Perihatin dengan Entri di Denaihati.com tentang Google Page Rank yang turun mendadak. Persoalan yang timbul, adakah Google telah mengemaskini status PageRank atau blog Denaihati menghadapi masalah yang lain. Saya cuba dapatkan maklumat berkaitan dari pelbagai sumber dan hasilnya saya kongsikan di sini. Bagaimanapun saya tidak pasti sama ada penjelasan berikut mampu menjawab persoalan berkaitan. Apapun, moga ini dapat memberikan manfaat kepada yang memerlukan.
Gunakan Google Webmaster Tools
Ini penting untuk diketahui. Gunakan Google Webmaster Tools sebagai asas utama menilai prestasi website kita. Juga dapat digunakan untuk melihat bagaimana crawler menjalankan fungsinya. Melalui Google Webmaster Tools ni, kita boleh semak sama ada terdapat crawl errors dan jenis errors, (contohnya error 403, 404, 950 dan sebagainya). Error tersebut mungkin disebabkan crawler kehabisan masa (timing out) semasa mengakses (menjalankan kemaskini) ke website kita atau ada sebab tertentu yang menjadikan fail robots.txt disekat. Error seperti ini juga akan menyebabkan sesetengah entri kita tidak tersenarai di enjin carian atau juga PageRank kita tidak ditunjukkan dengan tepat. Sesetengah error seperti ini hanya untuk sementara dan ada juga yang kekal. Bagaimanapun itu tidak bermakna website kita telah dikenakan penalti.
Periksa bilangan halaman yang diindeks
Penalti juga akan menyebabkan sebahagian besar daripada halaman dari blog kita hilang dari enjin carian Google. Misalnya jika anda periksa laman blog anda dengan menggunakan site: operator (site:http://kulanzsalleh.com) hanya terdapat 10 muka surat laman berkaitan sedangkan sebelumnya lebih daripada itu. Jumlah yang berkurangan bermaksud kebanyakan laman dari blog kita sudah tidak tersenarai di enjin carian.
link: operator – Mengetahui jumlah link balik (inbound link) ke website kita.
info: operator – Mengetahui maklumat (info) website kita di Google.
site: operator – Mengetahui jumlah halaman yang terindeks di carian Google daripada laman anda.
Gunakan Google Penalty Checker
Alternatif lain, kita boleh gunakan tools di bawah untuk mengetahui sama ada website kita dikenakan penalti atau tidak, boleh periksa di laman Google Penalty Checker.
Google Cache:
Google Cache adalah cara lain untuk mencari website sama ada website kita dikenakan penalti atau tidak. Biasanya Google menempatkan setiap website di internet untuk cache dan cache update ini bergantung pada banyak faktor yang berkaitan dengan website. Jika anda memeriksa halaman dengan cache: operator di Google dan mendapati tarikh terakhir cache telah lama, bermakna Google (google bot) sudah tidak mengakses website kita lagi. Kemungkinan besar telah kenakan penalti. Bagaimanpun jika cached langsung tidak muncul pada enjin carian, mungkin terdapat masalah yang lain pula, misalnya google bot gagal mengakses disebabkan time out tadi.
Ranking entri berdasarkan keyword
Google SERP (Search engine result page) akan terjejas. Ini berdasarkan pengalaman menyertai kontest Hidup Berani Untuk Gagal di blog Denaihati. Disebabkan kesilapan sendiri, entri tersebut telah dikenakan penalti oleh Google menyebabkan kedudukan yang sebelumnya di page pertama, jatuh ke page 23. Mujur atas usaha tertentu, SERP kembali normal.
Google PageRank:
PageRank bagi website yang telah dikenakan penalti akan turun secara mendadak walaupun bukan masa untuk google mengemaskini PageRank.
Jumlah Backlinks:
Jumlah backlink yang turun secara mendadak juga salah satu petanda yang penalti telah dikenakan ke atas website kita.
Masa terindeks:
Entri kita akan mengambil masa yang lama untuk diindeks di enjin carian. Maknanya jika sebelum ini entri terbaharu boleh berada di enjin carian dalam 5 minit, berkemungkinan selepas dikenakan penalti, entri hanya akan terindeks selepas semingggu.
Refferrer dan Sumber Trafik:
Semak referrer ke blog kita dengan menggunakan Google Analytics: Jika website kita telah dikenakan hukuman oleh Google, trafik daripada enjin carian (terutamanya Google) akan berkurangan.
Diagnostik Website menggunakan Google’s Safe Browsing
Diagnostik ini dapat memberikan maklumat sama ada website kita dilabel sebagai “mencurigakan” (suspicious) atau mempunyai bahaya tertentu. Untuk menjalankan masukkan diagnostik, salin dan tampal URL berikut ke address bar browser – http://www.google.com/safebrowsing/diagnostic?site=www.mywebsiteaddress.com.
Tunggu Email daripada Google
Google biasanya akan menghantar e-mel apabila menemui sesuatu yang berbahaya di website kita. Google akan de-indeks semua laman yang mengandungi masalah dan akan memberitahu kita agar memperbaiki masalah tersebut.
Seperkara yang perlu kita faham, tiada satupun daripada penjelasan di atas yang benar-benar tepat dan menggambarkan keadaan sebenar kerana kita sendiri tidak tahu bagaimana cara kerja Google yang berkait rapat dengan SEO dan PageRank ni.


{ 65 comments… read them below or add one }
good info brader
dah check xda pelanti keaatas wanperlis
ahaha
.-= Wan Perlis´s last blog ..Mengimbau Kenangan Cuti Sekolah =-.
syukur bro xda penalti lagi.. perlu elak benda tu
tips yang sangat berguna kepada semua blogger.
Sekadar perkongian, moga bermanfaat kepada semua blogger
Result for dahliajournal.blogspot.com
This domain has a severe penalty
huhuh…aapa perlu dibuat ek?
memang banyak URL hilang kes terdelete post tempoh hari…
aku dah checked blog dahlia dgn bnyk cara.. xda masalah pun..
x perlu risau, tu bukannya tepat sangat
wooo banyak cara??
thanks bro…kalo xper, baguslah..hehe
risau gak
*nak tau gak sbnrnya…cara apa tu?
DaHLia recently posted..Esok Exam PTK DG41 yang ke-2 dan terakhir untuk DJ
fuhh.. gigit jari tengok sendiri punya blog, banyak yang kena penalty… aduih…
thanks bro, satu penerangan yang sangat berguna.
.-= samdaddycool´s last blog ..Buat duit RM1.6 Juta daripada Ayam Tidak Halal =-.
x perlu risau sangat pasal penalti tu..
tak susah sangat juga nak settle kalaupun berlaku..
thanks for da tips.. saya pun sedih ni sebab PR tiba-tiba turun dari PR2 ke PR0. patutla kebanyakan keyword macam x memberangsangkan. sblm ni utk certain2 keyword berada pada page 1, tp skg ni page 2 ke atas. xtau apa masalahnya. cek kat google penalty checher tu xde apa2 pun.
.-= Amir´s last blog ..Kenapa Kita Peduli Tentang Palestin? =-.
xpa bro..
memang agak sulit memahami sistem penentuan PR ni.. apapun mungkin tips berkaitan PR sedikit sebanyak boleh membantu..
thanks for sharing =)
sama-sama..
sekadar berkongsi mana yang patut
nice tips, thanks da share tips ni.. ada tak alasan khusus google kenakan tu penalti?
.-= jawatan kosong´s last blog ..Legend Group Hotels Vacancy as HR Officer @ KL =-.
banyak juga tu sebabnya.. antaranya website kita kena flag sebab dikenal pasti mencurigakan (mengandungi virus, malware) atau dilabel sebagai spammer
my blog xde penalti..huhu..dlu xtau ape tuh Google Webmaster Tools.lepas godek2 google.bru tau dan skrg dh gune dah menda tools nih..huhu
.-= apiih´s last blog ..12 Kenderaan Yang Unik dan Kreatif =-.
bagus tu bro xda penalti..
Google webmaster tools ni mmg sangat berguna.. patut semua blogger guna kemudahan tu
Ranking entri berdasarkan keyword
tu camne…tak paham la pulak…
erm tak leh guna keyword dalam 1 satu entri banyak2 ke??
ke camne??
.-= Meow´s last blog ..Download Video Seks Luna Maya dan Ariel Peterpan =-.
susah juga nak terangkan bagaimana keyword ni berkait dengan PR.. tak pakar lagi, hehe
tapi lebih kurang macam ni..
1. katakan dalam entri kita terdapat keyword tertentu yang jarang digunakan atau masih kurang terdapat pada database enjin carian google.. entri kita akan dapat priority di enjin carian berdasarkan keyword tu.. lebih banyak entri/keyword yg dapat priority daripada google, maka google akan letakkn kepercayaan yg tinggi pada keyword tu.
2. Dalam sesetengah keadaan pula, google akan bandingkan sejauh mana keyword yg kita guna releven dengan keyword yg terdapat pada database diorang dan kandungan entri yang kita tulis. Lebih relevan keyword yg kita guna, lebih tinggi kepercayaan google.. lebih kurang macam tu lah yang aku baca.. harap ada yg tolong betulkan kalau aku silao.
Berkenaan penggunaan keyword tu.. tak salahpun kita gunakan banyak sekaligus dalam 1 entri.. yg penting.. keyword yg kita guna relevan dengan entri..
aku dah check zde jgk penalty. haha. nice2. aku punya pr still o. biar je r. aha
.-= acapz´s last blog ..Tukar Latar Belakang Wallpaper Di Google Seperti Bing =-.
PR0 tak kisah bro.. janji kita teruskan blogging..
ada rezeki nanti PR boleh berubah..
Wah bro.. mmg info yg sangat berguna.. betul tu apa yg bro tulis.. kita tak tahu yang mana paling tepat melainkan Google yg lebih mengetahui.. Anyway, google webmaster tools tu mmg bagus utk digunakan..
.-= Azuan´s last blog ..Wordpress Themes Paling Sesuai Untuk Personal Weblog =-.
sekadar perkongsian bro..
berkenaan SEO tu.. memang dah buat banyak rujukan.. masing2 ada pandangan sendiri.. kadang ada yang tepat, ada yg tak.. jadi kesimpulannya.. bab-bab SEO dan PR ni memang misteri dan hanya pihak google je yang tahu..
anyway, perkongsian yg menarik tu bro.. misteri yg menakut kan bro.. hehe..
p/s: sekadar cadangan, hope bro dapat install plugins subscribe to comments.. mudah untuk pengomen di blog bro ni mendapat notification melalui email jika ada readers lain yg membuat komen..

Azuan recently posted..Wordpress Themes Paling Sesuai Untuk Personal Weblog
Thanks bro cadangan tu..
aku tak perasan sebenarnya reply notification tu dah xda. Rupanya yg tu ikut dgn wp threaded comment. lepas aku tukar template blog hilang plk dia.. sekarang ni dah install plugin
Sama2 bro..
dah ada pun bro..
bagus lah mcm tu..
senang skit nnti nak tau kalu ada org komen..
nice info! pagerank website chybee still not available lg.hmm
chybee recently posted..From Bretzel & Spätzle To Shisha & Kebab (Main Course)
xpa chybee,
next update ada juga tu..
info yang amat berguna bro…banayk belajar daripada artikelni..terima kasih.

etomyam recently posted..Agenda Syok Kahwin Sudah Bermula
sekadar perkongsian bro.. ni pun translate dari blog lain juga ni..
harap bermanfaat
salam,wa info yang bagus,dah try tadi tak ada eror page pada google webmaster tools
best tu bro kalau xda error..
macam aku banyak sangat yg error.. penat juga removed
Mobile2go pun pernah kena, sampai kosong backlink, tapi itu semua hanya sementara. Jangan bimbang.
aah, betul tu..
pagerank ni boleh berubah.. janji kita betulkan mana yg ada patut, pasti dapat juga PR yang baik nanti.
Thanks atas info ni bro.Aku akan gunakan dengan sebaik mungkin.
neodmarco recently posted..Ruang Pertanyaan Untuk Blogspot – DI Neo In Blog
thanks juga bro singgah sini.. moga dapat beri manfaat
makin lame dalam dunia blog ni rasa macam lagi banyak ilmu yang xda..tq ats perkongsian ni..
din recently posted..Kemuncak Adrenalin
betul tu, aku setuju.. ilmu blogging ni cukup dinamik..
makin banyak kita belajar.. rasa makin banyak pula yang kita tak tahu..
ranking turun dari 2 ke 0… sedihnya.. takpela.. mungkin ada banyak error link… hari tuh baru tukar permalink.. time search ada bila ke blog tuh.. takda sebab dah tukar kan.. erm.. harap2 lepas nie naik balik… la
zik recently posted..Imam Muda Minggu kedua.
kalau kita tukar permalink.. kena cepat-cepat request utk remove URL melalui google webmaster.. tak remove pun tak apa, kita boleh tunggu google bot jalankan tugasnya.. lepas tu semua link mesti ok balik..
nasib tak kene block hehe
Syafrizal recently posted..Semak maklumat blog anda
suspen2 tapi dah check, no penalty. Alhamdulillah…
papabear recently posted..Luna Maya is Hot in Malaysia
Salam…
Alamak….
This domain has a severe penalty.
Apa yg perlu di buat….aku bukan tau sgt benda alah ni…
Iza recently posted..Jom Timbang Berat Blog
iy, blog ku juga
This domain has a severe penalty
apa yg salah?
tak perlu risau sangat..
kadang yang tu pun bukan betul sangat..
kalau adapun kena penalty, mungkin 1-2 entri je, bkn keseluruhan blog
info yang bagus.
Alhamdulillah blog ku tak kena penalti.
shaharil recently posted..Jadilah Diri Kita Sendiri adalah Terbaik
sekadar berkongsi dengan rakan-rakan,
terima kasih juga sudi singgah sini
Back links can as a matter of fact be a helpful aspect as well as assist in off page SEO. Have you ever observed high pr backlinks result in a negative affect to Google rankings? And do you know if there is a means to discover when Google Adwords is better than natural rankings? I myself participate in various ventures and even help out with a backlink building company. Even so, I at times see it helpful to use PPC compared to natural SEO.
salam saudara
TQ atas perkongsian ilmu ini.
saya punya blog dah kena suspend
seminggu dah…:(
backlink terlampau banyak pada suatu masa boleh dikenakan penalti juga oleh google
ray ban recently posted..Size guide
Great information! I’ve been looking for something like this for a while now. Thanks!
Result for fazamania.com
This domain has a severe penalty.
blog aku kena penalty ke ?.. camne nak resolve ?..
encikbeliau recently posted..Hari Raya Yang Begitu Istimewa
syukur astungkara web saya tidak kena pinalti,
http://www.balibeyondgourmet.com/
thanks GOD
dalam hidup aku ni.
pernah sekali kena
google penalti PR.
sakit juga hendak ditelan
masa tu.
Ali ridha recently posted..Bersocial pada hujung minggu
semua mungkin sebab tak
bayar duit domain la.kena pula blog
tak dikemaskini lama.
Ali ridha recently posted..Bersocial pada hujung minggu
semua tu dah jadi pengajaran buat diri aku
yang lemah ni.lain kali kena ikut la
peraturan google pagerank.kalau ada peraturan
baru.ikut je la.heeee..
Ali ridha recently posted..Bersocial pada hujung minggu
blog ane punya masalah spt itu gan, cuman ngatasinya ga tau.sampe sekarang ak biarkan coz lum tahu solusinya
salam bro, kalau kena penalti, nak kena buat apa pulak lepas tu?
Taufiq Tiramisu recently posted..Jom Join Bloglist Taufiq Tiramisu
Salam bro, baru perasan ada blog bro ni, banyak info yg menarik yg boleh dimanfaatkan..satu perkara nak tanya bro, sebab blogger baru macam saya ni mungkin kurang faham, perbezaan inbound link dengan outbound link ni? apa sebenarnya inbound and outbound ni, boleh bro terangkan dengan lebih lanjut?
p/s: Maaflah kalau komen ni tersalah tempatnya..=)
BroZooL recently posted..Rugi Daftar Google Friends Jika Tidak Dapat Dikunjungi!
maklumat yang sangat berguna untuk semua..terima kasih..
King Topan recently posted..Bermulanya Sebuah Perjalanan Baru
baru tahu semua ni..thanks sbb share

sutera recently posted..kepada bakal pengantin baru rakan blogger yg nak kawen
aduii mr kulan, aku rase blog aku da kene banned la.. camne eh.. aku da search semua entri2 aku takder kt google.. arghh tension gler…
mak aih..byk sbb google penalti ni en
PutraRocker recently posted..(GAMBAR) Mr Bean Wrecked His McLaren F1 5 August 2011
Best informasi ni. Tak terfikir pula nak periksa
website kena penalty ke tidak.
Ingatkan berblogging seperti biasa jer.
Terima kasih bro kerana informasi ni. Tahniah !
Memang bermanfaat.
Azeri recently posted..Asas Penetapan Matlamat Hidup – Cakap Senang, Buat pun Senang
That article is very good! One fine day, thesis writing company assist me with writing term paper, which I was incompetent to complete due to personal causes. I recommend you dissertation service that will assist you in your university life. All the best!