facebook
Home >> Semasa >> Bantuan OKU Diberhentikan kerana Fahaman Politik?

Saya mengesan surat ini di laman sosial facebook sejak semalam. Pertama kali tengok saya tak hiraukan sangat. Tapi nampaknya semakin ramai pula yang shared di wall masing-masing. Saya bukalah gambar tu supaya paparan lebih jelas. Kiranya surat ni nampak asli macam Surat Dr Mahathir kepada PM Israel.

Bantuan OKU

Lepas baca macam-macam pula perasaan timbul. Geram, marah, sedih dan lucu pun ada juga. Geram, marah dan sedih tentulah disebabkan sikap individu terlibat. Kenapa ada sikap double standard? Ingat kalau OKU sokong parti politik pembangkang dia akan ‘sembuh’ dan hilang status OKU dan keupayaannya akan bertambah? Pasal tu bantuan ditarik balik? Sudahlah selama ini OKU memang kurang diberi perhatian dalam banyak hal. Dapat bantuanpun berapa banyaklah sangat. Ditambah dengan sikap individu begini maka makin terabailah mereka.

Di sebalik perasaan marah dan geram ada juga lawaknya. Lucu memikirkan ada juga individu berprofil tinggi tapi terlalu dangkal pemikirannya. Apa yang ada dalam fikirannya waktu dapat idea menulis surat tu saya pun tidak tahu. Atau individu ini hanyalah kambing hitam yang diarahkan oleh individu lain? Kalau ya pun nak berpolitik, buatlah elok-elok. Jangan sampai menyusahkan diri sendiri.

Sepatutnya sebagai seorang individu yang memegang portfolio dalam kerajaan, dia patut faham, mengamalkan atau tidak melanggar Akta Orang Kurang Upaya 2008 serta Konvensyen Mengenai Hak OKU.

Akta Orang Kurang Upaya 2008

  • Akta OKU telah diluluskan di Parlimen (Dewan Negara) pada 24 Disember 2007 dan telah diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Akta OKU ini juga memperuntukan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU.
  • Salah satu kandungan akta ini menyebut tentang usaha untuk mengikhtiraf bahawa orang kurang (kelainan) upaya adalah berhak kepada peluang dan perlindungan, serta bantuan sama rata dalam segala hal keadaan.

Konvensyen Mengenai Hak OKU

  • Diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 13 disember 2006.
  • Dibuka untuk tandatangan dan ratifikasi negara ahli pada 8 April 2007.
  • Sehingga 9 Jan 2011: 147 buah negara telah menandatangani Konvensyen; 99 buah negara telah meraktifikasinya.
  • Malaysia telah menandatangani Konvensyen pada 8 April 2008.
  • Konvensyen ini menjamin golongan OKU menikmati peluang yang setara dengan orang upaya serta penyertaan penuh dan efektif dalam masyarakat dalam semua aspek kehidupan – aksesibiliti, mobiliti, kesihatan, pendidikan, pekerjaan, pemulihan dan penyertaan dalam bidang politik, ekonomi dan sosio budaya.

Apapun saya tak menyokong atau menyalahkan mana-mana pihak. Ini hanyalah pandangan umum saya terhadap sikap individu tertentu yang double standard pada OKU. Saya juga tak maksudkan semua individu yang terlibat dalam kes ini bersalah. Maklum sajalah sekarang ni ada macam-macam cara orang nak jatuhkan orang lain. Siapa tahu surat ini hanya direka-reka? Lagipun kita tidak jelas sangat apa bentuk dasar kerajaan yang ditentang oleh OKU dimaksudkan. Kita tunggu saja penjelasan daripada individu terbabit kerana mereka ada hak untuk menafikan.

Sumber gambar


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.


Kata kunci artikel:

surat lucu, bantuan oku, fahaman politik, kandungan akta oku 2008, orang kurang upaya, KURSUS OKU 2012, kurusus oku, macam-macam surat, oku yang kacak, perkara ganjil ketika berlaku tsunami

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 31 comments… read them below or add one }

1 titan March 4, 2012 at 2:53 pm

orang macam ni pun ada kerr???
titan recently posted..Komisen Pertama dari BicaraHartanah.comMy Profile

Reply

2 kulanz March 4, 2012 at 7:35 pm

macam-macam jenis ada..

Reply

3 suri March 4, 2012 at 4:39 pm

celRu bila hal ini d bangkitkan hurm..pas ni apa pula yg bakal di katakan lgi..

Reply

4 kulanz March 4, 2012 at 7:37 pm

tunggulah kenyataan daripada individu terbabit..

Reply

5 Norizwa March 5, 2012 at 11:04 am

ini semua donia hanya semata-mata….
Norizwa recently posted..Kelahiran bayi baru lebih 5kg meningkatMy Profile

Reply

6 kulanz March 10, 2012 at 1:31 am

memang pun, hehehe

Reply

7 b3njy March 5, 2012 at 1:02 pm

Pada pendapat Benjy …. jika perkara ini berterusan akan sampai satu masa nanti akan berlaku perang saudara di Malaysia gara-gara fahaman politik yang berbeza. Melayu lawan Melayu sebab ada yang PAS/PKR ada yang UNMO, Cina gaduh Cina sebab ada yang MCA ada yang DAP/PKR, India lempang India sebab ada MIC ada DAP/PKR dan Kaum Pribumi Sabah/Sarawak bertumbuk sesama sendiri kerana ada BN dan ada Pakatan Rakyat. Benjy merasakan perkara ini akan terjadi satu masa nanti jika trend fanatik kepada parti politik berterusan, Percayalah.
b3njy recently posted..MALAYSIA DAN THAILAND TUAN RUMAH BERSAMA PIALA AFF SUZUKI 2012My Profile

Reply

8 kulanz March 10, 2012 at 1:22 am

perkara macam ni yang patut kita elak awal-awal.. tapi tu lah.. orang politik ni mana nak fikir macam tu..

Reply

9 Mus March 5, 2012 at 1:28 pm

politik ni sukar untuk difahami..
Mus recently posted..Tawaran Terakhir Tambang Murah AirAsia Serendah RM20My Profile

Reply

10 kulanz March 10, 2012 at 1:23 am

sukar difahami sebab tiada ketetapan dalam satu2 hal

Reply

11 akubiomed March 5, 2012 at 2:19 pm

Ia tindakan tidak profesional langsung. :-(
akubiomed recently posted..Baru sekarang AkuBiomed ada akaun FacebookMy Profile

Reply

12 kulanz March 10, 2012 at 1:24 am

macam komen YB sorang tu.. politik zaman dulu-dulu

Reply

13 rahman March 5, 2012 at 4:17 pm

mungkin oku ni mempunyai kekayaan luar biasa hingga mampu membantu menggerakkan parti lawan dalam menentang kerajaan.. wallahualam
rahman recently posted..Buku amalan memperoleh rezeki dan seratus pesanan terakhir Rasullullah SAWMy Profile

Reply

14 kulanz March 10, 2012 at 1:24 am

itu kita tidak pasti..

Reply

15 tehr March 5, 2012 at 5:37 pm

Memang ramai yg otak cetek macam surat ni
Mereka tak faham politik, sebab tu bertindak dengan cara salah
tehr recently posted..Dalam Kenangan | Februari 2012My Profile

Reply

16 kulanz March 10, 2012 at 1:25 am

dorongan peribadi menyebabkan dia tak berfikir panjang.. untuk kepuasan sendiri

Reply

17 zool March 5, 2012 at 11:58 pm

Siap buat surat arahan tu memang nak cari nahas le….
zool recently posted..Peluang perniagaan di universiti/ kolej baharu dibukaMy Profile

Reply

18 kulanz March 10, 2012 at 1:26 am

memang dah masuk tahap nahas

Reply

19 shraqs March 6, 2012 at 1:01 am

Sekarang musim orang main tunjuk bukti surat plak…. kita gelak jelah,.. Msia ni kecik sangat nak dibandingkan ngan negara lain tapi politiknya mengalahkan negara besar … :)
shraqs recently posted..Official ICS 4.0 Untuk Samsung Galaxy SII – 15 Mac 2012My Profile

Reply

20 kulanz March 10, 2012 at 1:26 am

biasalah politik.. masing2 nak tunjuk pandai

Reply

21 brohai March 6, 2012 at 8:49 pm

mcm2 politik skang ni.

Reply

22 kulanz March 10, 2012 at 1:31 am

biasalah.. politik tahap kampung

Reply

23 Jobless Girl March 7, 2012 at 3:58 pm

Alasan yang tak bermunasabah tu! Tak democrative langsung..
Jobless Girl recently posted..FULL TIME Roadshow Promoter with basic + HIGH commisionMy Profile

Reply

24 kulanz March 10, 2012 at 1:30 am

menentang dasar kerajaan tu.. hahaha.. (padahal masa kempen kerajaan negeri tak tubuh lagi) mana ada kerajaan – pembangkang… aiyaakkk

Reply

25 misskonspirasi March 8, 2012 at 2:49 am

dasyat tue..sampai stop bg bantuan sbb politik..tapi betui ka?
misskonspirasi recently posted..Cara Buka Link Pada New TabMy Profile

Reply

26 kulanz March 10, 2012 at 1:30 am

dia dah mengaku.. betullah tu..

Reply

27 Cikgu Hairul March 8, 2012 at 11:11 pm

Saya ada dengar cakap-cakap pembesar kampung saya “eloklah dia punya bantuan kena tarik balik, sapa suruh sokong pembangkang”. Mereka yang berpandangan macam si penulis surat semakin ramai sekarang ni. Mereka telah memindahmilik semua hasil mahsul negara ke atas nama ibu, bapa dan datuk neneknya.
Cikgu Hairul recently posted..Masa Sesuai Untuk MemintaMy Profile

Reply

28 kulanz March 10, 2012 at 1:28 am

hari ni pembesar kampung cakap macam tu.. esok lusa katalah kerajaan tukar.. orang lain pula akan buat yang sama sebab nak balas perbuatannya.. silap2 buang negara.. baru dia rasa macam mana penderitaan orang lain

Reply

29 obat herbal demam berdarah March 10, 2012 at 10:28 am

waduhhhh,,,,

Reply

30 budakserius March 14, 2012 at 10:26 pm

huh.apa punya olang la.ada jer niat jahat.
budakserius recently posted..Gambar Zaman Remaja Pemimpin DuniaMy Profile

Reply

31 fariza fantastic March 23, 2012 at 1:49 am

assalamualaikum..saudara..sye kene buat research tentang oku..so sye nak mintak maklumat2 tentang oku drpda saudara..saudara reply komen ini di fb sye dengan alamat e-mail – [email protected]..kerjasama saudara amatlah diperlukan…sekian terima kasih..:)

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: