Home >> Hiburan >> Badrul Muhayat dan Maya Karin Bercerai

Badrul Muhayat dan Maya Karin Bercerai? Bila pula kedua-dua pasangan ni berkahwin? Nah, kalau baca tajuk tanpa membaca isi, mesti akan timbul kontroversi. Silap-silap saya boleh kena saman! Jangan saman dulu, sila baca dengan teliti. Memanglah Badrul Muhayat mungkin akan bercerai dan Maya Karin pula telah disahkan bercerai. Tapi kedua-dua ni adalah pasangan yang berlainan, cuma kisah keduanya dicantumkan jadi satu. Sesuailah dengan blog “Semua Jadi Satu“.

Badrul Muhayat Bukan Lagi Seorang Hero
Seingat saya sekitar awal tahun 90-an dulu, Badrul Muhayat pernah menjadi idola para remaja kerana dia adalah saBadrul Muhayatlah seorang Hero Remaja. Masa tu zaman sekolah saya, ramai juga yang ingin berjaya macam Badrul Muhayat atau sekurang-kurangnya meniru gaya ala-ala Badrul Muhayat. Tapi itu kisah berbelas tahun dahulu. Kisah yang terkini tak sama macam dahulu lagi. Badrul Muhayat bukan lagi Hero Remaja. Banyak juga kontroversi Badrul ni. Dan kisah terkini, isterinya dah menuntut cerai.

Julia, Isteri Badrul sudah buat kenyataan. Dia nekad untuk menuntut cerai daripada suaminya kerana tidak tahan dipukul selain kegagalan suaminya itu menguruskan nafkah anak. Menurut ibu kepada dua orang anak ini, dia sudah ke Pejabat Agama Islam Hulu Langat, semalam, untuk membuat tuntutan cerai kerana ia merupakan jalan yang difikirkan baik bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.

“Saya sudah ke pejabat agama dan nekad untuk bercerai. Kali ini saya tidak mahu mendapatkan apa-apa kaunseling lagi kerana saya benar-benar sudah serik dengan apa yang dia lakukan kepada saya dan anak kami selama ini,” (Julia)

Dalam pada itu, Julia yang sudah empat tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon tersebut memberitahu terpaksa melalui kehidupan menyedihkan sepanjang mereka menjadi pasangan suami isteri. (Sehingga artikel ini ditulis, perceraian Badrul Muhayat belum lagi disahkan)

Maya Karin Telah Membuat Kenyataan Cerai
Bulan lepas (25 Jun 2010), beberapa berita tempatan melaporkan yang Maya Karin dan Suaminya Muhammad Ali Abdullah telah hadir di Mahkamah Syariah. Selesai prosiding, di luar mahkamah Maya memberikan kenyataan kepada wartawan Maya Karin Berceraibahawa mereka gagal membuat keputusan, manakala suaminya pula menyatakan “No divorce” (tidak bercerai).

Bagaimanapun pada hari ini, Pelakon dan pengacara Maya Karin disahkan bercerai talak satu dengan suaminya Muhammad Ali Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Kenyataan cerai itu dibuat menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar kepada media kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat, Maya dan Muhammad Ali membuat kenyataan bersama mengesahkan penceraian mereka. Perceraian ini sekali gus menamatkan spekulasi yang mengatakan mereka tidak bahagia selepas dua tahun berumah tangga.

“Kami (Maya dan Muhammad Ali) pada hari ini, (16.7.2010) ingin memaklumkan telah mendapat persetujuan bersama untuk bercerai daripada mahkamah syariah.

Rasanya tak perlulah saya mengulas tentang perceraian keduanya. Yang penting semoga kesemua pihak yang terlibat hidup bahagia selepas ini walau apa jua keputusan yang diambil.

Rujuk: http://mstar.com.my untuk mendapatkan berita lengkap.

Kata kunci artikel:

badrul muhayat, maya karin bercerai, maya karin pengacara gosip

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 30 comments… read them below or add one }

1 princeduyong July 17, 2010 at 12:38 am

si badrul ni pun satu…elok la dia diceraikan…

ANAK MANJA
princeduyong recently posted..CANTIK ANGGUN MENAWANMy Profile

Reply

2 kulanz July 18, 2010 at 2:08 pm

tu lah, memang patut isteri dia minta cerai kalau dah sampai macam tu

Reply

3 jawatan kosong July 18, 2010 at 10:31 pm

mmm no comment dah :D
jawatan kosong recently posted..E&W Engineering Jobs KG Baru Subang Shah AlamMy Profile

Reply

4 tehr July 17, 2010 at 10:40 am

perkara halal yang paling Allah benci
moga2 mereka menemui jalan kebahagiaan
tehr recently posted..Pandang Atas Pandang BawahMy Profile

Reply

5 kulanz July 18, 2010 at 2:13 pm

betul tu bro.. tapi kalau dah tak ada jalan penyelesaian.. mungkin itulah cara terbaik

Reply

6 etomyam July 17, 2010 at 12:03 pm

jodoh harry boy dan maya karin tak panjang nampaknya, tak pe, masih muda dan berpeluang bina masjid baru tu
etomyam recently posted..Yahoo Akan Gunakan Bing Microsoft Sebagai Enjian CarianMy Profile

Reply

7 kulanz July 18, 2010 at 2:14 pm

kalau Maya Karin, pasti masih ramai yang nak dia.. tapi kalau harry boy tu.. tak taulah plk.. apapun, harap2 ada perubahan

Reply

8 Paksu-IT July 17, 2010 at 12:35 pm

artis ni asik kawin pas tu cerai.. aiseh.. artis oh artis.. (oopss.. tag line sapa tah tu.. )
Paksu-IT recently posted..Kelajuan Pakej Streamyx Yang Anda SubscribeMy Profile

Reply

9 kulanz July 18, 2010 at 2:17 pm

mungkin banyak cabaran jadi artis ni.. kalau tak tahan, macam tu lah jadinya

Reply

10 ishak July 17, 2010 at 2:18 pm

wah aku masih bujang..boleh gak lah nak kenen-kenen maya karin ni…sebelum orang lain rembat hehehehe:D
ishak recently posted..Antara program keynote di astro ria dan akuMy Profile

Reply

11 kulanz July 18, 2010 at 2:30 pm

hehe.. dah open tu bro.. boleh try.. :D

Reply

12 ashraf's Blog July 17, 2010 at 3:33 pm

semua org sekarang nak jln mudah, bila berkelahi kadang2 sampai lupa dah jatuh talak. org pompuan punya mulut kadang2 menguji kesabaran lelaki.

Org lelaki kalau boleh benda kecik taknak panjang2kan tapi pompuan benda besar semut pun nak berkelahi sampai berhari2….tension betul……..
ashraf’s Blog recently posted..SeverFreak Kini Berwajah BaruMy Profile

Reply

13 kulanz July 18, 2010 at 2:44 pm

hehe.. biasa tu berlaku dalam rumahtangga.. sbb tu kena banyak bersabar..

Reply

14 Azuan July 17, 2010 at 7:52 pm

Apa lah nak jadi ngan dunia artis ni.. time kawin bukan main gempak.. tp mudah betul bercerai..
Azuan recently posted..Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010My Profile

Reply

15 kulanz July 18, 2010 at 2:50 pm

nak cari gempak dalam jangka masa terdekat.. gempak pasal kahwin, gempak pasal cerai, pastu gosip sana-sini, dan kahwin lagi.. putaran hidup sesetengah artis

Reply

16 Azuan July 18, 2010 at 3:16 pm

hehe.. setuju tu bro.. sama mcm erra dulu gak.. nampak kawin ngan yusry mmg sepadan jer.. hehe
Azuan recently posted..Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010My Profile

Reply

17 zik July 18, 2010 at 3:50 am

artis sekarang nie sukar untuk dijadikan icon… Wallahuallam..
zik recently posted..Imam muda minggu ke 8My Profile

Reply

18 kulanz July 18, 2010 at 3:05 pm

kadang2 ya, kadang2 ada juga sebahagian daripada diorang boleh dicontohi..

Reply

19 Thoha July 18, 2010 at 2:10 pm

apabila artis yang bercerai mesti berita akan jadi topik yang hangat untuk dibincangkan..
Thoha recently posted..Kerjaya Dalam Bidang Sains KomputerMy Profile

Reply

20 kulanz July 18, 2010 at 3:06 pm

begitulah selalunya..

Reply

21 bujang3 July 18, 2010 at 6:09 pm

bila berceriter bab artis nie….tak ada lain… asyik cerai aje…sebab tu aku kata artis tak boleh jadi icon… tak nampak sangat benda yang baiknyer !!!!
bujang3 recently posted..Minyak naik lagiii!!!! Parah la macam nie !!!!My Profile

Reply

22 kulanz July 19, 2010 at 10:22 pm

xpalah, kita ambik yang mana positif.. yg tak baik tu biarkanlah diorang.. :)

Reply

23 Amir July 18, 2010 at 11:02 pm

dulu sy ingatkan maya karin akan bahagia dgn bks suaminya tu. hrp2 maya dpt pengganti yg boleh jaga beliau.. didik beliau..
Amir recently posted..Citarasa Indonesia di Blok M Express- MelbourneMy Profile

Reply

24 kulanz July 19, 2010 at 10:27 pm

kita memang harapkan kebahagian diorang.. tapi tu lah.. kadang tak seperti yang kita harapkan.. moga2 dapat pengganti terbaik utk maya karin

Reply

25 Nine July 19, 2010 at 10:18 am

tak sangka harry boy tu kaki pukul, dulu rasanya ada gak bercinta ngan sofea jane..camna leh dapat, masa tu kacakkan..

sekrg susah, rasanya harry boy pernah tangkap khalwat juga kat langkawi dulu..

jodoh diorang tak panjang, tapi terkejut gak ngan maya karin tuh..kawen ngan org Mesia lah senang..:)

Reply

26 kulanz July 19, 2010 at 10:29 pm

memang kacak harry play boy tu.. tapi sayanggg… :D

Reply

27 suri July 19, 2010 at 10:50 am

kat cini pun hot juga huhu..

rasa sedih gak bila masjid yang di bina punah ditengah jalan.namun kita hanya merncang tapi sgla itu telah menjadi ketentuannya.

serancak manapun sesebuah majlis pkhwinan tu jika tiada kesarasian atra psagan maka nak idup utk kkl lama mmg susahkan..

alahai….

Reply

28 kulanz July 19, 2010 at 10:30 pm

tu lah, kalau boleh masjid yang dah dibina tu biar kekal lama.. tapi tak taulah.. selalu jawapan skema.. jodoh tak panjang..

Reply

29 acapz July 19, 2010 at 2:43 pm

amboi. cian maya karin kowt. huhu. dah la cun. dlu mnta kapel xmau. kn. hm. :P

Reply

30 kulanz July 19, 2010 at 10:34 pm

sekarang ni dah ada peluang bro dengan maya karin tu :D

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: