“Kalau setakat RM5 atau RM50 ringgit tak kisah sangat, tapi ni RM50,000 (Lima puluh ribu ringgit). Banyak jumlah tu.” Rasanya itulah yang difikirkan oleh Hassan Skodeng seorang penulis blog yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghantar komen palsu.
Seorang penulis blog, Irwan Abdul Rahman, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap tuduhan menggunakan aplikasi internet bagi menghantar komen bersifat palsu pada Mac lalu.
Beliau yang menggunakan nama Hassan Skodeng di laman web didakwa membuat dan memulakan hantaran komen palsu dengan niat untuk menyakiti hati orang lain di hadapan di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz. Menurut peguamnya, Jahaberdeen Mohamed Yunoos, ini adalah kali pertama seorang penulis blog didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat-naik artikel berbentuk parodi atau satira di blognya.
Jika didapati bersalah, Irwan menghadapi denda RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Irwan yang juga adalah editor eksekutif akhbar Malay Mail bagi seksyen gaya hidup dan hiburan itu memuat-naikkan artikel yang berjudul “TNB to sue WWF over Earth Hour” pada 25 March tahun ini.
Tindakannya itu menyaksikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat aduan rasmi kepada SKMM pada 2 April lalu.
“Tuduhan seperti ini akan memberi impak yang besar terhadap perkembangan sastera dan penulisan di Malaysia,” kata Jahaberdeen di luar mahkamah.
SKMM diwakili oleh timbalan pendakwa raya Badius Zaman Ahmad dan pegawai pendakwanya, Zairul Nahar Zakaria.
Hakim kemudiannya membenarkan Irwan dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Penasihat Kumpulan Red Berry Media, Datuk Ahiruddin Atan yang juga dikenali dengan nama Rocky bertindak sebagai penjaminnya.
Hayatul kemudian menetapkan 24 November ini sebagai tarikh sebutan.
Hidup Seorang Blogger ni memang macam-macam cabaran. Ada cabaran yang datang atas kehendak kita sendiri, ada juga yang datang tanpa diundang. Tidak kurang juga yang disebabkan oleh kedua-duanya sekali. Macam dalam kes sekarang ni, punca perkara ni berlaku daripada kedua-duanya.
Apapun, sekali lagi entri ni sekadar untuk ingatan diri sendiri. Kenalah hati-hati ketika mengeluarkan suatu kenyataan yang berbentuk fakta tanpa rujukan. Tak hati-hati, macam ni lah jadinya. Ni kes “Gurau”, kalau kes maki-hamun, silap-silap denda berjuta-juta.
Sumber gambar dan berita: Malaysiakini.com.
Penafian: Artikel ini dipetik daripada berita. Penulis blog ini beranggapan tertuduh masih dianggap tidak bersalah selagi hukuman belum diputuskan.



{ 23 comments… read them below or add one }
takde kebebasan jugak la kiranya untuk kita bersuara….
nak tak nak terpaksa pendam perasaan….
ain recently posted..Makan Sahur
terketar2 nak taip komen kat sini..

serol recently posted..Daripada DIA kita datang dan kepada Nya kita kembali
wah, tak pasal2 dah hilang RM4k…
etomyam recently posted..August Review- 20 Blogger Paling Steady
itu 4k baru. kalau kalah kes ntah brapa lak terbang hanya kerana menulis sesuatu yang palsu. menulis tentang fakta palsu bukanla kebebasan menulis. kesianya.. dahla nama skodeng. adoi kesian sungguh.
Anwar Osman recently posted..KIS 2011 Price Drop Announcement
Lawak makan tuan…
fawzan recently posted..And I’m Frustrated With Marion Caunter
kerana jari badan binasa .. kene berhati mulai sekarang ..
L@n@ recently posted..Salam Kemerdekaan
bahaya juga klau tersilap komen makan diri
p/s : harap tuan rumah maafkan saya jika ada tersalah komen di blog saudara
mak aiiii..50k kalau sabit tuduhan… fuiyooooo tak pasal-pasal carik pasal.
Samdaddycool recently posted..Panduan untuk mengelakkan sikap takbur
kita ni sebenarnya “bebas dalam penjara”. nampak bebas nak menulis apa sahaja di dalam blog, tapi sebenarnya sentiasa terpenjara dengan diperhatikan SKMM.. hehe
mrnamie recently posted..Hampir seharian di Batu Pahat
perrhhh.. dah bole buat deposit rumah semi-d tu
che armster recently posted..Mat Report
nama dia glamer tull..huhuhu
Sir Marcello recently posted..Menulis Kad Raya
salam semua, dlm kes ni anggaplah ia sbg pengajaran kpd kita
kesiannya dia… kita ni blogger kena bhati2 sikit nak tulis ape2 benda sekalipun… bila tulis, cuba kawal emosi.
Amir recently posted..Gambar Kes Buang Bayi Di Seksyen 13- Shah Alam
anggaplah ianya sebagai pengajaran buat kita…aku tak kisah sangat sebab blog aku akn tutup 15 hb ni hoho
ishak recently posted..free download aleo flash intro banner maker
hmm mesti hati2x ni nak tulis..
jawatan kosong recently posted..The Royale Bintang Kuala Lumpur Jobs as Hotel Trainees
Silap komen boleh terima padahnya~
hafidz recently posted..Satu September 2010
bahayanya… kebebasan untuk berblog macam semakin sempit jer sekarang nie…
zik recently posted..Semarakkan ibadah pada 10 akhir ramadhan
kesian dia
tak pasal2 kena dakwa
…kadang2 aku risau juga nak tulis pantun, takut nanti ada yang terasa
tehr recently posted..Belajar Menulis Pantun – Bahagian Kedua
ermm kena berhati-hati apabila menulis di blog lepas ni
wazy recently posted..Koleksi MP3 Lagu Raya
kesian…niat bergurau tapi kena saman. Bagaimanapun mmg kena rasional bila nak keluarkan tajuk camtu. Sebab macam memburukkan nama tnb. tu yg kena saman tu
dedoku recently posted..Fungsi Baru Priority Inbox Dalam Gmail
hmm !!! kena berhati hati kalau mengeluarkan kenyataan dan cerita, jangan sampai ada yang saman pulak nanti !!!!
bujang3 recently posted..MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!
Nak kena hati2 macamni…x boleh ikut sedap jari je time nak mengomen..
hanif recently posted..I’m Not Feeling Lucky
Kita adalah apa yang kita tulis.
Menulis di alam Internet ni tak semestinya kita alpha dan buat-buat lupa yang kita perlu bertanggungjawab di atas apa yang kita tulis.
zezebel recently posted..Ramadhan this year 2010