≡ Menu

Aku Bukan VIP

vip

Hari ni aku mengalami satu pengalaman yang membuat aku berfikir sejenak. Ceritanya lebih kurang begini…

Pagi tadi aku aku menghadiri satu majlis penting. Bukan hadir kerana jemputan, tapi hadir kerana diberi tugas. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat Zon Utara, yang melibatkan daerah Pitas, Kudat dan Kota Marudu. Sampai di tempat acara dalam pukul lapan pagi. Agak terlewat disebabkan ada kerja-kerja yang perlu diselesaikan semalam. Sampai di tempat tu, aku nampak sudah banyak kereta yang parking di luar pagar. Aku fikir mesti tempat parking di dalam sudah penuh. Tapi memandangkan mahu cepat, aku pandu juga masuk ke dalam kawasan berpagar. Sampai dekat dewan di mana acara diadakan, aku nampak ada banyak lagi tempat letak kereta kosong di tempat tu (bukan betul-betul depan dewan, jauh lagilah sedikit).

Tanpa fikir panjang, aku parking lah kereta di tempat tu. Sedang menyiapkan peralatan yang hendak dibawa, seorang jaga (security) datang menghampiriku. Aku turunkan cermin kereta dan senyum kepada jaga tu. Jaga tu tanpa senyum terus tanya aku, “Encik VIP kah? Aku terus jawab “Bukan”. Dia tanya soalan kedua, “Guru biasakah?” “Bu..bukan juga”. Aku jawab tergagap-gagap… Selepas dengar jawapan aku, jaga tu terus arahkan aku alihkan kereta untuk parking di tempat lain. Aikkk.. tiada soalan ketigakah? Aku jadi senyum-senyum kambing saja masa tu. Tapi, memandangkan masa tu aku betul-betul mahu cepat, maka aku tidak endahkan arahannya, terus saja aku naikkan semula cermin kereta, matikan enjin dan turun dari kereta (Sebenarnya aku tidak nampakpun tulisan VIP di kawasan tu. Kalau aku nampak aku tidak akan parking kereta di sana). Sambil menutup pintu kereta, aku cakap dengan jaga tu, “Bah, sekejap aa encik.. aku uruskan dulu di dewan tu, pastu baru aku pindahkan kereta”. Tapi jaga tu cakap dengan nada sedikit kasar, “Sudah juga bah tu diurus dewan tu!”. Uiii naa, cakap kasar sudah dia… Tapi aku terus jalan tanpa memperdulikan jaga tu lagi. Aku malaslah bertekak awal pagi dengan jaga tu, aku terus tinggalkan dia dan jalan cepat-cepat menuju ke dalam dewan. Lepas tu, aku buatlah kerja-kerja yang patut aku buat… aku langsung tidak ingat lagi pasal “jaga” tu.

Lebih kurang jam 11.30 pagi… dekat kantin (masih jugalah di kawasan acara tu). Aku dan beberapa kawan sedang berehat-rehat di satu tempat. Seorang kawan (AJK) cakap dia betul-betul lapar sebab tidak sempat sarapan pagi. Aku cakap akupun lapar juga, sebelum jalan tadi cuma sempat minum 2-3 tenguk air kopi, tiada makan apa-apa, lututpun bergegar sudah ni. Aku tanya kawan tadi kalau-kalau ada minuman disediakan untuk ahli jawatankuasa (AJK), dia cakap tidak ada. “Eh, iyakah? Aku nampak tadi macam ada minuman disediakan pula?” Aku cakap dengan kawan tu begitu, tapi kawan tu cakap, “Itu minuman untuk VIP”.Ohh… VIP saja ada minumankah? Baru aku sedar yang kami ni bukan VIP pula, hahaha… jadi kalau bukan VIP, maknanya tiadalah minuman untuk kami.

Dua peristiwa tu membuatkan aku berfikir banyak kali. Macam kes yang pertama. Jaga tu tanya sama ada aku VIP. Jadi aku jawab saja yang aku bukan VIP. Dia tanya aku guru biasa atau bukan. Buat sementara ni memang aku bukan guru biasa… Tapi tidak pasal-pasal aku kena halau juga… adehh… Tidak adil betul soalan dia tu… Tapi tidak kisahlah, aku datang tempat tu pun bukan untuk bergaya atau tunjuk lagak. Sekadar mahu menjalankan tugas-tugas sebagai orang biasa saja.. Dalam kes yang kedua pula, aku selalu perhatikan orang buat acara atau majlis, AJK pelaksana ni adalah orang yang paling tidak dipedulikan keperluan asasnya. Kiranya masuk senarai paling belakanglah…. Kadang-kadang tu tidak termasuk dalam senaraipun!

Mereka ini bertungkus-lumus menyediakan keperluan majlis. Buat itu dan ini sampai tidak tidur malam, kerah tenaga, kadang terpaksa guna duit sendiri untuk cukupkan keperluan. Sebelum mula acara, AJK lah yang paling sibuk. Selepas acara, AJK juga yang kena kemaskan semua peralatan. Alasannya kalau tidak terus dikemas, nanti sempat diangkat orang P.A System tu. Kalau ada benda yang kurang, mesti AJK yang dicari. Kalau acara tu ada kecacatan mesti AJK yang disalahkan. Tapi berapa kerapkah pengajur memberi perhatian kepada keperluan asas AJK ni? Kalau kita minta makanan awal daripada orang yang urus makanan tu, dia cakap belum sampai masa untuk makan. Tapi paling kasihan, lepas mengemas peralatan tu, datanglah konon AJK tu ke tempat makan, tapi apa yang tinggal? Diorang dengan selamba cakap makanan sudah habis.

Aku sedar juga yang AJK tu jadi tuan rumah, jadi tuan rumah mesti dahulukan tetamu… Tapi harus diingat, kalau kita tuan rumah kita ada hak untuk dapatkan keperluan asas kita. Kan baik kalau tuan rumah makan sebelum tetamu sampai, jadi bolehlah uruskan tetamu dengan senang hati, atau sekurang-kurangnya bertenaga sedikit. Tidaklah perut berkeroncong semasa melayan tetamu. Ini tidak, ibaratnya “Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”. Nah kalau AJK sudah mati kelaparan, tiadalah bah acara tu dapat dijalankan.. hahaha…

Sebenarnya tulisan ni tidak ada kena mengena dengan VIP dalam acara tu tadi. Cuma secara kebetulan sahaja jadi contoh. Acara tadi tu memang aku ada makanpun.. banyak pula tu. Secara kebetulan AJK yang urus makanan tu adalah rakan-rakan setugasku dulu. Jadi adalah kelebihan sedikit untuk aku (terima kasih kawan-kawanku…) Aku kaitkan cerita tu sebab aku sendiri sudah banyak terlibat dengan acara/majlis macam ni. Selalunya tugas aku kalau bukan sediakan Buku Aturcara, P.A System atau publisiti/fotografi, sekurang-kurangnya aku jadi AJK peralatan. Selalunya kerja belakang tabirlah gitu. Aku malas kerja yang menonjolkan diri.

Nah itulah kerja AJK sebenarnya… Orang selalu terlepas pandang kami yang dianggap kerja bawahan ni, kenapa aa??? Padahal kerja AJK ni lah yang paling penting. AJK itulah sebenarnya VIP dan VVIP, tanpa AJK majlis tidak akan terlaksana. Tapi itulah kenyataannya. Orang besar-besar tidak nampak pentingnya orang bawahan ni… Sebab itulah orang tidak pandang…. Sebab itulah orang lupa jasa… Sebab aku bukan VIP…

Kalaulah aku ditakdirkan mempunyai sedikit kelebihan, paling aku utamakan ialah orang yang menyumbang sesuatu kerana keikhlasannya. Bukan menyumbang kerana kepentingan peribadi. Orang yang mendampingi kerana persahabatan. Bukan mendampingi kerana kemurahan hatiku. Yang menjengukku semasa aku sakit atau sihat… Yang bertandang tidak kira senang atau susah.. Tidak kisah siapapun diaorang. Diorang ini bukan setakat VIP bagi aku, tetapi diorang adalah sebahagian daripada hatiku… Hanya ALLAH SWT yang maha mengetahui.

About the author: Kulanzsalleh

{ 25 comments… add one }

  • mka October 12, 2009, 8:57 pm

    encik jaga yg berumur sudah itu ka….nanti saya sound cek dia di sana…semua jaga sana tu kenal kami..sebab selalu guna sekolah itu untuk latihan bola tampar..Tuan pakai apa masa tu prado ka…supaya senang saya kasi ingat dia bahawa org yg datang hari itu adalah VIP juga…TIADA ORG MENGAKU VIP BILA BERDEPAN DENGAN PAKCIK2 DAN SEWAKTU DENGANNYA..KERANA ITU BERMAKSUD KITA HORMAT ORANG LAMA…TAPI INI LAH JADINYA BILA ORG LAMA TIDAK MAHU DIHORMATI..

    P/S TAK SABAR MAHU P SEKOLAH ITU..KANCIL PUN KENA PERKARA SAMA…DIKATAKAN PEKERJA HOTEL…LALU SENANG2 SAHAJA DORANG TINGGIKAN SUARA…GERAMMMMMMM BANGAT NI…HUHH

  • Kulanz Salleh October 13, 2009, 2:45 am

    Terima kasih tuan mka…memang adalah di antara diorang tu yg terlibat… tapi tidak kisah jugalah, diorangpun jalankan tugas juga. Lagipun ada juga hikmah di sebalik kejadian tu… setidak-tidaknya ia dapat bagi peluang kita untuk berfikir dalam semua perkara kehidupan ni… Sebab tanpa kita sedar, perkara macam tu memang ada di mana-mana, berlaku di sekeliling kita… sama2 sajalah kita bersabar dengan keadaan mcm tu.. :)

  • djkupang October 14, 2009, 2:32 pm

    Habis saya baca cerita ini tuan.. tertarik betul saya. Nda pandai saya mengomen tetapi saya suka dengan penulisan ini.

  • lintagu October 16, 2009, 5:14 am

    Tn,
    Sy tertarik dengan kata-kata " AJK itulah sebenarnya VIP dan VVIP…..Orang besar2 tidak nampak pentingnya orang bawahan.."

    Biasa dan seringnya inilah yang berlaku. Tapi, biarlah, selagi semua urusan kita berada dalam kebaikan, biar kita sengsara pun, kita wajar gembira.Sabar memang cara terbaik…:)

  • Kulanz Salleh October 16, 2009, 8:38 am

    @djkupang.. terima kasih tuan sebab sudi baca2 ni..

  • Kulanz Salleh October 16, 2009, 8:47 am

    @lintagu… terima kasih juga.. memang kita sentiasa ikhlas menyumbang sesuatu kepada mereka sebab kita sudah biasa melakukannya…
    Cuma kasihan dengan rintihan rakan2 lain yang yg mungkin agak kecewa sebab mereka sering dilupakan… bukan nama mereka dilupakan, cuma keperluan asas mereka dilupakan…

    Apapun, moga perkara ini akan menjadi pengajaran dan ingatan kpd sya sendiri agar tidak melakukan perkara sama pada rakan2 lain..

  • lintagu October 16, 2009, 5:22 pm

    setuju tn..Pengajaran untuk kita semua.' Tidak meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya' bakal menzalimi diri dan orang lain..

  • Seri Bahasa October 17, 2009, 12:02 pm

    seri paling tak suka perkara begini. apa besarnya vip itu. dia juga seperti kita manusia, kenapa nak di bezakan. betullah jaga tu tak tahu diri. kalau nak tegur orang tu haruslah bersopan agar kita tak sakit hati atau dimalukan depan orang ramai.

  • penamall October 20, 2009, 3:07 am

    aku bukanlah superman…

  • kulanz October 21, 2009, 10:05 am

    hehe penamall.. mmg bukan superman… superwomen tu..

  • kulanz October 25, 2009, 1:32 pm

    terima kasih tuan sebab sudi baca2 ni..

  • kulanz October 25, 2009, 1:33 pm

    terima kasih juga.. memang kita sentiasa ikhlas menyumbang sesuatu kepada mereka sebab kita sudah biasa melakukannya…
    Cuma kasihan dengan rintihan rakan2 lain yang yg mungkin agak kecewa sebab mereka sering dilupakan… bukan nama mereka dilupakan, cuma keperluan asas mereka dilupakan…

  • kulanz October 25, 2009, 1:34 pm

    betul puan.. moga kita tidak melakukannya kepada orang lain

  • kulanz October 25, 2009, 1:34 pm

    Betul seri.. kalau orang tegur secara bersopan.. kita akan terimanya dengan cara yang baik

  • kulanz October 25, 2009, 1:34 pm

    hehe penamall.. mmg bukan superman… superwomen tu..

  • kulanz October 25, 2009, 1:38 pm

    Terima kasih tuan mka…memang adalah di antara diorang tu yg terlibat… tapi tidak kisah jugalah, diorangpun jalankan tugas juga. Lagipun ada juga hikmah di sebalik kejadian tu… setidak-tidaknya ia dapat bagi peluang kita untuk berfikir dalam semua perkara kehidupan ni… Sebab tanpa kita sedar, perkara macam tu memang ada di mana-mana, berlaku di sekeliling kita… sama2 sajalah kita bersabar dengan keadaan mcm tu.. :)

  • kulanz October 25, 2009, 1:39 pm

    Sebenarnya penamall, VIP dalam acara kita tu hanya sedikit kaitannya.. ada cerita lain di sebalik tu…moga ini akan menjadi pengajaran kepada diri saya sendiri

  • penamal October 26, 2009, 11:31 pm

    salam tuan… ya betul tu bah tuan… dah lama juga berkhdmat untk jabatan ku … mmg teruk juga jadi AJK…. pernsh sku bt kerja d pjbt tu sorang2… semata2 kerana mau melancarkan lagi majlis… apa blh buat la….. betul juga bah tu … aku bukan superwomen….. hehehehehheheheh

  • kulanz October 27, 2009, 3:47 am

    hehe… nda apa kita bukan superman… janji ikhlas bkerja bah kan..

  • NONG October 27, 2009, 2:24 pm

    Penulisan yang sangat2 istimewa sudut pandangnya..
    Teruskan mencoret tuan..kita berkongsia pengalaman dan rasa hati dari dasar jiwa paling dalam..

  • ligong October 27, 2009, 6:18 pm

    syukur -kerna aku mengetahui niat nurani mu yang paling dalam itu tuan-

  • kulanz October 27, 2009, 7:19 pm

    Thanks Nong.. akan sentiasa berkogsi selagi termampu..

  • kulanz October 27, 2009, 7:21 pm

    Terima kasih tuan ligong…
    Inilah saja cara utk kita menyampaikan apa yang tersirat… Moga akan menjadi panduan kepada diri..

  • akuu73 October 28, 2009, 7:11 pm

    adess..tn..mcm telambat aku mengomen pos mu ini oo..adess..cm 2 ba pla nasib AJK kamu tn..dlm organisasi pertahanan pla..na..AJK la yg paling beruntung oo..mmnglah berhempas pulas mnyiapkan segala2nya…tp klu soal mkn minum..geng2 inilah yg akn knyang dulu..yg mkn dulu..klu ada duit peruntukan..na..ini AJK juga yg byk ngap..2la tn knyatan..haha

  • kulanz October 28, 2009, 9:56 pm

    hahaha.. tuan… itulah ragam manusia.. mmg x dinafikan tu tuan… sebab tu lah perlu ada persefahaman di kalangan satu kelompok.. jadi xlah ada kes mcm tu

Next post:

Previous post: