Aku Nak Bersara
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: January 17th, 2010.Salam…
Pada hari ini, Ahad, 17 Januari, jam 3.45 a.m… adeh.. penat aku tulis tarikh… (padahal kalau pos entri nanti ada tarikh juga.. aku nak umumkan secara rasmi persaraan aku dalam dunia blog ni)… Keputusan untuk bersara aku buat sendiri setelah memikirkan banyak perkara, tiada paksaan daripada sesiapa, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia… jangan fikir yang bukan-bukan…
Sedih juga sebenarnya untuk meninggalkan “Rumah Hijau” ni.. tapi apakan daya, takdir menentukan segala-galanya… Jadi untuk menjawab tanda tanya kenapa aku tiba-tiba ambil keputusan untuk bersara… biar aku jelaskan satu persatu….
Tu gambar rumput depan rumah aku… masa ambil gambar tu aku letak kamera atas rumput… hampir tenggelam kamera dek rumput yang panjangnya dah sampai paras lutut… kalau rumput biasa tak kisah sangat, ni rumput sundal (sila rujuk sini untuk mengetahui rupa rumput sundal). Jadi rumput tu menuntut supaya aku kurangkan dia sedikit… kalau tak dia akan sentiasa melekat di seluar aku…
Nampak kucing atas tu.. si kucing asyik marah-marah setiap kali dia nak buang najis… sebab tanah di halaman rumah sudah dipenuhi rumput liar… kucing tu dah bagi warning awal-awal… kalau aku tak bersihkan rumput tu, dia akan buang najis atas tilam.. tu yang aku tak sanggup!
Ni lah ayam panggang kesayangan ku.. kasihan kan dia basah kuyup… duduk depan pintu tunggu aku jerit kroohh kroohhh bagi dia makan… Tapi sekarang ni dia jarang dapat makanan yang sedap-sedap… Paling-paling pun aku baling tulang ayam goreng…. Sekali-sekala memang ada juga dia patuk-patuk tulang tu… tapi tu dia belum sedar yang aku bagi tu tulang sama spesis dengan dia… nanti kalau dia tahu… silap-silap dia merajuk dan lari dari rumah… Tu pasal aku terpaksa bersara untuk ambil kesempatan belai-belai ayam sabung… bagi dia makan cukup-cukup supaya dia nanti dapat membesar sebagai johan…
(Nota Pembetulan: Tu bukan ayam aku.. aku mana ada ternak ayam… kalau ayam di freezer tu ada la.. dan aku juga tak main sabung ayam.. hehe)
Yang ni pula sebab keempat… dua tiga hari ni asyik hujan saja di tempat aku… tengok taman herba tak menjadi depan rumah aku dah ditakungi air… yang ni memang aku tak tahan… sebab aku bukannya kebal dari serangan nyamuk yang membawa penyakit chikungunya… sebab nyamuk memang suka tempat-tempat macam ni… jadi sebelum nyamuk tu membiak di sana, baik aku yang berenang dulu…
Ada lagi sebab yang kelima…
Aku terpaksa siapkan laporan pemantauan awal tahun… sebab kami kena hantar pada 20 Januari ni… tu dah jadi kerja aku… tapi aku tak nak la bagi tunjuk gambar laporan tu.. nanti tak pasal-pasal rahsia kerajaan terbongkar..
Sebab keenam…
Aku kena tolong kawan siapkan tesis master dia… diulangi… tesis master woo… padahal akupun belum ada master lagi… tapi memandangkan aku dah master kepada master… maka kenalah aku tolong juga <– bukan lagi angkat bakul masuk sendiri, tapi masuk lift, picit nombor.. hehe…pun aku tak simpan gambar.. nanti ada pula yang tiru tesis kawan tu…
Sebab terakhir…
Aku nak perah idea untuk buat sajak… sebab aku nak menang keychain untuk Contest Oh Kunci di blog Arieza. Dia tak nak panjangkan tarikh contest walaupun sudah dipujuk… hehe… jadi terpaksalah aku bertapa kejap untuk buat sajak tu..
(Nota Tambahan: Arieza, tolonglah bagi aku menang.. sebab aku dah tulis cerpen ni, bukan lagi sajak.. hehe..)
… jadi kesimpulannya, aku akan bersara daripada blogwalking selama 2-3 hari untuk membolehkan aku menyelesaikan perkara-perkara di atas…
Bagi yang selalu datang sini, aku sangat menghargainya dan tiada balasan terbaik melainkan ucapan terima kasih… kalau semua list atas tu sudah aku bereskan… aku akan batalkan persaraan dan sambung semula blogwalking… Terima kasih semua…






Tweets that mention Aku Nak Bersara | SEMUA JADI SATU -- Topsy.com
January 17th, 2010 at 5:53 am
[...] This post was mentioned on Twitter by kulanz, kulanz. kulanz said: Aku Nak Bersara http://goo.gl/fb/cyzN [...]
Dak Wan
January 17th, 2010 at 6:04 am
Urusan selesai, sambung balik lah ye
Hehehe
Dak Wan´s last blog ..Rahsia Bulan Kelahiran
[Reply]
kulanz Reply:
January 18th, 2010 at 1:00 am
yup.. itu sudah semestinya.. hehe
[Reply]
mka
January 17th, 2010 at 6:17 am
suspen tul hehehe ingatkan bersaraa terus…adididi
tn..boleh la ni minta buat balik assigment tu huhuhu
[Reply]
kulanz Reply:
January 18th, 2010 at 1:01 am
hehe.. x mau la bsara terus.. ni kejap jak ni tuan..
adeh tuan.. aku x buat asgmt lagi ni.. mmg bz sgt.. tu pun aku tolong sekerat jak tu.. lagipun dia tengah buat tesis.. tu yg tpaksa tolong..
[Reply]
huda
January 17th, 2010 at 6:57 am
wah, kalau tahu dulu buleh mintak tolong en kulanz buatkan thesis undergrade aku
eheheehe..jz kidding~
huda´s last blog ..apa kata survey?
[Reply]
kulanz Reply:
January 19th, 2010 at 12:49 am
hehe.. akupun x pakar sangat..
[Reply]
dilot
January 17th, 2010 at 7:03 am
suspen je..lepas ni dilot minta tlg lah eh..siapkan thesis dilot..ngeeee..
takpe 2 3 ari je…nnt smbg balik naa~~~
[Reply]
kulanz Reply:
January 19th, 2010 at 12:50 am
rehat kejap je.. tp sekali-sekala blogwalking juga ni
[Reply]
ajie
January 17th, 2010 at 7:18 am
tak jadi bagi kalung bunga bro… ingatkan nak bersara terus.. hehehe
ajie´s last blog ..Dari seorang Kekasih Menjadi Adik!!
[Reply]
kulanz Reply:
January 18th, 2010 at 1:02 am
hehe.. kalau bagipun x salah juga bro.. haha..
xda la bsara terus.. sayang dah dgn blog ni..
[Reply]
ain
January 17th, 2010 at 9:13 am
salam bro kulanz,
alahai… suspen sungguh…
tersenyum saya baca sbb musababnya..
take ur time, pastu sambung blogging balik ya…
jangan ilang terus udah ler…tak suka tauuu!!
sebenarnya bro serba salah kan, kesian kat kami yg datang tapi tak dapat jamu sebarang hidangan….hehehe…
takpe la, jamu mata nengok permata hati bro kat atas tu pun jadi la…hehehe…
ain´s last blog ..RIBBON KHAS UNTUK SEMUA BLOGGER
[Reply]
kulanz Reply:
January 18th, 2010 at 1:04 am
hehe.. sajalah sekali-sekala try buat gempak..
rehat pun kejap jak ni.. keja siap nanti sambung balik blogging..
[Reply]
zamhero
January 17th, 2010 at 9:38 am
apa khabar bro,
kunjungan sambil membaca, apa-apa pun teruskan dengan blogging.

zamhero´s last blog ..Aku Minat Dengan Reader’s Digest
[Reply]
kulanz Reply:
January 18th, 2010 at 1:05 am
sihat je ni bro..
cuma bz ckit la skrg ni…
siap keja nanti akan aktif semula..
[Reply]
miss lolly
January 17th, 2010 at 9:52 am
ecey * ayat awal2 bunyi nak bsara terus tapi 2-3 hari ? HAMPEH. buat suspen je. AGAGAGAG.
miss lolly´s last blog ..ADNAN SEMP-IT memang sewel !
[Reply]
kulanz Reply:
January 18th, 2010 at 1:06 am
haha.. sekali-sekala nak buat gembak tahap kampung…
thanks juga singgah2 sini…
[Reply]
Tak Ade PerasaAN
January 17th, 2010 at 10:13 am
isk. wat saspen jek. igt nk bersara betol.!! isk!!
Tak Ade PerasaAN´s last blog ..kemana beliau di bawa pergi??
[Reply]
kulanz Reply:
January 18th, 2010 at 1:07 am
hehe.. jgnlah marah..
sesuai la tu dgn entri awak “ke mana beliau di bawa pergi?” hehe
[Reply]
zikr the jalanan sepi
January 17th, 2010 at 10:30 am
erm… okla kasi settle semua kerja dulu…
zikr the jalanan sepi´s last blog ..Gerhana matahari, suatu peringatan.
[Reply]
kulanz Reply:
January 18th, 2010 at 1:07 am
yup.. siap keja nanti aku datang blog bro jgk..
[Reply]
ariezxa
January 17th, 2010 at 11:32 am
ayyooo hahah mula2 i dok bace.. kalut jugak.. ‘aik tibe2 nk bersara terus…’ cis rupa2nye bersara 2-3 hari hahah ok ok dbnrkn bersara temporary.. hehe smbil2 dok mencantas rumput tu, kot2 ilham Oh Kunci mai :p haa kan! hehe xpat ar nk pjgkn tarikh.. takut nnt xdan nk postkan hadiah :p jauh tu UK to Malaysia hehhe slmt mencuba!! heheh
[Reply]
kulanz Reply:
January 18th, 2010 at 1:08 am
hehe…. tu la pasal nak bsara kejap.. nak cari ilham utk buat entri tu.. nanti klu dah siap buat sajak.. baru aku muncul semula..
[Reply]
911
January 17th, 2010 at 12:21 pm
sila2… 2-3 hari tak lama. (aku pun mau bersara la barang 2- 3 minggu kalau cam ni..)
p/s cam pernah je tengok ayam seekor tuh. Musim2 hujan ni ikan memang kurang. Nampak je ayam tu, cam terbayang pula ayam panggang… adehh.
p/s #2.. cantik gambar2 tuh..
911´s last blog ..Mujur Aku Tak Lemas
[Reply]
kulanz Reply:
January 18th, 2010 at 1:10 am
woii, aku bsara 2-3 hari jak, mana bole bsara 2-3 minggu, lama tu.. hehe..
- ayam tu kenal kah? Jaga2, nanti jadi mangsa buat sup tu…
[Reply]
sera dc
January 17th, 2010 at 3:33 pm
cisss…..
bersara utk 2 3 hari ja ba plak nie…
aku tertipu…
uuwwwaaaaahh… :’(
sera dc´s last blog ..•° PRESTON CASTLE FOUNDATION ( CHAPTER 1) °•
[Reply]
kulanz Reply:
January 18th, 2010 at 1:10 am
hehe.. muncul juga ko sera…
aku tengok ko pun dah besara beberapa hari nda datang sini..
[Reply]
suki
January 17th, 2010 at 6:10 pm
hehe..kuang asam ko bro..aku igt betul2 ko nak bersara trus..yela ko punya penulisan selalunya serius. aku igt kali ni ko serius la..nasib baik
anyway.ni first time aku baca entri dari blog ni yang tak bape serius(maybe ade kot entri kat belakang2 yang tak serius jugak tapi aku tak perasan) sejak aku ikut blog ni..entri macam ni aku reti la nak kumen..heheh..kalu entri macam pelembagaan Malaysia tu..aku surrender ah
suki´s last blog ..TAHNIAH! Anda memang layak menang anugerah pelakon terbaik tahun ini.
[Reply]
kulanz Reply:
January 18th, 2010 at 1:14 am
haha…
aku saja tukar gaya penulisan bro.. nanti tulis yang berat2 jak xda pula org larat nak komen..
- ada juga tu penulisan sebelum2 ni yg x serius sgt.. yang artikel2 berat tu saja aku selitkan dalam blog ni.. sebab tu je entri aku yg masuk kat google..
[Reply]
IxoRa
January 17th, 2010 at 7:48 pm
owhhh itu sebab musabab nya….
semua dah settle… mai blog kawan-kawan ye…


IxoRa´s last blog ..Ada di mana-mana KOK….
[Reply]
kulanz Reply:
January 18th, 2010 at 1:15 am
a’ha.. tu je tu..
xda la bsara terus.. nanti siap keja aku jenguk jg blog kawan2..
[Reply]
amirulfaiz
January 17th, 2010 at 11:39 pm
ooohhh.. nak menang kunci upenyer.. kunci tu untuk peti harta karun ke?
amirulfaiz´s last blog ..Sukacita dimaklumkan
[Reply]
kulanz Reply:
January 18th, 2010 at 1:16 am
hehe.. tu kunci tu sebab yg terakhir bro..
yg utama sekarang ni mmg bz ckit…
[Reply]
Azizwan
January 18th, 2010 at 1:22 am
ceit.. serius je aku baca entri ni kot2 entri yg terakhir.. rupanya sekadar bercuti saja.. huhu.. tp blog ni dah jd blog favorite aku dah. hee..
Azizwan´s last blog ..Sebab Kristian kat Malaysia tak boleh guna ‘Allah’
[Reply]
kulanz Reply:
January 19th, 2010 at 12:56 am
hehe.. xda la bsara terus bro.. sekadar rehat kejap.. thanks bro selalu datang sini..
[Reply]
azizan4444
January 18th, 2010 at 3:29 am
hahaa…ok la tu 2 3 ari je..jgn selmnye suda bro..muahahaa
azizan4444´s last blog ..Tips Untuk Lelaki Kurang Hot Tapi Cool
[Reply]
kulanz Reply:
January 19th, 2010 at 1:00 am
x lama bro.. akan jenguk sini juga.. hehe
[Reply]
joegrimjow
January 18th, 2010 at 5:34 am
ohooo
lawa ok gambar
jeles
[Reply]
kulanz Reply:
January 19th, 2010 at 1:05 am
xda la bro.. baru belajar2 edit tu
[Reply]
Lonecryer
January 18th, 2010 at 8:54 am
aiseh.. ingat dah xnak berblog
Lonecryer´s last blog ..Ragnarok Online Private Server : Zephionne
[Reply]
kulanz Reply:
January 19th, 2010 at 1:05 am
rehat kejap je bro.. bz ckit time ni
[Reply]
wazy
January 18th, 2010 at 5:15 pm
huhuhu ayat bikin saspen je bro,hehehehe
wazy´s last blog ..Mimpi
[Reply]
kulanz Reply:
January 19th, 2010 at 1:06 am
hehe.. cuba2 membuat kelainan bro wazy..
[Reply]
ariezxa
January 19th, 2010 at 6:36 am
huhu ape kate ko tolong ambik exam utk aku. boley? heheh
ariezxa´s last blog ..::: >>> Telan Air Mani Ada Manfaat?
[Reply]
kulanz Reply:
January 19th, 2010 at 8:08 am
haha, SRP pun aku nyawa2 ikan nak lepas..
[Reply]
pak dogol
January 19th, 2010 at 6:38 am
ohh..
nak bersara rupanya..
ingatkan tadi nak sara(h)..
muahaha!
pak dogol´s last blog ..baby oh baby
[Reply]
kulanz Reply:
January 19th, 2010 at 8:08 am
aku nak juga sarah.. tapi dia x nak.. hehe
[Reply]
Nina'
January 19th, 2010 at 7:18 am
tesis master..
good luck siapkan ye..
nnti smbg balik ye
Nina’´s last blog ..Bunuh Diri??? why??
[Reply]
kulanz Reply:
January 19th, 2010 at 8:09 am
tu bukan aku punya.. tolong kawan jak tu.. hehe
[Reply]
zures
January 19th, 2010 at 7:41 am
aisey…suspen makcik..ingatkan nak bersara terus. Apa-apapun selesaikan dulu urusan n lepas tu sambung balik ye..
zures´s last blog ..BUFFERED EARNING
[Reply]
kulanz Reply:
January 19th, 2010 at 8:09 am
hehe..
xda la bsara terus..
rehat kejap je.. tapi klu ada masa tetap jg blogwalking..
[Reply]
L@n@
January 19th, 2010 at 8:38 am
ehehe.. lawaks jg post nih.. ingatkan nak bsara terus ropernyer alahai.. nice2!!
L@n@´s last blog ..Hidangan Buahan Dan Sayuran Dalam Pemakanan Bayi
[Reply]
kulanz Reply:
January 19th, 2010 at 8:41 am
hehe.. saja buat gempak yg tak jadi..
btw, makasih sudi singgah…
[Reply]
farra-eng
January 19th, 2010 at 9:49 am
jadah tul eh..fikir mau close sudah blog nie..2-3 ari bukan b’sara itu b’cuti lah adoi..waachaaa
[Reply]
kulanz Reply:
January 20th, 2010 at 1:13 am
kalau aku tulis rehat.. nanti xda org nak datang baca.. hehe
[Reply]
Seri
January 20th, 2010 at 1:06 am
buat suspen aje sangka nak trusss pencen, hehehe.
Seri´s last blog ..Kurik Kundi Merah Saga (Adat)
[Reply]
kulanz Reply:
January 20th, 2010 at 1:13 am
hehe.. x nak pencen lagi ni..
[Reply]
NoorAfzan
January 20th, 2010 at 7:17 am
bercuti la bro..
[Reply]
kulanz Reply:
January 21st, 2010 at 2:27 am
a’ha.. becuti sebenarnya.. hehe
[Reply]
kisahsensasi
January 20th, 2010 at 6:21 pm
owwh…. berehat buat sementara waktu rupernya….
[Reply]
Why So Serious | SEMUA JADI SATU
January 21st, 2010 at 1:41 am
[...] Aku Nak Bersara [...]
wawaa
January 21st, 2010 at 2:49 pm
nice!!!
[Reply]
kulanz Reply:
January 22nd, 2010 at 10:50 pm
thanks…
[Reply]
Aku Menulis, Aku Juga Membaca | SEMUA JADI SATU
January 23rd, 2010 at 2:34 am
[...] Aku Nak Bersara [...]
yanmie
January 24th, 2010 at 8:25 am
hahhaa…ko nie lan suspen je tajuk wei..aku ingatkan betul2 ko nk bersara…hahaa…baru ingat nk minta umah ijau ko nie..wakakakka..
hah cepat2 sikit bertapa buat keje tu…nnti jgn lupa masuk balik rumah nie..
[Reply]
kulanz Reply:
January 25th, 2010 at 4:58 pm
hehe.. sajalah bagi gempak ckit walaupun x gempak sbnrnya.. dah siap keja yg tu..
[Reply]