Home >> Pendidikan >> Anugerah Guru Inovatif 2009

Anugerah Guru Inovatif 2009

by kulanz on 23/07/2009 · 0 comments

Guru InovatifEncik Jasni @ Mohd Jasni Monon @ Ahmad Shukri atau lebih dikenali sebagai Tuan Rumputt, Seorang guru Sekolah Kebangsaan Pinggan-Pinggan (pada masa ini telah berpindah ke SK Bangkau-Bangkau, Pitas) yang juga merupakan admin KUSNET dan DJ UTARAFM telah dianugerahi “Guru Inovatif Daerah Pitas 2009″ sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Pitas 2009 pada 13 Julai 2009. Majlis sambutan tersebut telah diadakan di Dewan SK Pekan Pitas II.

Panel Pemilih Anugerah yang diketuai oleh En. Halim Bin Bidin @ Bibin, Pegawai Pelajaran Daerah Pitas sebulat suara bersetuju memilih Encik Jasni sebagai penerima anugerah berkenaan di atas pencapaian dan sumbangan beliau, khususnya dalam memartabatkan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan dan juga daerah ini. Beberapa sumbangan beliau dalam dalam bidang tersebut termasuklah:

1. Membangunkan laman web SK Pinggan-Pinggan Pitas.
2. Menjuarai pertandingan courseware design kategori sekolah rendah dalam pertandingan WCCD 2007 yang dianjurkan oleh Unit ICT kerajaan negeri Sabah.
3. Membangunkan laman web komuniti online pitasonline(PONET), utarasabah (KUSNET).
4. Membangunkan radio online UTARAFM.

Selain anugerah Guru Inovatif, turut disampaikan juga Anugerah Jasamu dikenang, Anugerah Khas PPD dan Anugerah Tokoh Guru Daerah Pitas. Majlis dan juga penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Puan Hajah Maimunah Binti Suhaibul, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Sabah.

anugerah guru

Kata kunci artikel:

anugerah guru inovatif, guru inovatif kebangsaan 2009, Jabatan pelajaran negeri sabah, program guru inovatif

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: