Home >> Fotografi, Lelaki Kacak >> Awan Pelik Menyerupai Wajah Lelaki Kacak

Awan Pelik Menyerupai Wajah Lelaki Kacak

by Kulanzsalleh on May 9, 2012 · 28 comments

Ada yang bertanya kenapa saya sudah beberapa hari tidak menulis. Sebenarnya saya ada online cuma agak terhad sebab talian internet buat hal lagi. Sekarang ini pun masih menunggu penjelasan daripada TM hasil aduan yang dibuat. Faham-faham saja kalau hanya menggunakan talian alternatif, tentulah  lelaki kacak ini akan hilang nafsu menulis.

Okey, cukuplah dulu cerita pasal TM kerana ia bukanlah lawak yang lucu yang akan memecahkan perut semua orang.

Hari ini sekadar ingin berkongsi satu harta karun yang ada dalam hard disk PC saya. Bukanlah harta yang harganya berbillion cuma pada saya ada sedikit perkara yang menarik di situ. Cuba fokus pada awan dalam gambar di bawah. Nampak tak awan tu kelihatan seperti wajah seorang lelaki kacak? Tak perasan?

Waiting

Ya. Saya pun tak perasan mulanya. Awal malam tadi, disebabkan tiada apa yang nak dibuat, saya cuba memanipulasikan gambar yang ada dalam stok. Di akhir proses baru sedar yang awan tu nampak ganjil sedikit. Terus tak jadi siapkan kerja manipulasi. Takut juga yang gambar ini nanti akan menimbulkan berbagai interpretasi kepada yang melihatnya. Kebetulan tangan model gadis tu macam menadah ke langit (sebenarnya menutup muka dari terik matahari) dan kebetulan pula di atas ada objek berbentuk wajah manusia.

Itu memang gambar awan sebenar yang saya ambil sejak Disember 2010. Untuk lebih jelas di bawah ini adalah gambar asal awan dimaksudkan.

Awan Pelik

Apapun, gambar manipulasi kadang-kala memang diselitkan dengan sedikit dunia fantasi. Jadi anggap saja semua yang kelihatan pada gambar tidak wujud dalam dunia nyata. Kalau tidak nyata maka tiada apa yang perlu dipercayai.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



Kata kunci artikel:

awan pelik, Muka pelik, awan, gambar awan pelik, pelik, awan wajah manusia, gambar yang menarik, manusia muka kacak, muka kacak, muka lelaki handsome

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 28 comments… read them below or add one }

1 Mus May 9, 2012 at 6:43 am

sekali dalam sejuta peluang tangkap gambar sebegini bro

Reply

2 anif May 9, 2012 at 8:39 am

Wajah manusia misteri tu! :D

Reply

3 kulanz May 9, 2012 at 10:38 am

Lelaki kacak misteri

Reply

4 Shahrul May 9, 2012 at 9:58 am

cantik la gambar kat atas tu…awan memang selalu berbentuk pelik2

Reply

5 kulanz May 9, 2012 at 10:39 am

Betul tu.. Macam2 bentuk boleh nampak

Reply

6 myvitrd May 9, 2012 at 11:23 am

ni kira gambar Ori lah ye bro.. no editkan..

Reply

7 kulanz May 9, 2012 at 11:03 pm

gambar bawah tu memang ori..

Reply

8 mie May 9, 2012 at 12:01 pm

misteri terungkai…
memang kacak jika betul2 dihayati..
ehehehee

Reply

9 kulanz May 9, 2012 at 11:05 pm

setelah setahun lebih pic tu.. baru terungkai semalam :D

Reply

10 akubiomed May 9, 2012 at 12:52 pm

Awan tersebut ada rupa wajah manusia.

Reply

11 suri May 9, 2012 at 2:43 pm

suka ada gamabr blh bt sy berfikir…dri gamabr sebenarnya blh tafsir pelbagai makna

Reply

12 kulanz May 9, 2012 at 11:08 pm

gambar memang punya 1001 maksud tersirat.. jangan salah tafsir sudah, hehehe

Reply

13 suri May 9, 2012 at 2:44 pm

wajah awan tu kreatif mmg pandai sungguh ya..

Reply

14 kulanz May 9, 2012 at 11:12 pm

secara kebetulan ada pic awan tu dalam stok

Reply

15 iza May 9, 2012 at 4:05 pm

Assalam..
Kacak sungguh gambar tu…

Reply

16 kulanz May 9, 2012 at 11:16 pm

waalaikumussalam,
baru nak belajar edit ni

Reply

17 azmanisma May 9, 2012 at 4:32 pm

Kalau dah kreatif…masuk kan sikit kretivi akan jadi cantik..

Reply

18 kulanz May 9, 2012 at 11:18 pm

baru belajar buat ni bro.. masih banyak yang kurang lagi

Reply

19 yas May 9, 2012 at 5:34 pm

Nasib bek awek tu tak terkejut kan bro…hehehe btw mmg cun gamba tu bro.

Reply

20 Izzuddin Fauzi May 9, 2012 at 7:03 pm

Hahaha… Kadang2 macam2 boleh dibayangkan… Lihat langit… Subahanallah… Maha suci Allah yang menciptakan langit yang indah… :D

Reply

21 tehr May 9, 2012 at 9:25 pm

memang ikut seperti apa yang kita bayangkan

Reply

22 titan May 9, 2012 at 10:19 pm

hoho..first time aku jumpa awan macam tu..

Reply

23 bardboo May 10, 2012 at 6:42 am

pandai kulanz edit2 gambar…saya kalau berjalan ke mana2 dalam kereta, memang suka perhatikan awan dan fikir awan tu menyerupai bentuk apa..memang dah hobi dari kecil.. =)

Reply

24 juanita May 10, 2012 at 2:45 pm

Bergantung pada individu..
ada juga yg x nampak wajah tu

Reply

25 Denaihati May 10, 2012 at 10:49 pm

gambar atas sekali tengok memang xperasan, mungkin tunpuan pd gambar perempuan dan belakang perempuan tu keretapi. gambar bawah jelas.

Reply

26 cikgu naman May 11, 2012 at 12:00 pm

hahaha..tak tahan komen denaihati

aah..ada iras wajah lelaki..

Reply

27 tita May 11, 2012 at 3:52 pm

menakjubkan awannya tapi apa itu nyata ya

Reply

28 Hanif May 15, 2012 at 1:16 pm

kurang nampak la..hu3..kene tgk lagi ni

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner