“WWW” yang dimaksudkan bukan merujuk kepada Wild Wild West atau World Wide Web tetapi nombor siri pendaftaran (no plate) bagi kenderaan yang didaftarkan di Kuala Lumpur.
Kalau dalam dunia online, WWW memang sangat bermakna. Tapi untuk nombor pendaftaran kenderaan, saya tidak tahu. Itu terpulang pada pilihan masing-masing. Apa yang pasti, WWW telah menerima bidaan tertinggi dalam rekod setakat ini apabila sebanyak 18,243 bidaan diterima sehingga tarikh tutup. Hampir empat kali ganda bidaan berbanding rekod tertinggi sebelum ini, iaitu nombor pendaftaran kenderaan siri “WVW” yang mempunyai 4,750 bidaan.
Mengikut jangkaan, WWW akan menjadi harga paling tinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini. Kalau tahun lepas, nombor siri pendaftaran MCA1 berjaya mengutip RM300,100 untuk bidaan nombor tersebut. Memang cukup tinggi dan boleh beli 4-5 buah kenderaan lain. Agak-agak untuk WWW1 berapa pula harganya nanti? Mencecah RM350,000 atau RM400,000? Tunggulah keputusan bidaan yang bakal diumumkan pada 24 Mei nanti.
Kalau di Sabah, ada beberapa nombor yang menarik dan paling dikehendaki. Salah satunya, SAB4H. Nombor ini sudahpun dimiliki oleh TYT Negeri Sabah dengan bidaan sekitar RM50,000. Tapi ada beberapa lagi nombor terdekat yang mungkin menarik minat; SAB4K, SAB4L, SAB4M, SAB4N, SAB4P, SAB4R, SAB4S, SAB1T, SAB4T, SAB4U, SAB4V, SAB4W, SAB4X dan SAB4Y. Kalau nombor di atas tidak menarik, boleh tunggu tahun 2013 sebab bermula awal tahun depan, semua pemilik kenderaan kecuali teksi akan dibenarkan untuk membida nombor pendaftaran peribadi (NPP).
Setakat ini saya memang tiada pengalaman mengikuti bidaan untuk nombor kenderaan. Adapun setakat dapatkan nombor di hadapan (tidak mengikut urutan). Walaupun bukan nombor bernilai utama, nombor menarik atau nombor popular, tapi saya kena bayar juga RM650 untuk dapatkan nombor tu. Agak mahal tapi berbaloi untuk menjadi pasangan yang lagi satu.
Kemaskini 24 Mei 2012: Nombor pendaftaran WWW 1 mencipta rekod baru apabila bidaan tertinggi yang diterima bagi nombor siri tersebut bernilai RM520,000, mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang dijual dengan harga RM300,100.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.


{ 20 comments… read them below or add one }
kalo pki wolkwagen..lepastu dpt plate www byknya w..huhu
uih..awat kuar url..huhu
x tau bro.. automatik kuar
memang banyak w kalau macam tu
Hehehe…. Ada tempah plat ker…
buat apa la orang kaya pakai no kete mahal2, bazir je…
aku dapat WVM ja
nak tunggu WVW or WWW lambat sangat
lagipon nak amek nombor kawen, mahal, lari bajet. last2 nombor rawak ja..hahah
pelik.. orang kaya saja nak buang duit agaknya
.
salam..
ermm..tak jadi kerja lah kalau
saya nak membida sebegitu sekali
buat ke lain duit tu lagi menafaat..
lain orang lain citarasanya kan..?
kalau dah ratus2 ribu memang membazirlah, buat pelaburan lain lagi baik….heee
mungkin yang minat nombor.. dorang tak kira berapa RM kena buang begitu jer..
kadang2 rasa macam satu pembaziran yg melampau plak bila sanggup keluar duit beribu2 hanya untuk nombor plat kenderaan, kan? tapi mungkin diorang2 dah terlalu banyak sangat duit sampai dah tak tahu nak buat apa..
Ada duit lebih boleh lah..adeh rasa membazir nya bida tinggi2..
Bagi saya tak kisah sangat bab no plate ni. Jika mampu beli. Kalau sampai ratus2 ribu dah kira membazir
Biasanya pemilik kereta mewah suka nombor plat kereta yang menarik.
Mainan orang lebih duit ni
Dah banyak sangat, tak tahu nak buat apa lagi dah
Huhu
Setuju ngn cikgu tehr…mainan utk orang berduit…biarkanlah mereka…huhuhuhhh
nombor itu melambangkan imej dan citarasa, juga penampilan berprestij.
SAB4R mungkin menjadi pilihan.. setelah SAB4H disambar TYT
penggunaan plate kereta WWW …….. ada keistimewaannya…….