabah…
- ….dibesarkan dalam keluarga serba sederhana, keluarga nelayan….
- ….saya orang kampung yang memang tinggal di kampung, dididik dengan tradisi kampung….
- ….jenis pendiam dan segan dalam banyak perkara….
- ….pada masa ini, bekerja sebagai Penyelia ICT dan Pegawai Maklumat…
- ….masih belajar dan menuntut ilmu
…. itulah saya… tiada apa yang terlalu istimewa… namun saya tetap bersyukur dengan anugerah Allah SWT…

Lain-Lain Personaliti?
Berdasarkan kajian mengenai bulan kelahiran dan sikap, oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
- Berpesonaliti menarik dan menawan.
- Mudah didampingi.
- Sangat pemalu dan pemendam rasa.
- Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
- Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
- Suka pada kedamaian.
- Sangat peka pada orang lain.
- Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
- Tidak cepat marah dan sangat amanah.
- Tahu membalas dan mengenang budi.
- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
- Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
- Suka berangan-angan.
- Suka melancong.
- Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
- Kelam kabut dalam memilih pasangan.
- Suka dengan hiasan rumahtangga.
- Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
- Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
- Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
.. ada yang sangat tepat, ada tepat, ada hampir tepat, ada yang tidak berkaitan.. tu orang lain mungkin…

Tentang Blog?
….saya mula menghasilkan webblog pertama sejak 2002 lagi. Namun disebabkan banyak kekangan, aktiviti terhenti beberapa tahun… Hanya pada Jun 2009 hati terdetik untuk bergiat semula dalam dunia penulisan maya, alhamdulillah hinggalah sekarang ni… Masih belajar selok-belok webblog…
Secara umum kandungan blog ni lebih kepada penulisan peribadi. Mungkin ianya berkaitan dengan pengalaman hidup, tips, sedikit tutorial berkenaan blog dan juga artikel-artikel ilmiah yang sesuai dijadikan rujukan dan bacaan. Jika ada penulisan yang mungkin menyentuh secara langsung atau tidak langsung mana-mana pihak atau individu, itu hanyalah pandangan peribadi saya dan bukan bertujuan untuk provokasi atau fitnah.
Itu saja daripada saya:
kulanz salleh

Comments on this entry are closed.