Sebenarnya saja nak bagitau yang blog ni sedang mengikuti kelas diet. Keputusan untuk mendietkan blog ni saya ambil apabila pada Jumaat hingga Ahad lepas, saya langsung tidak dapat mengakses blog ni. Puncanya talian internet yang terlalu lembab! Kononnya pada masa tu tak risau sangat outstation, sebab saya masih ada broadband mobile. Tapi dengan kelajuan yang tak seberapa, saya cuba buka blog ni. Keputusannya, walaupun telah menunggu selama 15 minit, blog tetap gagal load sepenuhnya. Saya cuba buka blog yang lain, dapat buka juga walaupun ambil masa 1-2 minit. Jadi dah terbukti yang blog ni memang berat!
Fikir punya fikir, hari ni saya buat keputusan untuk kurangkan sedikit beban blog ni dengan membuang mana-mana widget yang tak penting. Selain tu ada beberapa skrip template ni yang turut ke tong sampah. Sebab tu anda nampak sedikit perubahan pada blog ni. Tak sayang dengan widget asal blog ni? Sayang tu memang sayang. Tapi saya fikir blog ni bukan untuk saya seorang. Kalau setakat saya syok sendiri buka blog laju tapi orang lain buka ambil masa sampai 10 minit, buat apa?
Harap dengan perubahan yang sudah dibuat ni akan menjadikan blog sedikit ringan daripada sebelumnya… dan sekarang ni pun saya masih lagi dalam proses mencari mana-mana skrip tak guna untuk dibuang.. Kalau lepas buat diet seminggu dan blog masih juga berat, saya telanjangi blog ni, biar tiada skin langsung.. haha


{ 24 comments… read them below or add one }
ok…selamat berdiet… hee ..tunggu nie
.-= zik´s last blog ..Selamat hari lahir Zik yang ke ?? =-.
harap-harap proses diet berjaya bro..
ni pun dah cukup laju dah. tak sempat nak tarik nafas dah load abis dah. hehe
kalau connection laju, memang senang loading bro.. tp kena connection lambat.. berasap tunggu.. hehe
.-= kulanz´s last blog ..Memasang Google Buzz Button di Blogspot =-.
tiru blog aku bro..simple je…klu x aku kena diet gak blog tu..sib baik aku lepas masuk…hehee
.-= azizan4444´s last blog ..Perempuan Itu Calon Kedua =-.
a’ah, tu yg nak diet bro.. harap-harap dapat mengurangkan sedikit berat blog ni..
.-= kulanz´s last blog ..Memasang Google Buzz Button di Blogspot =-.
memang betol…sy dulu pun mcm tu, terpaksa buang widget yg tak penting tp beratkan blog aje…skrg simple mimple aje…
.-= ila-ali´s last blog ..Jangan Sampai Muflis =-.
tu la yang sya fikir.. daripada sya simpan widget yg berat-berat, baik buang.. x menyusahkn visitor nak tunggu blog ni load sampai abis..
.-= kulanz´s last blog ..Memasang Google Buzz Button di Blogspot =-.
ngehehe blog telanjang bahaya tu…
haha, betul juga.. nanti nampak urat saraf..
yeehhaaa…nie baru laju wooo…biasanya klu buka nmpk 3 org budak comei tu je..amik masa nk load. but now oklah laju jugak.
hem lepas nie klu diet x berhasil telanjang kan je…hahhaa…
ada perubahan dah? bagus, bagus..
tapi rasanya mau tambah kelajuan lagi ni.. harap-harap berjaya..
huhu kene try berdiet gak la my blog ni…
.-= bellarossa´s last blog ..Kenangan bersama kau TIM masih segar..izinkan aku mengungkitnya kembali..aku rindu kau Fatimatussolihah,ye hari ini 23 FEB… =-.
silakan diet… jangan segan-segan
berdiet, saya pantang dgr perkataan nih, oh mcm tu ye, baguslah, tapi setakat nih, saya mmg takde masalah bukak site bro Kulanz. tapi ape2 pun tetap maintain kemas dan hijau…peace
.-= farenova´s last blog ..Cara Pasang ‘Button’ =-.
oo, tengah diet jg ke farenova.. bagus tu.. hehe
memang klu internet laju xda mslah sgt buka page ni wlupun agak lambat.. tapi klu connection slow.. mmg susah buka
dah semakin laju load page blog ni bro
.-= wazy´s last blog ..Taugeh-Buat Member =-.
ada jgk perubahan ckit bro.. tp klu dapat nak lajukan lagi sedikit
Yeah! Mari berdiet eh! Hehehe
.-= Dak Wan´s last blog ..Tips to Disquss! =-.
wah.. semangat bro..
aku dah belajar daripada blog blogspot dulu jadi untuk denaihati.com ni memang aku minimumkan widget yg boleh membebankan dan memperlahankan speed.
.-= denaihati´s last blog ..Dua Kopitiam yang ada sijil halal daripada JAKIM =-.
samalah bro, akupun dulu guna blogspot macam-macam widget aku pasang.. tapi sekarang dah cukup minimum
Kalau boleh, share sikit ilmu untuk meringankan blog ini
contohnya untuk edit code, plugin yang dirasakan sesuai untuk diguna
.-= imran´s last blog ..Fenomena Kerasukan Jin =-.
dah ada tulis di entri: Saya Dah Buang..