Home >> Lelaki Kacak >> Bila Lelaki Kacak Menulis

Bila Lelaki Kacak Menulis

by Kulanzsalleh on March 25, 2012 · 52 comments

Tiga hari LELAKI KACAK ini membiarkan blog tanpa entri baru. Bukan sebab dilanda sindrom ‘M’ atau keyboard PC saya rosak, cuma sepanjang dua minggu ni tumpuan saya lebih kepada beberapa perkara; EMIS, APDM, SAPS, e-Operasi, e-filing, eCRM, e-Aduan dan segala macam jenis ‘E’ termasuklah e-penyata gaji. Itu belum termasuk gred ‘E’ dalam barisan keputusan Peperiksaan SPM 2011 dan juga line internet yang menghilangkan nafsu lelaki kacak.

Apapun, tidak menulis entri bukan bermakna lelaki kacak tidak melayari blog. Dalam tempoh tu ada juga saya mengemaskini entri sedia ada dan membalas beberapa komen. Selain tu sempat juga membaca tulisan blogger lain. Banyak tulisan lelaki kacak di ruang maya yang menarik untuk dibaca. Beberapa daripadanya saya kongsikan di sini. Harap dapat keizinan daripada pemiliknya walaupun tiada minta izin sebelum ni.

1. Titan

Yang aku pelik, ramai blogger suka buat anggapan sendiri. Mereka fikir, jika mereka boleh dapat puluhan ribu unik visitor setiap hari, mereka PASTI akan dapat klik. Mereka tidak percaya tidak ada earning langsung dari Nuffnang walaupun ramai orang datang ke blog mereka. Kalau blog korang tu blog isu semasa, blog copy paste, blog yang bosan walaupun korang terer main SEO sekalipun, belum lagi menjamin seorang manusia kat muka bumi ni nak klik iklan Nuffnang tu.

Sangat setuju dengan pandangan lelaki kacak tu. Pada saya semua tu bergantung pada rezeki masing-masing. Kalau tiada rezeki, walau banyak mana trafik sekalipun tidak akan memberi pendapatan. Contohnya, tahun ni saja unique visitors blog ni purata dalam 2000 sehari dan pernah melebihi 16,000 sehari. Dengan trafik banyak tu agak-agak berapa pendapatan iklan blog ni dapat? Dalam akaun Nuffnang tak sampaipun RM20.00 lagi. Tapi kenapa saya masih letak iklan Nuffnang di blog ni? Sebab itu salah satu usaha. Macam yang Titan kata, tak kisah orang anggap dia mata duitan, yang penting dia sudah berusaha. Begitulah juga saya, lebih baik berusaha daripada hanya asyik merungut.

2. Tehr

WordPress, domain dan hosting berbayar bukan memberi jaminan yang tepat untuk berjaya sebagai lelaki kacak dalam permainan SEO seperti ini. Aku memang tabik dengan Saudara Yas. Walau pun menggunakan platform percuma blogspot, tetapi dengan ilmu dan usaha yang betul beliau berjaya berada di tempat pertama. Nampak kan? Apa yang lebih utama adalah ilmu dan rajin untuk terus belajar dalam memahami sesuatu perkara.

Saya suka dengan pandangan bro Tehr. Saya sendiri pernah melalui pengalaman dalam pertandingan SEO – HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Pada akhir pertandingan, blog ni jatuh tercorot. Kenapa ini berlaku? Kalau diikutkan SEO blog ni agak baik. 80% pelawat datang daripada enjin carian dan untuk sesetengah keyword blog ni berada pada ranking pertama. Jawapannya, saya kalah pada ilmu SEO khusus untuk pertandingan yang jelas terdapat beberapa perbezaan dengan Common SEO Standards.

3. Azmanisma

Setiap tindak tanduk seharian di kaitkan dengan kekacakan. Lelaki kacak mesti macam ni dan macam tu. Lelaki kacak juga bukan pada paras rupa semata-mata tetapi perbuatan yang baik juga dianggap kacak. Bagi aku untuk menjadi lelaki kacak kena kacak luar dan kacak dalam.

Ya, tanggapan seseorang tentang lelaki kacak mungkin berbeza. Tetapi saya setuju dengan bro Azmanisma yang kacak luaran dan dalam perlu seimbang. Tak guna juga kalau harapkan muka saja kacak tapi perangai macam cicak. Dahlah tumpang lampu di rumah orang lepas tu buang najis atas kepala kita. Nak ucap terima kasih punyalah kedekut, nak mohon maaf lagilah pengecut.

4. Anif

Bukan niat saya tidak mahu berkongsi maklumat tetapi apabila saya mula menulis tutorial, secara tidak langsung ia telah mengingkari sebab utama kenapa saya berblog! Aktiviti yang sepatunya menjadi terapi kepada saya boleh serta merta menjadi aktiviti yang tidak seronok. Jadi untuk mengelakkan saya menjadi lebih stress, sedaya upaya saya cuba mengelakkan daripada menulis perkara sebegitu.

Saya faham apa yang dimaksudkan oleh bro Anif. Bukan maksudnya menulis informasi percuma itu teruk tetapi, berdasarkan pengalaman sendiri, menulis tutorial memang agak rumit dan saya sendiri pernah menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk menulis satu entri tutorial. Kadang terpaksa disimpan di dalam draf beberapa hari sebelum sempat disiapkan. Jadi apa perlunya mendesak otak berfikir hingga menjadi stress hanya semata-mata menulis di blog? Lebih baik menulis secara santai.

5. Akubiomed
Bro Akubiomed yang masih bersedih sebab baru berpisah dengan kekasihnya belum menulis pasal lelaki kacak. Mungkin juga dia masih menyimpan entrinya dalam draf, samalah macam saya. Entri asal sebenarnya tidak keluar sampai sekarang. Disebabkan tu juga saya tidak dapat memetik kata-kata kacak dari bro akubiomed. Jadi yang mampu saya buat hanya meletakkan di sini sekeping gambar daripada entrinya yang memuji kekacakan Kawasaki W800. Saya sangat tergoda dengan gambar-gambar yang ada di entri tu.

LELAKI KACAK

Kawasaki W800 special edition - Gambar Akubiomed

Contoh di atas hanyalah sedikit. Ada banyak lagi penulisan lelaki kacak di ruangan maya ni yang menarik untuk dibaca. Ada masa nanti sampai juga tu giliran yang lain saya kongsikan di sini. Wanita/gadis ‘kacak’ pun jangan kecik hati. Ruang untuk menulis di blog ni masih ada dan esok lusa boleh selitkan kisah anda pula :D .

Bila lelaki kacak lain menulis, memang besar pengaruhnya. Sebab tu saya juga menulis untuk menyahut Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh Contengconteng.com, Mrs.Yie, Abangensem, Cikgu Dahlia, Farish Ishak, PuanBee.com, w.habibu rahman, Azri Johan, Dirmansyah, 1Malaysianews.net LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.com, Hafizmohd.com, UmarFaruq.com, 1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



Kata kunci artikel:

lelaki kacak, 1artikel com, pencarian lelaki kacak 2000, nafsu lelaki terhadap lelaki kacak, model lelaki kacak pada iklan celcom, lelaki kacak di usia berapa, lelaki hensem seperti dia, koleksi gambar lelaki kacak, kekacakan lelaki, kawasaki w800 engine

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 52 comments… read them below or add one }

1 anif March 25, 2012 at 3:06 am

Eh! Ada cerita pasal saya la.

Teruja bila sedikit pandangan saya di quote dalam blog ini :D Terima kasih.

Semoga berjaya! :D

Reply

2 kulanz March 26, 2012 at 9:28 pm

pandangan yang bagus tu bro.. tu yang aku tumpang wuote :)

Reply

3 titan March 25, 2012 at 4:56 am

hoho..esok mesti dah masuk search engine artikel ni..

Reply

4 kulanz March 26, 2012 at 9:36 pm

syukurlah dah masuk search engine.. tapi masih lagi duduk page belakang :D

Reply

5 hafizmd March 29, 2012 at 12:08 pm

laju entri ni naik…apa2pun, masa masih lagi panjang =)

Reply

6 dzuandiey June 16, 2012 at 1:46 am

dah masuk dah tuu….lip lap lip lap…haha

Reply

7 Shahrul March 25, 2012 at 8:53 am

artikel kuat ni…boleh duduk kat 1st page SERP ni

Reply

8 kulanz March 26, 2012 at 9:37 pm

tumpang keyword dari rakan lain :D

Reply

9 azmanisma March 25, 2012 at 9:10 am

Ulasan yang terbaik Bro!2 kali aku ulang baca nih hehehe..

Reply

10 azmanisma March 25, 2012 at 9:11 am

*thanks for the backlink!

Reply

11 kulanz March 26, 2012 at 9:38 pm

terima kasih bro.. sori juga tak bagitau awal2 ayat bro aku pinjam :)

Reply

12 ohcikgu March 25, 2012 at 7:39 pm

hehe..semuanya kacak-kacak belakaaa.. :D

Reply

13 kulanz March 26, 2012 at 9:38 pm

memang lelaki kacak semuanya :D

Reply

14 akubiomed March 25, 2012 at 8:08 pm

Terkejut apa bila terlihat gambar motor yang digunakan sebagai featured image. Maklumlah macam pernah terlihat gambar ini diblog sendiri.

Saya agak bimbang dengan bro seperti ada deria ke 6 seolah-olah tahu saya masih peram entri mengenai lelaki kacak. Ilham untuk menulis lelaki kacak sudah ada cuma hendak menulis didepan laptop belum lagi.

Terima kasih kerana memetik entri picisan saya. :-)

Reply

15 kulanz March 26, 2012 at 9:40 pm

hehehe.. tiada deria ke-6 ni bro..
akupun masih peram entri lagi.. tu yang main agak je tu..
sori juga bro tak bagitau pinjam gambar tu..

Reply

16 hafizmd March 29, 2012 at 12:10 pm

ada perkara yg kalau diperam, lebih tinggi nilainya =)

Reply

17 azwan April 2, 2012 at 1:14 pm

Kalau yang ni pun dah first page SERPs, bila dah siap yang dah diperam tu .. kemungkinan #1

:)

Reply

18 Rakan Blog March 25, 2012 at 8:09 pm

KACAK jugak kalo join…
RakanBlog . Meningkatkan trafik dan follower blog .Rangkaian bloggers Malaysia.

Reply

19 kulanz March 26, 2012 at 9:43 pm

untuk jadi kacak mesti join :)

Reply

20 syahrilhafiz March 25, 2012 at 8:19 pm

pergh kemas kemas, semua blogger diatas tu ada pandangannya masing – masing..
stail penulisan tak libat orang nak klik nuff kita tu, kalau iklan menarik,orang klik lah, kalau naik churp churp je, bosan :D

Reply

21 shraqs March 26, 2012 at 5:32 pm

Tang iklan tu memang susah nak kata,.. iklan tu sendiri yg akan mainkan peranannya.

Reply

22 kulanz March 26, 2012 at 9:42 pm

ya.. semua bergantung kepada keadaan rezeki masing2.. susah juga nak agak income dari iklan ni.. trafik banyak bukan penentu

Reply

23 tehr March 26, 2012 at 5:28 am

Nampaknya permohonan aku untuk masuk majlis lelaki kacak dah hampir nak lulus ni, bro
Hehe
Terima kasih kerana iklan percuma tu :D

Reply

24 kulanz March 26, 2012 at 9:43 pm

akupun baru mohon ni bro.. harap2 boleh lulus..

Reply

25 Norizwa March 26, 2012 at 11:08 am

steady la…lelaki kacak semua ni…:-)

Reply

26 kulanz March 26, 2012 at 9:43 pm

memang kacak-kacak belaka

Reply

27 iza March 26, 2012 at 11:12 pm

Assalam..
Memang kacak-kacak belaka kat atas tu..
Saya tak pandai main SEO tapi nak juga join.
Gud luck.

Reply

28 hatiputera March 27, 2012 at 2:15 am

memang hebat dan kacak artikel nie,,,sedikit sebanyak menjadi pengajaran buat saya yang masih mentah dalam dunia nie,,,,

Reply

29 Cikgu Hairul March 27, 2012 at 11:21 pm

Wah macam penulisan tesis, siap ada quote lelaki kacak lagi. Tahniah la cikgu.. memasukkan element akademik dalam penulisan blog. Saya suka idea nih..

Reply

30 Encik Bukit Besi March 28, 2012 at 11:17 pm

Salam kenal….tajuk kat atas tu kalau di tukar macam ni Bila Lelaki Kacak Dan Juga Blogger Kacak Menulis baru sesuai…hehehe…atau Bila Otai Menulis tentang Lelaki Kacak…hehe ke guane?

Reply

31 kulanz March 30, 2012 at 12:33 am

Salam bro,
cadangan tajuk yang bagus tu.. lepas ni boleh tulis macam tu :D

Reply

32 Lelaki Kacak March 30, 2012 at 1:24 am

Fuhhh.. otai dah join.. entri yg mantap lagi kacak..
Good Luck bro.. :)

Reply

33 kulanz April 2, 2012 at 10:20 pm

otai dari segi umur.. pengetahuan dan pengalaman masih kurang lagi :D
good luck untuk bro juga :)

Reply

34 Lelaki Kacak April 2, 2012 at 10:39 pm

Dah makin bertambah rasanya tu… :)
Thanks bro.

Reply

35 Jomtonton March 30, 2012 at 7:02 am

Salam,
Perghhh artikel yang kuat dari segi pandangan, dan seo..
Mesti up no 1 lepas ni.. :)

Reply

36 kulanz April 2, 2012 at 10:19 pm

banyak elemen yang mempengaruhi kekuatan seo.. harap boleh duduk tempat terbaik :D

Reply

37 Fahmi Raazali March 31, 2012 at 7:42 pm

Pandangan yang pelbagai. Disebabkan pandangan yang pelbagai itulah yang merancakkan lagi cabaran seo ini. :-)

Reply

38 kulanz April 2, 2012 at 10:19 pm

salah satu elemen yang bagus untuk contest kali ni..
bukan setakat dapat belajar seo.. dapat kemukakan pandangan tentang lelaki kacak juga

Reply

39 zik April 1, 2012 at 11:23 am

memang kacak nih bro… apepun setiap orang ada pandangan dia sendiri… tapi memang dah kacak nih.. 1st page…

Reply

40 kulanz April 2, 2012 at 10:17 pm

tak tau lah sampai bila boleh duduk 1st tu bro..

Reply

41 W.HabibuRahman April 1, 2012 at 6:36 pm

semoga dpt meraih RM500 dari contest ini…semoga berjaya juga..

tumpang tgok aje org lain join,nak join tapi x smpt pulak..hoho

Reply

42 kulanz April 2, 2012 at 10:17 pm

masih sempat lagi tu.. peluang belum ditutup

Reply

43 Mohd Isa April 2, 2012 at 10:31 am

uiks, komen tak keluar la plak. anyway, good luck bro. :)

Reply

44 kulanz April 2, 2012 at 10:16 pm

tak tau apa problem komen tu..
good luck untuk bro juga :)

Reply

45 Ladfe Amir April 3, 2012 at 11:39 pm

ulasan yang kemas bro. selamat berjaya diucapkan.

Reply

46 dzuandiey April 11, 2012 at 9:54 am

untung lah boleh jadi lelaki kacak…hehe…

Reply

47 Juan April 13, 2012 at 3:00 am

artikel terbaik ni, sangat kacak

Reply

48 wazy April 14, 2012 at 12:56 am

menarik juga entri bro ni,semoga berjaya bro

Reply

49 hatiputera May 14, 2012 at 11:06 am

dah masuk top 1 page bro,,,tahniah..

Reply

50 Sya Isya June 4, 2012 at 11:23 am

blog ni memang dah kacak. entri pun kacak. kacak2 belaka. banyak betulnya dari semua quote di atas. sokong!.

Reply

51 Lelaki Kacak PErancis June 14, 2012 at 12:32 am

Banyak kali aku baca post dia ni…terbaik…tumpang backlink.. :P

Reply

52 dzuandiey June 16, 2012 at 1:44 am

tak ada cerita..sob3…tak kacak lah..hihihi..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner