Home >> Internet >> Apa Alternatif Jika Streamyx Bermasalah?

Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina“. Yang tu peribahasa Melayu. Suatu ungkapan yang membawa makna tertentu, sesuatu yang tersirat.

Tapi entri ni bukan peribahasa atau cerpen yang mengandungi makna tersirat seperti entri Restoran dan Pelayan yang pernah saya tulis tahun lepas.

Ni pasal streamyx demam secara tiba-tiba malam ni. Sudah dicuba pelbagai cara: Reboot modem, Checked IP Configuration, Ping IP address, kabel LAN semua okey. Alarm – Rumah ni tiada pasang alarm. Direct connection pun dah buat, tetap tak dapat internet connection.

Saya malas mendail 100 malam ni. Bukan apa, kalau yang menjawab tu gadis bujang yang tak pakai tatu bagus juga. Tapi kalau yang menjawab tu isteri orang boleh diajak dating dalam kereta sambil bawa anak atau seorang lelaki yang berbogel masa mandi sambil hebahkan kepada media, bukan kah parah? Adehh, tadi kata tiada maksud tersirat, tapi ni dah melarat-larat.

Berbalik kepada cerita asal. Memandangkan guna Streamyx tak dapat, saya gunakan alternatif lain, broadband mobile daripada pelbagai ISP.

Celcom Broadband
Modem – USB Data card
Signal Strength – Excellent 100%
Network – GPRS
Load time (for kulanzsalleh.com) – 59.9 seconds

Maxis Broadband
Modem – USB Data card
Signal Strength – N/A 0%
Network – N/A
Load time (for kulanzsalleh.com) – connection pun tak dapat, apa lagi nak load blog :D

Digi Broadband
Modem – Iphone 3GS
Signal Strength – Excellent 95%
Network – GPRS
Load time (for kulanzsalleh.com) – 36.2 seconds

TM – Dial-up 1315
Modem – Notebook internal modem
Signal Strength – Full line rasanya
Network – TM Dial-up???
Load time (for kulanzsalleh.com) – 14.7 seconds

Yang ni bukan nak menyabung ayam, bukan provokasi atau fitnah. Kalau ada pihak di atas tu tak percaya, bolehlah habiskan duit buat tambang datang kampung saya untuk test sendiri. Entri ni juga bukan advertorial yang dibayar siarannya untuk menulisnya, malah saya yang membayar lebih untuk dapatkan connection internet. Macam kes streamyx yang dah bayar secara bulanan. Kalau ada masalahpun, bayaran tetap sama. Guna dial-up 1315, kena caj juga.

Bercerita pasal bayaran ni. Sebenarnya pihak TM Streamyx memang memberikan rebat kepada pelanggan setiap kali line Stremyx bermasalah. TM akan tolak bayaran berapa jam kita tak dapat connection. Tapi setakat ni saya tak pernah minta rebat tu pun. Apalah nak berkira sangat pasal 2-3 ringgit.

Jadi, menjawab kepada persoalan, apa alternatif terbaik saya guna kalau Streamyx bermasalah, jawapannya ialah Dial-up 1315 guna talian tetap TM. Dengan dial-up ni juga saya dapat publish 4 entri malam ni. Kiranya TM ni masih juga yang terbaik walaupun kadang-kala bermasalah.

Kata kunci artikel:

streamyx bermasalah, 1515 dial up signal, alternatif streamyx, restart modem streamyx, streamyx lepas reboot jadi lambat, tak dapat connect streamyx, talian 100, tm tahu apa yang kita layari

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 55 comments… read them below or add one }

1 Ashraf's Blog July 14, 2010 at 5:32 am

Streamyx problem sebab balik kampung kot, biasa la bila balik kampung ni, saya pun selalu gak gitu, tu yg malas nak online kalau balik umah mertua..haha

4 entri sekali gus ni mesti dah gatai tangan ni…hahaha, blog dah siap tak tau ler apa yg kurang lagi. loading pun cam slow je, komen sikit….
Ashraf’s Blog recently posted..Blog ke WordPress Self HostedMy Profile

Reply

2 Ashraf's Blog July 14, 2010 at 5:36 am

Tambah sikit lagi, sory kalau kotorkan blog ni…hehe, nape komen saya takde buton reply bang?
Ashraf’s Blog recently posted..Blog ke WordPress Self HostedMy Profile

Reply

3 kulanz July 14, 2010 at 10:06 pm

aku memang duduk kampung ni bro.. streamyx jarang juga problem.. tapi agak lembab..
4 entri tu dikemaskini masa xda line streamyx.. update offline :D

dah tengok blog bro.. ok dah tu.. ada sedikit penambahbaikan je perlu..

Reply

4 Wan July 14, 2010 at 9:25 am

streamyx bermasalah keluar jalan2, tengok laut dan aktiviti riadah lain :)

Reply

5 kulanz July 14, 2010 at 10:13 pm

bahaya tu jalan2 malam tepi pantai.. hehe

Reply

6 eyriqazz July 14, 2010 at 9:45 am

streamyx tetap terbaik…rasanya alternatif p1wimax or digi kot…pernah try digi,celcom n p1….digi n p1 ok..
eyriqazz recently posted..Nuffnang Sharing Session di Pak Li Kopitiam Final PartMy Profile

Reply

7 kulanz July 14, 2010 at 10:16 pm

P1WIMAX tak sampai sabah lagi bro.. kalau tak boleh juga cuba..
dengar cerita kawan digi mmg laju.. tapi tempat aku ni GPRS je dapat.. susah tinggal kampung ni..

Reply

8 jawatan kosong July 18, 2010 at 10:17 pm

aku ada coba digi boleh la..1Mb constant.
jawatan kosong recently posted..E&W Engineering Jobs KG Baru Subang Shah AlamMy Profile

Reply

9 etomyam July 14, 2010 at 9:46 am

oh ada rebate ke? tak pernah tahu ada rebate kalau ada line problem, mungkin pasal kat area saya ni jarang benar berlaku problem …huhuhu, dial up 1315 tu klasik tu :D
etomyam recently posted..Bila Gengblogger Jadi Tamublogger Kosmo-My Profile

Reply

10 kulanz July 14, 2010 at 10:18 pm

Memang ada rebat bro.. ari tu tm juga yg bagitau, suruh aku claim kalau x dpt connection.. 1315 mmg klasik bro.. tak ramai yg tau servis tu.. sekali sekala bolehlah juga guna kalau terdesak :D

Reply

11 etomyam July 15, 2010 at 1:07 am

aku guna balik kampung, bila nak load page yg berat siap boleh turun bawah rumah dulu siram pokok hahaha :D
etomyam recently posted..10 Kecenderungan Untuk Menipu PasanganMy Profile

Reply

12 eyriqazz July 14, 2010 at 9:46 am

oh ya,pasal rebattu betul…saya pernah ada problem berbulan2..dan dpt rebat more than 200+..latest masa pindah rumah,….dapat rebat sebulan…cuma customer service la slow skit..connection dah ok n stabil skangni..dulu problem juga…
eyriqazz recently posted..Nuffnang Sharing Session di Pak Li Kopitiam Final PartMy Profile

Reply

13 kulanz July 14, 2010 at 10:28 pm

kalau berbulan2 ada problem, memang patut dapat rebat bro..
tempat kami ni problem utama pada kabel yg diorang guna.. tu yang kadang ada problem lambat atau tak dapat connection langsung

Reply

14 iza July 14, 2010 at 10:35 am

Salam…

Wah….byknya…
Dasyat betul….sapu bersih nih…

iza baru lagi pakai stremyx wifi, buat masa ni Alhamdulillah.
iza recently posted..Cara Pasang Recent Posts Slider TutorialMy Profile

Reply

15 kulanz July 14, 2010 at 10:29 pm

syukur tu dapat servis yang jarang ada problem

Reply

16 cikmin July 14, 2010 at 11:36 am

yeah..strymix terbaik..pernah cuba sekali dial up tu..masa stimix tengah problem..jarang sangat problem kat rumah cikmin ni.. :)

Reply

17 cikmin July 14, 2010 at 11:37 am

lanz..dah tengokkan ke masalah cikmin tu?
cikmin recently posted..Testing-Blogging from WLWMy Profile

Reply

18 kulanz July 14, 2010 at 10:30 pm

salam cikmin,
dah tengok juga.. tapi tak kesan apa2 problem pada skrip.. rasanya tu berpunca daripada plugin tertentu.. nanti aku check balik..

Reply

19 Mr.Z July 14, 2010 at 1:26 pm

streamyx terbaik, ada hari tu dalam 2 mggu memang susah nak dpt line, dah on switch dekat 20 minit pun tak dapat lagi, cek ip, kable dsl tapi still tak boleh.. maybe naik taraf kut.. lepas tu ok balik sampai sekarang.. :)
Mr.Z recently posted..Roti Yang Aneh- Sanggupkah Anda MemakannyaMy Profile

Reply

20 kulanz July 14, 2010 at 10:43 pm

Betul bro, akupun masih tetap yakin dengan streamyx ni..

Reply

21 serol July 15, 2010 at 12:02 am

wah, yakin betul bro kulanz dgn streamyx ni. Tak pernah cuba, sebab masih belum sampai masa sesuai nak guna..
serol recently posted..Nikmat dunia yang kita tak sedar di waktu terjagaMy Profile

Reply

22 kulanz July 15, 2010 at 12:38 am

Memang yakin bro setelah menggunakannya dan tiada pilihan lain :D

Reply

23 fiezaradzi July 14, 2010 at 3:54 pm

mmg diakui streamyx paling ok kt msia ni.. P1 ok juge,… kdg2 jer.. tapi so far pakai okla..

kdg2 kena tgk tmpat gak kan.. kt kg, pakai maxis ok plak.. entahla..
fiezaradzi recently posted..Belanda Rebah dan AkurMy Profile

Reply

24 kulanz July 14, 2010 at 10:44 pm

belum ada rezeki utk cuba P1WIMAX.. tak tau bila sampai sabah.. kalau sampai pun, mungkin area KK, kalau di kampung mesti tak dapat juga

Reply

25 suri July 14, 2010 at 5:07 pm

takat ni tm ok lagi hehehe.tapi sllu cas rm70 lebih.mana datangnya angka rm10 tu geram sungguh..kita tak applay apa2 pun kita cuma eply bulan2 60 jer..

tang tu mmg hampeh.bila minta penjelasan kata mula jer kena byr 100 pastu 70 pastu byr rm 60 sampi bila-bila.tapi lani dah 6 kali pakai ttp gak di byr rm70 lebih.arghhhhh…nth tak tahu nak wat camner kes ni..

mintak cancel yg rm10 mmg tak blh sb kata mmg kene byrgak?

Reply

26 kulanz July 14, 2010 at 10:46 pm

tak tau pula diorang caj lebih.. tiap bulan pakai, pastu sampai masa diorang call bagitau berapa kena bayar.. bil tak pernah sampai.. alamat dah hilang rasanya.. :D

Reply

27 suri July 16, 2010 at 12:17 am

bro pakai tm kan..bulan2 byar brpa? amik pakej apa ya?

Reply

28 kulanz July 16, 2010 at 12:23 am

memang guna tm streamyx, bayar RM110 sebulan, pakej 1.0Mbps, suri guna apa?

Reply

29 AyieBlog July 14, 2010 at 6:03 pm

Salam,hahaha masih ada lain 1513 bro kulanz? try pakai 1515 masih ada tak?? hehehe :) ,tmnut or screamyx kadang-kadang menyakitkan hati :) ,tapi tetap servis terbaiklah internet di malaysia :) ,hehehe :) .

Reply

30 kulanz July 14, 2010 at 10:47 pm

haha.. memang ada bro.. selalu guna tu kalau streamyx ada problem.. tapi 1515 tak tau ada lagi ke tak.. tak pernah cuba lagi..

Reply

31 apiih July 14, 2010 at 6:18 pm

gune lah clcom broadband,walopon kdang2 amat menyengalkan..huhuhu
apiih recently posted..Roti Sedap Tapi Ngeri!!My Profile

Reply

32 kulanz July 14, 2010 at 10:48 pm

celcom broadband dapat GPRS bro.. lagi lambat..

Reply

33 wazy July 14, 2010 at 6:43 pm

Kalu guna TM dial up 1315 memang mahalkan bro,dulu saya terpaksa guna hp dijadikan modem sebagai alternatif untuk surf internet
wazy recently posted..Taugeh-Bersama-SelamanyaMy Profile

Reply

34 kulanz July 14, 2010 at 10:49 pm

memang mahal juga tu kalau pakai lama bro..
tapi nak buat mcm mana lagi kan.. xda pilihan lain..

Reply

35 wazy July 15, 2010 at 12:20 pm

Tu la nasib baik ade alternatif lain untuk layari internet ni
wazy recently posted..Taugeh-Bersama-SelamanyaMy Profile

Reply

36 ishak July 14, 2010 at 8:08 pm

sebenarnya saya malas nak ambik steamyx ni bro..saya just pakai digi rasnya daj ok kot..walaupun line gprs masih tetap dapat buat kerja…..:)
ishak recently posted..Idea dan permahaman aku tentang login facebook dapat duitMy Profile

Reply

37 kulanz July 14, 2010 at 10:50 pm

digi dan maxis line dia mmg ok bro walaupun setakat gprs.. tapi sayang maxis langsung tak dapat line.. digi pula pasang di telefon..

Reply

38 zik July 14, 2010 at 10:04 pm

diharap customer service boleh improve lagi …. nie kat rumah kadang2 prob jugak nie.. adueww..

Reply

39 kulanz July 14, 2010 at 10:51 pm

betul tu bro.. kalau nak customer kekal dengan diorang, servis kena jaga..

Reply

40 samdaddycool July 15, 2010 at 1:53 am

Pelanggan makin hari makin bertambah, promosi hari-hari dibuat.. Maka servis kena upgrade!

Reply

41 kulanz July 15, 2010 at 11:16 pm

tu lah, dalam promosi bukan main.. tapi masa guna memang menghampakan..

Reply

42 tehr July 15, 2010 at 4:05 am

salam
saya guna celcom bband dan sentiasa pilih setting devices 3g only – setakat ini ok je
kalau pilih 3g preferred, akan hanya dapat gprs je
terlena le menunggu…
tehr recently posted..Apakah MungkinMy Profile

Reply

43 kulanz July 15, 2010 at 11:18 pm

Salam,
memang bagus kalau dapat line 3g.. kalau tempat kami, setting 3g only, sampai bila2 tak akan dapat connect sbb line 3 lembah sangat..

Reply

44 nazra July 15, 2010 at 12:11 pm

baru tau pasal Dial-up 1315, terima kasih utk info ni :)
nazra recently posted..Cosplay di Malaysia Jom join Remaja TV3 Nips Crazy Challenge!My Profile

Reply

45 kulanz July 15, 2010 at 11:23 pm

sama2..
memang talian klasik tu.. bolehlah guna kalau streamyx meragam..

Reply

46 Nine July 15, 2010 at 3:26 pm

sreamyx mmg best bro kulanz, tq info nih, dulu pakai gak dial up 1315..sebelum tu 1515…silap hari tu tak amik promosi 1mbps, tambah rm5 jer..huhu..

Bro, mak ayie dah takde hari nih, dapat tahu dari sms tadi, al – fatihah unutk arwah.

Reply

47 kulanz July 15, 2010 at 11:30 pm

1515 tu pun memang aku pernah guna juga bro.. lambat betul zaman tu… tapi kalau setakat buka mirc atau friendster bolehlah juga..

Al-Fatihah untuk arwah, makasih bro maklumkan pasal tu..

Reply

48 Amir July 15, 2010 at 10:02 pm

slow la guna celcom broadband. ms kt msia guna benda ni, mmg tension nak berblogging sbb internet slow sgt. nasib baik kat aussie xde masalah dgn internet. laju je.
Amir recently posted..Penjenamaan Semula Oh MalaysiaMy Profile

Reply

49 kulanz July 15, 2010 at 11:32 pm

tak taulah bila broadband di malaysia ni akan upgrade.. nak juga rasa kelajuan macam di negara lain..

Reply

50 Azuan July 17, 2010 at 7:44 pm

Setakat ni aku masih suka guna Streamyx.. masih belum ada masalah lagi.. line pun ok..
Azuan recently posted..Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010My Profile

Reply

51 kulanz July 19, 2010 at 10:15 pm

streamyx tempat kami problem utama.. kelajuan tak sampai tahap maksimum..

Reply

52 Azuan July 20, 2010 at 12:58 am

Oo.. kalu gitu susah lah ek…
Azuan recently posted..Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010My Profile

Reply

53 acapz July 19, 2010 at 2:46 pm

slalu problem kowt. btw klu de problem contact je dorng trus. kng dorng setup la pape. huhu. pnh dlu lmbt sekali. then komplen je trus laju. hoho

Reply

54 kulanz July 19, 2010 at 10:17 pm

dah beberapa kali komplen bro.. tapi alasan diorang, kabel mmg tak support.. tpaksalah juga.. nanti bnyk komplen, diorang cabut kabel tu, lagi susah, hehe

Reply

55 alam September 18, 2010 at 6:23 pm

connection streamyx kat rumah saya alhamdulillah ok tapi maxis broadband hampeh

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: