Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia. Kali ni salam agak berlainan sedikit, semangat patriotik agaknya sempena bulan Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-53 tahun ni.
Sebenarnya kali ni nak kongsi sedikit berkenaan Bajet atau Belanjawan Negara 2011. Seperti pada kebiasaannya, Bajet tahun berikutnya akan dibentangkan pada setiap bulan Oktober tahun semasa. Saya pasti ramai rakyat negara ni yang akan mengikuti pembentangan Bajet masa tu sebab nak tahu perancangan Belanjawan Negara. lagipun, selalunya akan ada pengumuman pasal bonus masa tu. Tu yang seronok nak dengar.
Tahun ni mungkin kita akan lebih bersemangat mengikuti perkembangan Bajet. Nak tahu kenapa? Sebabnya mungkin salah satu cadangan kita berkenaan bajet akan dibentangkan pada masa tu. Bukankah itu sangat mengujakan dan akan menjadi satu kebanggaan yang kena pada tempatnya? Bangga sebab mampu menyumbang sesuatu kepada negara. Secara tak langsung bolehlah dikatakan memberikan idea atau buah fikiran kepada kerajaan untuk perancangan belanjawan dan ekonomi negara.
Semua tu boleh kita buat melalui sumbangan idea secara terus di laman web Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Menurut beliau, dalam Bajet 2010 sebelum ni beliau dapat banyak idea bernas daripada rakyat pasal bajet tu. Jadi, untuk Bajet 2011, sekali lagi beliau mengalu-alukan sumbangan buah fikiran daripada rakyat.
In this regard, I feel yet again the significance of connecting with and seeking ideas directly from the Rakyat on the ground. It was with the principles of inclusiveness and social justice in mind that I had asked for my fellow Malaysians to contribute suggestions for the 2010 National Budget. I remember well the hundreds of solid suggestions for our Budget on how to make Malaysia a better economy, a more progressive economy. Indeed, your ideas made up a significant portion of the budget as a result. For your feedback and suggestions, I thank you and invite you once more to share your ideas for the upcoming 2011 National Budget. Let me know what areas of development you would like to see prioritised for next year. (Petikan daripada laman 1Malaysia)
Bagi saya kaedah kutipan idea daripada rakyat ni memang bagus. Inilah yang pernah saya katakan dalam entri terdahulu bahawa idea kreatif tidak semestinya datang daripada mereka yang berjawatan tinggi dalam kerajaan. Idea itu boleh datang dari sesiapa sahaja. Jadi, kalau anda nak kongsikan idea-idea yang baik untuk untuk Bajet 2011 nanti, bolehlah disalurkan terus melalui ruangan komen di laman web 1Malaysia.
Update: Pembentangan Bajet 2011 boleh diikuti di entri berikut: Ringkasan Pembentangan Bajet 2011 dan Manfaat Kakitangan Awam dalam Bajet 2011.


{ 86 comments… read them below or add one }
muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn
en_me recently posted..Why I Hate Silent Readers
budget?huu…belum buat bazet utk bulan ni..tunggu gaji
budget untuk raya dah mula suri sediakan huhu..
hye suri…nk bkenalan..bleh..huhu…
moga-moga sentiasa aman
semoga idea rakyat tidak dipersiakan..ramai lagi yang mempunyai idea kreatif untuk memacu kemajuan negara…tambah2 kita nie mengamalkan konsep negara maju acuan sendiri..
Sir Marcello recently posted..Oh! Ruginya Aku
betul, kan menteri-menteri tu semua berasal dari status ‘wakil rakyat’.. jadi memang patut diorang dengar suara rakyat..
Aku pun nampak massage dari PM ni dan sedang fikirkan idea yg kreatif utk dikongsikan.
denaihati recently posted..Melayu Buang Bayi yang lebih Jahiliah daripada Jahiliah
bagus tu bro kalau dapat kongsi idea yang kreatif
Ni teknik bagus. diharapkan kerajaan tidak lagi menyekat biasiswa dan perbelanjaan ke arah pendidikan macam sekarang. student yang ingin lanjutkan pelajaran dan juga penyelidikan sangat terhalang disebabkan duit pendidikan dikurangkan. pendidikan mestilah diutmakan dari yang lain. barulah negara lebih maju.
diharapkan juga kerajaan tidakmembazir dengan pembinaan bangunan-bangunan yang tak sepatunya dibina seperti istana negara dan lain-lain
ya, harap2 lebih banyak suara rakyat didengar kali ni
Salam…
Idea apa ye? Hmm…blh tak kalau banyakkan lg peluang pekerjaan utk siswazah yg menganggur lebih dari 4 tahun. PTPTN tak bayar lg ni…
iza recently posted..Mengimbau Kenangan Silam 1 Ramadhan
Ha..idea bagus tu…
adamfaiz recently posted..Kenangan Aidilfitri Di Amerika
Salam.
Saya rasa berlakon jer semua ni. Kata ekonomi dah baik tapi kakitangan kerajaan tiada pun di beri bonus sejak kerajaan baru ni memerintah. Saya yang baru kerja ni tak merasa duit bonus lagi.
zezebel recently posted..WW- Who is this
sabar ye zezebel..takde rezki lagi tuh..insyaAllah..
hafizmd recently posted..Sama-sama kita hayati video iniSubhanallah
bel,sabar ja..lama2 dapat la kau bonus 3 bulan tu hihi
Sioknya kalau dapat bonus 3 bulan owh….

Mimpi jak lar….
zezebel recently posted..How many ethnic in sabah
hehe, hebat menteri2 kite skrng manage ekonomi..

Scromix recently posted..Clicksor- Berbaloikah Menggunakannya
harap buah fikiran rakyat same2 diambil penting utk majukan negara kita yg tercinta ni..
hafizmd recently posted..Sama-sama kita hayati video iniSubhanallah
harap2 bajet tahun ni ada bonus untuk kakitangan kerajaan, hehe
mijie recently posted..Promosi hari raya sekali seumur hidup
mesti ada bro..
hehe.. harap dengan buah fikiran rakyat, ekonomi negara semakin maju…
mrnamie recently posted..Hari Kebangsaan 2010- Malaysia Menjana Transformasi
kalau boleh biarla ekonomi kita berkembang sikit, banyak betul dengar syarikat besar gulung tikar lately….
huhuhu….
ain recently posted..Berpisah Sementara Mungkin Jalan Terbaik Buat Kita
bagaimana ngan pekerja hotel yg hanya mengharapkan point?
kurang biz kurang juga pendapatan..kira x tetap
Oh. saya tidak tau pulak kalau pekerja hotel guna sistem point. ingatkan macam biasa jak??
Steward John recently posted..How to- Configure and setup custom domain on blogger
besar harapan agar kerajaan lebih memberi tumpuan ke arah pembinaan insan dan jati diri
saya nampak, negara menuju ke arah keruntuhan moral yang serius
tehr recently posted..Udang Pun Tak Lontar Najis Sesuka Hati
genjala sosial makin rancak berlaku..
Datuk najib setanding dengan gaya bapanya

ishak recently posted..5 cadangan untuk elak seks luar nikah
nak bagi idea apa ek??? tengah fikirkan nie..huhu
zik recently posted..Jangan lupakan mereka!
Think tank yang diilham oleh Dr M dulu tu bagus…cuma perlaksanaan terbantut bila ramai yang ukur saiz poket
fawzan recently posted..My Kampung Or Yours – Balik Kampung Part 2
memang bagus kaedah yang dilaksanakan itu, semoga PM dapat mengambil langkah yang sewajarnya berdasarkan pandangan rakyat..
Mr.Z recently posted..Sanggup Mengambil Risiko Kerana Ingin Kelihatan Cantik
rakyat yang berbilang kaum msti pandangan mrka lebih berani dan akan mdpat kepuasan smua pihak harap2 bgtulah heee
saman ekor diharamkan… agar belanjawan rakyat lebih stabil… eh boleh ke masuk book ni?
di harap tahun nie ada bonos n kenaikan gaji… 2 thun tk ada bonos… e2 yg penting… org cakap BN makin merosot sebab tk bg bonos… kalau tahun nie tk ada bonos insyALLah pilihan raya akan dtg pembangkan akan menang… hidup datuk najib,,,,, tk ada bonos saya tetap sokong datuk najib perdana menteri kita
ASSALAMUALAIKUM DATUK SERI NAJIB..
Salam Aidilfitri…
Harap-harap ada sesuatu untuk penjawat awam dalam pembentangan budget oktober ini..
lebih baik naik gaji..daripada bonus..( walaupun kenaikan gaji RM50.00..)..perolehannya berpanjangan..atau ada kenaikan elaun sara hidup dan imbuhan tetap perumahan bagi penjawat awam gred N1- N17…(gaji kami kecil..jika diukur dengan kos kehidupan masa kini yang serba serbinya mahal)
peperiksaan PTK..haruslah dikaji semula atau sebaiknya dihapuskan sahaja..atau format peperiksaannya diubah..lebih baik menjawab dalam bentuk esei daripada objektif..(kadang-kadang orang yang tak cerdik buat kerja pun boleh lulus kerana tembak-tembak jawapan yang telah disediakan)..kalau buat dalam bentuk esei..barulah boleh baca pemikiran pegawai-pegawai yang di dalam kerajaan Datuk Seri..sama ada pro kerajaan atau sebaliknya…berintergriti atau tidak..pemberian RM1000.00 anugerah cemerlang pun harus dikaji semula..nampaknya pemberian itu menjadi pemberian giliran..bukan berdasar prestasi yang sebenarnya..(kalau rasa nak bagi pegawai tertentu RM1000.00 tu, penilai prestasi pun akan bagi markah tinggi untuk pegawai berkenaan)..walaupun buat kerja hampeh!!!! adil ke..?
sekian…
salam sejahtera…pandagan saya agar PM dapat bagi peruntukan pencen kepada bekas-bekas tentera yang tamat perkhidmatan 18 tahun.kerana mereka ini berada dalam kesusahan dan gagal dalam bidang perniagaan daln lain-lain.sekian harap PM ambil peerhatian dengan sewajarnya….
setuju…kenaikan gaji lebih ok.dapatlah simpan lebih.sekarang ni bulan2 dpt simpan rm50 je.kena ikat perut.kirim kat org tua kat kg pun kadang2 dpt..kadang2 x dpt.gaji kakitangan awam terlalu rendah jika dibandingkan kos hidup skg.nak suruh berjimat…dah terlalu berjimat pun.
Semoga bajet ini adalah boleh membawa faedah kepada rakyat semua khususnya…untuk penjawat awam sekurang-kurang bagilah bonus 1 bulan…dah lama sangat aku tak merasa bonus ni…kalau naik gaji mendatangkan masalah juga…sebabnye kompom barang akan naik juga…wahai saudaraku sekalian…kita hendaklah berjaga-jaga dengan ekonomi yang mendatang ni…kena berjimat cermat giler…Kalau dilihat dalam paper hari ke hari makin mengerunkan..Perlu Tambah FDI,..Kadar Faedah Bank Negara ditingkatkan…Dollar makin menyusut…Harga emas meningkat dari semasa ke semasa…Perhatikanlah statement ni…kalau siapa yang belajar ekonomi atau pakar-pakar ekonomi mesti dia orang tau tentang masalah ini…KITA DI AKHIR ZAMAN…Renung-renungkanlah…
saya mariani ingin menyuarakan komen dan pendapat mengenai bajet angkatan tentera 2011 yang akan di bentangkan pada october ini.dengan gaji diterima sekarang ini tidak mencukupi bagi warga angkatan tentera sendiri yang merupakan pasukan tentera profesional.pihak kementerian sendiri harus prihatin tentang masalah belanjawan bajet bagi angkatan tentera.sebilangan rakyat harus sedar bahawa senjata atm sememangnya mahal.saya minta kementerian pertahanan sendiri tampil di kabinet untuk menyuarakan masalah atm sendiri.perdana menteri malaysia seharusnya prihatin untuk memberi kenaikan gaji dan bonus untuk atm sama seperti penjawat awam yang lain.kami kakitangan angkatan tentera berharap dapat bonus dan kenaikan gaji pada tahun ini.dengan adanya kenaikan gaji dan bonus kakitangan atm dapat bekerja dgn lebih gigih dan terus berjuang demi kedaulatan negara.
Terima kasih di atas pandangan.. moga perdana menteri lebih perihatin dengan pandangan semua rakyat
salam.saya sgt setuju dengan kenaikan gaji anggota tentera.
kami isteri2 tentera berharap suami kami akan dinaikan gaji.
jgn lupa pengorbanan tentera untuk keamanan negara.
marilah kita renung sejenak, kami isteri2 tentera selalu kena tinggal, makan, minum, anak2 sekolah semua tanggungjawab ini dipikul di bahu kami.
suami tinggal pergi operasi berbulan2, sapa nak jaga kebajikan kami kalu terputus duit belanja. suami pulak di perbatasan hati xsenang pkkan hal anak isteri di rumah. cukupkah duit yang di tanggal untuk belanja. bil air, bil api..rumah sewa (yg duduk di luar kem )
mcm mana nk mempertahankan negara jika jiwa dan raga berkecamuk??
gaji tentera bukan tinggi sgt jika nk di bandingkan dengan gaji anggota polis.
Salam 1 Malaysia.
PM…
Kaji ttg insurans kenderaan bermotor.Terlalu membebankan.Cuba renungkan,seorang yg mengunakan motosikal utk ke masjid saja terpaksa membayar ins rm100++.Membebankan bg warga emas yg tk berpendapatan.
Di tambah dgn harga barang yg semakin naik.Ini semua boleh buat mereka beralih arah pada PRU13 nti.
SEKIAN…..
dah 2 tahun kakitangan kerajan x dpt bonus
pruntukan lbh bnyak d brikan kpd rkyt2 felda
klu btrusan mc ni, tahun2 akan dtg pcyalah smua rkyat msia bhwa parti pmbangkang akn mnang dlm stiap plihan raya,
Sebagai kakitangan kerajaan, saya amatlah berharap buat tahun ini pihak kerajaan dapat memberi bonus pada kita. Kerana saya percaya ramai yang benar-benar berharap kita akan diberi bonus bagi tahun ini kerana sudah dua tahun kita tidak diberi bonus.
Dengan bonus ini dapatlah meringankan beban saya yang berkeluarga ramai dan isteri tidak bekerja pula tu. Lagi pula saya belum pernah merasa bonus yang diberi oleh pihak kerajaan. Pada pendapat saya memang wajar kita diberi bonus dan saya tidak merasa bonus tahun ini adalah beban bagi kerajaan, dan ianya juga sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kerajaan pada kita yang telah bekerja dengan setia selama ini.
Saya juga berpendapat jika kita diberi bonus tahun ini tentu ramai yang akan memilih BN pada pilihanraya akan datang. Walauapa pun, kami yang bergelar kaki dan tangan kerajaan ini amatlah berbesar hati jika kerajaan memberi bonus. Ekonomi sekarang amatlah kukuh dan menurut pakar-pakar ekonomi pada tahun yang mendatang pun ekonimi kita tetap juga akan kukuh tidak seperti negara Asian lain.
Bonus….bonus…bonus…
Saya sokong seratus peratus kata oscar tu, pada pendapat saya kekalahan BN yang sebelum ini dibeberapa tempat juga adalah kerana kita tidak diberi bonus pada tahun-tahun sebelum ini. Saya juga berpendapat jika kita diberi bonus pada tahun ini saya percaya pilihanraya akan datang tentu ramai yang akan menyokong BN. Dengan bonus ini jugalah caranya pihak kerajaan akan menawan dan memenangi hati rakyatnya Percayalah. Sebagai rakyat 1 Malasyia bonus ini sahaja yang dapat menawan hati kita.
salam 1malaysia saya pekerja awam gred r1 saya benar2 berharap jawatan saya dimasuhkan dan dinaikkan ke gred yang lebih tinggi memandangkan gaji saya terlulu sedikit memendangkan ekonomi semakin meningkat.sekiranya pm dapat membatu pejawat awam saya ucapkan berbanyak -banyak terima kasih.
salam 1malaysia pm kenapa jawatan gred 1-16 tidak boleh di kementerian lain2
contohnya (ksm hendak bertukar ke kementerian kesihatan)
kenapa tidak boleh?
jaga sudah sudah naik pangkat ke gred kp11 gaji pun maha tapi saya pekerja rendah awam GRED R1 masih seperti dulu lagi gaji pun sikit kalau boleh saya pun nak naik juga pangkat dan dimasuhkan jawatan saya.igat orang yang di bawah baru orang yang di bawah ingat orang yang diatas.
pm yang di hormati kenapa jawatan pekerja awam gred r1 sedikit contonnya gaji akhir RM1240+elaunRM 475=JUMLAH RM1715 contohnya kalau gred r4 gajinya RM1354+elaun=JUMLAH RM182.
PM KALAU GAJI 5 TAHUN DULU SUDAH CUKUP TAPI SEKARANG INI TIDAK CUKUP LAGI
PM FIKIRLAH SENDIRI KALAU ANAK ADA LIMA ORANG CONTOHNYA SEORANG TU NAK YURANG SEKOLAH DAN YANG KE 2 TU MASUK ASRAMA PENUH DAN YANG 3 ORANG LAGI NAK BELI SUSU NAK BELE SELUAR PAKAI BUANG CONTOH KITA BAGI JUMLAH LIMA ORANG TU RM1000 TIDAK TERMASUK RUMAH SEWA.MINYAK KENDERAAN.TIDAK TERMASUK MAKAN DAN MINUM DAN PAKAIN ANAK2 KALAU NAK PUN KENA BERJIMAT CERMAT TAPI TIDAK CUKUP JUGA.ADA DUA CARA SAJA UNTUK NAK CUKUP KAN BELANJA CUBA LIHAT DI BAWAH!
KERJA SENDIRI
ATAU PM BAGI NAIK GAJI SEMUA PEJAWAT AWAM
RAYAT DI DAHULUKAN PECAIAN DI UTAMAKAN.
jika gaji awam dan PDRM naik..napa gaji tentera x naik..sekarang semua harga naik.. minyak naik..kos perbelanjaan pun banyak…kebanyakan askar laskar berpendapatan yg sedikit….namum masih giat berkerja keras…saya selaku salah seorang anggota tentera juga amat merasakan bagaimana kehidupan sebagai tentera….bukan semua isu yang diberikan tapi gaji sendiri yg digunakan untuk membeli keperluan..seperti apabila terlibat tugas luar, operasi dan pakaian tentera juga dibeli sendiri….nak harapkan isu daripada ATM….sampai bila…..harap gaji tentera dapat dinaikan…….TQ
BOnus?hmmm dpt bantuan khas 5oo ratus je…syukurlah….
lama dah tak merasa bonus sebulan gaji ke…dua bulan gaji…
hmmm…kakitangan kerajaan bukan rakyat ke?
nak pangkah sape ye tahun akan dtg
kira dapat juga bantuan kewangan RM1,000 tahun ni.. syukur
pada pendapat saya, bukan kerajaan xnak bg bonus, tp bila kerajaan umumkan bonus je, hari besok nya ramai peniaga naik kan harga barangan…padahal bonus tersebut blum dapat lg…harga barangan tidak akan turun bila da naik & bonus da habis…bagi saya, kenaikan gaji adalah lbh munasah berbanding pemberian bonus…kerana kenaikan gaji akan dirasai setiap bulan…manakala bonus hanya sekali setahun….fikir-fikirkan la…
harap lebuhraya ke pantai timur tu biarlah ader byk sket…… nak harapkan lpt1 dan lpt2 mesti jalan jem maser rayer nnt…..sy cdgkn agar diadakan satu lebuhraya dari bentung ke gua musang…. harap diberi pertimbangan….
bantuan kewangan rm500…ok jgk..tp jwapan utk PRU ke-13 pn dh tau jwapannya..pikir2kn lah PM…
terperanjat..haru..sedih..memalukan..penipuan..BAJET 2011..X SEPERTI YG DICANANG..bajet dari rakyat konon..bukan tak bersyukur..tapi..ktgn awam dapat 500 je..apalah sgt yg dapat dibeli dgn rm500..semua brg keperluan dah naik harga..tolongla bgtau barang keperluan apa yg semakin turun harganya..dulu boleh bg sebulan bonus masa hrga brg murah..tapi kini bg ciput masa brg mahal..kan tak logik gitu..percayalah ckp saya..1 juta ktgn awam akan menentukan undi BN..jgn dok canang ekonomi dah bagus..rm naik nilai berbanding dolar tapi hakikatnya..rakyat menderita..jom lah kwn kita bg peluang satu penggal utk pembangkang tadbir negara..kita tgk apa yg diaorg boleh bg pada rakyat..walaupun sy ni pro BN..tapi sekarang nampaknya perlu beralih arah..
jangankan kerana bonus rm500 kita nak pertaruhkan masa depan kita dan generasi akan datang…tak munasabah…
saya pon bekas tentera bro… saya tahu tentera kerja caner… jgn perkecilkan perkhidmatan lain
Sepertimana yg diharapkan … bonus atau gula-gula pilihanraya itu tidak menjadi… Tun mahathir dulu x macam ni…. bagi sebulan dah ok dah…xharap 2-3 bulan… syukur tetap syukur tapi mulut membebel….kuciwa sungguh… Buat pengetahuan anda gaji tentera skarang adalah yg paling mahal dari agensi lain… tanya lah UGAT ….. nak naik naik semua…..
tok batinlah gembira sakan…elaun sampai 800
Btol ckp SEDIH…diorg igt kita bkn rakyat ker..aku pn nk try beralih arah PRU-13 nie..kita tgk apa plak yg akn kita dpt..Bajet yg lngsung tak rakyat..cukai pn naik..diorg igt bleh tipu kita hidop2…
jangan lupa kan juga pekerja swsta yang pemerah keringat dan tulang belulang bagi membangunkan negara.
jangan lupa kan juga pekerja swsta.
semoga kos sara hidup tidak meningkat,hidup selesa,aman,cukup makan dan cukup pakai.
sy pekerja swsta glc.wujud kan bon(saham) untuk kakitangan kerajaan sethn sekali boleh ambil faedah.
kwsp 20% pelaburan dipertingkatkan lagi antara 20%-40%,rokok minuman dan minuman keras dikenakan cukai tinggi.
penyeliaan,kawalan dan siasatan terhadap semua subsidi sedia ada pastikan smpai pada golongan sasar.penumpuan pd kpi setiap jabatan,peningkatan kdnk,focus pada pembangunan,modal insan dan moral pembenterasan gejala sosial.
ellaun perumahan kakitangan kerajaan rm 180 sedangkan sewa rumah rm 500 sebulan perlu dinaikkan rm 500 sebulan kalau tak mau naik kerajaan sediakan rumah
tidak ada sewa
pkrja swsta blh ke beli rumah tkyh byr down paymand..????
pengurusan jbtn kerajaan prlu tranfom mcm syarikat swsta dan budaya koprat cara kerja koprat cepat pantas mesra rakyat…
dari 10 thn ke 5 thn..mudah btol nk dpt wargnegara m’sia..knapa perlu beri keistimewaan pada mereka?..ptotnya tmbahkan tmpoh..tak ptot msukkan perkar seperti itu dlm bajet..mereka org asing..
sokong paly org asing dh banyk makan hasil negara hantar wang negara mereka pendidikan dan tarah idup mereka makin senang kat sana.rakyat sendiri tkder wang.
purata 1 org rm1000 hantar sana setiap bln.
raya lps smpai bank luar negara smpai sesak berasak2,duit nk bagi tk ada kena esok ambil.
dapat beli aset tetap rumah wow,pakai kete buruk pun tk per.
ada juga bagi idea buat bangunan 100 tingkat. elaun ketua kampung tok batin mengalahkan gaji pokok posmen pla. ketua kampung ni bukan banyak kerja pun malah masa mereka lebih banyak di kebun getah..tugasnya pun samar-samar. kalau dulu-dulu ada kes kecurian kena rujuk dengan ketua kampung tapi sekarang semua ke balai polis. memanglah tak puas hati sebab kitaorang ni pembayar cukai.
kita undi apa yang patut sahaja
elaun tok batin naik ….hmmm…tok batin banyak kat negeri pahang…tu pasal naik.
setuju…wujudkan bon…kiranya kerajaan nak kakitangan bekerja setanding dengan syarikat glc ….patut wujudkan keistimewaan seperti syarikat glc…
sesiapa nak beli rumah taun depan…cepat2 berbuat demikian…sebelum pemaju naik kan harga rumah lak
kakitangan awam berpendapatan rendah amat memerlukan sedikit kenaikan bagi elauan ITP, EKA dan COLA…..walau bagaimanapun terima kasih di atas pemberian bantuan kewangan rm500.00 hujung tahun nanti…..
saya agak terkezut juga nape tak de bonus taun ni… mukin belum nak PRU lagi kut… nanti kalu PRU boleh le bonus gaknya..
say tak stuju kalu beralih angin ke pembangkang.. kerana bukan fasal gaji aje yang buat kita rasa aman tapi lain lain elemen kehidupan juga patut diambilkira juga.. buat masa ini pembangkang masih nak rosakan negara dari nak baiki negara.. tengok aje kat P.Pinang hak melayu digugat dan ditidakan.. diselangor aje la nampak benar kerajaanya masih tidak berpikiran jadi kerajaan walhal dia tu kerajaan dah…. jadi kalau nak aman kekalkan BN dengan banyakan suara ketidakpuasan hati rakyat supaya diambil perhatian khususnya ole PM sendiri..
hai sume assalammualaikum dan salam 1 MALAYSIA… harapan saya sebagai seorg tentera negara akan terus aman dan merdeka… walau apapun yang kerajaan beri pada kita, hendaklah kita hargainya… hidup MALAYSIA………..!!!!!!!!
saya tetarik dngn iklan di tv dulu2 ia itu supaya berbelanja dlm negara dan melancung dlm negara,saya pikir cara ini boleh mengekang aliran tunai dlm negara.dan rakyat dapat menjana ekonomi dgn baik dn kerajaan dpt menstabilkan ekonomi negara. tapi semua dh berubah orng berada sentiasa keluar negara meghabiskan ribuan malah jutaan ringgit,sedangkan mafaatnya tidak lansung dpat dinimati bersama.apa lagi sekarang negara makin sensara dan berbagai bebanan higgakan tak dapat melunaskan yg sepatut nya menjadi tanggung jawab kerajaan.dan rakyat menjadi mangsa,terutama bagi angota2 dan kakitangan kerajaan juga,apa lagi perniaga2 dan golongang awam swasta,ia nya berjankit2 berpunca dari kerajaan sendiri,bila tak ada bonus,tak ada elaun,overtime pun bayar tertuggak maka sapa yg berani berbelanja kecuali perlu dan perniaga akan merasa kesannya. tiada aliran wang bermakna tiada pendapatan kesanya amat terasa. boleh di katakan semua rakyat malaysia golongan sederhana,angota kerajan, peniaga kecil dan sederhana, merugut tetang kelembabpan ekonomi skrang, kebayakan rakyat kita menjadi pegemis di negara sendiri dan negara kita kemukinan hampir muflis.biarkan wang terus mengalir jangan di rezafkan terlalu lama ia merugikan rakyat dan negara. tiga bulan kebelakangan ini amat terasa kelembabpanya kepada yg berkenaan tolong perhatikan dimana silapnya.
Apakah pihak kerajaan terlepas pandang sebilangan anggota PDRM yang telah berkhdimat di mempunyai caruman KWSP sejak bertugas sehingga berpencen. Kami bercadang untuk mendesak pihak kerajaan memberi peluang kedua kepada kami ke arah mendapat kewangan tersebut.
Apakah pihak kerajaan terlepas pandang sebilangan anggota PDRM yang telah berkhdimat dengan kerajaan/PDRM tidak mempunyai caruman KWSP sejak bertugas sehingga berpencen. Kami bercadang untuk mendesak pihak kerajaan memberi peluang kedua kepada kami ke arah mendapat kewangan tersebut.