Home >> Blog >> Bila Ayam Berterima Kasih

Bila Ayam Berterima Kasih

by kulanz on 25/03/2010 · 31 comments

Salam semua,

Minggu ni bukanlah minggu yang sesuai untuk saya menghadap blog, apa lagi untuk menulis sesuatu di blog ni. Banyak komitmen yang perlu saya beri tumpuan. Bukan sekadar menghadap buku-buku rujukan untuk peperiksaan akhir semester, tetapi juga tumpuan terhadap kerja dan rutin harian di rumah. Ditambah lagi pada minggu ni saya harus menjalankan tugas di luar pejabat yang mana ia memerlukan saya melakukan perjalanan yang jauh dan melalui jalan-jalan yang sukar. Penat dan seronok memang tak terkata.

Tapi walaupun sibuk dengan tugas dan rutin harian, saya tetap mencuri sedikit ruang untuk menghadap blog ni dan juga blog rakan-rakan lain. Atas alasan tersendiri saya memang sengaja tidak meninggalkan apa-apa pesanan di shoutbox, tetapi blogwalking tetap ada. Namun semangat untuk blogwalking secara ‘ghaib’ pada malam ni terhenti tiba-tiba apabila mendapat pesanan daripada seorang visitor yang menganggap dirinya binatang, dengan panggilan Guest dan Ayam!

Saya tidak dapat meneka apakah punca visitor ni sampai menganggap dirinya binatang dan turut melabel orang lain seperti binatang. Tapi mungkin screen capture ni dapat membantu kita membuat sedikit kesimpulan.

Saya andaikan yang visitor ni datang bukanlah bertujuan untuk mencari maklumat seperti yang ditaipnya, tapi dia sengaja menggunakan keywords tersebut untuk sampai ke blog ni dan mencanangkan kepada orang lain yang dirinya kini berstatus binatang yang pandai menggunakan keyboard untuk mengucapkan terima kasih. Saya mengandaikan begitu kerana dia sebenarnya hanya berada di blog ni selama beberapa saat. Sama macam ayam meninggalkan najis depan rumah orang dan terus lari!

Sebab yang kedua, mungkinkah dia pelajar universiti yang stress dan terdesak mencari maklumat untuk membuat assingment. Disebabkan lecturer dah bagi warning kalau tak hantar assignment tu besok dia akan diberi markah F. Tetapi disebabkan dia tidak mendapat maklumat yang dicarinya di blog ini, maka saya yang mendapat tempias stress dan kemarahannya.

Atau mungkinkah dia seorang pemimpin yang cuba mengaplikasikan kepimpinan transformational? Ingin berubah daripada pemimpin yang baik kepada yang jahat? Atau dia salah seorang pengasas yahoo yang sakit hati sebab blog saya tersenarai dalam ranking ke-3 enjin carian yahoo selepas scribd dengan keyword tersebut? Atau dia seorang yang marah sebab saya tidak melawat blognya dan meninggalkan mesej? Atau dia seorang blogger yang  sakit hati kerana saya meninggalkan komen di blognya tanpa kebenaran? Atau juga dia orang TM-Streamyx dan orang letrik yang selalu saya komplen? Atau dia seorang Melayu Malaysia yang mahu bangsanya sendiri mundur? Atau juga mesej yang ditulis secara suka-suka untuk menguji kesabaran saya. Siapapun dia, yang pasti dia seorang yang kurang waras ketika menaip mesej berkenaan!

Untuk pengetahuan pelawat dan pembaca budiman, semua artikel peribadi yang ada di blog ini saya tulis berdasarkan pengalaman dan imaginasi diri sendiri. Manakala jika ianya berbentuk ilmiah, saya biasanya menulis berdasarkan rujukan daripada sumber-sumber yang relevan. Jika ada artikel di blog ini yang mungkin bersifat kritikan atau sindiran ianya mungkin hanya secara kebetulan berkait dengan anda. Saya tidak pernah mengkritik seseorang secara khusus dan menyebut butiran peribadi sesiapapun secara spesifik (melainkan sesuatu yang baik). Saya tidak berniat untuk menyinggung sesiapa. Walau bagaimanapun jika ada mana-mana artikel di blog ini yang menyebabkan anda kurang senang atau terasa pedasnya, maka sudah menjadi tanggungjawab anda menerima komen dan kritikan orang lain, bukan membalasnya dengan kata-kata seumpama itu. Dan adalah tidak menjadi masalah kepada saya sekiranya anda minta artikel yang menyinggung itu dipadam daripada blog ini. Boleh hubungi saya melalui email. Saya mempunyai tanggungjawab penuh terhadap semua artikel di sini.

Sebagai rumusan kepada perkara ini, saya sebenarnya hendak membuat tajuk yang agak kasar dan kurang ajar, mungkin yang lebih bersifat kebinatangan sesuai dengan nama visitor tu, tapi sejak kecil saya telah diajar agar menghormati orang lain.  Oleh itu saya tiada kekuatan untuk membalas tindakan anda dengan kata-kata yang keji dan lebih buas. Tambahan lagi mungkin itulah cara ayam berterima kasih dan dialihkan ke bahasa Melayu, jadi  saya perlu hormati caranya.

Jadi kepada Encik Guest @ Ayam, selamat datang ke blog ni. Jika anda hendak meminjam secubit gula, saya akan berikan anda segelas madu. Salam sejahtera ke atas anda.  Dan jika saya mempunyai sebarang kesilapan, harap dapat dimaafkan, itulah kekurangan saya sebagai manusia biasa. Moga gelaran seperti itu tidak diucapkan oleh orang lain kepada anda dan keluarga anda.

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 30 comments… read them below or add one }

1 Nine March 26, 2010 at 3:15 am

apa maksud dia buat cam tuh ?..rasanya hati tak berapa tenang kut tak pun ada putus skit kat mana2..

tapi duk rasa dia takde blog, dia google, then terus shout, sebab pakai guest dulu then jadi ayam plak..mcm2..
.-= Nine´s last blog ..Apa Itu RSS (Really Simple Syndication) ?? =-.

Reply

2 kulanz March 27, 2010 at 1:13 pm

Tu lah, tak tahu apasal, dia masuk blog ni dan terus tulis mcm tu, memang perbuatan yg sengaja tu

Reply

3 Zoul March 26, 2010 at 6:09 pm

Salam..

Itulah kelebihan dan kekurangan manusia yg telah diberi akal tetapi terlupa dianya itu berakal. Bagi aku, apabila ada rasa tidak puas hati itu tandanya kita ini masih normal jd, atasilah dengan cara yg normal.
Aku sgt bersetuju dengan kaedah ‘membalas’ yg digunakan oleh en kulanz dibahagian terakhir.. kalau api dicurah dengan minyak petrol, haru jadinya.. tetapi api, kalau dikenali sifatnya … boleh dibuat lighter.

hanya pandanganku…
.-= Zoul´s last blog ..Panas…Artis Kena Terjah =-.

Reply

4 kulanz March 27, 2010 at 1:14 pm

betul tu bro, semua orang diberikan akal, walau begitu dalam keadaan tertentu, kita pasti ada rasa tidak puas hati. Tapi apa salahnya diluahkan dengan cara yang baik.. ni tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa dia

Reply

5 marki March 26, 2010 at 6:23 pm

saya rasa sebab no -2 lah mengapa dia menulis begitu..cuba mencari maklumat last2 terkena.. hehe
.-= marki´s last blog ..Wordpress Tutorial 2: Memindahkan Google Friend Connect Ke Domain Baru =-.

Reply

6 kulanz March 27, 2010 at 1:16 pm

tu lah pasal.. banyak kesan buruk stress ni, hehe

Reply

7 jejari March 26, 2010 at 6:56 pm

salam en.kulans:
me too penah alami bende yg sama kat url belog lama..Pelik kan,kalau tak suka belog kita,tak payah la nak taip ngarut2…memula dulu,agak emo gak,then bile 2nd day dia dtg belog,i treat him elok2..(hehehe,ayat goda-goda….)then,i conclude that,visitor tuh keKURANGan KASIH SAYANG & sengaja inginkan perhatian….:)
.-= jejari´s last blog ..Anugerah Jari Jemari Terpantas Menari =-.

Reply

8 kulanz March 27, 2010 at 1:21 pm

bagus juga dia datang semula.. senang nak tahu apa problem dia sebenarnya, akupun nak juga orang tu datang sini atau contact aku jelaskan apa masalah yg sebenarnya sampai dia tulis macam tu

Reply

9 Bb Hussain March 26, 2010 at 6:59 pm

ha…perasan gak aritu kat shoutmix ada komen camtuh..mungkin stress kot..
.-= Bb Hussain´s last blog ..Arissa loves the camera =-.

Reply

10 kulanz March 27, 2010 at 1:56 pm

masih ada juga tu, tak padam lagi

Reply

11 Bean Moreno March 26, 2010 at 7:01 pm

mungkin betul…cari2 info pastu tersesat masuk sini dan akhirnya stress…hak3
.-= Bean Moreno´s last blog ..METAFIZIK : BILA ADA MASALAH…CUBA BERKAWAN NGAN MASALAH =-.

Reply

12 kulanz March 27, 2010 at 11:29 pm

entahlah, mungkin dia stress tengok muka anak-anak aku kat atas tu..

Reply

13 Nina' March 26, 2010 at 7:12 pm

salam…

simpati dgn org camtu…lepas stress x kena tmpat.~

Reply

14 kulanz March 27, 2010 at 11:30 pm

tu la pasal, aku tak kisah dia lepaskan stess tempat ni, cuma jangan sampai tak hormat orang lain

Reply

15 chekgu naman March 27, 2010 at 12:34 am

good!! lawan secara lembut..itulah psikologi
.-= chekgu naman´s last blog ..Tak semestinya kita di atas, kita takkan jatuh =-.

Reply

16 kulanz March 27, 2010 at 11:31 pm

mungkin dah sikap aku macam tu, tak suka cari pasal dgn orang lain..

Reply

17 etomyam March 27, 2010 at 2:16 am

pelik jugak …apa masalah pelawat tu ek…kesian kat dia..serius kesian
.-= etomyam´s last blog ..Bijak Kah Lelaki Paling Bijak Di Dunia Menolak Hadiah USD1 Juta? =-.

Reply

18 kulanz March 27, 2010 at 11:32 pm

tu lah, tak pasal-pasal aku pula yg jadi mangsa.. marahkan nyamuk kelambu dibakar..

Reply

19 imran March 27, 2010 at 5:22 pm

Akhirnya keluar entri mengenai tabiat visitor di Shoutbox. Memang saya perasan masa ziarah blog ni ada visitor guna ID ayam :D

Reply

20 kulanz March 27, 2010 at 11:33 pm

aah, saja buat entri khas supaya visitor tu belajar tentang perasaan orang lain..

Reply

21 Ayieblog March 27, 2010 at 11:41 pm

salam,bro kulanz adess.. apa jenis manusialah 2 masuk rumah x bagi salam dulu,adess sabar jelah bro kulanz.. emm manusia oh manusia :)

Reply

22 kulanz March 28, 2010 at 3:25 pm

x tau lah bro, tu yg heran.. tak pasal-pasal marahkan orang sampai macam tu

Reply

23 wazy March 28, 2010 at 12:49 pm

salam bro..

dulu ade gak dapat msg cmtu kat shoutmix,tapi saya delete je
.-= wazy´s last blog ..Streamyx Oh Streamyx Part 2 =-.

Reply

24 kulanz March 28, 2010 at 3:27 pm

salam bro wazy, memang nak delete jg lepas ni,
saja nak tulis sekurang-kurangnya visitor tu paham sikit perasaan org lain..

Reply

25 tehrauf March 29, 2010 at 3:05 am

salam – kesian encik guestayam tu ya? – tak tahu ke mana dan di mana nak letak perasaan sendiri – moga2 nanti dia mendapat ketenangan
.-= tehrauf´s last blog ..Nilai Sebuah Senyuman =-.

Reply

26 kulanz April 4, 2010 at 7:26 pm

tak tahulah, tapi kalau dia bagitau pasal apa, sekurang-kurangnya saya boleh betulkan mana yg perlu

Reply

27 zik April 2, 2010 at 12:42 am

ish2 tak patut betul la … berfikir dahulu sebelum bertindak..
.-= zik´s last blog ..Y2k! =-.

Reply

28 kulanz April 4, 2010 at 7:26 pm

kalau ikut memang tak patut bro, tapi tak tau juga apa puncanya..

Reply

29 yoy April 4, 2010 at 12:38 am

ayam pun da pandai blogging skang..
ape motif pun tak faham..
.-= yoy´s last blog ..Update Contest Mudah Menang YoycullendotcoM. =-.

Reply

30 kulanz April 4, 2010 at 7:27 pm

entahlah bro, akupun tak paham sangat niat dia

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: