Home >> Personal >> Bila Anak Mula Berkarya

Bila Anak Mula Berkarya

by kulanz on 23/08/2010 · 39 comments

Anak-anak ni, kalau dah kebosanan, macam-macamlah perkara yang diorang buat. Maklumlah, sejak duduk di Kota Kinabalu beberapa hari lepas, tak banyak aktiviti diorang di sini. Asyik-asyik tengok movie yang sama berulang-kali. Nak layan playstation pun tak dapat sebab terlupa bawa kabel penting.

Jadi petang semalam anak sulung minta izin pinjam laptop. Saya bagilah dia pakai. Sebab selalunya kalau dia nak pakai laptop mesti nak layan kartun di Youtube dengan adik-adiknya.

Tapi kali ni lain pula yang dibuatnya. Siap buat lukisan guna ‘Paint‘.  Sayapun tak pernah ajar dia guna software Paint tu. Memandai je dia explore sendiri. Dah jumpa, pandai pula tu guna function itu ini untuk melukis sesuatu. Ni lah hasil yang dia buat petang tadi.

lukisan

Si abang kata dia lukiskan lori untuk adiknya. Adiknya (anak kedua) pula layan gelak dan kata lukisan abang buruk dan tak sama macam lori. Berusaha juga si abang nak pertahankan lukisannya dan mengatakan tu memang lori sebab ada banyak tayar. Saya cakap dengan anak kedua, lukisan abang tu memang lori, tapi baru lahir sebab tu badan tak lurus lagi. Hehe, lagilah si adik gelak. Nak mengamuk juga si abang tu tapi nasib baik reda semula lepas saya cakap yang lukisan dia tu nanti akan saya masukkan dalam blog ni supaya nanti senang dia tengok dan tunjukkan pada kawan-kawan dia.

Jadi untuk menunaikan janji kepada anak sulung, saya kongsikan juga di sini sebagai karya pertamanya menggunakan software “Paint”. Kiranya ni karya yang kedua si abang selepas Projek Mengintai. Saja nak simpan buat kenang-kenangan, mana tau suatu hari nanti boleh jadi pelukis atau jurugambar, insyaAllah.

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 39 comments… read them below or add one }

1 Syafrizal August 23, 2010 at 10:13 pm

boleh dilatih untuk mereka menjadi seorang yang kreatif..
atau kalau nak lagi bagus.. boleh latih mereka tulis khat ke hehe
Syafrizal recently posted..Sijil Halal- Jakim ibarat ‘harimau tanpa taring’My Profile

Reply

2 kulanz August 24, 2010 at 6:12 pm

tulisan khat tu seni yang bagus..
memang sesuai anak-anak dilatih kesenian tu.. :)

Reply

3 suri August 23, 2010 at 10:30 pm

wah, anak2 dah dah besar pasti dah blh buat kawan ya..bila bca kisah bro kulanz teringat pula kisah bro one.. heeee..

cepatlah anak suri mmbesar pasni blh le suri berkawan dg dia pulak heee..

budak 2 skrg mmg bijak kan ;)

Reply

4 kulanz August 24, 2010 at 6:12 pm

betul, kalau dah besar memang boleh buat kawan..
boleh suruh macam-macam juga :D

Reply

5 zik August 23, 2010 at 11:26 pm

wah boleh tahan… abstract tuh…
zik recently posted..Tun Dr Mahatdhir bantah bina Jambatan ke Langkawi- pendapat andaMy Profile

Reply

6 kulanz August 24, 2010 at 6:13 pm

hehe.. buat objek menjadi abstrak tu :D

Reply

7 cikmin August 23, 2010 at 11:43 pm

alololo..sweetnyer lukisan tu lanz…nanti satu hari kalau dia tengok balik..mesti lucu.. :)

Reply

8 kulanz August 24, 2010 at 6:17 pm

hehe, sebab tu nak kongsi sini.. nanti senang dia nak tengok bila2 :)

Reply

9 Mr.Z August 23, 2010 at 11:57 pm

ada bakat melukis ni..
boleh diasah kalau berminat, buat hobi sambilan ke..hehe
Mr.Z recently posted..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53 Malaysia!My Profile

Reply

10 kulanz August 24, 2010 at 9:04 pm

betul, bakat boleh diasah yang penting ada minat.. :)

Reply

11 ashraf August 24, 2010 at 12:19 am

Bagus la budak2 sekarang ni…kreatif sebelum usia… :)
ashraf recently posted..Kakitangan Kerajaan Dapat Bonus Raya RM2000My Profile

Reply

12 kulanz August 24, 2010 at 9:06 pm

macam tu lah budak2.. kadang diorang matang tanpa kita sedar.. sebab tu penting sangat diorang ni diberikan peluang..

Reply

13 iza August 24, 2010 at 12:27 am

Salam…

Wah…ok la tu…
Anak saya (nk masuk 3 tahun) pulak suka berimaginasi. Dia kononnya memegang sesuatu untuk diberikan pada saya, padahal tak ada apa2 yg dipegang pun. Dia boleh bermain sendiri, sembang sorang2 kononnya seperti ada dua, tiga orang di depan dia…
Bila kita tgk dia atau tegur dia, dia jadi malu sendiri…
iza recently posted..Mengimbau Kenangan Silam 1 RamadhanMy Profile

Reply

14 kulanz August 24, 2010 at 9:30 pm

hehe, anak perempuan akupun (3 tahun) suka berimaginasi.. macam-macam dia cakap kadang tu sorang2..

Reply

15 etomyam August 24, 2010 at 1:11 am

steady tu,
ada nilai seni yg tersendiri tu, kalau digilap bakatnya nanti tidak mustahil jadi popular nanti :D
etomyam recently posted..Yazid Lovehunters Ucap Terima kasihMy Profile

Reply

16 kulanz August 24, 2010 at 9:32 pm

insyaAllah, nak bantu juga dia nanti untuk lebih mahir guna software tu.. :)

Reply

17 mrnamie August 24, 2010 at 1:47 am

adik saya pantang dapat laptop..mula merayap ke internet main game flash je.. hehe
mrnamie recently posted..Bulan Ramadhan- Hantar adik ke KLIAMy Profile

Reply

18 kulanz August 24, 2010 at 9:33 pm

hehe, budak2 memang macam tu.. kalau ada yang sesuai dengan minat diorang, susah nak lepaskan :D

Reply

19 tehr August 24, 2010 at 4:07 am

asal ada peluang je budak2 sekarang ni bro

kita sebagai bapa pula perlu cari dan sediakan peluang untuk mereka mengasah dan menunjukkan bakat

…suka tengok lukisan budak2 kat sekolah
tehr recently posted..Budak Bakar Mercun- Mercun Bakar BudakMy Profile

Reply

20 kulanz August 24, 2010 at 9:36 pm

betul bro, kalau ada galakan dan sedikit bantuan, mesti diorang boleh buat yang lebih baik.. boleh kembangkan bakat juga

Reply

21 ishak August 24, 2010 at 6:36 am

wau..asah lagi bro….lepas ni pasang photoshop dalam lattop bro..mana tahu diorang impose gambar bro pulak hehehee
ishak recently posted..Ost-lirik dan sinopsis sinetron safa dan marwah di astro primaMy Profile

Reply

22 kulanz August 24, 2010 at 9:38 pm

haha.. tak naklah install photoshop kalau macam tu :D

Reply

23 azizan4444 August 24, 2010 at 9:20 am

ok la tu lukisan die..ada nampak jgk la gaya sebuah lori tu.hehehe.simpan bt kenangn utk tatapan die besar nanti bro..

Reply

24 kulanz August 24, 2010 at 9:51 pm

aah, aku nampak 1st time pun ada juga bentuk lori sikit-sikit.. tu lah nak simpan untuk kenangan dia..

Reply

25 eyriqazz August 24, 2010 at 10:37 am

kreatif..kata pepatah,meluntur buluh biarlah dari rebungnya…

Reply

26 kulanz August 24, 2010 at 9:57 pm

aah bro, nak kasi lentur lagi lepas ni :)

Reply

27 zezebel August 24, 2010 at 12:35 pm

Hahahahaha… karya agung ni. Mana tahu satu hari nanti anak jadi pelukis terkenal. ;)
Tapi kreativiti kanak-kanak jangan di sekat.
zezebel recently posted..Pro blogger play dirtyMy Profile

Reply

28 ray ban August 24, 2010 at 9:14 pm

Kreativiti boleh diasah lagi tapi yang paling utama Bakat
ray ban recently posted..Ray-Ban Model 8012My Profile

Reply

29 kulanz August 24, 2010 at 9:58 pm

@zezebel, insyaAllah, harap2 boleh jadi pelukis.. tak pun jadi doctor pc.. janji ada kaitan dengan komputer juga :)

Reply

30 hanif August 24, 2010 at 12:59 pm

wah bagus tu bro,kecik2 dah pandai guna perisian untuk melukis,mane tahu satu hari nanti boleh jadi designer hebat ker..
hanif recently posted..Jalur Gemilang Sudah Berkibar Di Blog IniMy Profile

Reply

31 kulanz August 24, 2010 at 9:59 pm

harap-harap macam tu bro.. :)

Reply

32 Zida August 24, 2010 at 5:37 pm

Budak budak sekarang memang cepat pandai. Pandai explore sendiri. Pandai buat itu ini sendiri. Bagus :)
Zida recently posted..Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2010My Profile

Reply

33 ray ban August 24, 2010 at 9:12 pm

betul tu kadang-kadang “kepandaian”mereka buat ibu bapa pening kepala =)
ray ban recently posted..Ray-Ban Model 8012My Profile

Reply

34 kulanz August 24, 2010 at 10:00 pm

jangan dia explore benda yang tak patut, sudah :D

Reply

35 hafizmd August 25, 2010 at 12:29 pm

moge tidak begitu..ameen..sama2 kita pantau..
hafizmd recently posted..Sama-sama kita hayati video iniSubhanallahMy Profile

Reply

36 hafizmd August 25, 2010 at 12:28 pm

terbaik..biarkan minda anak2 berkembang dgn kreatif..

dh nmpak dah rupe lori tuh..
hafizmd recently posted..Sama-sama kita hayati video iniSubhanallahMy Profile

Reply

37 kulanz August 26, 2010 at 9:33 pm

insyaAllah boleh berkembang kalau ada bimbingan yang baik

Reply

38 bujang3 August 27, 2010 at 1:00 pm

ada harapan jadi pelukis terkenal nie !!!
bujang3 recently posted..Tragedi menyayat hati di bulan Ramadhan !!!My Profile

Reply

39 mancai August 30, 2010 at 9:51 pm

kalau kategori abstrac dah cantik dah ni… jangan sekat ketika anak2 sedang berkarya… kita bantulah minda mereka…

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: