Home >> Internet >> Bantah Seksyen 114a, Akta Keterangan 1950

Bantah Seksyen 114a, Akta Keterangan 1950

by Kulanzsalleh on August 13, 2012 · 13 comments

Saya tidak banyak masa untuk menulis kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, disebabkan tuntutan sesuatu, saya perlu juga meluangkan sedikit masa untuk menyatakan sesuatu di sini. Jadi saya hanya akan muatkan mana-mana perkara yang perlu.

Sebentar lagi memasuki 14 Ogos 2012. Pada masa itu, berkemungkinan banyak laman web/blog akan ‘bergelap’ sebagai bantahan terhadap Seksyen 114a, Akta Keterangan 1950 yang dikuatkasakan sejak Jun lepas. Walaupun sudah ramai yang menulis tentang perkara tersebut, tetapi nampaknya masih yang kurang jelas. Jadi saya kongsikan juga di sini sebagai rujukan bersama.

Seksyen 114a, Akta Keterangan 1950

Seksyen baru 114A 3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 114 seksyen yang berikut:

“Presumption of fact in publication
114A. (1) A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host, administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved.

(2) A person who is registered with a network service provider as a subscriber of a network service on which any publication originates from is presumed to be the person who published or re-published the publication unless the contrary is proved.

(3) Any person who has in his custody or control any computer on which any publication originates from is presumed to have published or re-published the content of the publication unless the contrary is proved.

(4) For the purpose of this section -
(a) “network service” and “network service provider” have the meaning assigned to them in section 6 of the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588]; and

(b) “publication” means a statement or a representation, whether in written, printed, pictorial, film, graphical,
acoustic or other form displayed on the screen of a computer.”.

Huraian
Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Keterangan 1950 (“Akta 56”).
2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.

3. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 3 Akta 56 untuk menyelaraskan takrif “komputer” dengan takrif “komputer” dalam Akta Jenayah Komputer 1997.

4. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 114A ke dalam Akta 56 untuk mengadakan peruntukan bagi anggapan fakta dalam penyiaran untuk memudahkan pengenalan dan pembuktian identiti seseorang yang namanya tidak diketahui yang terlibat dalam penyiaran melalui internet. (Baca lebih lanjut di sini)

Bantahan Terhadap Seksyen 114a

Seksyen 114a yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh. Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah.

Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya. Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut. Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.

Seksyen 114a
Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut. Lebih malang lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack, anda juga bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit. Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama anda, Seksyen 114a yang baru ini menganggap bahawa andalah pemilik sebenar akaun terbabit.

Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet. Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita. Kebebasan bersuara serta kebolehan menyatakan pendapat merupakan tunjang sebuah demokrasi yang berfungsi dan berinovasi.


Seksyen 114a Akta Keterangan ini jelas bercanggah dengan konsep hak asasi manusia dan aspirasi ekonomi negara berasaskan ilmu. Jika anda fikir pindaan terbaru terhadap akta ini perlu dihapuskan, marilah bersama kita mendesak Kerajaan supaya menarik semula pindaan tersebut. Sertai Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012! (Sumber)

Jika tidak salah, kenapa perlu takut?
“Dibawah pindaan akta itu, beban akan jatuh kepada pemilik komputer riba atau akaun laman sosial berkenaan supaya kita boleh menjejaki sumbernya”

  • Adakah kita sanggup komputer riba/PC kita dirampas kerana kesalahan orang lain?
  • Bagaimana pula nanti proses soal siasat dijalankan? Adakah kita akan dipaksa, diugut, digari, diheret ke balai polis atau kem tahanan khas?
  • Adakah kerajaan akan memberikan ganti rugi atau membersihkan nama kita jika kita didapati tidak bersalah?

Maaf, saya tidak sanggup untuk itu semua. Selama ini saya kongsikan artikel secara percuma yang banyak digunakan oleh pelajar, ahli akdemik, profesional sebagai rujukan ilmiah untuk penulisan mereka. Kemudian tak pasal-pasal atas kesalahan orang lain (kalaulah ada) saya pula yang perlu menanggungnya! Jadi kesimpulannya:

Stop Seksyen 114a


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.




Kata kunci artikel:

seksyen 114a akta keterangan, seksyen 114A, Seksyen 114A akta keterangan 1950, akta keterangan 1950, akta 114A, akta keterangan, akta keterangan 1950 seksyen 114A, seksyen 114, keterangan hak ekonomi, 114a

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 13 comments… read them below or add one }

1 ohcikgu August 14, 2012 at 2:20 am

huh..memang berat sebelah habis.

Reply

2 Anuar August 14, 2012 at 5:18 am

Batul saya setuju dengan pendapat Tuan.. Kalau kita tidak melakukan kesalahan.. Apa yang nak kita takutkan?

Reply

3 Jebeng Otai™ August 15, 2012 at 6:32 am

ya btul..kita mcm bantah mcm kita yg lakukan jenayah (fitnah dsb) tersebut..siapa yg terhantuk die yg tergadah..

Reply

4 ProfHariz August 14, 2012 at 11:32 am

Memang gila depa ni buat akta tanpa fikir dahulu !

Reply

5 Orang Kampung August 15, 2012 at 10:34 am

dah jadi pepatah org kg pula Orang lain yg makan nangka Orang lain pula kena getahnya…huu

Reply

6 hafidz August 15, 2012 at 11:56 am

ini dah macam kambing hitam dah. fuh~

Reply

7 iAwani August 15, 2012 at 11:56 pm

jikalau begini, ramai blogger akan jadi takut nak bukak ruang komen, terutama blog-blog politik dan blog hiburan.

Reply

8 Harfiz Perniagaan Internet August 16, 2012 at 1:35 am

Saya pun bantah bro! :D

Reply

9 syahrilhafiz August 16, 2012 at 6:10 am

akta ni paling tak munasabah di dunia, nak menutup kebebasan rakyat untuk menyuarakan pendapat dsb.. nasib pak najib suruh kabinet nilai balik..

Reply

10 akubiomed August 17, 2012 at 10:26 am

Persoalan saya tidak kah ada pakar atau panel teliti dokumen ini ketika mereka buat pengubalan? Seolah-solah mengikut rasa.

Reply

11 mhg August 21, 2012 at 11:51 pm

sebenarnya, ada baik dan buruk akta nih. cumanya sekarang ini bimbang akan wujud lompang pada akta ini yang menyebabkan berlakunya ketidakadilan.

Reply

12 irsah September 15, 2012 at 8:48 am

Harap perkembangan terbaru mereka menilai semual dengan sewajarnya. banyak loop holes dan perlu diperbaiki. thks share.

Reply

13 eszairy September 30, 2012 at 9:59 pm

Susah jgk klu jadi macam ni..kena orang yang kurang ber online.lagii x tahu apa2..Tgk dah kena tangkap..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner