Salam semua. Kebanyakan blogger dah tahu, Denaihati.com sedang mengajurkan SEO Contest kepada semua blogger (mengikut syarat). Contest yang menggunakan keyword “HIDUP SEORANG BLOGGER” tu akan menguji kebijakan blogger atau peserta mengoptimasikan Search engine optimization (SEO) blog masing-masing. Saya memang suka dengan contest SEO. Bukan sebab nak sangat menang (kalau menang pun dah dikira rezeki), tapi contest SEO ni sebenarnya membawa banyak manfaat jangka panjang bukan saja kepada penganjur, tapi juga para peserta. Itulah antara pengalaman yang saya alami sendiri waktu menyertai contest Hidup Berani Untuk Gagal dahulu. Rasanya daripada contest itu jugalah blog ini mendapat PR4 daripada PR2 sebelumnya.
Jadi sesuai sangatlah dengan contest tu, saya pun rajinlah juga baca info pasal SEO. Kebetulan sebenarnya sebelah tengah hari tadi ada kesempatan online. Lagipun tadi masih tengah bercuti, adalah kelapangan sedikit. Alang-alang dah baca, mungkin baik juga dikongsikan di sini. Selain daripada dapat dijadikan rujukan sendiri, boleh juga dijadikan rujukan oleh rakan-rakan lain.
Info kali ni berkenaan, bagaimana backlink itu dinilai dalam menentukan Page Rank dan Google SEO. Apapun, sekali lagi saya maklumkan awal-awal, saya bukan pakar SEO, hanya berkongsi daripada pembacaan. Selain tu, ada di antara istilah Inggeris untuk entri ini saya kekalkan untuk memudahkan kefahaman. Kalau nak tukar dalam bahasa Melayu, memang janggal istilahnya. Dan kalau masih ada lagi yang kurang jelas apa itu page rank, harap dapat rujuk entri Apa itu Page Rank supaya lebih senang nak faham.
Apa itu backlink?
Dalam terminologi asas link, backlink adalah link yang diterima oleh node web (laman web, direktori, website, atau domain tingkat atas) dari web node
lain. Link balik juga dikenali sebagai link masuk, inbound link, Inlinks, dan pautan ke dalam. Jumlah backlink adalah salah satu penunjuk populariti atau kepentingan sesuatu laman (selain daripada PageRank dan juga keyword).
Berdasarkan apa yang saya baca, dulu Google menentukan ranking sesebuah blog berdasarkan backlink. Semakin banyak backlink yang blog tu dapat, semakin tinggi peluang untuk mendapat ranking yang baik. Google kurang memberi perhatian kepada sumber backlink itu datang. Asal ada saja backlink daripada mana-mana laman lain, ia akan dijadikan asas untuk mengira populariti laman. Contohnya macam ni, katakan saya menghasilkan 10 blog. Setiap blog tu saya letakkan link kulanzsalleh.com. Dengan 10 blog itu saya akan dapat 10 backlink secara percuma walaupun di blog itu tiada entri langsung. 10 backlink akan meningkatkan populariti blog kulanzsalleh.com.
Bagaimanapun pada masa sekarang, dengan populariti Google yang semakin meningkat dan bisnes melalui enjin carian (sumber organik), maka Google telah mengambil langkah penambahbaikan dalam mementukan Page Rank berdasarkan backlink.
Faktor yang diambil kira dalam menentukan backlink
1. Berasal daripada Laman web/blog sejenis
Backlink hanya akan dikira jika link kita diletakkan di laman yang menulis topik yang sama. Lebih kurang sama jantinalah macam tu. Maksudnya begini. Blog A yang khusus membincangkan tentang topik teknologi meletakkan linknya di Blog B yang juga menulis tentang teknologi. Maka backlink daripada blog B akan diambil kira. Tapi kalau link Blog A diletakkan di Blog C yang menulis tentang topik adalah masakan, maka itu tidak akan dikira sebagai backlink.
2. Berasal daripada Tajuk Artikel/Kandungan yang sama
Backlink akan diambil kira jika kita letakkan pada suatu artikel yang sama dengan link yang dimaksudkan. Contohnya macam ni, Denaihati.com menganjurkan Contest Hidup Seorang Blogger. Kemudian menulis satu entri khas, contohnya Senarai Peserta Contest Hidup Seorang Blogger dan meletakkan link entri semua peserta di entri berkenaan. Secara tidak langsung link itu akan diambil kira oleh Google sebagai backlink yang bermakna sebab ia dimasukkan dalam entri sama topik. Jadi kalau kita buat perkara yang sama, maknanya kedua-dua pihak (peserta dan penganjur) akan mendapat backlink percuma.
3. Ranking laman web/blog asal
Nilai sesuatu link pada Google akan lebih tinggi sekiranya back link itu berasal daripada laman/blog yang mempunyai status ranking yang lebih tinggi atau sekurang-kurangnya sama dengan blog kita. Tetapi jangan keliru pula, tidak bermakna link daripada blog yang rankingnya rendah tidak dikira, yang dimaksudkan adalah nilai itu mungkin akan lebih tinggi. Untuk mendapatkan back link daripada laman web yang rankingnya tinggi tak susah sebenarnya. Yang penting yang penting kena rajin explore.
4. Status asal laman web/blog
Yang ni merujuk sama ada link blog kita tu berasal daripada laman web/blog yang macam mana, sama ada yang selalu dikemaskini atau sekadar tempat untuk meletakkan link. Kadang kita ada juga dapat link daripada laman tertentu yang dikategorikan sebagai ‘Black-hat’ atau yang suka menangguk di air keruh. Laman ni selalunya mendapatkan keuntungan tanpa mengikut standard yang ditetapkan oleh Google. Kita penat-penat taip entri, diorang senang-senang tumpang keuntungan. Maknanya, kalau link kita tu tersenarai di laman Black-hat, maka ia tidak akan dikira sebagai backlink yang berguna/berkualiti.
Macam tu lah lebih kurang cara Google menentukan ranking sesebuah laman web/blog berdasarkan backlink. Ada banyak lagi faktor sebenarnya. Tapi cuma 4 yang sempat dikongsikan di sini. Kalau ada pandangan daripada rakan-rakan, bagus juga dibincangkan bersama.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.


{ 70 comments… read them below or add one }
owh macam tuh baru tahu…ada yang perlu kena perbaiki.. dari segi backlink dgn no4 tuh…
zik recently posted..3 jenis tahap puasa
boleh baiki pelan2 bro..
satu perkongsian yang bermanfaat bro!tahniah.
pr4 dah kira ok tu bro,aku punya masih pr2
Kamu tu sudah berPR, saya ni langsung tiada PR.. malas la kalau macam tu.. hehe
Steward John recently posted..How to- Configure and setup custom domain on blogger
kompleks juga backlink ni..tapi check dulu blog sy, banyak juga backlink, tak sedar pula time bila diambil kira.. hehe
Mr.Z recently posted..Program Realiti Jika Rasulullah SAW Berada Di Hadapan Kita
bagus tu bro kalau banyak backlink, lagi senang dapat kepercayaan daripada google
tak faham backlink ni
boleh PM saya jika kurang paham insyallah boleh saya terangkan jika termampu
ray ban recently posted..Rayban Olympic wayfarer
wah bro.. menarik.. penerangan panjang lebar tu..
Azuan recently posted..Ramadhan Buffet 2010 Promotion
nak berabis nak pendekkan tu bro..
berapa jam buat ?
oo..baru aku faham pasal backlink nih..ingat ape mende..huhu
Izzat recently posted..Waktu Imsak & Berbuka bagi Malaysia
akupun baru paham juga ni bro..
haha ingatkan aku seorang je yg x faham benda ni
Aku faham-faham ayam.. banyak lagi kena hadap dan ‘explore’
Samdaddycool recently posted..Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbuka
review yg pnjang lebar dr bro..mmg complicated jgk kerja depa ni..klu PR ng alexa mantap..nk berblogging pon jd mkn smngt..
memang agak complicated…
tapi kalau PR dan alexa kurang mantap, jangan risau bro, sebab boleh main keywords juga
Salam…
Tertarik dgn yg no 2 tu….
Kalau entry blog A dan B berbeza walaupun ada backlink, tak di ambil kira ke?
iza recently posted..Tips Atasi Masalah Sukar Tidur
kalau menurut penerangan, ya..
tapi jangan risau sangat pasal tu.. sebab backlink ni boleh datang dalam pelbagai cara..
web/blog sejenis tu macam hubungan sejenis ke…hehehe
gurau melayan perut ni.
selalu juga dapat link dari ‘Black-hat’
Kujie recently posted..Nak Sedap- Tak Dapat Sentap
lebih kurang macam tu kak jie, hehe
betul tu.. black-hat pun bagi backlink percuma juga untuk blog kita..
uish… bahaya tu.. ngehehhee
Samdaddycool recently posted..Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbuka
pening gak membaca balcklink nie .. backlink .. blacklink .. last jadi blurlink =)
anastasyea recently posted..Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
xpa, pelan-pelan.. nanti boleh hilang blur..
terima kasih pekongsian ilmu yang bermanfaat
ray ban malaysia recently posted..Size guide
sama-sama.. harap dapat manfaat
wah..macam tu rupenye backlink ni…xpnah tau pon sblm ni…maen bedal je blogging…
fitri recently posted..Wajarkah Mahasiswa Menyertai Politik
akupun baru juga belajar pasal ni bro.. masih banyak tak paham
sy pun..
tengok2 PR tak penah2 naik..
ntah ar…
tak de yg berminat nak masuk blog sy kot..huhu
syahrilhafiz recently posted..Jom Lepak -Lepak
sabar bro, mungkin sebab google belum update PR toolbar tu..
hehe..mungkin jugak la…
thnks
syahrilhafiz recently posted..Kebuntuan Melanda Si Pingu
google mementingkan blog yang mempunyai pembaca, bukan blog yang mempunyai pengunjung dalam menentukan backlink
macam tu ke bro?
tehr recently posted..Sebelum Waktu berbuka
macam tu lah kalau ikut penjelasan pakar.. pembaca lagi penting berbanding pengunjung..
owh baru aku faham rupanya..thanks for info bro
ishak recently posted..Sinopsis sinetron cinta kirana di astro ria
sama-sama bro..
oh indahnya baclink ni..nampaknya kena buat dari skrg ni hee..
oh indahnya baclink ni..nampaknya kena buat dari skrg ni hee..
orang dah maju kedeoan..suri juga yyg ttp tinggal ke belakang..
xpa suri, pelan-pelan..
yang penting keep blogging
sedang cari kerja ni backlink…:p
jawatan kosong recently posted..Fosroc Jobs Walk In Interview Hilton Hotel KL Sentral
penerangan yang lengkap ni bro,
saya pun masih newbies lagi dari segi backlinks ni
wazy recently posted..Slot Akasia Epilog Syurga Cinta Di TV3
Sama juga kita bro, masih belajar juga
sama
thanks, memang sungguh bermakna dengan entry ni
Keputusan Liga Inggeris
sama-sama, semoga bermanfaat
thanks for the tips. suka artikel2 pasal SEO dalam blog ni. all da best utk contest denai hati tu jugak.
Amir recently posted..Resepi Kerabu Jantung Pisang
nice tq info bro. bru thu skit2 skng ni. haha. blur la jgk. huh
acapz recently posted..10 Smiley WordPress Plugin Untuk Blog Anda
thanks for your info bro
…bnyk lagi yang aku nak kene blajar ni.
nice info bro^^,…
Senarai Peserta Contest ” Contest Saya Mahu Template COmel ! ! ! ” Part 1
http://kozumiro.blogspot.com/2010/08/senarai-peserta-contest-contest-saya.html
kozumi_ro@budak nakal recently posted..Senarai Peserta Contest Contest Saya Mahu Template COmel ! ! ! Part 1
baguih dok ada..
mekasih untuk info ni..
truskan berusaha untuk menjadi blogger yang berjaya..=)
g3n recently posted..Pantun Seloka Buat Si Gadis
owh.. baru ku tahu.. ini takleh jadi.. haha.. Google ni.. hiks
RedBoy recently posted..Orang yang Berpengaruh dalam Dunia Internet part 2
oh macam tu rupanya, baru ku faham

yanmie recently posted..Aida Rahim bercerai dengan Joe Radzwill
Samala aku pun baru tau dan faham
satu penerangan yang menarik mengenai backlinks, yang paling menarik bab cara google mengambil kira backlinks. nampaknya kenalah berhati2 untuk mendapatkan backlink yang baik.
link exchange juga dikra backlink kan bro?
HIDUP SEORANG BLOGGER recently posted..Hidup Aku Sebagai Seorang Blogger
Terima kasih bro..SEO ni suatu benda yg cukup mencabar juge..thanks utk tips ni

hafizmd recently posted..9 tips untuk blogger yang sakit perut dan sama waktu dengannya…
terima kasih ye bagi pertolongan post.selamat hari raya.
nizam omar recently posted..Add Ads Large Rectangle Nuffnang For Dummies
Salam,
Satu lagi ilmu berkaitan backlink saya dapat.Sebelum ini tak ambil kisah sangat.Terima tuan.
En Zam recently posted..Pasu dan tudung saji – koleksi kraftangan 2010
saya juga terbaca kecepatan blog loading juga diambil kira untuk pagerank
yahaya recently posted..cara membuat menu dengan menggunakan gambar
salam ziarah.. bagusnya info.. boleh saya cuba dalam blog saya.
http://kepuncakmahligai.com/
tinta emas recently posted..Selamat kembali ke dunia bloggers
Bestnya idea you! Saya akan berusaha lagi.
informasinya bagus sekali sangat membatu, makasi ya terus berkarya biar trafic blognya tambah tinggi.
http://www.balibeyondgourmet.com/
I love it.
bila cara sama semua orang pakai.
google ni mula la buka peraturan.
nak buat backlink kena berhati-hati.
Ali ridha recently posted..Bersocial pada hujung minggu
blog .edu .gov adalah yg terbaik utk backlink.. sebenarnya nak cari link yg sama niche susah jgak.. cthnya macam blog aku, niche yg susah nk cari org guna kt malaysia ni.. indon bnyk.. jadi aku kena cari backlink kt indon plak..
so far aku bnyk amik backlink dari web/blog msia je.. walaupun tak relevent, tapi sometimes google consider jgk kot.. kita tak boleh nak predict apa yg google pikir.. sbb dia ni King of internet.. ikut suka dia.. dia punye rule..
jalan yang terbaik bagi aku ialah, just create je backlink time to time..
kalau backlink dari widget blogwalking tu atau misky link ape ntah tu dikire jugak ke oleh google?
mijae recently posted..Betulkah aku lahir dalam bulan april
bro..izinkan saya copy paste..yang Faktor yang diambil kira dalam menentukan backlink. Kalau tak suka, just inform me, dan saya akan delete. saya link kan untuk bro nanti ye? trimas
Taufiq Wr recently posted..Bila Internet Slow- Apa Korang Buat
masih belajar tentang backlink..thx atas perkongsian ilmu ni
red One recently posted..Malaysia Memerlukan Sehingga 60,000 Jurutera Setahun
Ooooo..tu macam ka maksud backlink..??
Susah gak klau main ngan google ni…
ZaimKasturi RBWatch recently posted..Esprit Watch
terima kasih tipsnya…
thanks untuk info yang sangat berguna…
masih dengan PR 1 walaupun dah lama ada blog…
mungkin kena beli domain ni…
kewin recently posted..Chinese New Year 2012 – Happy New Year !!!
Wahhh..susah juga ya nak naikkan pagerank ni..
Ben-Izer recently posted..Cara Menulis Entry Blog