Entri blog ni setelah 3 hari tanpa kemaskini saya mulakan dengan kisah aksi ghairah artis (penyanyi) wanita di tandas. Walau bagaimanapun, cerita aksi panas (ghairah) ni bukanlah berdasarkan apa yang saya nampak sendiri atau telah saya download video ghairah berkenaan, tapi sekadar hasil daripada pembacaan daripada kisah SosehSoseh (SS).
Menurut penulis, kontroversi video eksklusif yang kurang enak ditonton memang tak ada kesudahannya. Walaupun sudah banyak kes seperti ini yang melibatkan artis tersebar dengan meluas di internet, tapi masih ada juga yang tidak mengambil iktibar dari berita dipaparkan supaya lebih berhati-hati dan menjaga tingkah laku bimbang aksi kurang senonoh tu.
Kononnya, rakaman video tu dikatakan membabitkan penyanyi wanita popular menari penuh ghairah dalam tandas pusat hiburan. Bagaimanapun, tidak tahu pula jika aksinya menari seperti melepas gian itu dilakukan pada bulan Ramadan atau hari biasa. SS rasa perlakuan artis itu dilakukan di bawah sedar kalau tidak takkan tidak malu beraksi begitu.
Apa yang SS dengar, rakaman aksi menari penuh perasaan itu dilakukan salah seorang rakan yang bersama artis itu. SS tidak tahulah apakah ketika itu ramai orang dalam tandas itu atau hanya mereka saja.
Mereka menari gelek tarian gaya penari kelab malam malah sekali pandang seperti Lady Gaga. Sambil menggoyang badan, tangannya perlahan-lahan melucutkan ‘spaghetti string’ dipakai hingga hampir menampakkan pakaian dalam.
Berdasarkan klip, wajahnya jelas kelihatan dengan lagu berlatarkan lagu disko. Kata rakan SS, memang dia kenal suara artis itu terutamanya gaya ketawa dan rambut perangnya. SS bukan hendak sibuk menjaga tepi kain orang tetapi kelakuan dipamerkan seseorang yang terkenal di stesen televisyen mahu pun pentas persembahan, boleh memalukan golongan artis. Sudahlah menari di tempat awam, apa persepsi orang terhadap peminat atau orang yang mengenalinya masuk ke tandas berkenaan? Sudah tiada perasaan malukah dalam diri artis ini? Kalau ikutkan, bukan budak hingusan malah bakal menjadi isteri orang. Tidak tahulah SS apakah itu melepas geram sebelum meninggalkan zaman remajanya. Tapi kalau hendak pergi berhibur atau bersuka ria bersama rakan pun, carilah tempat lebih sesuai bukan di tempat ramai tumpuan seperti dalam tandas.
Sayapun tidak pasti sama ada kes artis wanita beraksi ghairah ni baru berlaku ataupun sudah lama sebab saya pun dah 3 hari tak online atau membaca akhbar. Tapi kalau menurut tarikh yang tertera (7 September), memang kisah yang baru ditulis. Kebenarannya pula masih belum terbukti. Jadi sayapun tak nak komen apa-apa buat sementara waktu. Tunggulah lepas ni ada berita lebih detail pasal tu.
Seperkara lagi, entri ni bukan bertujuan untuk menyebar fitnah atau mengaibkan sesiapa. Sekadar berkongsi isu-isu terkini sebagai ikhtibar untuk semua.
Sumber: Harian Metro



{ 28 comments… read them below or add one }
sape artis 2 ek??
masih dalam tanya tanya lagi bro..
hrus mncari segera. google please. haha. lawl

acapz recently posted..Crack Premium Akaun Cbox Dengan Cbox Cracker
Wallahuallam…
zik recently posted..Tahniah kepada 10 pemenang contest hidup seorang blogger!
Hmm…memang manusia mudah lupa diri…semoga kita dijauhkan dari semua ini..
bluedianthus recently posted..Isnin pertama- status Nuffnang di bulan September
mudah-mudahan kita tak terlibat dengan perkara macam tu
ishkkk2x.. siapalah tu.. sungguh tak tahu malu..
RedBoy recently posted..Tutorial Cara Membuat Layout Blog Sendiri Part 2
mungkin dilakukan tanpa kesedaran akibat pengaruh tertentu.. sebab tu tak tahu malu
Macam2 cerita artis malaysia nie.. yang tidak kesudahnn…
New Entry ProfHariz
Awas! Kepada Pengguna Facebook.. Must Read!
ProfHariz recently posted..Malam Lailatul – Qadar Lebih Baik Daripada Seribu Bulan
memang banyak cerita
sepatutnya artis ni kena sedar yang mereka tu ikon rakyat..patutnya tunjukkan contoh yang baik. Agak2 tak mampu nak tunjuk yang baik, jadi je orang biasa..
mrnamie recently posted..Persiapan Hari Raya
sepatutnya memang macam tu..
siapa tuan empunya badan??
sunglasses recently posted..Used ray ban
hehe, tak tahu
kena ada tindakan disiplin untuk artis dan kalau boleh ada perkara wajib yang perlu diikuti sebelum menjadi artis… contohnya memakai tudung untuk artis beragama islam, tidak dibenarkan ke disco2 atau berlakon disitu… sanggupke derang? sekadar pendapat…
kalau ada peraturan macam tu, gerenti ramai yang fail..
memang artis kita serba BULEH hahaha
etomyam recently posted..Konsert Percuma Datuk Siti Nurhaliza Sempena Hari Malaysia
betul tu bro, hahaha
kalau bulan rmadan dia buat macamtu,memang tak hormat langsung..
hanif recently posted..Blog WordPress Lebih Selamat Dengan Plugin Ini
tak tahu bila dia buat..
artis yang serba boleh memang selalu begitu
apa2 sahaja dan di mana2 sahaja
tehr recently posted..Balik Kampung
dah memang itu kelebihan diorang, kan bro?
Kat tandas pun nak wat aksi macam tuh.
macam-macam perangai la, fuh~
hafidz recently posted..Minggu Keempat Ramadhan
manusia zaman sekarang agaknya suka buat benda2 gitu, rakam aksi sendiri…perasaan malu dah mula ilang
siapa artis tu eyH artis kita ni memang macam tu..dah tak cukup tempat lagi dah
sape la artis tu eh…ishhh..tak habis2 kontroversi la mereka ni…
cikmin recently posted..Perkongsian- Andai Rasulullah Bersama Kita
bak kata melodi “kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi”
sunglasses recently posted..Used ray ban
artis klau x popular macam ni la mencari publisiti muraha