Salam semua, ni saja nak cerita hal 4 hari lepas. Baru ada kesempatan publish entri ni sebab nak sangat publish 2 entri sebelum ni.
Ni pasal beg duit isteri yang hilang sejak hari Khamis lepas. Tapi hanya pada hari Jumaat pagi isteri sedar pasal beg duitnya dah tiada. Tu pun selepas nak turun membeli-belah di pekan. Baru nak beli barang-barang keperluan, sedar-sedar beg duit tiada. Silapnya isteri tak periksa sebelum jalan. Biasalah, kadang perempuan ni kalau dah sibuk uruskan anak-anak, sampai lupa uruskan benda-benda lain. Sekarang benda tu dah tak ada, baru dia terfikir pasal kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM dan dokumen lain. Dalam tu pun ada duit dekat-dekat RM1000.
Sila abaikan gambar di atas, tu bukan gambar beg duit isteri saya, sekadar curi dari: weirdworm.com
Nasib baik dalam kereta memang ada duit ‘sembunyi’ sebanyak RM100. Sengaja buat macam tu untuk waktu-waktu kecemasan. Sekarang ni memang ternyata langkah simpan duit ‘sembunyi’ dalam kereta sangat-sangat berguna. Apapun, terpaksalah isteri lupakan niat untuk membeli barang-barang keperluan lain, hanya beli ubat untuk saya dan juga makanan anak-anak.
Sampai di rumah dengan muka monyok isteri beritahu saya yang beg duitnya dah hilang. Minta tolong carikan. Tapi saya yang dari malam Jumaat tu dah tak larat bangun memang tak mampu tolong. Tapi saya nasihatkan dia agar cari di gerai tempat dia singgah membeli pada hari Khamis lepas. Mungkin tertinggal di sana. Itu sajalah yang saya terfikir masa tu. Malangnya dia tak cari di gerai yang saya maksudkan. Dia terus cari di sekitar rumah.
Sampailah ke hari Sabtu pagi beg duit masih tak jumpa juga. Mujurlah pagi tu ada seorang rakan (ustaz) datang ke rumah. Ustaz tu pun nasihatkan supaya cari dulu di tempat terakhir di mana isteri membeli barang. Kalau tak jumpa juga kenalah sembahyang hajat dan berdoa minta daripada Allah SWT supaya diberi petunjuk untuk dapatkan semula beg duit tu. Petangnya isteri saya pergilah ke gerai yang dimaksudkan. Alhamdulillah, memang betullah beg duitnya di tempat tu, mereka terus kembalikan. Isteri saya tak kirapun berapa jumlah wang yang ada dalam beg duit tu. Dia keluarkan RM50 dan berikan pada budak jaga gerai tu. Sampai rumah, isteri terus kejutkan saya yang masih lagi tidur telentang, bagitau yang dia dah dapat apa yang dia cari. Saya cuma kata pada isteri, “kan senang kalau dari semalam tanya orang di gerai tu..”
p/s: Alhamdulillah, kesihatan saya dah semakin baik, cuma mata sebelah masih bengkak, mungkin sebab panas dalam badan..


{ 45 comments… read them below or add one }
salam lan, aku penah gak mcm nie tp nk buat camne kira xde rezekilah tu.
nasib baik bini ko dpt blk beng duit dia kan..syukur…tak nasib baik jugak orang yang jumpa tu baik hati..
Syukur alhamdulillah dapat jumpa juga.. gerai tu pun mmg tempat aku selalu singgah, cuma yg jaga masa tu budak2, tu yg dia tak kenal isteri aku tu..
Pernah tertinggal wallet dalam bas time form 4 dulu.Kire halal aje lah huhu
.-= Tungku Moden´s last blog ..Open A Checking Account Without Chexsystems =-.
dokumen tak ikut sekali? Kadang yg kita terfikir tu dokumen-dokumen penting..
Adala IC sama lesen moto.Gi report ajelah.tak silap ada puluh2 ringgit je kot
.-= Tungku Moden´s last blog ..Open A Checking Account Without Chexsystems =-.
Doala semoga dapat jmp balik.Manalah tahu hilang dalam simpanan ke.Checkla blk
.-= Best Auto Cars´s last blog ..Transformation-Gallardo into a GT600 by BF performance =-.
dah jumpa dah, tinggal dekat gerai..
Bagusla dah jumpa balik dah.Rezeki ada tak kemana
.-= Best Auto Cars´s last blog ..Transformation-Gallardo into a GT600 by BF performance =-.
kira baik la tu org tu dh kembalikan balik kn.. mksdnya duit dlm tu xhilang semua la kan? klu dia amik dlm 100 tu mgkn isteri encik kulanz tak pasan kot.
alhamdulillah jmpa balik
bape kerugian? 
.-= arieza´s last blog ..::: Kenapa Aku Tiada Nuffnang =-.
Betul, orang tu mmg baik.. pasal duit tu mmg dia tak kira langsung… tapi kalau ada kena ambik pun tak kisah, rezeki dia tu.. janji dokumen penting tak hilang
hehe…nasib baik jumpa balik..
nasib baik jg orang yg jumpa beg duit baik hati..
alhamdulillah…
.-= rin´s last blog ..telur itu.. =-.
aah, padahal yg jumpa tu budak lagi sebenarnya.. kalau jumpa budak yg tak jujur, mmg abis lah semua sekali
nasib baik jumpa balik. kawan aku dulu pernah tertinggal beg tangan dia ka ukm. sekejap je tak sampai 15 minit pun. bila pergi nak ambik balik duit dengan handphone dah tak ada. memang tak ada rzeki.
takpela mungkin bukan rezeki dia… erm bro semoga cepat sembuh..
.-= zik´s last blog ..Revolusi handphone ku. =-.
@zik, thanks bro, alhamdulillah dah semakin baik..
@zaimi, teringat jg bro masa di KL dulu, tertinggal barang yg baru beli dekat Sogo harga RM300++, mmg tak sampaipun 15 minit, barang dah hilang.. tapi nak buat macam mana kan, bukan rezeki aku..
nasib baik yang jumpa beg tuh orangnya baik tn
.-= mas bayu´s last blog ..Inilah 5 Daya Tarik Pria di Mata Wanita =-.
betul tu tuan, kalau jumpa orang yg tak jujur, alamatnya sampai bila-bila tak akan jumpa
alhamdulillah.. bagusla dah jumpa. kalau hilang susahla. nak kena buat IC baru.. duit pun byk dlm tu.
.-= Amir´s last blog ..ABPBH 2009: Siti Nurhaliza Bintang Paling Popular =-.
itula pasal kalau hilang… banyak perkara nak kena buat balik….
.-= zik´s last blog ..Revolusi handphone ku. =-.
@Amir, duit tak kisah bro, mmg banyak tapi boleh dapat juga, dokumen tu yg susah nak dapat.. banyak tempat kena berurusan..
alhamdulillah, jumpe balik beg duit tu..
get well soon..
aah, memang bersyukur sangat-sangat semua dokumen dapat semula.. thanks
nasib baik jumpa balik..
baik sungguh orang yang jaga beg duit tu..
kalau orang berniat tak baik yang jumpa, dah lama lesaplah beg duit tu..
.-= fatint´s last blog ..Makanlah Tanpa Rasa Bersalah! =-.
betul tu, orang tu mmg baik hati, moga murah rezeki untuk dia, amin
ahamdulillah..jumpe balik..
p/s -isteri saye juge baru perasan yg gelang tangan dia dah takde ditangan..huhu..takde rezkila..
.-= hafizmd´s last blog ..7 cerita menarik hari ini… =-.
nak kena cari juga gelang tangan tu bro.. tapi kalau x jumpa, mmg dah sampai situ je rezeki kita..
Sebenarnya ada ayat / bacaan untuk ikhtiar menemui barang yang hilang. Tapi dah lupa, nanti saya tanya rakan-rakan. Alhamdulillah syukur jumpa kembali beg duit tu. Bila beg duit hilang. paling pening ialah bila nak buat semula dokumen-dokumen tu.
bagus juga tu, nanti kalau teringat bolehlah kongsi, jadikan sebagai entri.. boleh jadi panduan juga nanti.. di samping kita usaha untuk cari + doa + tawakkal, itu lagi bagus..
Alhamdulillah ,jumpa balik beg duit tu yer bro
.-= wazy´s last blog ..Comment on Convert Genius v3.0 Release by wazy =-.
Alhamdulillah, Allah SWT masih bagi rezeki bro..
kalau dah memang rezeki kita mesti dapat balik..
.-= cikmin´s last blog ..Anugerah Bintang Popular ABPBH 2009 =-.
Betul tu cikmin, rezeki pemberian Allah SWT..
pernah 2 kali hilang wallet..
jemu nak buat MyKad..
Sama,
akupun pernah kehilangan dulu, tapi bukan wallet, cuma kad pengenalan.. lama tunggu baru dapat yg baru
Alhamdulillah, nasib baik yg jaga gerai tu jujur org nya….kena lebih beringat tu..
.-= etomyam´s last blog ..Kesatria Poyos : Game Facebook Berbahasa Melayu =-.
memang bersyukur sangat sebab dapat balik.. dah ingatkan isteri supaya lebih hati-hati lain kali
alhamdulillah jumpa balik..
saya pun pernah mengalaminya.. tapi memang tak bernasib baik.. lesap terus.. mujur duit tak seberapa.. tapi teruk kena buat kad baru..
.-= uda´s last blog ..Transfer Factor.. 4Life =-.
memang sayang juga duit tu, tapi tu tak kisah sangat, yg penting dokumen dalam tu kan..
Alhamdulillah, dah jumpa, bagus juga budak yg jaga gerai tu..hati bersih…mcm tu la kita nak…setengah org pantang kalo jumpa duit…kelam mata..
harap2 bro kulanz cepat sembuh dari demam..:)
.-= Nine´s last blog ..Dua Lelaki Yahudi Pujaan Ramai =-.
memang bersyukur sangat bro dapat balik.. budak tu memang jujur.. kalau tak mmg abislah dokumen penting dalam tu
Syukur dah dapat jumpa balik. Budak tu pastilah dapat berkah lebih kedepannya.
.-= JakJobs´s last undefined ..Response cached until Sun 18 @ 11:18 GMT (Refreshes in 23.94 Hours) =-.
syukur alhamdulillah jumpa balik,,,,yang teramat penting document2 pengenalan diri
ray ban recently posted..Size guide
… abg ipar aku baru semalam hilang RM30,000 cash dalam beg duit dia.. dier pegi letak beg duit atas kereta. pastu gi jalan2 gan akak aku.timbul banyak persoalan. aduh.. RM30,000 ..bukan sikit, ..abg ipar aku bawak duit banyak2 sbb dier nak bayar hutang kwn dier,kesian dia,, poor guy..tapi dier org kaye , .. kesian..
selepas kejadian,dia pergi jumpa bomoh (dekat 10 org) .. bomoh pon satu tak boleh percaya,sorang kate org cina ambik.sorang kata orang muda.sorang kata org melayu. aduh… tapi bomoh nasihatkan kpd abg ipar aku, “jgn kata org yg ambil duit tue pencuri. angap dia dpt durian runtuh.” pastu bomoh tue ckp biasanya kalau duit hilang,mmg tak boleh dpat balik..
kesian dia……………………..
Kelmarin waktu saya buka beg duit saya yang sorok dicelah lipatan baju dalam almari, terperanjat sebab duit saya hilang RM300 jumlahnya. Baki yang tinggal dalam beg duit tu RM200. Yang RM200 tu saya alihkan ke dalam kot hitam yang disangkut disebelah almari baju saya sebab saya sangka mungkin ada orang dalam rumah yang ambil duit RM300 yang hilang kali pertama tu. Tapi yang peliknya duit RM200 dalam kot saya tu lesap. Sedangkan semalam waktu nak tidor saya check kot hitam tu….. duit tu masih ada kat dalam kot tu.