Apple Lancarkan Laman Web Demo Berasaskan HTML5
June 5th, 2010 | 12:12 am | Internet | 12 responses
Nampaknya Apple tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan teknologi dunia maya khususnya pada pelayar web (web browser) apabila pada masa kini mereka sedang giat mengembangkan aplikasi standard web berasaskan HTML5 pada setiap peranti mobile keluaran syarikat tersebut.
Maknanya jika sebelum ini pelayar web yang menyokong standard web termasuk HTML5, CSS3, dan JavaScript hanya dapat dirasai semasa menggunakan PC, tetapi kini setiap peranti mobile Apple yang baru seperti iPhone dan iPad serta setiap Mac baru telah dilengkapi dengan versi terbaru dari pelayar web Apple Safari. Standard-standard web itu lebih mesra aplikasi dan pengguna, lebih selamat dan efisien. Di samping itu ia juga membolehkan pereka dan pembangun laman web menghasilkan grafik yang lebih maju berasaskan video, grafik, typografi, animasi, dan transisi. Jadi bagi memperkenalkan kelebihan-kelebihan standard web yang dimaksudkan, Apple telah melancarkan laman web demo berkenaan.
Berikut adalah paparan daripada demo bagaimana versi terbaru web browser Safari Apple, Mac baru, dan baru Apple peranti mobile menyokong semua kemampuan HTML5, CSS3, dan JavaScript. Jika ada yang berminat untuk mencubanya, bolehlah cuba di SINI.





















said on June 5th, 2010 at 1:21 am
salam, dah tengok demo HTML5 di safari, memang cool la
akuvisiom´s last blog ..Gulliver’s Travels ( Filem Baru )
said on June 5th, 2010 at 2:45 am
salam,
memang betul.. tapi tak tau kalau internet slow boleh apply ke smua kecanggihan tu..
said on June 5th, 2010 at 2:28 am
wah…makin canggih la apple ni..lepas ni nak kena belajar HTML5 la pulak hehe

etomyam´s last blog ..God Created Mankind, The Rest…Made In China
said on June 5th, 2010 at 2:46 am
bagus tu kalau dapat kuasai HTML5..
tapi aku tak try lagi..
said on June 5th, 2010 at 10:33 am
salam,wa canggih memang canggih lepas nie boleh ayie explorer.. hehehe

AyieBlog´s last blog ..Domain+hosting+theme baru..
said on June 8th, 2010 at 12:40 am
Memang canggih bro..
boleh try tu explore..
said on June 5th, 2010 at 11:38 am
boleh tahan… apple nie…html 5 tuh..
zik´s last blog ..Piala Dunia tanpa Drogba, Ferdinand
said on June 8th, 2010 at 12:41 am
apple..
boleh dikatakan antara pendahulu teknologi..
said on June 5th, 2010 at 9:01 pm
wow bagusnya apple.

Amir´s last blog ..Kenapa Kita Peduli Tentang Palestin?
said on June 8th, 2010 at 12:42 am
memang best bro.. apple ni salah satu jenama idaman aku
said on June 7th, 2010 at 11:39 am
ini kene try cuba test ni..terima kasih bro kulanz..
hafizmd´s last blog ..Bagaimana kita melihat sesuatu itu – Praktikal oh praktikal – Bahagian 2
said on June 8th, 2010 at 12:42 am
boleh test bro.. xda masalah.. tapi kena install dulu safari..