Aku Nak Bersara

January 17th, 2010 | 5:42 am | Blog, Fotografi | 66 responses

Salam…
Pada hari ini, Ahad, 17 Januari, jam 3.45 a.m… adeh.. penat aku tulis tarikh… (padahal kalau pos entri nanti ada tarikh juga.. aku nak umumkan secara rasmi persaraan aku dalam dunia blog ni)… Keputusan untuk bersara aku buat sendiri setelah memikirkan banyak perkara, tiada paksaan daripada sesiapa, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia… jangan fikir yang bukan-bukan…

Sedih juga sebenarnya untuk meninggalkan “Rumah Hijau” ni.. tapi apakan daya, takdir menentukan segala-galanya… Jadi untuk menjawab tanda tanya kenapa aku tiba-tiba ambil keputusan untuk bersara… biar aku jelaskan satu persatu….

Tu gambar rumput depan rumah aku… masa ambil gambar tu aku letak kamera atas rumput… hampir tenggelam kamera dek rumput yang panjangnya dah sampai paras lutut… kalau rumput biasa tak kisah sangat, ni rumput sundal (sila rujuk sini untuk mengetahui rupa rumput sundal). Jadi rumput tu menuntut supaya aku kurangkan dia sedikit… kalau tak dia akan sentiasa melekat di seluar aku…

Nampak kucing atas tu.. si kucing asyik marah-marah setiap kali dia nak buang najis… sebab tanah di halaman rumah sudah dipenuhi rumput liar… kucing tu dah bagi warning awal-awal… kalau aku tak bersihkan rumput  tu, dia akan buang najis atas tilam.. tu yang aku tak sanggup!

Ni lah ayam panggang kesayangan ku.. kasihan kan dia basah kuyup… duduk depan pintu tunggu aku jerit kroohh kroohhh bagi dia makan… Tapi sekarang ni dia jarang dapat makanan yang sedap-sedap… Paling-paling pun aku baling tulang ayam goreng…. Sekali-sekala memang ada juga dia patuk-patuk tulang tu… tapi tu dia belum sedar yang aku bagi tu tulang sama spesis dengan dia… nanti kalau dia tahu… silap-silap  dia merajuk dan lari dari rumah… Tu pasal aku terpaksa bersara untuk ambil kesempatan belai-belai ayam sabung… bagi dia makan cukup-cukup supaya dia nanti dapat membesar sebagai johan…

(Nota Pembetulan: Tu bukan ayam aku.. aku mana ada ternak ayam… kalau ayam di freezer tu ada la.. dan aku juga tak main sabung ayam.. hehe)

Yang ni pula sebab keempat… dua tiga hari ni asyik hujan saja di tempat aku… tengok taman herba tak menjadi depan rumah aku dah ditakungi air… yang ni memang aku tak tahan… sebab aku bukannya kebal dari serangan nyamuk yang membawa penyakit chikungunya…  sebab nyamuk memang suka tempat-tempat macam ni… jadi sebelum nyamuk tu membiak di sana, baik aku yang berenang dulu…

Ada lagi sebab yang kelima…
Aku terpaksa siapkan laporan pemantauan awal tahun… sebab kami kena hantar pada 20 Januari ni…  tu dah jadi kerja aku… tapi aku tak nak la bagi tunjuk gambar laporan tu.. nanti tak pasal-pasal rahsia kerajaan terbongkar..

Sebab keenam…
Aku kena tolong kawan siapkan tesis master dia… diulangi… tesis master woo… padahal akupun belum ada master lagi… tapi memandangkan aku dah master kepada master… maka kenalah aku tolong juga <– bukan lagi angkat bakul masuk sendiri, tapi masuk lift, picit nombor.. hehe…pun aku tak simpan gambar.. nanti ada pula yang tiru tesis kawan tu…

Sebab terakhir…
Aku nak perah idea untuk buat sajak… sebab aku nak menang keychain untuk Contest Oh Kunci di blog Arieza. Dia tak nak panjangkan tarikh contest walaupun sudah dipujuk… hehe… jadi terpaksalah aku bertapa kejap untuk buat sajak tu..

(Nota Tambahan: Arieza, tolonglah bagi aku menang.. sebab aku dah tulis cerpen ni, bukan lagi sajak.. hehe..)

… jadi kesimpulannya, aku akan bersara daripada blogwalking selama 2-3 hari untuk membolehkan aku menyelesaikan perkara-perkara di atas…

Bagi yang selalu datang sini, aku sangat menghargainya dan tiada balasan terbaik melainkan ucapan terima kasih… kalau semua list atas tu sudah aku bereskan… aku akan batalkan persaraan dan sambung semula blogwalking… Terima kasih semua…

Artikel lain yang mungkin berkaitan...
HIDUP SEORANG BLOGGER

Semua artikel yang terkandung di blog ini hanya pandangan penulis semasa-mata, melainkan artikel berbentuk ilmiah/berita/informasi yang setiap satunya akan disertakan sumber rujukannya sekali.


Menyalin atau menerbitkan semula sebarang artikel daripada blog ini adalah dibenarkan untuk tujuan kebaikan. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.


Sebarang persoalan yang berkaitan dengan kandungan blog boleh dikemukan melalui Email.

 

66 Responses to “Aku Nak Bersara”

  1. 1

    Urusan selesai, sambung balik lah ye :) Hehehe
    Dak Wan´s last blog ..Rahsia Bulan Kelahiran My ComLuv Profile

    • 2

      yup.. itu sudah semestinya.. hehe

  2. 3

    suspen tul hehehe ingatkan bersaraa terus…adididi
    tn..boleh la ni minta buat balik assigment tu huhuhu

    • 4

      hehe.. x mau la bsara terus.. ni kejap jak ni tuan..
      adeh tuan.. aku x buat asgmt lagi ni.. mmg bz sgt.. tu pun aku tolong sekerat jak tu.. lagipun dia tengah buat tesis.. tu yg tpaksa tolong..

  3. 5

    wah, kalau tahu dulu buleh mintak tolong en kulanz buatkan thesis undergrade aku
    eheheehe..jz kidding~
    huda´s last blog ..apa kata survey? My ComLuv Profile

    • 6

      hehe.. akupun x pakar sangat..

  4. 7

    suspen je..lepas ni dilot minta tlg lah eh..siapkan thesis dilot..ngeeee..

    takpe 2 3 ari je…nnt smbg balik naa~~~

    • 8

      rehat kejap je.. tp sekali-sekala blogwalking juga ni

  5. 9

    tak jadi bagi kalung bunga bro… ingatkan nak bersara terus.. hehehe
    ajie´s last blog ..Dari seorang Kekasih Menjadi Adik!! My ComLuv Profile

    • 10

      hehe.. kalau bagipun x salah juga bro.. haha..
      xda la bsara terus.. sayang dah dgn blog ni..

  6. 11

    salam bro kulanz,

    alahai… suspen sungguh…

    tersenyum saya baca sbb musababnya..

    take ur time, pastu sambung blogging balik ya…

    jangan ilang terus udah ler…tak suka tauuu!!

    sebenarnya bro serba salah kan, kesian kat kami yg datang tapi tak dapat jamu sebarang hidangan….hehehe…

    takpe la, jamu mata nengok permata hati bro kat atas tu pun jadi la…hehehe…
    ain´s last blog ..RIBBON KHAS UNTUK SEMUA BLOGGER My ComLuv Profile

    • 12

      hehe.. sajalah sekali-sekala try buat gempak..
      rehat pun kejap jak ni.. keja siap nanti sambung balik blogging..

  7. 13

    apa khabar bro,

    kunjungan sambil membaca, apa-apa pun teruskan dengan blogging. :)
    zamhero´s last blog ..Aku Minat Dengan Reader’s Digest My ComLuv Profile

    • 14

      sihat je ni bro..
      cuma bz ckit la skrg ni…
      siap keja nanti akan aktif semula..

  8. 15

    ecey * ayat awal2 bunyi nak bsara terus tapi 2-3 hari ? HAMPEH. buat suspen je. AGAGAGAG.
    miss lolly´s last blog ..ADNAN SEMP-IT memang sewel ! My ComLuv Profile

    • 16

      haha.. sekali-sekala nak buat gembak tahap kampung…
      thanks juga singgah2 sini… :)

  9. 17

    isk. wat saspen jek. igt nk bersara betol.!! isk!!
    Tak Ade PerasaAN´s last blog ..kemana beliau di bawa pergi?? My ComLuv Profile

    • 18

      hehe.. jgnlah marah..
      sesuai la tu dgn entri awak “ke mana beliau di bawa pergi?” hehe

  10. 19

    erm… okla kasi settle semua kerja dulu…
    zikr the jalanan sepi´s last blog ..Gerhana matahari, suatu peringatan. My ComLuv Profile

    • 20

      yup.. siap keja nanti aku datang blog bro jgk..

  11. 21

    ayyooo hahah mula2 i dok bace.. kalut jugak.. ‘aik tibe2 nk bersara terus…’ cis rupa2nye bersara 2-3 hari hahah ok ok dbnrkn bersara temporary.. hehe smbil2 dok mencantas rumput tu, kot2 ilham Oh Kunci mai :p haa kan! hehe xpat ar nk pjgkn tarikh.. takut nnt xdan nk postkan hadiah :p jauh tu UK to Malaysia hehhe slmt mencuba!! heheh

    • 22

      hehe…. tu la pasal nak bsara kejap.. nak cari ilham utk buat entri tu.. nanti klu dah siap buat sajak.. baru aku muncul semula..

  12. 23

    sila2… 2-3 hari tak lama. (aku pun mau bersara la barang 2- 3 minggu kalau cam ni..)

    p/s cam pernah je tengok ayam seekor tuh. Musim2 hujan ni ikan memang kurang. Nampak je ayam tu, cam terbayang pula ayam panggang… adehh.

    p/s #2.. cantik gambar2 tuh..
    911´s last blog ..Mujur Aku Tak Lemas My ComLuv Profile

    • 24

      woii, aku bsara 2-3 hari jak, mana bole bsara 2-3 minggu, lama tu.. hehe..
      - ayam tu kenal kah? Jaga2, nanti jadi mangsa buat sup tu…

  13. 25

    cisss…..
    bersara utk 2 3 hari ja ba plak nie…

    aku tertipu…

    uuwwwaaaaahh… :’(
    sera dc´s last blog ..•° PRESTON CASTLE FOUNDATION ( CHAPTER 1) °• My ComLuv Profile

    • 26

      hehe.. muncul juga ko sera…
      aku tengok ko pun dah besara beberapa hari nda datang sini..

  14. 27

    hehe..kuang asam ko bro..aku igt betul2 ko nak bersara trus..yela ko punya penulisan selalunya serius. aku igt kali ni ko serius la..nasib baik

    anyway.ni first time aku baca entri dari blog ni yang tak bape serius(maybe ade kot entri kat belakang2 yang tak serius jugak tapi aku tak perasan) sejak aku ikut blog ni..entri macam ni aku reti la nak kumen..heheh..kalu entri macam pelembagaan Malaysia tu..aku surrender ah
    suki´s last blog ..TAHNIAH! Anda memang layak menang anugerah pelakon terbaik tahun ini. My ComLuv Profile

    • 28

      haha…
      aku saja tukar gaya penulisan bro.. nanti tulis yang berat2 jak xda pula org larat nak komen..
      - ada juga tu penulisan sebelum2 ni yg x serius sgt.. yang artikel2 berat tu saja aku selitkan dalam blog ni.. sebab tu je entri aku yg masuk kat google..

  15. 29

    owhhh itu sebab musabab nya….

    semua dah settle… mai blog kawan-kawan ye…
    :D
    IxoRa´s last blog ..Ada di mana-mana KOK…. My ComLuv Profile

    • 30

      a’ha.. tu je tu..
      xda la bsara terus.. nanti siap keja aku jenguk jg blog kawan2..

  16. 31

    ooohhh.. nak menang kunci upenyer.. kunci tu untuk peti harta karun ke?
    amirulfaiz´s last blog ..Sukacita dimaklumkan My ComLuv Profile

    • 32

      hehe.. tu kunci tu sebab yg terakhir bro..
      yg utama sekarang ni mmg bz ckit…

  17. 33

    ceit.. serius je aku baca entri ni kot2 entri yg terakhir.. rupanya sekadar bercuti saja.. huhu.. tp blog ni dah jd blog favorite aku dah. hee..
    Azizwan´s last blog ..Sebab Kristian kat Malaysia tak boleh guna ‘Allah’ My ComLuv Profile

    • 34

      hehe.. xda la bsara terus bro.. sekadar rehat kejap.. thanks bro selalu datang sini..

  18. 35

    hahaa…ok la tu 2 3 ari je..jgn selmnye suda bro..muahahaa
    azizan4444´s last blog ..Tips Untuk Lelaki Kurang Hot Tapi Cool My ComLuv Profile

    • 36

      x lama bro.. akan jenguk sini juga.. hehe

  19. 37

    ohooo
    lawa ok gambar
    jeles

    • 38

      xda la bro.. baru belajar2 edit tu

  20. 39

    aiseh.. ingat dah xnak berblog
    Lonecryer´s last blog ..Ragnarok Online Private Server : Zephionne My ComLuv Profile

    • 40

      rehat kejap je bro.. bz ckit time ni

  21. 41

    huhuhu ayat bikin saspen je bro,hehehehe
    wazy´s last blog ..Mimpi My ComLuv Profile

    • 42

      hehe.. cuba2 membuat kelainan bro wazy..

  22. 43

    huhu ape kate ko tolong ambik exam utk aku. boley? heheh
    ariezxa´s last blog ..::: >>> Telan Air Mani Ada Manfaat? My ComLuv Profile

    • 44

      haha, SRP pun aku nyawa2 ikan nak lepas..

  23. 45

    ohh..

    nak bersara rupanya..

    ingatkan tadi nak sara(h)..

    muahaha!
    pak dogol´s last blog ..baby oh baby My ComLuv Profile

    • 46

      aku nak juga sarah.. tapi dia x nak.. hehe

  24. 47

    tesis master..
    good luck siapkan ye..
    nnti smbg balik ye

    • 48

      tu bukan aku punya.. tolong kawan jak tu.. hehe

  25. 49

    aisey…suspen makcik..ingatkan nak bersara terus. Apa-apapun selesaikan dulu urusan n lepas tu sambung balik ye..
    zures´s last blog ..BUFFERED EARNING My ComLuv Profile

    • 50

      hehe..
      xda la bsara terus..
      rehat kejap je.. tapi klu ada masa tetap jg blogwalking..

  26. 51

    ehehe.. lawaks jg post nih.. ingatkan nak bsara terus ropernyer alahai.. nice2!!
    L@n@´s last blog ..Hidangan Buahan Dan Sayuran Dalam Pemakanan Bayi My ComLuv Profile

    • 52

      hehe.. saja buat gempak yg tak jadi..
      btw, makasih sudi singgah… :)

  27. 53

    jadah tul eh..fikir mau close sudah blog nie..2-3 ari bukan b’sara itu b’cuti lah adoi..waachaaa

    • 54

      kalau aku tulis rehat.. nanti xda org nak datang baca.. hehe

  28. 55

    buat suspen aje sangka nak trusss pencen, hehehe.
    Seri´s last blog ..Kurik Kundi Merah Saga (Adat) My ComLuv Profile

    • 56

      hehe.. x nak pencen lagi ni..

  29. 57

    bercuti la bro..

    • 58

      a’ha.. becuti sebenarnya.. hehe

  30. 59

    owwh…. berehat buat sementara waktu rupernya….

  31. 60

    nice!!!

    • 61

      thanks… :)

  32. 62

    hahhaa…ko nie lan suspen je tajuk wei..aku ingatkan betul2 ko nk bersara…hahaa…baru ingat nk minta umah ijau ko nie..wakakakka..

    hah cepat2 sikit bertapa buat keje tu…nnti jgn lupa masuk balik rumah nie..

    • 63

      hehe.. sajalah bagi gempak ckit walaupun x gempak sbnrnya.. dah siap keja yg tu..

Trackbacks/Pingbacks

  1. [...] This post was mentioned on Twitter by kulanz, kulanz. kulanz said: Aku Nak Bersara http://goo.gl/fb/cyzN [...]

Leave a Reply

Kongsi artikel terbaharu anda