≡ Menu

Bantuan KWAPM Hanya Diberi Kepada Murid Yang Mendaftar eKasih

Kementerian Pelajaran memutuskan hanya murid yang berdaftar dengan eKasih akan menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), mulai tahun depan.

Keputusan itu dijelaskan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2009 mengenai penyata kewangan dan aktiviti kementerian, jabatan serta pengurusan syarikat kerajaan 2009.

Berikutan keputusan baru itu, Jawatankuasa Pengurusan Bantuan tidak lagi perlu membuat pemilihan kerana data murid akan diambil daripada eKasih yang dibangunkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

“Kementerian Pelajaran sudah menghantar surat peringatan kepada semua sekolah mengenainya April lalu, supaya mematuhi syarat berikutan teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara,” kata laporan itu.

Semalam, akhbar ini melaporkan pendedahan Audit mengenai penyelewengan dalam pengagihan bantuan KWAPM kepada murid tidak layak.

Mengikut laporan maklum balas itu, daripada lapan sekolah yang dipantau Audit, sebuah sekolah di Dengkil mengambil tindakan menukar guru yang menguruskan bantuan KWAPM ke sekolah lain.

Mengenai sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad yang disajikan kepada murid melalui Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Kementerian Pelajaran menjelaskan Surat Pekeliling Kewangan RMT ke sekolah rendah sudah dikeluarkan Julai lalu menetapkan Jawatankuasa RMT perlu memantau pelaksanaannya.

“Pemantauan setiap hari itu memastikan pelaksanaan RMT mengikut garis panduan dan peraturan ditetapkan,” katanya.

Berkaitan kelewatan agihan peruntukan RMT, kementerian memutuskan peruntukan disalurkan terus ke akaun bank sekolah mulai tahun depan.

Dalam pada itu, berkaitan kes pengurangan kompaun ditawarkan kepada pendatang tanpa izin (PATI) yang ditangkap dalam operasi Jabatan Imigresen dan diluluskan pegawai atasan tanpa melalui Jawatankuasa Rayuan Imigresen, jabatan itu menjelaskan pengurangan kompaun bagi kesalahan yang boleh dikompaun adalah mengikut kuasa Ketua Pengarah Imigresen, jika menerima rayuan pengurangan.

“Pertimbangan keputusan kompaun adalah berasaskan kepada pengurangan kesesakan di penjara, ketiadaan bukti kukuh untuk mendakwa, menjadi PATI bukan atas kehendak sendiri dan menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Jabatan Imigresen bagaimanapun mengakui ketiadaan sistem pengurusan fail kes yang lengkap dan teratur menyebabkan fail kes yang selesai diambil tindakan tidak ditemui kerana ia tidak disimpan secara berpusat. (Sumber: Berita Harian Online)

About the author: Kulanzsalleh

{ 16 comments… add one }

  • dayati November 3, 2010, 8:54 am

    erm..mcm mana..nak daftar e-kasih………

  • rita October 28, 2011, 11:19 am

    Salam,

    Macam mana caranya saya ingin memohon bantuan KWAPM. Sekian terima kasih

  • Amirul October 30, 2011, 12:47 pm

    ank O.K.U (sekolah pendidikan khas)layak ke tidak untuk menerima bantuan KWAPM?????????

    • Rohana Binti Ahmad March 28, 2012, 1:25 pm

      Murid-murid Pendidikan Khas yang miskin yang menerima elaun khas, adakah layak menerima KWAPM?

  • ibrahim December 1, 2011, 10:19 am

    bagaimana kah cara untuk memohon kwamp

  • ibu muda December 10, 2011, 9:24 am

    ank kmi x prnh dpt bntuan kwamp…pdhal kmi pn dhh lma dftr dgn e kasih…sapa agk ny yg bkuasa mlulus kn bntuan kwamp ne…pihak sklh atau gvment??….wat hampa jee….:(

  • yunus December 15, 2011, 6:20 pm

    siapa yg layak dapat bantuan ekasih ni…

  • WAK December 22, 2011, 8:19 am

    artikel yang baik dan bermenafaat. tk

  • siti norhayati December 28, 2011, 4:15 pm

    bagaimana saya nak minta bantuan kwapn

  • ida saudah January 12, 2012, 9:47 am

    sy nk thu,sy ibu tunggal yg tiada perkerjaan,tp ade mendpt pencen perkeso arwah suami,layak kah sy utk mendaftar dlm e-kasih utk mndptkan bantuan?dan bgmne pula dgn anak2 yg masih brsekolah ade ape2 kemudahan @ bantuan yg bole di pohon utk mereka?

  • asmidah January 20, 2012, 11:27 pm

    mcm mna sya nak dpt kan blik bantuan kwamp anak2 sya selepas berpindah ke sekolah bru anak2 sya dah tak dpt bantuan kwamp.tak kn sya nak pindahkn smula anak sya ke sekolah lama bru boleh dpt bantuan kwamp itu smula

  • asmidah January 20, 2012, 11:29 pm

    suami sya dah daftar e kasih bgi bantuan kwamp tpi smpai skrg tiada susulan dri pihak yg bertanggungjawab

  • nurulain April 11, 2013, 2:39 pm

    saya nk tnya..ank saudara sy oku.akk ckp thn ni xdpt bntuan kwamp ni..tp thn lps ade..actually cara mohon bntuan ni mcm ne ye?sbb akk sy da attach skali surt sokongn,surt dktr,jkm lg..tp still reject..septtnya kalau jd kes mcm ni..kemana sy harus buat laporn ye..sbb akak sy ckp thn ni hnya 10 pelajr dpt bntuan kwamp ni..n org y dpt pn bkn la dikalangn org ssh..trma ksh dgn bntuan

    • Kulanzsalleh April 11, 2013, 8:16 pm

      Saya kurang pasti dengan kes ni, sebab mungkin juga lain tempat lain cara pemberian kwapm ni berlainan.. bagaimanapun, saya cadangkan cik puan berhubung terus dengan penolong kanan HEM sekolah di mana anak saudara bersekolah

  • Khoo Chooi Suan December 14, 2013, 3:40 pm

    Masa anak saya di sekolah rendah,dia dapat Kwapm.Tapi di tingkatan 1,tidak di beri borang untuk memohon.kwapm masih ada di sekolah menengah?Anak saya belajar di SMK Haji Zainul Abidin,Pulau Pinang.Saya seorang OKU .