Home >> Semasa >> Bila Status Sosial Jadi Perhatian

Bila Status Sosial Jadi Perhatian

by Kulanzsalleh on August 7, 2012 · 21 comments

Jika dua tahun lepas, pengguna Facebook yang menamakan dirinya Luca Lucas menjadi popular sekelip mata disebabkan keberaniannya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbaur cacian. Hari ini, seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Emaliza Lizaema (Ema) pula menjadi perhatian pengguna Facebook lain kerana menulis status yang dianggap mencaci negeri Sabah.

Emaliza Lizaema

Dalam masa beberapa jam saja status tersebut dikongsikan, sudah ada hampir 600 yang berkongsi perkara tersebut dan 1000 lebih komen daripada pengguna Facebook lain. Bagusnya dapat populariti dengan begitu cepat.

Emaliza Lizaema

Sama juga macam kes Luca Lucas di atas, dalam kes Emaliza Lizaema inipun saya tidak tahu sangat apa niat atau punca sebenar dia menulis status sosial seperti itu. Mungkin juga disebabkan rasa tidak puas hati disebabkan perkara tertentu atau hanya itulah pengetahuannya tentang negeri Sabah.

Terus terang saya katakan, saya sendiri ada perasaan kurang senang atau tidak berpuas hati pada perkara tertentu atau apa yang ada di negeri Sabah. Walau bagaimanapun, saya tidak akan buat kenyataan berupa cacian sebegitu, terutamanya sesuatu yang akan menyinggung perasaan ramai orang. Mana-mana tempat pun ada kekurangan. Belajarlah terima kekurangan tempat lain supaya orang lain pun boleh menerima kekurangan kita sendiri.

Kepada individu yang dimaksudkan, jika benar telah melakukan tulisan seperti itu, segeralah memohon maaf untuk menenangkan keadaan. Tidak rugi pun kalau kita memohon maaf secara ikhlas. Jadikanlah apa yang sudah berlaku sebagai pengajaran. Dalam masa yang sama juga, awal-awal saya memohon maaf sekiranya akaun yang dimaksudkan adalah akaun palsu atau telah digodam dan gambar serta akaun individu tersebut disalahgunakan. Maklum saja sekarang ini banyak sangat kes menggunakan gambar dan akaun facebook palsu untuk tujuan tidak baik.

Kepada adik-adik lain yang mendapat tawaran belajar di negeri Sabah, sama ada sekarang atau masa akan datang, datanglah dengan hati terbuka dan dengan niat untuk menuntut ilmu, bukannya untuk mencari kemudahan sosial dan hiburan. Kalau datang untuk belajar, Sabah masih boleh dianggap tempat yang selamat untuk belajar.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



Kata kunci artikel:

Emaliza Lizaema, Emaliza Lizaema (Ema), hina negeri sabah, kutuk sabah, status facebook yang best, bila belajar di sabah, luca lucas facebook, kulanzsalleh com bila-status-sosial-jadi-perhatian, koleksi petikan status fb, kes-kes disebabkan facebook

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 21 comments… read them below or add one }

1 anif August 7, 2012 at 9:29 pm

Komen yang tak sepatutnya dibuat… Tetapi bila sudah terlanjut tu, segeralah minta maaf!

Reply

2 Kulanzsalleh August 11, 2012 at 1:14 pm

itu jalan terbaik.. cuba minta maaf biar sejuk sikit hati orang lain :D

Reply

3 cikgu naman August 7, 2012 at 10:38 pm

yang saya risaunya laman sosial digodam dan diupdate oleh penggodam secara jahat

kalau betul tuan punya badan yang update memang tak patutlah

Reply

4 Kulanzsalleh August 11, 2012 at 1:16 pm

kena godam memang selalu berlaku.. sebab tu kena siasat juga baru kita buat komen atau andaian pada orang berkenaan

Reply

5 titan August 7, 2012 at 10:56 pm

dia lom pernah lagi kena humban kat dalam longgokan sampah, bolehlah cakap macam tu. tu lom lagi kena lempang laju-laju..

Reply

6 Kulanzsalleh August 11, 2012 at 1:19 pm

belum rasa pengalaman susah agaknya tu..

Reply

7 Anarm August 8, 2012 at 1:58 am

perangai macam sampah..

Reply

8 Kulanzsalleh August 11, 2012 at 1:22 pm

dia tengah stress tu bro :D

Reply

9 Incik RestNrilekS August 8, 2012 at 2:58 am

Asslammualaikum wbt,

Kalau betul la dia yang letak. Ni namanya cara hebat kejar populariti. Aduih, kandungan luahan dia.

Tapi memang terbaek la cara dia luahkan, sebab tunjukkan “Stupidity at its best = Kebodohan pada tahap terbaek” Ngehee.

Luahan macam ni la yang bikin rosak nama islam.

Haish

Reply

10 Kulanzsalleh August 11, 2012 at 1:23 pm

Waalaikumussalam,
dia tak fikir berulang-kali sebelum tulis luahan tu.. sekarang kesan pada diri sendiri memang besar

Reply

11 Incik RestNrilekS August 8, 2012 at 3:01 am

Assalammualaikum wbt,

Aha, sampai camtu sekali. Nasib baik tak minum pakai straw. Kalau sedut tu mau terkeluar balik plus tension sebab buka ingatkan air dapat santan. Haha.

Dulu masa kena bina insan bulan puasa pun, ada member siap tertuang air nescafe kat nasi sebab ingatkan kuah. Ye la dalam gelap gulita masuk hutan, mana nak nampak. Tension dia sebab lapar nak sahur, habis rosak nasi. Hehe

Reply

12 Incik RestNrilekS August 8, 2012 at 3:02 am

ehhh silap letak. Haha. Ni gara-gara komen waktu sahur la jugak ni sampai sasau. Nanti bro padam ok. Hahahahaha

Reply

13 Kulanzsalleh August 11, 2012 at 1:25 pm

hehehe.. tak apa bro

Reply

14 Jebeng Otai™ August 8, 2012 at 5:36 am

mungkin anak manja ni..

Reply

15 Kulanzsalleh August 11, 2012 at 1:26 pm

mungkin juga :D

Reply

16 anjangman August 8, 2012 at 8:57 am

Kalau tak nak belajar kat Sabah. Senang cerita tolak jer tawaran tu. Buat apa nak kutuk negeri orang. Muka je nampak cantik, tapi hati kotor. Ni mmg jenis tak mandi wajib lepas dtg haid ni. Memalukan jer…

Reply

17 akubiomed August 8, 2012 at 11:56 pm

Dibimbangi ada yang mencerobohi akaun FB untuk kepentingan diri dengan melakukan provokasi.

Reply

18 azman August 9, 2012 at 1:07 am

Tak elok cakap macam tu..kalau benda ni benar…mana2 negeri pun ada sampah,jadi tak p;ayah lah nak ckp negeri tertentu ada sampah bagai.

Reply

19 iAwani August 12, 2012 at 11:18 pm

biarlah Tuhan turunkan balasan setimpal buat dirinya atas perbuatannya. Berani buat, berani tanggung.

Reply

20 Dba August 16, 2012 at 12:55 pm

kesian budak tu.. dia tidak bersalah.. dia kena hack dengan someone.. cuba baca disini..
http://akudankauadalahcinta.blogspot.com/2012/08/emaliza-lizaema-tidak-bersalah.html

Reply

21 Nurlaila September 20, 2012 at 3:36 pm

Sayang sekali jejaring sosial tidak dimanfaatkan untuk hal baik malah untuk hal buruk. Siapapun tidak boleh mengikuti perbuatannya

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner