Home >> Nasional, Semasa >> Apakah Wajar Elaun Pedalaman Ditambah?

Salam semua,
Sudah agak lama tidak membicangkan sesuatu yang berkait dengan dunia pendidikan. Saya sebenarnya suka menulis tentang isu-isu pendidikan di Malaysia ni. Cuma kadang kala masa agak terhad dan perkara ini perlukan ditulis  berdasarkan fakta atau sedikit tinjauan. Bukan boleh ditulis sesuka hati.

Secara kebetulan semalam sempat mendengar berita tentang pengumuman penambahan elaun sedia ada, khusus untuk guru-guru yang bertugas di pedalaman. Jadi saya ingin berkongsi pandangan mengenai perkara ni. Sebelum tu berikut saya petik keratan berita mengenainya:

MIRI: Kementerian Pelajaran bercadang menambah dua lagi kategori elaun khas bulanan bagi guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, kata Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Dr Amir Salleh @ Mohd Salleh.

Katanya kategori baru itu di bawah ”Elaun Pedalaman” akan membabitkan elaun tambahan masing-masing sebanyak RM750 dan RM1,250.

“Elaun baru ini dijangka dilaksanakan dalam sedikit masa lagi dan ia adalah tambahan kepada kategori yang sedia ada iaitu RM500, RM1,000 dan RM1,500,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian bengkel tiga hari mengenai sekolah-sekolah kecil di sini hari ini – Berita Harian Online (29 Mac 2010).

Berita ini pastinya mengundang pelbagai reaksi masyarakat, terutamanya guru-guru dan kakitangan awam yang lain. Ada yang menyambutnya dengan rasa gembira dan bersyukur. Tidak kurang juga yang menyatakan rasa kurang senang. Jadi untuk membincangkan perkara ini, biar saya nyatakan secara pro dan kontranya.

Bagi guru-guru yang bertugas di kawasan pedalaman, mereka pastinya sangat gembira dan berterima kasih. Jika selama ini sekolah mereka yang sepatutnya menerima elaun pedalaman sebanyak RM500 dan RM1000 mungkin akan menerima elaun RM750 atau RM1250. Pada pandangan saya juga langkah menambah elaun sedia ada sememangnya sangat wajar dan tindakan kementerian (khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan – BPPDP yang mengkaji tentang pelaksanaan elaun baru ini) patut dipuji. Ini menunjukkan yang kementerian sangat mengambil berat guru-guru yang berkhidmat di pedalaman  serta berusaha merapatkan jurang perbezaan pencapaian pelajar bandar dan luar bandar dengan cara menarik minat lebih ramai guru berkhidmat di kawasan berkenaan.

Dari sudut yang lain pula perlu juga difikirkan semula. Siapa yang sepatutnya perlu diberi perhatian utama. Guru, murid atau kedua-duanya? Setahu saya pendidikan adalah sebuah institusi yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. Skop utamanya untuk melahirkan individu dan modal insan yang dikehendaki selari dengan Matlamat Pendidikan Negara. Persoalannya, adakah semangat tinggi guru yang mengajar di pedalaman sudah cukup untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua segi? Contohnya, guru menerima elaun pedalaman RM1500 sebulan. Elaun tersebut dapat digunakan untuk membeli kenderaan pacuan 4 roda untuk sampai ke kawasan yang jauh, membeli bot  untuk sampai ke pulau, menyewa rumah berhampiran sekolah, membeli genset untuk bekalan elektrik di rumah atau membeli peralatan pengajaran dan pembelajaran untuk kegunaannya. Hal itu tentu akan meningkatkan semangat guru mengajar.

Akan tetapi pelajar terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah kerana terpaksa belajar di kelas yang usang dan tiada sebarang kemudahan, duduk di kerusi yang hampir patah serta lantai kelas yang berlubang. Terpaksa meredah hutan dan semakan beberapa kilometer untuk sampai ke sekolah. Atau terpaksa ponteng sekolah kerana membantu ibu bapa menebas hutan untuk bercucuk tanam? Adakah semangat mereka sama dengan semangat guru berkenaan? Bolehkah mereka belajar dengan baik? Atau, biarkanlah mereka begitu asalkan guru di pedalaman mendapat keselesaan!

Seperkara lagi, saya juga sempat membaca beberapa komen pembaca di Berita Harian tentang pengumuman ini. Ada yang berpendapat yang pemberian elaun ini akan melemahkan semangat guru-guru lain yang bukan bertugas di pedalaman. Saya tidak menyangkal mungkin benar seperti pendapat pembaca berkenaan.

Sebelum menimbulkan isu ini mungkin ada baiknya saya sentuh sedikit beberapa kriteria yang jadi penentu untuk pemberian elaun ini. Kalau tidak silap saya, antaranya termasuklah: Jarak daripada Pejabat Pelajaran Daerah/Pekan Pentadbiran utama, jalan perhubungan, kemudahan asas (air dan elektrik), kemudahan perubatan (klinik/hospital) dan prasarana lain di kawasan sekolah (sila betulkan jika saya silap). Jadi, isu tidak puas hati itu mungkin terjadi disebabkan beberapa perkara. Biar saya kemukakan dalam bentuk persoalan:

  • Jika jarak pejabat pengurusan yang diambil kira, berapa kerap sebenarnya guru perlu berurusan di pejabat pelajaran atau pejabat pentadbiran daerah. Adakah mereka perlu berurusan setiap hari, seminggu sekali atau sebulan sekali?
  • Bagaimana dengan guru yang mengajar di sekolah bukan pedalaman, tetapi terpaksa berulang-alik sejauh 100km (2 hala) kerana tiada kemudahan rumah guru atau rumah sewa berhampiran sekolah berkenaan? Adakah elaun perumahan sebanyak RM180 atau RM250 memadai?
  • Bagaimana dengan guru yang bukan mengajar di pedalaman, tetapi kemudahan infrastruktur sekolah dan kemudahan asas lain tiada kerana sekolah itu juga berstatus luar bandar?
  • Bagaimana dengan guru yang memang berasal dan tinggal di kawasan pedalaman tu. Cukup selesa di kampung dan rumah sendiri, kemudian mendapat elaun sebanyak RM1500 seorang?

Mungkin juga persoalan-persoalan inilah yang menyebabkan guru-guru dan kakitangan awam lain tidak berpuas hati dengan pengumuman cadangan tersebut. Kenapa perubahan elaun pedalaman sedia ada yang kadarnya RM500 – RM1500 akan diluluskan sedangkan elaun perumahan yang sudah lama dituntut masih juga tidak dinaikkan? Cuba fikirkan, guru-guru yang berasal dari Sabah (dan bertugas di Sabah) hanya menerima elaun perumahan sebanyak RM180-RM250, manakala guru-guru dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia menerima antara RM730-RM830 sebulan. Bayangkan seorang guru dari Tawau yang ditempatkan di Pitas hanya menerima elaun sebanyak RM180 sebulan tetapi terpaksa membayar sewa rumah dengan kadar RM400 – RM700 sebulan. Kadar sewa itu sama rata kepada semua orang tanpa mengira dia berasal dari mana.

Bagaimanapun satu perkara yang guru-guru atau kakitangan awam yang lain perlu tahu. Elaun itu sebenarnya bukan elaun yang baru. Ia adalah elaun pedalaman sedia ada yang diselaraskan semula sesuai dengan keadaan sekolah. Saya cukup jelas dengan perkara ini sebab pada tahun lepas saya terlibat secara langsung membawa pegawai BPPDP ke sekolah-sekolah pedalaman di daerah saya, memantau sekolah-sekolah tertentu bagi menentukan semula kategori yang sesuai untuk sekolah berkenaan. Jadi pada masa itulah saya dimaklumkan secara tidak langsung tentang akan ada perubahan pada kategori elaun pedalaman tersebut.

Memang ada rasionalnya pemberian kadar elaun yang baru ini. Saya secara peribadi cukup bersetuju dengan perkara itu. Bukan apa, sebelum ini saya sendiri pernah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan kerajaan memberikan elaun tersebut hanya kepada sekolah-sekolah tertentu sedangkan sekolah lain yang berstatus luar bandar juga mempunyai kekurangan insfrastruktur yang cukup teruk. Bahkan saya pernah berkata, jika keselesaan jalan raya yang diberi perhatian, mungkin ada baiknya guru mengajar di jalan raya sahaja… sebab bilik darjah di sekolah luar bandar terlalu daif dan tidak selesa untuk guru dan pelajar”. Tapi apabila saya berpeluang menjejakkan kaki sendiri di sekolah-sekolah pedalaman untuk tujuan pemantauan, barulah mata saya terbuka luas. Di situlah baru saya faham bagaimana kesengsaraan guru yang bertugas di tempat tu.

Saya tidak pasti bagaimana tanggapan orang lain. Tapi bagi saya sendiri, walaupun saya berasal dari kampung yang biasa menggunakan air perigi sebagai sumber air utama, tapi saya tidak dapat bayangkan bagaimana guru-guru di pedalaman kadang-kala terpaksa menggunakan air dari sungai ‘milo’ untuk mandi dan mencuci pakaian. Manakala sebahagiannya pula terpaksa mendirikan dapur atas usaha sendiri, berdindingkan zink yang dikutip entah dari mana. Saya ingatkan hidup saya di kampung selama ini susah, rupanya ada orang lain yang lebih susah daripada saya.

Sebagai rumusan, pada saya pemberian 2 lagi kategori elaun ini memang sangat wajar. Sekurang-kurangnya nasib guru-guru di pedalaman Malaysia terbela. Bagaimanapun, Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlu sedar, jika merapat jurang perbezaan pendidikan antara bandar dan luar bandar dijadikan matlamat, tumpuan perlu diberikan secara menyeluruh. Saya tidak nafikan pengurusan sumber manusia itu penting, namun faktor-faktor fizikal juga sangat penting. Ada sesetengah orang (guru) bermotivasi bukan atas dorongan kewangan semata-mata. Mereka tidak pernah berkira berapa jumlah elaun yang mereka terima, asalkan kemudahan yang disediakan untuk mereka dan para pelajar mencukupi dan mengikut yang sepatutnya. Jadi janganlah  lupa pada tuntutan tersebut. Kita perlu belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini. Program Pembangunan Pendidikan 2000-2010 hilang entah ke mana, Pelan Induk Pembangunan pendidikan (PIPP 2006-2010) pula sudah sampai ke penghujung tetapi masih banyak matlamat yang digariskan tidak tercapai. Kini sektor pendidikan terpaksa pula menggalas 4 sub komponen yang terdapat dalam NKRA  (National Key Result Areas).

Ini hanyalah pandangan peribadi saya.

Kata kunci artikel:

berita harian tawau, sekolah pedalaman di sabah, pegawai semenanjung membeli rumah di sabah masih ada elaun perumahan, pekeliling elaun pedalaman, perbezaan pedalaman dan pendalaman, perjalanan seorang guru di pedalaman sarawak, rumah sewa di pitas, berapa elaun seberang laut mengajar di sabah, senarai klinik yg mendapat elaun hidup sukar, senarai sekolah pedalaman di sabah, senarai sekolah-sekolah p2 di sabah, surat pekeliling tentang elaun guru pedalaman, tambahan elaun 750 dan 1250, nama sekolah rendah perdalaman tawau, guru pedalaman tak dapat pindah, elaun gaji guru p1, elaun guru sarawak di semenanjung, elaun hidup susah pedalaman, elaun kesusahan jururawat masyarakat, elaun pedalaman

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 60 comments… read them below or add one }

1 qimie March 31, 2010 at 12:59 am

ntahla.. aku tak pasti sangat tentang ni.. sebab aku tak makan gaji.. aku kerje sendiri, wajar atau tak wajar sebenarnya terpulang kepada penilaian individu itu sendiri.. tu sebab ramai orang cari cikgu nak buat isteri.. hehehe….
.-= qimie´s last blog ..Ricky Martin: ‘I Am a Fortunate Homosexual Man’ =-.

Reply

2 kulanz March 31, 2010 at 1:48 am

individu cuma mampu beri pandangan bro, tapi kerajaan yg buat keputusan..
apapun, jangan pula cari isteri yang jadi cikgu di pedalaman, seksa juga tu tunggu dia keluar dari sana, hehe
.-= kulanz´s last blog ..Apakah Wajar Elaun Pedalaman Ditambah? =-.

Reply

3 hydir March 31, 2010 at 12:41 pm

Wajar dan bukan setakat guru di pedalaman tapi secara keseluruhan kaki tangan awam. Elaun COLA dikurangkan, budget pendidikan di kurangkan, mana mungkin boleh melahirkan insan yang cemerlang dan terbilang.

Tidak perlu melihat sampai ke pedalaman, cukup sekadar melihat pelajar2 yg tinggal di estet2, mereka tertinggal jauh berbanding pelajar lain.

Sekolah di johor kini perlu mencari duit sendiri utk membayar bil letrik, air dan telefon kerana dia tiada lagi peruntukan dari PPD.

Adakah guru kini disuruh meniaga pula? Bagaimana nak seimbang dan lestarikan pendidikan jika bantuan kewangan dikurangkan dan belanjawan ketenteraan ditingkatkan?

Banyak lagi isu pendidikan yg belum seleseai. Apa cerita Makmal komputer?
.-= hydir´s last blog ..Adakah dengan cederanya Rooney maka cabaran United di Liga Juara-Juara dan Liga berakhir? =-.

Reply

4 ariana April 3, 2010 at 2:46 pm

sblm saya teruskan..saya nak tanya tentang tambahan elaun ni adakah termasuk ahli kumpulan sokongan yang bertugas di pedalaman? kalau hanya untuk guru…saya rasa ini tak adil sebab aks juga kakitangan awam.tak ada bezanya aks dengan guru.kalau diikutkan ,aks lebih banyak lagi kerja kalau dibandingkan dengan guru pedalaman. apa yang saya sendiri nampak..guru di pedalaman boleh goyang kaki waktu petang sedangkan aks kerja.lagipun kalau waktu kelas tambahan petang,ada guru2 yang tak datang.
tentang elaun pula, memang wajar ia dinaikkan. saya juga merupakan pegawai awam yang bekerja di pedalaman yang terpaksa catar perahu sekali turun bandar sebanyak rm300.itu belum lagi pulang semula ke tempat bertugas.lagi satu, kami juga terpaksa menggadaikan nyawa menempuh 3 jeram yang berbahaya terutama apabila air sungai besar.segala keperluan seperti brg dapur,makanan, hospital,surau terlalu jauh dari kawasan sekolah kami.kami terpaksa bertahan dalam perahu selama 3-4 jam untuk mendapatkan semua itu.tentang rumah pula,kalau dikira pengalaman saya ini memang menyedihkan apabila posting pertama kali.rumah yang saya duduki tak ubah seperti pondok usang.rasa nak menangis saja bila terpaksa menghadapi perkara sebegitu. syukurlah sekarang ini saya duduk di rumah yang lebih selesa walaupun tak seperti di bandar.bagi guru2 atau aks yang berkhidmat di bandar atau yang tidak mendapat elaun pedalaman, jangan merungut.itu rezeki kita masing2.kalau rasa nak dapat gaji yang lebih besar, korbankanlah kesenangan hidup di bandar. jgn merungut atau tak puas hati.kami juga terpaksa korbankan kesenangan hidup dibandar semata2 kerana tugas dan rezeki.

Reply

5 kulanz April 4, 2010 at 12:29 am

pemberian elaun pedalaman tu masih sama seperti asal, semua akan dapat termasuk guru dan AKS, cuma kategorinya saja yg akan berubah, tu pun tak melibatkan semua sekolah pedalaman..

berkenaan kesukaran hidup di pedalaman tu, memang tak dapat nafikan.. tapi bagi saya sendiri wang tak memberikan apa-apa faedah berbanding keselamatan guru dan AKS.. kalau saya tanya saudari sendiri, mana lebih penting, adakah wang RM1500 sebulan atau tempat tinggal di sekolah/jalan yg selamat ke tempat tu? Sebab tu perlu juga untuk kerajaan fikirkan penambahbaikan infrastrukur dan kemudahan kakitangan di sekolah

Reply

6 etomyam March 31, 2010 at 1:28 am

terkejut tengok gambar rumah guru tu, dari satu segi aku sokong jugak cadangan naikkan elaun guru yg ajar kat pendalaman ni,dan selain dari elaun, kemudahan infrastruktur juga perlu dipertingkatkan :D
.-= etomyam´s last blog ..Terkini:Penapis Rokok Mengandungi Darah Babi =-.

Reply

7 kulanz March 31, 2010 at 1:49 am

aah, ambik gambar tu minggu lepas bro..
kasihan tengok tempat tinggal cikgu tu..
dapur tu memang dia buat sendiri..

Reply

8 aried March 31, 2010 at 1:41 am

wah,pnjg lebar bro cter,
kalau d ikutkan, mmg ptut d tmbah le, nak kluar msuk pon amik masa,
cbaran tu lagi,adeiii

Reply

9 kulanz March 31, 2010 at 1:51 am

nak cerita lagi panjang sebenarnya, tapi terpaksalah ditapis…

Reply

10 marki March 31, 2010 at 2:02 am

tahniah kepada guru – guru yang mendapat kenaikan imbuhan, dan tahniah juga kepada abang2 polisi yang mendapat pelbagai faedah dari gomen..

p/s: bilalah pekerja2 sektor kesihatan awam dapat imbuhan seperti mereka.. huhuu
.-= marki´s last blog ..Membina Sitemap pada Wordpress =-.

Reply

11 kulanz April 1, 2010 at 9:36 pm

rasa bersyukur sebab kerajaan tetap beri perhatian kepada kakitangan awam walaupun dalam keadaan ekonomi yg agak lembab.. mungkin lepas ni semua akan dapat bahagian masing-masing.. harap bsabar bro..

Reply

12 yanmie March 31, 2010 at 8:27 am

salam lanz…cop! nk bgtau, aku gigih baca entry ko nie panjang giler seh! hahaha..ok baru nk komen..ekeke…

aduhai sedihlah bila tgk bilik darjah mcm tu, nak duk dlm tu mesti seriau je.

Yang rumah guru tu pulak aku x heran lah klu di bhgian pedalaman…huhu mmg sedih, lg sedih bila nk ke bandar harus naik bot 4-5 jam semata2 nk beli brg makan..huhu, rasanya mmg patut bg elaun kt diorg sbb bkn senang nk melalui cabaran mcm diorg nie..semuanya susah..

Reply

13 kulanz April 1, 2010 at 9:38 pm

betul, kalau kita masuk sekolah-sekolah pedalaman dan luar bandar ni, memang agak menyedihkan.. kadang ada sesetengah pihak selalu salahkan guru dan pentadbir pendidikan sebab keputusan peperiksaan merosot, tapi faktor lain diorang tak ambil kira..

harap2lah elaun tu diluluskan cepat..

Reply

14 Amir March 31, 2010 at 9:27 am

ada pro n con bila kerajaan mengumumkan kenaikan elaun ni. saya sangat bersetuju dengan pendapat bro kulanz. mungkin cikgu2 lain tak akan berpuas hati sebab walaupun mereka mengajar di kawasan bandar, rumah susah nak dapat dan sewa mahal kalau nak dibandingkan dengan cikgu2 yang mengajar di pedalaman. tapi, kalau diberi pilihan, ada ke cikgu2 yang betul2 berminat nak mengajar di luar bandar? saya rasa ini satu inisiatif kerajaan untuk menggalakkan lagi ramai cikgu2 baru berkhidmat di luar bandar.

Reply

15 ono April 1, 2010 at 6:30 pm

sapa yg x puasti sgt tu cuba2 la masuk pdalaman p3…bru tau tinggi mana langit tu…

Reply

16 kulanz April 1, 2010 at 9:45 pm

@Amir, rasa tidak puas hati tu memang biasa berlaku, tapi harap yang lain faham macam mana situasi di pedalaman tu.. dan moga-moga dengan elaun tu akan dapat membezakan sedikit pemberian elauan mengikut kawasan tertentu..

@ono, mungkin yang tak puas hati tu tak paham sangat apa tujuan pemberian elaun tu.. kita tahu elaun tu tidak melibatkan pedalaman 3 (P3), sbb elaunnya masih lagi sama RM1500 sebulan.. cuma kalau elaun tu diluluskan, P3 akan jadi P5, ttp elaun masih sama

Reply

17 rin March 31, 2010 at 10:43 am

pendapat peribadi~daripd duit tu digunakan utk menaikkan gaji guru yg mengajar di pedalaman, lbh baik utamakan penambahbaikan struktur dan facility sekolah dulu…
klu ikhlas nak mengajar, dpt gaji spt yg sekarang ni pun sudah memadai..
.-= rin´s last blog ..aku akan selalu mengenangmu..terima kasih sahabat. =-.

Reply

18 ono April 1, 2010 at 6:28 pm

guru pdalaman x minta penambahan elaun…tu gov yg fikirkn…guru pdlmn bnyk kluarkn duit sdri utk skola geng…

Reply

19 kulanz April 1, 2010 at 10:00 pm

@rin, tiada masalah juga, tu pandangan masing-masing.. tapi kalau dua-duanya diberi keutamaan, rasanya lagi bagus.

@ono, kalau sya tidak salah, penambahan elaun tu bukan gov saja-saja bagi, tapi memang untuk memenuhi tuntutan.. kalau tidak salah juga, Sarawak yg mula-mula kemukakan tuntutan tu sebab mahu selaraskan elaun dengan 5 kategori pedalaman yg memang sudah ditetapkan di negeri tu.. dan kalau ianya diluluskan, guru-guru terlibat seluruh negara patut beterima kasih dengan mereka juga (harap ada yg betulkan jika sya silap maklumat)

Reply

20 encik luth March 31, 2010 at 11:35 am

taktau la bro.. kita kena hargai jua pengorbanan cikgu – cikgu ke pendalaman. tambahan, depa tu kena naik rakit, berenang dan merangkak pg sekolah (ada ke gitu?) hehehehe..

mcm abg sy dulu, dia mengajar kat lahad datu 7 tahun, kaya la jugak dia.. hidup pakai duit elaun je. tak usik gaji.

sekarang ni dah balik mengajar di semenanjung
.-= encik luth´s last blog ..Takut untuk jana pendapatan sampingan? =-.

Reply

21 kulanz April 1, 2010 at 10:04 pm

memang patut guru-guru diberikan imbuhan sesuai dengan kategori pedalaman tu bro..

yang bab naik merangkak tu memang ada juga bro.. teringat seorang kawan yg terpaksa merangkak naik jambatan gantung utk sampai ke sebuah sekolah di pedalaman, hehe

Reply

22 zaiMi March 31, 2010 at 4:40 pm

kebanyakkan guru yang mengajar kat pedalaman selalunya mengejar gaji. macam kawan aku. dia sanggup apply untuk mengajar kat sabah semata-mata elaun kat sana lagi tinggi dari semenanjung. kat situ nawaitu dah lari dah. bukan ikhlas mengajar tapi pentingkan elaun.

tapi dari segi lain memang patut kerajaan naikkan elaun sebab besar pengorbanannya mengajar di pedalaman. dah la tinggal di rumah uzur. lama pulak perjalanan ke sekolah. sampai kat sekolah pun sekolah uzur jugak. tak semua orang sanggup hadapi semua tu.jadi pengorbanan mereka patut di hargai.

Reply

23 ono April 1, 2010 at 6:24 pm

bukan semo mcm tu bro….

Reply

24 kulanz April 1, 2010 at 10:06 pm

@zaiMi, memang tak dapat nafikan ada juga yg pasang niat macam tu bro.. tapi itu tak jadi masalah.. yang penting lepas dah ditempatkan di pedalaman, diorang jalankan tugas mengikut yang sepatutnya..

@ono, setuju sangat-sangat.. tu bergantung kepada indvidu masing-masing

Reply

25 nak balik April 5, 2010 at 8:01 pm

saya baru 7thn di pedalaman sabah, datang tidak ku pinta..:) kalau bleh nak mengajar dikampung sendiri,ibu dan ayah makin tua…duit bukan segala-galanya…

Reply

26 kulanz April 5, 2010 at 10:31 pm

Salam cikgu,
sekarang ni eGTukar masih dibuka, bolehlah kemukakan permohonan dan minta sokongan GB/Pengetua, InsyaAllah permohonan pindah dapat jg tu kalau ada rezeki..

Reply

27 ono April 1, 2010 at 6:22 pm

wajar ke x wajar ke tpulang kpd gov..tp sbg guru yg btugas d pdalaman p2 mmg bsyukur sgt kl ura2 tu jd knyataan…dr skola ke bandar ambi masa 4jam naik bot..bg saya kl ada sapa2 yg x setuju dgn elaun tu ble la masuk try btugas kt pdalaman, kl diikutkn sy lebih suka bkidmat tempt sdri berbanding dgn dpt elaun bnyk tp apa sahaja prmasalahan d kg kita tak tau lgsg…kl pkara tu kita pandang dgn pandangan negatif maka negatif la ia…

Reply

28 kulanz April 1, 2010 at 10:15 pm

yang tak puas hati awal-awal tu mungkin masih kurang jelas apa tujuan penambahan elaun tu.. bagaimanapun bagi yang paham, diorang bebas beri pandangan masing-masing.. itu penilan mereka.. iyalah kan, kita cuma mampu beri pandangan, kerajaan yg tentukan mana yg patut dan tak patut.. sya akui memang banyak kesusahan di pedalaman ni.. naik bot 4 jam atau bjalan kaki lebih daripada 10 jam mmg satu kesukaran yg perlu org lain faham..

Reply

29 tehr April 1, 2010 at 7:35 pm

saya pernah mengajar di pedalaman sarawak selama 6 tahun – siksanya tak payah cerita – mengenai cadangan elaun tu guru-guru di luar tak payalah nak dengki – kalau mahu minta tukar ke sana
.-= tehr´s last blog ..Kenapa Buat Target Blank? =-.

Reply

30 kulanz April 1, 2010 at 10:17 pm

rasa seksa tu subjektif bagi sesetengah orang, terutamanya yang tak pernah merasai sendiri macam mana seksa yg tpaksa kita tanggung.. mungkin sebab tu ada yg beri pendapat macam tu

Reply

31 ariana April 3, 2010 at 2:55 pm

betul tu…suruh jer mereka minta bertugas kat pedalaman kalau nak gaji besar…jangan hanya nak mengomel bila tgk orang bergaji besar.

Reply

32 kulanz April 4, 2010 at 12:31 am

jangan pandang pendapat orang lain sebagai negatif, fikirkan juga yg positifnya.. melalui pandangan macam ni lah orang lain akan terfikir mana yg baik dan buruk..

Reply

33 Cg A April 1, 2010 at 8:20 pm

hai sume, nmpknya ura2 penmbhn elaun 2 dh hangat kat sini…sy mengajar d pedlmn 2, jd buat org2 yg xpuas hati, korg bleh la dtg mengjar kat sek sy..berpanas bila blk dr mengajar..dn klu u all bleh tahan, mengajar la selama sebulan…dn rasailah bahang p2..so, jgn asyik melenting, sekrng2nya, elaun 2 bleh membantu guru2 membeli perlatan BBM utk mengjar dn sy nk betulkan korg sume, elaun 2 xcukup nak beli keta, beli bot sebgmann yg d war2kn olh kwn kita d ats ni..elaun 2 la sy dn guru2 kat sk 2 guna utk membeli peralatan mengajar…

Reply

34 kulanz April 1, 2010 at 10:52 pm

Salam cikgu,
tidak semua orang dapat merasai pengalaman mengajar di tempat cikgu sekarang ni, dan pastinya kita sangat bersyukur sbb cikgu guna elaun yg diberi utk beli peralatan mengajar..

tp mungkin yg tak puas hati tu ada alasan/sebab tersendiri.. orang lain mungkin tidak berpanas masa balik dari mengajar, atau merasai bahang pedalaman 2… Tapi bagaimana dgn guru yg cuma menerima elaun perumahan RM180-RM250 tapi terpaksa berulang-alik sejauh lebih 100km sehari melalui jalan bturap/tanah merah sbb tiada kemudahan rumah guru/sewa di sekolah bkenaan.. mereka bukan saja tpaksa beli A/BBM dgn duit sendiri, ttp tpaksa tanggung minyak kereta setiap hari, ditambah dgn byr sewa rumah di pekan lain.. jd mungkin itu alasan mrk, bukan melenting tanpa sebab..

cikgu, ttg pernyataan elaun yg diguna utk beli kereta/bot tu, harap cikgu dapat fahami betul-betul apa tujuan sya menulisnya..

Contohnya, guru menerima elaun pedalaman RM1500 sebulan. Elaun tersebut dapat digunakan untuk membeli kenderaan pacuan 4 roda untuk sampai ke kawasan yang jauh, membeli bot untuk sampai ke pulau, menyewa rumah berhampiran sekolah, membeli genset untuk bekalan elektrik di rumah atau membeli peralatan pengajaran dan pembelajaran untuk kegunaannya. Hal itu tentu akan meningkatkan semangat guru mengajar…

Reply

35 syin April 2, 2010 at 12:24 am

setuju elaun dinaikkan…sesuai dgn kesanggupannya…bnyk cabaran pedalaman..tapi ada gak, yg bersikap lepas tangan je bila mengajar di pedalaman…

Reply

36 kulanz April 2, 2010 at 12:31 am

betul tu bro, kiranya elaun tu mmg sesuai dgn kesukaran yg guru-guru hadapi.. dan tak dapat dinafikan ada jg yg ambik kesempatan atas pemberian inisiatif tu..

Reply

37 ariana April 3, 2010 at 2:52 pm

memang betul tu…ada yang bersikap lepas tangan. kalau tak da waktu mengajar…mulalah balik rumah tgk tv. yang paling teruk pun langsung terus tak datang kelas. sedangkan kelas tunggang langgang.borang claim pun orang lain yang isikan. apa kejadahnya orang cam tu jadi pegawai?

Reply

38 kulanz April 4, 2010 at 12:37 am

kalau pedalaman dah ada tv tak layak dah tu dapat elaun, hehe.. (sekadar bergurau)

betul juga tu, inilah positifnya pandangan banyak pihak, sekurang-kurangnya boleh baiki mana-mana yg patut.. kita tak nafikan ada juga segelintir guru/AKS yang buat macam tu, tak kita di pedalaman atau bukan..

berkenaan pegawai yg minta tolong buat claim tu, rasanya tu hak saudari untuk beritahu mereka yg tu bukan tugas saudari.. kalau dah bagitahu tapi mereka masih juga suruh buat kerja yg tak sepatutnya, ada baiknya saudari laporkan kpd ketua jabatan/PPD

Reply

39 zik April 2, 2010 at 12:49 am

erm wajar dinaikkan.. terkejut tengok rumah cikgu macam tuh…. macam rumah kat kampung saya…. tanggungjawab sebagai guru memang besar..
.-= zik´s last blog ..Y2k! =-.

Reply

40 denaihati April 2, 2010 at 8:03 am

Tuan tahniah kerana menjadi pengomen terbanyak untuk bulan 3 di denaihati.com. Sebagai tanda terima kasih blog ini diberi peluang untuk mengisi ruang iklan 125 x 125 selama sebulan. Sila hantarkan link di contact ya.
.-= denaihati´s last blog ..Din Beramboi pergi tak kembali lagi =-.

Reply

41 kulanz April 4, 2010 at 12:38 am

terima kasih tuan di atas penghargaan tu, saya dah hantarkan skrip banner tu melalui contact denaihati.com

Reply

42 imran April 2, 2010 at 10:56 pm

Isu elaun memang menjadi perkara sensitif. “Duit bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan duit” Antara NKRA KPM adalah memberikan 100% bekalan elektrik ke semua sekolah menjelang. Pemberian elaun ada PRO dan Kontra. Tapi untuk memberikan keadilan kepada semua pihak bukan perkara yang mudah. Mungkin juga elaun ini sebagai dorongan untuk menarik minat guru-guru mengajar di kawasan pedalaman.

Saya tidak pernah sampai ke Sabah dan Sarawak tetapi di Semenanjung juga ada kawasan pedalaman yang menjadi cabaran bagi guru yang mengajar. Contohnya di Hulu Tembeling.

p/s : Pendapat peribadi, lebih baik duit digunakan untuk menaik taraf infrastruktur pendidikan di sana.

Reply

43 kulanz April 4, 2010 at 12:43 am

memang pandangan yang bernas.. kalau difikirkan pun, wang RM500-RM1500 tu tak ada gunanya berbanding dengan keselamatan kakitangan awam di pedalaman. Jadi ada baiknya kerajaan tingkatkan kemudahan pelajar dan kakitangan di sekolah. Sediakan rumah kakitangan yang mencukupi, kelas yang selesai, kemudahan asas cukup dan jalan yang memudahkan perhubungan.

Reply

44 arif April 2, 2010 at 11:33 pm

Salam lanz,syok juga bincang topik ko ni w/pun saya tak t/libat langsung dgn perkara elaun2 ni baik P1,P2,P3 maklumlah ngajar kat pekan yang sekolahnya mengalahkan bangunan PPD sendiri elaun apa nak diberikan? apapun saya tertarik ngan gambar-gambar yg ko attach tu terutama bab rumah guru tu masih ingat lagi sebaik sahaja dipostingkan di sebuah sekolah pedalaman tak kisahlah daerah sendiri juga tapi bab bina rumah sendiri saya n kawan2 dah rasa dah pulak tu rumah yg diubahsuai tu adalah adalah ‘rumah rehat’ tukang kebun sekolah bukan takde rumah guru tapi bagi laluan buat guru2 yg dah berkeluarga tapi nak kata rumah guru setakat rumah jeeelah lawa sikitlah dari gambar yg ko ambil tu…. ttg tambahan elaun tu tak tahulah mcm kata pengomen yg lain ada pro n kontranya mungkin ada baiknya ambil kira semua tanggungjawab pendidik d pedalaman ataupun pekan2 sama2 pakai duit juga takdenya free zaman ni!yg tinggal qtrs kjaan ya betullah selesa ada rumah tpi ada beza juga ngan jbtan lain dari segi kemudahan yg disediakan. apapun tpulanglah ngan kerajaan mnilainya,pasal jerih payah di pedalaman tu tak payah nak sebutlah guru2 yg dah ngajar lebih 10th tahulah ceritanya jika mula bertugas di pedalaman.

Reply

45 kulanz April 4, 2010 at 12:48 am

Salam arif, memang faham juga situasi yang pernah kamu hadapi masa mengajar di sekolah pedalaman dulu. Kami baru 2 minggu datang ke sekolah tu, rasanya tak banyak perubahan dulu dan sekarang (hanya sebahagian jalannya saja yang dah semakin baik). Berkenaan dengan elaun tu, memang wajar diberikan kepada kakitangan di pedalaman, tapi kalau kata elaun tu dapat mengatasi jurang perbezaan kemudahan antara bandar dan luar bandar, memang jauh sekali.. banyak sekolah-sekolah di kawasan pekan yg tak dapat elaun macam tu, tapi kenyataannya, kemudahan guru dan pelajar yang ada di sekolah pekan tadi sama juga dengan kawasan pedalaman

Reply

46 wazy April 3, 2010 at 2:02 pm

memang wajar elaun pedalaman ditambah,sebab banyak juga cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalama ni
.-= wazy´s last blog ..Comment on Convert Genius v3.0 Release by wazy =-.

Reply

47 kulanz April 4, 2010 at 12:49 am

memang tak dapat dinafikan bro, kesukaran tu lah yang menyebabkan kawasan pedalaman wajar diberikan elaun macam tu..

Reply

48 A April 3, 2010 at 3:14 pm

Hmm…sy kurang pasti apa sebenarnya yang menjadi isu dalam penambahan kategori elaun ini. Penambahan kategori bagi sy adalah proses di mana jurang antara P1, P2 dan P3 dapat dispesifikkan agar tiada isu adil atau tidak adil samada sekolah tertentu layak mendapat elaun P1, P2 atau P3. Contohnya, Sekolah A mempunyai jarak 200km merentasi jalan balak daripada jalan utama, manakala Sekolah B mempunyai jarak 400km merentasi jalan balak dari jalan utama. Tetapi kedua-duanya adalah P3. Adakah ini adil? Dengan pengenalan kategori baru, sekolah A layak diberikan P4 manakala sekolah B mendapat P5. Ini bukannya “penambahan elaun” tetapi “penambahan kategori elaun”. Jadi apa yang menjadi isu di sini bukanlah reaksi yang sepatutnya diberikan kepada “penambahan kategori elaun”, sebaliknya, ianya lebih mengenai pemberian elaun kepada guru di kawasan pedalaman. Cuma dibangkitkan sekarang kerana sebelum ini tiada siapa yang berani membangkitkannya…seperti biasa…

Reply

49 kulanz April 4, 2010 at 1:19 am

Saya sebagai salah seorang anggota pendidikan tidak menghadapi masalah untuk faham tentang pertambahan kategori baru ni. Saya faham 5 kategori baru tu diselaraskan semula berdasarkan 5 kategori pedalaman yg terdapat di Sarawak. Itulah tuntutan yg awal. Memang untuk mewujudkan keadilan bagi setiap perbezaan kawasan pedalaman di negara ni. Dan saya juga sangat bersetuju dengan perubahan ini.

Saya bangitkan perkara ni bukan untuk menyatakan rasa tidak puas hati saya sendiri tentang penambahan kategori elaun tu. Tetapi saya cuma ingin merumuskan beberapa pandangan pembaca yang meninggalkan komen di berita harian online, berkenaan berita ini. Memang itulah yg dibangkitkan segelintir mereka, iaitu rasa tidak puas hati tentang penambahan elaun tu. Mungkin sebab mereka tidak faham latar belakang elaun sebelumnya. Jadi di sini saya dah menjelaskan yang elaun tu bukan elaun baru, tapi sekadar pertambahan kategori elaun. Semoga penjelasan ni dapat memberikan kefahaman kepada orang lain.

Tapi mungkin secara kebetulan juga, rakan lain ambil kesempatan memberikan pandangan masing-masing secara umum berkaitan elaun tu. Kalau difikirkan semula, ada betul juga pandangan orang lain. Kerajaan nak wujudkan keadilan antara sekolah pedalaman berdasarkan jarak, tapi kenapa tak kisah pasal infrastruktur sekolah? Pernah tidak saudara nampak sekolah di kawasan luar bandar (bukan pedalaman) tapi kemudahannya lebih teruk daripada sekolah pedalaman? Adakah mereka dapat keadilan yang sama?

Apapun semua yang tertulis di sini sekadar pandangan. Jangan risau ia tidak akan mempengaruhi keputusan kerajaan. Semoga guru-guru dan AKS di negara ini dapat manfaat daripada keperihatinan kerajaan.

Reply

50 rulez April 4, 2010 at 8:20 pm

Salam..sy ingin memberi respons kpd topik yg d usul kn,.sy mgajar d pulau d daerah sandakan,.penambahan elaun ini mbuatkan sy amat bsyukur kpd Allah dan mgucapkan ribuan terima kasih kpd Kementerian Pelajaran.Namun,sudah pasti akan ada segelintir guru yg tidak puas hati dgn berita ini,sy bru brkhidmat 5 tahun,.3 tahun d ampang,sekolah gred A 2006-2008.Berpindah tahun 2009 ke negeri asal Sabah,2 tahun mgajar d pulau skrg cukup mgajar dan mberikn keinsafan kpd sy ttg pentingnya pendidikan diberikan secara sama rata tidak kira kawasan pedalaman atau bandar.Sememangnya mnjadi buah mulut org apabila pengumuman elaun tmbahan ini,.tetapi sanggup kah anda bersabung nyawa d laut luas apabila musim cuaca buruk?prasarana yg telah rosak dan lapuk?ancaman binatang liar berbisa seperti ular?tiada air,hanya mgharapkan air tadahan hujan?tiada letrik,hnya mgharapkan tenaga solar yg hnya brtahan selama 6-10 jam jika kurang penggunaannya?Bagi sy,walaupun kami guru2 d pulau dan juga pedalaman mndapat elaun yg besar tetapi pandangan peribadi sy ianya tidak berbaloi dgn pengorbanan mlibatkan nyawa kami..Inilah yg patut d pertimbangkan oleh smua org..mmg benar ada skolah yg bukan pdalaman prasarananya jg kurang..tetapi pertimbangkan ttg keselamatan guru2 seperti kami..kami jg mpunyai anak2 dan isteri yg perlukan perhatian dan kasih syg,.apalah ertinya wang yg bnyak tetapi keselamatan kami sering kali mnjadi taruhan.Namun,berbekalkan semangat mndidik anak bangsa kami teruskn jg niat murni kami..Apa yg sy luahkan ini hnyalah pendapat peribadi sy,.semoga semua yg kita lakukan dan segala ilmu dan juga rezeki yg kita perolehi d berkati oleh Allah S.W.T.

Reply

51 kulanz April 4, 2010 at 10:18 pm

Salam cikgu, terima kasih menyatakan pandangan dan pengalaman cikgu mengajar di pedalaman (pulau). Memang itulah perkongsian yang kita harapkan dalam perkara ni..

Dan untuk penjelasan juga, tujuan penulisan ni pun bukan utk menyatakan rasa tidak puas hati saya atas cadangan perubahan kategori elaun tu.. saya memang menyokongnya, sebab itulah saya sertakan gambar2 yg menujukkan betapa sukarnya keadaan di sekolah pedalaman. Bagaimanapun spt yg saya jelaskan di bahagian akhir penulisan, ada orang tidak pentingkan elaun, tapi lebih pentingkan keselesaan/keselamatan tempat bekerja.. Apalah nilai wang RM1500 sebulan jika dibandingkan dengan keselamatan kita, betul tidak?

Harap penulisan ini tidak disalah erti. Bukan mempertikaikan niat baik kerajaan, sekadar mencadangkan sesuatu yg lebih penting daripada pemberian elaun tu, iaitu pembangunan infrastruktur sekolah, jalan perhubungan yang baik dan tempat tinggal yg selamat utk guru dan kakitangan lain. Supaya matlamat mewujudkan sekolah sihat dan selamat tercapai. Semoga dapat perhatian daripada pihak yang sewajarnya (Itupun kalau ada orang kementerian yang baca artikel ni).

Saya doakan moga cikgu sentiasa dilindungi Allah SWT semasa berada di sekolah berkenaan.

Reply

52 ASRI April 30, 2010 at 7:10 am

SALAM..kita selalu melihat kepada soal kekurangan kemudahan prasarana di sekolah-sekolah pendalaman dan dikaitkan dengan pertambahan pembayaran elaun tetapi soal keselamatan perlu diambil kira…bagi yg berulang-alik ke sekolah setiap hari berjam-jam,melalui jalan yang berlumpur,kereta sering terbabas dan melintang di jalanan…bot terumbang-ambing di samudera untuk ke pulau,samun dan jenayah di laluan kelapa sawit…hal-hal ini perlu diambilkira kerana membabitkan soal keselamatan…hal inilah jarang diperhatikan oleh masyarakat di dalam arus perdana di dalam mempertikaikan keharusan penambahan elaun ini.

Reply

53 kulanz May 31, 2010 at 11:55 pm

orang yang tak pernah datang ke pedalaman, mmg rasa tak puas hati.. tapi bagi yang biasa dgn pedalaman kita tahu bagaimana kesukaran di tempat tu

Reply

54 Hafiz May 11, 2010 at 4:44 pm

Salam semua.

Masih ada yang masih tak berpuas hati (cemburu). Bukan jarak yang jauh saja jadi masalah tapi risiko mengajar di pedalaman. Saya seorang guru di pedalaman Sarawak dan amat menyokong perkara ini.. bukan sebab saya mata duitan tapi persoalan berbaloi ke tidak. kalau diikutkan elaun berpuluh ribu pun tak setimpal dengan risiko mengajar di pedalaman. Dengan menempuh jeram yang bila-bila masa saja bot boleh terbalik dan karam. Tambah lagi dengan sungai yang penuh buaya. Bayangkan kalau bot karam di sungai yang banyak buaya.. apa yang akan terjadi? Kalau menggunakan jalan darat pula, hanya kenderaan 4X4 yang mampu membawa kami ke sekolah. 12 jam perjalanan dari bandar terdekat ke sekolah dgn menempuh gunung-ganang. Apatah lagi kalau hujan.. jalan balak memang becak dan amat licin.. silap langkah kereta boleh masuk gaung. Risikonya hanya Tuhan saja yang tahu.

Jadi bagi saya elaun pedalaman ini tidak lebih sebagai satu premium insuran nyawa. Kerajaan buat ini semua untuk menyenangkan hati kami semua tapi percayalah saya tidak heran dengan wang ringgit kalau nak dibandingkan dengan nyawa saya.

Terima kasih.

Reply

55 kulanz June 1, 2010 at 12:12 am

tak dinafikan mungkin ada sesetengahnya cemburu dgn pemberian elaun tu.. tapi yg pasti saya tidak!.

saya faham bagaimana keadaan di pedalaman, saya juga orang kampung yang biasa dgn pedalaman. Jadi isu yang cuba dibangkitkan di sini ialah, adakah pemberian elaun itu alternatif yang terbaik atau yang paling tepat? Jika soal keselamatan yang diberi perhatian adakah wang itu mampu menjamin keselamatan kakitangan yang bertugas di pedalaman.Boleh elaun itu membantu kita mengelakkan daripada melalui jalan becak atau buaya di sungai? Jawapannya tentulah tidak, kan? Atau tidak kisahlah kita berhadapan dgn kesukaran jalan spt yg disebutkn sebab kita dah ada premium insuran nyawa.

Kalau bagi pendapat saya, saya tidak kisahpun kalau kerajaan x berikan elaun pada saya, yang penting kerajaan bina jalan perhubungan yang baik ke sekolah pedalaman.. kalau ada jalan raya yang baik, tak perlulah saya melalui jalan yg becak atau sungai yang ada buaya..

Reply

56 azlan June 28, 2010 at 11:42 pm

nampaknya ada juga org yg sama aliran dengan saya….saya secara umum bersetuju dengan pemberian elaun………tapi bukan untuk selama-lamanya kerana cara itu terlalu mudah dan malas utk kerajaan. (saya bukan anti kerajaan, cuma berfikiran kritis saja, jgn salah faham)
Cuba bayangkan, jika sebuah sekolah pedalaman P2 yg mempunyai 12 orang kakitangan guru dan bukan guru. Ini bermakna kerajaan membelanjakan RM1000x12 org = RM12,000 sebulan utk elaun pedalaman di sekolahberkenaan, dalam setahun 12,000×12=RM144,000……Katakan 3 tahun, bermakna RM144,000×3= RM432,000 (dekat nak setengah juta ni)………Cuba bayangkan duit sebanyak itu dibuat jalanraya yang elok di kawasan pedalaman tersebut, itu adalah cara terbaik kerana jalanraya bersifat konkrit berbanding elaun. Lagipun jalanraya boleh dikongsi faedahnya utk komuniti di kawasan pedalaman berkenaan. Mungkin jumlah RM432,000 terlalu kecil utk dibuat jalanraya, tapi yg dimaksudkan di sini bukanlah jalanraya konkrit yg mewah….asalkan jalanraya kecil ala-ala di Taman Negara tu pun dah kira ok la..takla guru atau jururawat berasa sukar seperti dulu..sekurang-kurangnya.

Reply

57 ax May 31, 2010 at 10:36 pm

Salam semua. sy dah berbelas thun ajar di pedalaman,telah merasa selama itu hidup dalam kepayahan. Keluar ke PPD seminggu sekali, terpaksa harungi bahaya guna jalan balak,yg digunakan ratusan lori bawa muatan balak. Guru2 gunakan kereta (4d)/motosikal mempertaruhkan nyawa. Bila keluar guna jalan balak,80% risiko kemalangan di tangan.Tbhan fizikal sekolah yg sangat daif (sekolah Mubaligh)yg hampir tiada langsung mdpt bajet utk fizikalnya. Kita tinggal d kuaters g/royong yg dibina oleh PIBG dan juga kuaters peninggalan British thn 1956 dulu. Mod pgktan ada dua jenis iaitu jalan balak dan sungai yg amabil masa separuh harisiang kadgkala berlarutan hingga ke malam, bgtg kpd kenderaan balak yg nak ditumpang, itupun bergantung ehsan kpd si pemandu smda sudi/tak nak tumpangkan. Dan setakat ini, mslh ini masih terlalu jauh utuk diselesaikan, silap2 haribulan sampailahku pencen dlm belasan thn lagi tak rasa keadaan yg lebih selesa drp sekrg.(kempunan). Oleh itu, saya sokong pbrian elaun tambhn ini,yg khas utuk guru selain drp elaun P yg brktkuasa skrg.

Reply

58 kulanz June 1, 2010 at 12:24 am

salam sejahtera,
itulah yang cuba saya sampaikan dan kalau boleh ajak rakan lain beri pendapat..
Kita yang biasa duduk di pedalaman faham apa yang dimaksudkan dengan daif.. sebab tu saya ada jelaskan yang saya juga amat menyokong dengan pemberian elaun ini. Cuma apa yang perlu kita fikirkan setakat mana kerajaan mampu memberikan elaun ini, 5 tahun, 10 tahun? Bagaimana pula dgn guru yg selama ini berkhidmat di pedalaman tp tak dapat apa-apa. Dan apabila elaun ini sudah diberhentikan nanti.. guru akan datang juga tidak dapat apa-apa. Maka bermulalah lagi episod 5-10 tahun lepas yang tiada apa-apa kemudahan/elaun.. Tapi kalau kerajaan gunakan kos (elaun) tadi untuk baiki jalan perhubungan atau infrastruktur di sekolah pedalaman, kemudahan itu boleh digunakan oleh semua kakitangan pd masa akan dtg.. mungkin sampai tukar kerajaan pun kemudahan itu tetap boleh kita nikmati.. sebab itu kita sangat berharap yg kerajaan bukan setakat memberikan elaun (sementara)itu.. tapi biarlah mereka baiki taraf insfrastruktur di sekolah pedalaman.. itulah yg cuba saya sampaikan..

Reply

59 nas November 21, 2010 at 5:57 pm

kerajaan tetapkan elaun ikut sekolah kan senang.. kalau guru dari johor bahru kena pindah ke gua musang, kena turun COLA dari 300 kepada 100, dan macam2 belanja…tiada penyelarasan seperti Sabah dan Sarawak…

kerajaan kena bina struktur yang lebih menyeluruh negeri-negeri di Semenanjung ke Semenanjung dan sebaliknya ke Sabah dan Sarawak…tq

Reply

60 Bolah Jntai December 31, 2010 at 3:29 pm

Saya sungguh bersetuju cadangan tuan, agar tuntutan elaun perumahan bagi guru-guru berasal dari Negeri Sabah yang mengajar di Sabah, diselaraskan dengan elaun perumahan yang diterima oleh guru-guru dari sarawak dan Semananjung (RM730-RM830).Pengalaman saya baru-baru ne saya mendapat pertukaran antara daerah. Kebetulan sekolah baru yang saya dipindahkan tiada rumah guru. Saya berusaha mencari rumah sewa disekitar kampung sekolah tersebut..rata-rata sewa rumah yang dikenakan penduduk kampung RM350.00 itu rumah yang disewa lebih cantik lagi pondok di kebun.
Bolah Jntai recently posted..Siaran Langsung dan Keputusan Perlawanan Akhir 2 AFF SuzukiMy Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: