Home >> Internet >> Apa Enjin Carian Alternatif Selain Google?

Apa Enjin Carian Alternatif Selain Google?

by Kulanzsalleh on June 13, 2010 · 11 comments

Mungkin ada sesetengah pengguna (terutamanya pengguna setia Google) yang masih tertanya-tanya apakah enjin carian alternatif yang terbaik untuk digunakan apabila Google (pilihan utama) gagal mencari maklumat yang dikehendaki. Memilih Yahoo, Microsoft Bing, AOL, ASK.Com, Alexa atau enjin carian lain seperti search.conduit?

Sebelum memilih, apa kata kita lihat senario penggunaan enjin carian alternatif apabila pengguna Google tidak dapat mencari apa yang mereka cari. Senario ini adalah berdasarkan kajian yang dibuat oleh rangkaian iklan online Chitika melibatkan 4 enjin carian.

Sumber: Chitika

Menurut laporan Chitika, pengguna lebih cenderung untuk memilih Yahoo dan Ask.com sebagai enjin carian alternatif berbanding Bing dan AOL. Daripada seramai 39,000 pengguna yang melawat laman di seluruh rangkaian iklan online-nya melalui kata kunci (keyword) atau frasa tertentu sebelum ‘hit’ salah satu halaman Chitika, 49,5% adalah berasal daripada enjin carian Yahoo, 30,29% Ask.com, 16,4% Microsoft Bing dan hanya 3,8% melalui AOL.
.
Bagaimanapun jika dibandingkan dapatan Chitika dengan dapatan saya melalui Google Analytics yang saya gunakan, terdapat sedikit perbezaan urutan bagi jumlah pengunjung ke blog ni (daripada enjin carian). Boleh rujuk gambar di bawah. Perbezaan yang saya maksudkan adalah perbezaan kedudukan antara AOL dan Bing. Apapun, perbezaan tu mungkin disebabkan oleh kebiasaan pengguna di sesebuah negara dan keyword yang digunakan untuk sampai ke blog ni.

Jadi sekarang ni dah tahu kan mana enjin carian pilihan pengguna selain Google. Mungkin pengguna (pencari maklumat) bolehlah pilih mana-mana enjin carian daripada senarai jika Google gagal membantu anda mencari artikel yang dikehendaki.

Kepada rakan blogger pula, mesti sentiasa ingat selain daripada Google, ada banyak lagi enjin carian lain yang akan digunakan oleh pencari maklumat untuk “sampai” ke blog kita.  Jadi untuk ingatan (kepada diri sendiri juga) tak salah kita mementingkan Google PageRank dan Alexa Rank untuk SEO dan SERP tapi jangan sampai lupa pada enjin carian lain. Dan kalau Blog kita mendapat penalti daripada Google, alternatif terbaik (sementara Google tarik balik penalti tu), kita beri tumpuan untuk SEO Yahoo dan enjin carian lain.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 11 comments… read them below or add one }

1 Mus June 13, 2010 at 12:24 am

Aku lebih suka dengan Google!

Reply

2 kulanz June 14, 2010 at 1:29 am

sama juga bro.. akupun lagi suka Google..

Reply

3 Amir June 13, 2010 at 12:31 pm

xtau plak psl SEO Yahoo ni…. sy suka google, kalo x jumpa artikel yg sy nak kat google, sy x bukak dah search engine lain. hehe. malas.

Reply

4 kulanz June 14, 2010 at 1:47 am

masih ramai lagi tu pengguna Yahoo bro.. sayang juga kalau kita tak mantapkan SEO yahoo..
tapi kalau untuk cari artikel.. akupun cuma akan gunakan google je :D

Reply

5 hafizmd June 14, 2010 at 12:14 pm

samelah ngn akupun..stil suke gune google..yahoo ade jugak..kadang2 sangat..

Reply

6 wazy June 16, 2010 at 12:29 pm

saya masih memilih enjin carian Google,sebab semua info terdapat di google ni.

Reply

7 alam September 17, 2010 at 3:24 pm

google tetap menjadi pilihan entah la kenapa xsuka engine search lain

Reply

8 mijie December 12, 2010 at 11:14 am

aku pun harapkan google dan yahoo je, yang lain tu aku kurang berminat

Reply

9 icha November 4, 2011 at 6:27 pm

Kalau aq senang pakai google, tapi kalau cari gambar bagus pakai yahoo

Reply

10 Rina As April 5, 2012 at 11:59 am

Selain Google biasanya saya gunakan search engine bing, hasol cariannya sangat bagus

Reply

11 Oh! budu July 31, 2012 at 10:14 am

suka gila dengan google. yahoo macam serabut gila. aol, langsung x pernah bukak. hihi

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner