Pepatah Melayu ada mengatakan, “Malang tidak berbau”. Benarkah malang itu tidak berbau atau kita yang sengaja menutup hidung agar tidak terhidu bau malang?
Memang kita kena akui bahawa malang memang tidak dapat dihidu, tidak dapat diramal atau tidak ada pembayang yang jelas mengatakan bahawa hari ini kita akan mendapat malang. Semua kejadian ini memang telah ditakdirkan oleh Allah SWT.
Begitulah yang terjadi kepada beberapa rakan pemandu hari ini (saya sebut sebagai rakan walaupun saya tidak mengenali mereka). Dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu ke Pitas petang tadi, saya telah sempat melihat kejadian kemalangan jalan raya di dua buah tempat. Insiden pertama yang saya saksikan berlaku di Kota Belud, iaitu di simpang tiga untuk masuk ke Kampung Labuan (saya sendiri kurang pasti sebab keadaan pada masa itu gelap). Cuma sempat ternampak sebuah motokar yang kedudukannya seperti masuk ke simpang berkenaan remuk di bahagian hadapan. Saya kurang pasti dengan apa kenderaan tersebut berlanggar sebab saya tidak sempat berhenti untuk bertanya keadaan. Apa yang pasti, kes tersebut sedang dalam siasatan sebab saya lihat sebuah kenderaan polis sudah berada di tempat kejadian.
Insiden kedua pula berlaku di Kampung Tanjung Batu, Kota Marudu, iaitu berhampiran dengan selekoh di mana letaknya Pejabat Perikanan di kampung berkenaan. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang kedudukannya pada masa itu menghala ke Kota Marudu. Saya agak terkejut juga melihat keadaan hadapan kenderaan berkenaan yang remuk teruk. Sama juga seperti insiden pertama, saya tidak sempat melihat dengan apa kenderaan itu bertembung sebab saya memang tidak singgah untuk bertanya dengan lebih lanjut.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya tidak singgah untuk memberikan pertolongan atau sekurang-kurangnya bertanyakan khabar. Ini adalah kerana saya selalu mendengar nasihat/tips dari media massa yang kita tidak digalakkan berhenti dan menyaksikan kejadian kemalangan kerana ia hanya akan mengundang kesesakan jalan raya dan juga bahaya yang lain. Lagipun, saya lihat pada masa saya melalui kedua-dua kawasan kemalangan, orang ramai sudah mula berkumpul di kawasan tersebut dan kenderaan lain juga banyak yang berhenti di tepi-tepi jalan di kawasan berhampiran. Justeru saya yakin yang orang terdahulu daripada saya sudahpun memberikan pertolongan yang sepatutnya.
Apapun, saya cuma mengharapkan agar tidak ada perkara buruk berlaku kepada pemandu kenderaan terbabit.


{ 2 comments… read them below or add one }
susahkan kalu kita guna satu jalan terus.pastu jame tgah jalan..huhu..mesti tension kan..huhu..
sebelum nak naik kenderaan dan turun kenderaan kita mestilah baca doa tu
kadang2 sikap kita sendiri yang endah xendah
ray ban recently posted..Ray-Ban Model 8012