Kebanyakan blogger hari ini mungkin sudah tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Page Rank atau kedudukan laman. Tapi bagi “melengkapkan pencarian seseorang atau beberapa orang” yang benar-benar ingin mencari maklumat tentang Apa itu Page Rank. Saya akan kongsikan di sini secara ringkas dengan bahasa yang mudah. Ingin dimaklumkan awal-awal, saya bukannya pakar Page Rank atau SEO. Hanya berkongsi apa yang telah saya baca.
Apa itu Page Rank?
Page Rank adalah alat yang dicipta oleh Larry Page dan Sergey Brin untuk menentukan halaman mana yang lebih popular dan layak untuk dipaparkan dalam laman utama mesin carian google. Page rank dikira 0-10. Semakin tinggi kedudukan laman tersebut, bermakna lebih popular halaman tersebut di enjin carian.
Apakah Page Rank Penting kepada Sesebuah Laman?
Pada asasnya, blog/laman yang mempunyai Page Rank tinggi biasanya akan mendapatkan peluang untuk berada pada senarai enjin carian (Search Engine Results Pages – SERPs) dengan kedudukan yang lebih baik berbanding sebuah blog yang mempunyai Page Rank yang rendah. Sebagai contoh: halaman A mempunyai Page Rank 7 akan menjadi peringkat pertama di halaman carian Google dibandingkan dengan laman web yang mempunyai kedudukan halaman dari 6, 5 dan Page Rank yang lebih rendah. Jadi, kemungkinan halaman tersebut dikunjungi oleh pengguna internet akan meningkat. Bagaimanapun ini hanyalah satu kemungkinan sahaja. Dalam sesetengah keadaan, kedudukan page rank tidak menjanjikan kedudukan yang baik di enjin carian. Faktor lain seperti kata kunci (keyword) yang digunakan juga sangat penting.
Saya berikan satu contoh yang paling mudah untuk membantu penjelasan di atas.

Dengan menggunakan kata kunci: waktu imsak 2010, dua laman di atas akan berada pada kedudukan teratas enjin carian Google. Untuk rujukan, laman yang pertama mempunyai Page Rank 7, dan laman kedua mempunyai page Rank 4. Kedudukan Page Rank itu mungkin menjadi faktor yang membolehkan kedua-dua laman berada pada kedudukan teratas enjin carian.
Seterusnya, saya melakukan pencarian untuk kali kedua dengan mengubah sedikit kata kunci yang digunakan.
Dengan kata kunci: waktu imsak 1431h, kedua-dua laman berkenaan akan berada pada kedudukan teratas enjin carian (Google). Untuk rekod juga, pada masa pencarian laman yang berada pada kedudukan pertama mempunyai Page Rank 4 dan laman kedua mempunyai Page Rank 5. Dalam keadaan ini, kedudukan laman di enjin carian ditentukan berdasarkan sejauh mana relevannya kata kunci yang terdapat pada sesebuah laman dengan kata kunci yang digunakan sebagai carian.
Bagaimana Page Rank ditentukan?
Google mempunyai kaedah sendiri dalam menentukan Page Rank sesebuah blog/web. Tiada penjelasan yang terperinci mengenai perkara tersebut. Tapi berdasarkan sedikit penerangan pakar (termasuk daripada pihak Google sendiri), terdapat beberapa artibut yang mungkin boleh mempengaruhi dalam menentukan Page Rank sesebuah laman, antaranya penggunaan Meta Keywords, Meta Description, inbound link, Link populariti dan beberapa teknik lain. Bagaimanapun semua itu hanyalah sebagai pelengkap kerana paling penting adalah penekanan pada kandungan yang unik dan berkualiti. Cara menentukan kandungan unik dan berkualiti ini terpulang pada persepsi masing-masing.
Bila Page Rank akan dikemaskini?
Berdasarkan pengalaman-pengalaman sebelum ini dan juga hasil rujukan daripada catatan terdahulu, Google biasanya mengemaskini Page Rank keseluruhan laman (homepage) dalam tempoh tiga bulan sekali. Kemaskini itu mungkin secara besar-besaran (major update) yang melibatkan semua web atau hanya sebahagian web sahaja (minor update). Misalnya, pada tahun ini, Google telah membuat major update pada bulan Mac-April dan minor update pada bulan Jun-Julai. Bagaimanapun, harus diketahui bahawa Page Rank sesebuah laman sebenarnya dikemaskini dari semasa ke semasa. Mungkin setiap hari. Dan setiap halaman di blog mempunyai Page Rank masing-masing. Terdapat beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk memeriksa Page Rank setiap halaman, antaranya Smart Page Rank, Live Page Rank atau boleh juga menggunakan perisian lain seperti Market Samurai.
Sebenarnya masih banyak lagi pasal Page Rank ni yang belum disentuh. Kalau hendak dibincangkan Page Rank ni, tulis 100 muka surat pun tak akan habis. Tapi sedikit pengetahuan mungkin adalah lebih baik. Mana yang berguna bolehlah diikuti, yang kurang tepat adalah disebabkan kelemahan saya sendiri.




{ 65 comments… read them below or add one }
bro… sy xtau sgt nih.. thanks la atleast entri ni banyak bg info
tpinky recently posted..Temuduga Yang Mengecewakan
baca habis bro..berguna2… lepas ni nak cek pagerank blog aku pulak
Blog bro dah dapat PR2 tu..
@tpinky,
sama-sama masih belajar juga ni..
memang mantap penjelasannya…
jawatan kosong recently posted..Fuji Electric Vacancy Engineers Kulim Kedah Jobs
tahniah bro da PR 2 skrg ea..waka waka
PutraMalaya recently posted..Intel Scholarship for Malaysian Students
PR aku telo lagi huhu,gempak la bro keyword no 2 tu..boleh belajar ni
PR0 xpa bro.. boleh main keyword juga..
dah bosan dgn PR3..dah lama tak gerak2..haha
x-po recently posted..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN
sabar bro PR 3 pun dah kira bernilai dan power untuk blog bahasa melayu
ray ban recently posted..Size guide
betul tu.. PR3 pun ada nilai juga
@xpo, nanti akan gerak juga tu bro..
komprehensif dan penerangan terbaik dari bro, ada harapan ke blog aku nak naik lagi PR ni, banyak sangat error 404 nih hehehe
etomyam recently posted..Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak
ada harapan tu bro.. blog bro banyak entri yang unik.. keyword pun ok
wow.. penjelasan padat!
sapa yang blurr lagi tu tak paham tak tau la nak kata apa
luth textile recently posted..Senarai 5 Kedai Char Kuey Teow Penang yang best! Part 1
haha, dah abis adjust ayat ni supaya lagi senang paham..
susah juga nak dpt rank dalam google ye..jarang dpt 1st.tu pon kene update awal dari sape2 yang update pasal yg berkaitan.
nak dapat rank tinggi di google memang agak susah bro..
tapi untuk duduk 1st page di google semua boleh dapat.. x semestinya siapa dulu publish.. yang penting keyword tu kena dengan apa yang orang cari
page rank 3 standard link yang dijual boleh mencecah harga usd55 untuk satu link
ray ban recently posted..Size guide
nanti aku charge lah mana-mana link bisnes yang letak sini.. murah je.. RM20 1 link
panjang lebar penerangannya.. anyway, baru jer beberapa minit aku buat post tentang waktu berbuka puasa 2010, not bad resultnya..

Azuan recently posted..Plugin Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2010
semalam sempat juga check pos bro di google.. memang keyword mengena.. duduk 1st page
hehe.. tu lepas publish terus masuk page 1.. tp hari ni dah tak de dah.. hehe.. blog aku tu mcm susah nak kekal kat google.com
Azuan recently posted..Kesan Apabila Sesuatu Keyword Mempunyai Permintaan
memang lengkap dan padat lebih2 lagi bab Bila Page Rank akan dikemaskini tu… memang tengah mencari infonya… dah faham sekarang terima kasih banyak2 bro…
sama-sama bro..
Terima kasih di atas perkongsian bro

ProfHariz recently posted..Puasa Adat
sama-sama.. moga bermanfaat..
Salam….
Perkongsian yang bagus. Macam mana nak bagi PR3 naik ye?
Lagi satu, dalam alexa kan ada site linking in:35 cth. ini utk apa pula ya?
iza recently posted..Tips Atasi Masalah Sukar Tidur
salam,
Susah juga nak jawab untuk naikkan PR tu.. google je tau hal sebenar.. tapi sebagai blogger mungkin kita boleh beri perhatian pada penggunaan meta keywords, description, inbound link, link populariti dan kandungan yang berkualiti..
site linking di alexa tu adalah jumlah laman yang ada pautan atau ada link blog kita..tapi jumlah tu hanya mengikut alexa.. kalau nak tengok link kita melalui google boleh taip macam ni di kotak carian google: contohnya (link:kulanzsalleh.com)
power nie … masih banyak kena belajar…

zik recently posted..Sms kreatif ramadhan
sama-sama kita belajar bro..
aku punya pr masih 1 bila nak naik ni…huhu
ishak recently posted..Ujian air kencing ameng spring positif dadah
pelan-pelan kayuh, gerenti naik bro
Info yang menarik..thanks bro…saya masih pagerank 0…oh ya, thanks di atas keprihatinan bro..Semoga dimurahkan rezeki bro…
eyriqazz recently posted..Berita Sedih Dari Kampung Sumbangan Anda Diperlukan
yang PR0 tu cuma domain/homepage.. tapi entri rasanya PR dia tinggi juga.. jadi tak lama lagi bro akan dapat balik PR asal atau lebih tinggi lagi..
~ sekadar buat apa yang termampu bro..
Agak-agak ada tak blogger yang dapat PR 10? heh

hafidz recently posted..Tunjuk Perasaan
tak sempat check lagi…
xda rasanya.. sebab official google blog pun cuma dapat PR8 je..
huhuhu ada ker?? klau ada blogger Malaysia sampai PR 10 memang respect gila la
rank alexa selalu berubah2.. huhu.. PR 1 lagi dari awal tahun.. teruja lau tgk PR blog otai2 ni.. hebat.. blog ni pun hebat.. hehee
fiezaradzi recently posted..Hamil Dan Puasa
blog ni xda hebat manapun, blog biasa je ni..
perkongsian yang menarik bro. sekarang lebih paham.
Mus recently posted..Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1431H-2010M
bagus tu bro kalau paham.. objektif penulisan tercapai..
kiranya pgrank ke-7 tu dah mantap di google ye bro..
memang mantap tu bro.. nanti kita try minta dekat google
seblum ni,aku x amik tahu sgt psl PR yg ni..yang aku tahu sape PR tggi peluang nak duk no 1 kt google lebih cerah..kalau explore btol2 psl PR ni dgn keyword nampak menarik plk..hehe
azizan4444 recently posted..Edisi Sabtu Bila Blogger Teruna Berkumpul
PR rendah tak kisah bro.. janji boleh main keyword..
aku punya masih kosong dan tak gerak2 hehe
Syafrizal recently posted..Produk terbaru HPA berada di pasaran
aku memang tak pernah paham apa gunanya page rank tu untuk blog aku.. entah berapa lah PR aku… ingat-ingat tentu negative la pulak….
bujang3 recently posted..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!!
apa pun ..tabik springg kat ko.. ko memang rajin update blog.. sehari sampai 3 entry keluar… mana ko dapat idea banyak-banyak niee ??? Heran aku !!!
bujang3 recently posted..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!!
huhuhu..rasanya suri punya mash di tahap 1 lagi nie heeeee
x puas hati sebab PR oh malaysia masih 0.. tp yg peliknya, utk sesetengah keyword tu dapat tewaskan blog2 yang berPR 2,3 dan 4.
Amir recently posted..Salam Ramadhan Al-Mubarak Daripada Saya
masih 0/10
…bila la nak dapat 1
hehehe
tehr recently posted..Hati Yang Sakit
wow.. penjelasan yg padat.. good job bro.. stuju sgt.. kalau kena keyword blog yg pr0 pon leh ada dlm 1st page google..
RedBoys recently posted..Orang yang Berpengaruh dalam Dunia Internet part 2
daku masih lagi pr0.. hehe.. sori bro lama x dtg sini because busy sgt skrg.. hehe
RedBoy recently posted..Orang yang Berpengaruh dalam Dunia Internet part 2
aiseh,inilah maklumat yang di tunggu2,saya pun sekarang ni sedang berusaha kearah menaikan pr..huu..huu
blog aku masih PR0
tak tahu camne naikkan
samala kita blog saya masih lagi PR0 juga
ray ban recently posted..Original wayfarer green lens
dah hampir 10 bulan blog saya tapi still tidak mendapat PR 1 sangat2 menanti
ray ban recently posted..Original wayfarer green lens
Bila agaknya PR nak update? Sudah 3 bulan masih PR 0

ProfHariz recently posted..Berpoligami – Cinta Atau Sex
usya balik entri lama2 ni..hehe
teringin gak nak tingkatkan..
syahrilhafiz recently posted..Sitelink! Terima Kasih Google
wah…..banyak update dong karang
http://www.balibeyondgourmet.com
pagerank ni dulu aku tak
pernah nak kejar.dia yang
datang terhengeh-hengeh kat aku.
masa mula berblog dulu.cuma tahu
kejar trafik dan SEO je.
Ali ridha recently posted..Bersocial pada hujung minggu
wah…jadi nambah deh ilmu ku karang, thanks ya temen2
Saya pun ade buat pasal page rank… Cuma tak sehebat bro…
http://wacanaku2009.blogspot.com/2011/07/tips-blog-page-rank-perkongsian-erti.html
Saya ingatkan PR rendah lagi bagus. Ohh rupanya
PR tinggi lagi bagus.
Terima kasih saudara Kulanz kerana berkongsi maklumat
ini. Teruskan berkongsi.
Tahniah !