Salam semua. Seperti biasa setiap kali ada kesempatan ketika online, saya pasti datang ke blog saudara Denaihati. Hari ini sekali lagi hati tersentuh apabila membaca entri beliau: Konvoi Freedom Flotilla di Mavi Marmara diserang Israel – ALLAHU AKBAR.
Tak silap saya dalam berita kelmarin, ada disebutkan yang konvoi itu menghadapi kesukaran untuk melakukan misi disebabkan banyak halangan. Tak sangka pula Israel begitu kejam sampai sanggup melakukan serangan ke atas konvoi misi bantuan kemanusiaan. Berdasarkan maklumat daripada lifeline 4 gaza, seramai 12 orang rakyat Malaysia berada di atas kapal Mavi Marmara semasa diserang, iaitu:
- Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
- Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
- Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
- Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
- Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
- Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
- Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
- Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
- Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
- Mustafa bin Mansur, MAPIM
- Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
- Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
Sehingga entri ini ditulis saya belum mendapat sebarang berita dari mana-mana sumber tentang nasib 12 saudara kita yang berada di atas kapal tersebut. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi mereka. Teruskan mengikuti perkembangan misi dan serangan berkenaan di Life Line 4 Gaza dan HALUANPalestin. Semoga keperihatinan kita akan terus menaikkan semangat saudara-saudara kita yang banyak berjuang ke aras misi keamanan.
Kemaskini: 1 Jun 2010 9.52 pm.
Berdasarkan berita online myMetro yang saya baca. Kesemua 12 rakyat Malaysia yang turut berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel disahkan selamat.
SEPANG: Kesemua 12 orang rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel pagi semalam, disahkan selamat.
Menteri Luar Datuk Anifah Aman, berkata Kementerian Luar kini berusaha membawa mereka pulang ke tanah air.
“Kita sudah jalankan usaha untuk membawa balik warganegara yang ditahan itu,” katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini.
Katanya beberapa negara seperti Jordan dan Turki sudah menyuarakan kesediaan mereka untuk membantu dalam usaha itu.
“Filipina dan Ireland yang mempunyai misi di Tel Aviv juga ingin membantu supaya rakyat kita dapat dibawa balik melalui udara atau jalan raya,” katanya. – Bernama


{ 20 comments… read them below or add one }
semoga mereka selamat dan dilindungi Allah
.-= marki´s last blog ..Kenal pasti berapa kesalahan dibawah =-.
semoga semuanya berada dalam keadaan selamat…amin
.-= etomyam´s last blog ..Aktif Seks dan Membaca Rahsia Kejayaan Tokoh Nilam =-.
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR
semuanya kerana amerika yang telah dicucuk hidung oleh israel
.-= tehr´s last blog ..Perempuan Tak Pakai Baju =-.
baca kt tweet td, wartawan Msia selamat, alhamdulillah..
alhamdulillah, moga selamat balik ke tanahair
moga mereka semua dilindungi Allah….
.-= ain´s last blog ..Mana Hilangnya Gula??? =-.
Allahu Akhbar!
Assalamualaikum,Allahu akbar
Dengan Menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Yang Menguasai hari pembalasan
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan..
sedih sayu sepi,masyallah doakan agar mereka semua selamat dipayung kekuasaan allah swt,
semoga mereka semua selamat. sedih bila baca berita2 psl flotilla ni.. ini bukan lagi isu keagamaan tapi isu kemanusiaan..
.-= Amir´s last blog ..(Terkini) Konvoi Freedom Flotilla ke Semenanjung Gaza =-.
semoga ALLAH selamatkan mereka… amin
.-= zik´s last blog ..Mereka yang sempoi May 2010! =-.
hanya Allah SWT yang maha mengetahui segala yang berlaku di muka bumi ini dan moga mereka yang kejam akan menerima pembalasan yang setimpal..
semoga pejuang2 islam akan selamat… aminnn~~
.-= nanajoe´s last blog ..Jadual Piala Dunia 2010 Waktu Malaysia =-.
mari kita boikot produk makanan dan minuman Yahudi
bertukar ke produk halal lagi baik seperti HPA..
takkan nak biarkan Yahudi dapat duit dan bunuh umat Islam
aku mcm org lain jgk..mengharapkn semuanya selamat dan baik2…amin
.-= azizan4444´s last blog ..Nasi Lemak Kopi O’ – Misi Membalas Rindu =-.
tak tahu nak kata ape..apa yang kita boleh buat..negara kita kuasa kecil dlm PBB..huh
.-= purpleyellow´s last blog ..Serangan Tentera Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan Gaza =-.
semoga mereka selamat tanpa ada sebarang masalah yg mungkin timbul
.-= apiih´s last blog ..~Apiih~ Chat Blog =-.
israel dan sekutunya sampai bila2 xkan kesian dengan Palestine … dunia arab penuh dengan kepura – puraan..sampai bila kita mahu mengutuk – mengutuk dan mengutuk tindakan rejim zionist tue .. hmm
.-= marki´s last blog ..Kenal pasti berapa kesalahan dibawah =-.
kita sama-sama doakan mereka semua selamat. Dan jika terbunuh khasnya
kepada orang islam, mereka ada para syuhada.
Apa kita boleh buat :
1. Buat doa qunut nazilah
2. Sumbang derma banyak2 untuk disalurkan kepada rakyat palestin
3. Demo besar-besaran di kedutaan amerika. Ingat, berani israel sebab
ada amerika di belakangnya. Dan takutnya negara islam lain kepada
israel sebab amerika di belakangnya. Inilah punca israel berani bunuh
orang suka hati.
4. Boikot produk israel dan produk amerika yang ada kepentingan
dalam menyumbangkan dana kepada israel.
5. Sebarkan info kekejaman israel dekat mana-mana. Biar semua tahu
ini perangai israel laknatullah.
6. Ni tengah menggelegak darah ni.
kita hanya bisa mendoakan mereka…
.-= jawatan kosong´s last blog ..AMD Jobs Vacancies June 2010 Bayan Lepas Penang =-.