Home >> Nasional >> Bajet 2013: Ringkasan Pembentangan

Bajet 2013: Ringkasan Pembentangan

by Kulanzsalleh on September 28, 2012 · 22 comments

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat membentangkan Belanjawan 2013 yang menggariskan lima fokus utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara. Belanjawan bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati” itu bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakankesejahteraan rakyat, juga bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakattermasuk masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.

1.  Gambaran umum Bajet 2013

  • Pendapatan per kapita negara sebanyak RM31,000 dan rizab antarabangsa sebanyak RM432.2 bilion.
  • Hasil kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012.
  • Defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012.
  • Perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion.

2.  Intipati Penting

  • Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
  • Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
  • Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
  • Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  • Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT
  • RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
  • Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
  • Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

Industri halal

  • SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
  • Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.
  • Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.

Petani, nelayan & penjaja kecil

  • Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
  • Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
  • Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.
  • Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan
  • Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.

Galakan amanah perniagaan

  • Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  • Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  • RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  • Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  • Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

Pasaran modal

  • Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).
  • DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  • Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  • Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  • Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  • Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
  • RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

Pasukan keselamatan

  • Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.
  • Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.
  • Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.
  • Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.

Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan

  • Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.
  • Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.
  • Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.
  • SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).

Imbuhan

  • Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
  • Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
  • Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.
  • Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.
  • Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
  • Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.
  • Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
  • Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.
  • Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.
  • Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
  • Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.
  • Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
  • Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).
  • Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten.

Bonus kakitangan awamSatu setengah bulan gaji. Setengah bulan gaji akan dibayar pada bulan Disember 2012, manakala bonus setengah bulan gaji akan dibayar pada Januari 2013. Bonus untuk pesara awam RM500.

Infographic Bajet 2013

Sumber: Malaysiakini, mStar, 1Malaysia.com.my


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 22 comments… read them below or add one }

1 Anuar September 28, 2012 at 6:10 pm

Terima kasih di atas perkongsian info tentang isi kandungan Budjet 2013.. ;)

Reply

2 Jebeng Otai™ September 29, 2012 at 12:22 am

ade infografik lebih senang phm..

Reply

3 Incik RestNrilekS September 29, 2012 at 9:14 am

Assalammualaikum wbt.

Lama tak nampak bro. Cuti panjang nampaknya tu.
Alhamdulillah je untuk penjawat awam. Terima kasih atas perkongsian ni. Laju betul bro dapat maklumat.

Reply

4 tehr September 30, 2012 at 1:00 am

singgah cari maklumat, bro
selalunya kat sini ada maklumat yang aku cari
hehe

Reply

5 Ramzi September 30, 2012 at 6:26 am

Lengkap sekali pembahasannya, penjabarannya pun juga mendetail ni

Reply

6 azman October 1, 2012 at 12:06 am

Panjang lebar penerangan t.kasih…lama berehat.

Reply

7 akubiomed October 1, 2012 at 12:43 pm

Tersenyum lebar penjawat awam dapat imbuhan 1.5bulan untuk bonus.

Reply

8 iAwani October 1, 2012 at 1:46 pm

fuh! Detail benar nampaknya. Paling mengujakan, ada peruntukan RM200 disediakan untuk belia membeli telefon pintar 3G baru.

Reply

9 catzer October 6, 2012 at 12:56 am

pergh..sgt detail..kan baguih ada gak bonus tuk suri rumah yg dok jg anak ke..hahahaha..gedik nak gak rasa bonus sebagai suri rumah :P

Reply

10 Jai October 7, 2012 at 11:44 pm

hehe x dan nk dengar pembentangan bajet 2013 ari tu..bace kat tenet je la jawabnye hehe XD

Reply

11 pahan November 4, 2012 at 2:07 pm

panjang geler ko punya post.hehe. anyway, bajet je la. tengok apa jadi.hhe

Reply

12 Azmil November 20, 2012 at 4:54 am

Ini isu dah lama, nape tak update?

Reply

13 sabree hussin November 29, 2012 at 3:23 pm

singgah sini buat rujukan dan carian maklumat tentang bajet :-)

Dah tak perlu tengok kat website lain pun tak pe dah ni

Reply

14 Afifah Munirah December 13, 2012 at 3:37 am

Dah tak update ke??

Reply

15 Mazuhan December 26, 2012 at 1:15 pm

setiap kali bajet dibentangkan .. gegak gempita kedai kopi berbahas pasal bajet .. tapi yang hairannya, bajet untuk diri sendiri/ keluar tak pernah buat pun.

Reply

16 Jawatan Kosong Negeri Sabah January 2, 2013 at 1:40 pm

Semoga budget 2013 bermanfaat kepada semua.

Reply

17 waireen January 20, 2013 at 8:05 pm

list macam ni baru senang faham.

Reply

18 azmi January 31, 2013 at 3:45 pm

ok la jgk bajet 2013 ni diperuntukan banyak belanja utk meningkatkan taraf hidup bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Reply

19 hafiz February 3, 2013 at 2:39 am

bestnya org kerja kerajaan ni ek! TAPI…

Reply

20 Mat Din February 8, 2013 at 8:56 am

thanks da info… malas nk tengok tv.. baca sinopsis lagi senan paham.. hehe

Reply

21 hityoulike February 27, 2013 at 11:48 pm

singgah sini buat rujukan dan carian maklumat tentang bajet

Dah tak perlu tengok kat website lain pun tak pe dah ni

Reply

22 Sabah Wedding March 7, 2014 at 7:31 am

Harapnya bajet 2015 akan datang lebih baik daripada bajet 2014. Kalau boleh kurangkan defisit tu.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner