Bukan niat untuk menambah kontroversi yang memang sudah panas, sekadar berkongsi pandangan peribadi berhubung ilustrasi Ultraman dan juga ombak tsunami yang diterbitkan di Akbar Berita Minggu hari ini.
Pertama kali melihat karikatur itu pada tengah hari tadi di Facebook Fan Page Blog Oh Malaysia, dengan catatan Kartun dalam Berita Minggu hari ini – kes tsunami & gempa bumi di Jepun jadi bahan lawak. Secara peribadi saya memang tidak setuju dengan ilustrasi itu dan hairan bagaimana ia boleh mendapat pelepasan daripada editor akhbar berkenaan.
Ingatkan perkara itu hanya diketahui di sekitar Fan Page itu sahaja rupanya merebak juga sampai keluar. Petang ini baru mengetahui yang ada perkara itu turut dimuatkan di laman Ireport CNN dengan tajuk “Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters”.
Bila perkara itu sudah diketahui umum, maka semakin ramailah yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan penerbitan ilustrasi berkenaan yang diluahkan menerusi komen di laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai kepada pihak penerbitan memaksa pihak penerbitan membuat kenyataan maaf secara terbuka.
“Merujuk kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu. Itu adalah antara petikan daripada penyataan maaf pengarang Berita Harian petang ini.” (sumber)
Ada yang berpandangan dari sudut positif bahawa karikatur ultraman lari dari ombak tsunami bermakna tiada apa yang mampu menandingi kuasa ALLAH SWT. Itu saya sangat percaya. Tapi adakah orang lain atau mereka yang terlibat di Jepun sana faham maksud pelukis berkenaan dan percaya kepada perkara yang sama? Bagaimanapun perasaan kita jika negara lain buat perkara yang sama ketika negara kita dilanda musibah? Atau agama lain mempersendakan Rasul dan Agama (ISLAM) dalam ilustrasi atas kepercayaan mereka sendiri?
Senang cerita, buat lawak sangat bagus sebab boleh hilangkan stress, tapi lakukanlah jika sesuai pada masanya dan semua orang boleh terima.
Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



{ 23 comments… read them below or add one }
ha ah naik ilutrasi ultraman tu kat Berita Harian, ingatkan apa la. boleh pulak buat main2.nasib tade miyabi kat sebelah tu..;))
lagi kontroversi kalau dia ada…
harap2 orang jepun tak terasa sangat
memang tak bagus ni
harap tak mengganggu emosi diorang kalau tahu pasal tu
Editor sepatutnya lebih prihatin untuk menapis tapi perkara sudah berlaku apa yang perlu buat adalah memohon maaf
Yup, silap editor. tapi zoy pun kartunis vateran.. so harus peka!
harap mereka lebih sensitif perkara macam ni masa akan datang..
mcmx2 owng zman skrang ade yng baik ade yng burok kta nk buat mcm mna dh jdi mcmtu……
x boleh nak buat apa.. selain mohon maaf..
moga tak berlaku perkara serupa masa akan datang
tak patut isu tsunami dijadikan bahan mainan..
memang tak patut pun..
Sebab itulah dalam Islam kita dilarang mempersendakan Agama lain dan sesiapa saja di dunia ini……Allah melarang kita mempersenda Tuhan agama lain kerana mereka itu akam mempersenda Tuhan Agama Islam….Amaran sudah diberi maka kita hendaklah kita sentiasa beringat2….Islam itu indah cuma manusia yg menganutkan kdg2 begitu bongkak dan sombong atas ilmu agama yg sedikit….
terima kasih atas peringatan..
sangat tidak sesuai melawak isu2 begini..pasti nanti isu ini akan lebih panas diddebatkan,…
harap taklah dipanjangkan lagi sebab Berita Harian pun dah minta maaf
Kenapa nak buat karikatur macam tu? lawak memang la lawak. Tapi bila kita tidak suka orang lain menghina kita, sepatuutnya kita pun jaga juga jangan sampai menghina orang lain.
tu lah.. tak salah buat lawak atau bagi pengajaran.. cuma biar bersesuaian ikut keadaan
Hahah mana ntah baca tadi, ada orang cakap, eleh kalau senda Nabi Muhammad tak marah pulak. tapi benda2 ni, benda2 macam ni semua tak elok diperlawakkan. huhuhhu
hehe.. biasalah tu.. masing-masing ada pandangan…
tapi pada saya.. walaupun kita marah orang persenda Nabi Muhammad.. takkan nak balas kemarahan kita dengan buat perkara yang sama…
main belasah je nak wat lawak…tak fikir hati dan perasaan orang lain…
bro ini cari nama tapi jepun tahu kena potong kepala
mmm,,,,nahas kalo jepun tau ni…. sebelum dorg tau…bek p mintak maaf kat jepun awal2…mencegah baik dr mengubatii…i mean persahabatan dan ukhwah,,,,hehhehe….pepon..budak baru belajar say…. sorry….=)
boleh pula depa buat bahan gurauan.
orang tengah susah kat sana tu.
ultraman lari takut kan ombak besar.