Blogger Jangan Lakukan 10 Perkara Ini

Menjadi seorang blogger bukan sekadar menulis artikel di blognya. Dalam masa yang sama kita juga perlu melalui satu proses pembelajaran. Bermula daripada pembelajaran asas seperti membuat perenggan dan penjajaran penulisan hinggalah belajar menghasilkan artikel yang berkualiti, mempraktik teknik SEO dan mengubahsuai template blog. Ringkasnya, proses pembelajaran itu berlaku sepanjang masa tidak kira anda seorang blogger baru atau blogger lama.

Jadi kali ini saya berkongsi sesuatu yang mungkin boleh dijadikan panduan dalam proses pembelajaran berkenaan. Perkataan JANGAN digunakan kerana mengambil kira, “Mencegah lebih baik daripada mengubati”. Perkara yang dinyatakan adalah secara umum dan susunan tidak dibuat mengikut mana yang lebih penting.

1.  Jangan malu untuk bertanya
Selalulah bersikap positif untuk memperbaiki kekurangan. Jika ada perkara yang benar-benar anda tidak faham berkaitan dengan artikel yang ditulis atau perkara umum tentang blog tanyalah penulis atau pemilik blog berkenaan. Ada bermacam cara menyalurkan pertanyaan itu sama ada melalui ruangan komen atau cuba hubungi mereka melalui email yang disediakan jika ia tidak patut dibincang secara terbuka. Mereka yang mempunyai ilmu pula janganlah kedekut untuk berkongsi dengan orang lain. Ilmu tidak sama seperti wang yang disimpan dalam bank. Semakin banyak anda simpan, semakin besar bunganya. Lagi berfaedah kalau ilmu dikongsikan dan disebarkan kepada orang lain.

2.  Jangan memaksa diri
Menerbitkan entri secara teratur seperti yang diamalkan oleh profesional blogger dan blogger sepenuh masa memang sangat digalakkan tetapi janganlah memaksa diri untuk menulis seperti mereka hingga sanggup menerbitkan entri tanpa tajuk! Blogger profesional/sepenuh masa jarang berhadapan masalah menguruskan blog kerana selalunya mereka memiliki jadual khusus untuk menguruskan blog. Sebahagian blog pula diuruskan oleh beberapa orang penulis jadi masing-masing boleh memberikan fokus kepada bidang masing-masing. Ini berbeza dengan penulis blog yang menjadikan aktiviti itu sebagai hobi yang kadang terpaksa menguruskan banyak perkara lain terutamanya pekerjaan atau pelajaran. Daripada buang masa memikirkan apa hendak anda tulis, lebih baik luangkan masa menguruskan aspek blog, membaca komen, membaca dan mengomen blog lain atau cuba pelawa penulis jemputan menyumbang artikel di blog anda seperti yang selalu dilakukan oleh denaihati.

3.  Jangan takut untuk memulakan perhubungan
Mungkin anda seorang yang pendiam dan segan dalam banyak perkara. Tapi kenapa harus takut dalam memulakan hubungan baik sesama blogger. Apa kata ubah sedikit sikap anda dan cuba beramah-mesra dan menjalin kerjasama dengan komuniti blogger lain. Ada banyak lagi blog di luar sana yang mungkin belum anda dilawati. Kalau menurut enjin carian, di Malaysia (Pages from Malaysia) blog yang menggunakan platform blogspot.com sahaja ada lebih kurang 9,980,000, manakala wordpress.com lebih kurang 889,000. Itu belum termasuk blog yang menggunakan domain berbayar. Walaupun ia bukanlah satu jumlah yang tepat (mungkin sebahagiannya juga sudah tidak aktif) tetapi mungkin suku daripadanya masih boleh dilawati.

4. Jangan menulis secara membabi-buta
Menulis berita panas atau melibatkan gosip tertentu memang sesuatu yang menyeronokkan. Kadang boleh menjadi suatu kebanggaan terutama jika anda merupakan orang pertama yang menyebarkan gosip panas berkenaan. Apa lagi, tentunya berduyun-duyun pelawat datang ke blog anda. Tapi adakah anda pernah menjangkakan kesan berikutnya daripada tulisan tersebut? Kalau gosip panas itu memang betul tak kisahlah sangat. Bagaimana jika apa yang anda tulis itu salah? Bersediakah anda didakwa ke mahkamah oleh individu berkenaan? Maka sebaiknya janganlah terlalu ghairah menulis cerita panas sehingga boleh menjejaskan kredibiliti anda sebagai penulis blog dan juga sampai mengaibkan orang lain. Pastikan anda menulis fakta yang tepat dengan cara buat rujukan atau pembacaan terlebih dahulu.

5. Jangan terlalu cepat menjatuhkan hukuman
Bagaimana pula jika anda mendapat cerita hangat daripada portal berita? Sebagai contoh, anda membaca tentang seorang guru disiplin dituduh mencabul pelajarnya. Anda berkongsi berita tersebut di blog dan menyatakan betapa geramnya anda tentang cikgu berkenaan hingga keluar ayat-ayat yang keterlaluan. Hey hello.. itu sudah menghukum namanya. Kalau anda benar-benar pasti atau punya bukti lengkap tentang tuduhan berkenaan baguslah sebab anda boleh menawarkan diri jadi saksi dalam perbicaraan nanti. Tapi kalau setakat mengetahui hal tersebut di berita, ada baiknya buat penafian yang artikel anda bukan untuk menghukum tetapi sekadar menjadikan kisah tersebut sebagai ingatan dan pengajaran.

blogger

6.  Jangan takut untuk mempelbagaikan topik
Topik atau fokus penulisan selalunya bergantung kepada pembaca. Sebab itu ada perkara yang kita tulis sangat menarik kepada sesetengah orang tetapi amat menjengkelkan bagi orang lain. Sebagai contoh, jika anda menulis tentang Akademi Fantasia, tentunya ada sebahagian blogger tidak tidak tertarik dengan penulisan tersebut, tetapi ia tetap menjadi tarikan pembaca di luar sana. Sebaliknya jika saya tulis tentang SEO, PageRank atau tips mendapatkan Buffered Earning daripada Nuffnang, mungkin hanya blogger sahaja yang mahu membacanya. Jadi jangan takut untuk menulis pelbagai topik di blog masing-masing. Lebih banyak topik yang kita tulis, lebih ramai yang akan mendapat manfaat. Anda pun dapat pulangan juga kan?

7.  Jangan rumitkan keadaan
Mungkin kita pernah menulis tentang sesuatu atau seseorang. Secara tidak sengaja kita tersilap pada mana-mana bahagian sehingga menyebabkan mereka tersinggung atau memberikan kesan yang lebih besar seperti mengaibkan individu berkenaan. Jika berlaku keadaan seperti ini, segeralah menarik balik kenyataan tersebut. Tidak kira dengan apa cara sama ada dengan memadam artikel berkenaan atau membuat kenyataan memohon maaf. Jangan cuba menegakkan benang yang basah atau “besar kepala” tidak mengakui kesilapan. Sikap sebegini bukan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan merumitkan lagi keadaan.  Lagipun belum ada tercatat dalam peradaban manusia yang martabatnya akan jatuh jika meminta maaf.

8. Jangan abaikan kritikan
Mungkin anda pernah membaca kritikan di mana-mana blog yang secara langsung (walaupun tidak dinyatakan) ia sebenarnya ditujukan kepada anda. Anda faham maksud penulis tapi dalam fikiran anda: “Alahh.. aku tak kisah pun“. “Blog aku.. aku punya suka“. Kalau itulah fikiran anda, cepat-cepatlah buang kerana ada sesetengah perkara di dunia ini yang kita tidak nampak tapi orang lain nampak. Jadi cubalah meluangkan sedikit masa memikirkan kritikan tersebut, memperincikan poin yang mereka perkatakan dan usahakan untuk memperbaikinya. Mereka mengkritik bukan bermaksud mereka sempurna tapi sekadar memberi ingatan untuk kebaikan. Tapi janganlah pula sampai tidak tidur malam memikirkan kritikan orang lain. Yang penting bijak menilai mana kritikan yang boleh diberi perhatian dan mana tidak.

9.  Jangan terlalu prejudis terhadap blogger lain
Secara spesifiknya (préjudis) adalah bermaksud rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb. Sedar tidak sedar dalam komuniti blog pun sikap ini kadang-kala wujud juga. Ada sesetengah blogger memiliki rasa tidak suka kepada blogger sana tanpa sebarang sebab yang munasabah. Sebahagiannya pula terlalu menyokong blogger sini walaupun tahu ada perkara yang bertentangan. Misalnya kita baca tulisan di Blog A mengatakan Blog B telah melakukan sesuatu yang melanggar etika blog. Tanpa usul-periksa atau mengetahui kisah sebenarnya anda menyokong kenyataan Blog A. Malah siap memberikan kutukan bertubi-tubi kepada Blog B padahal anda langsung tidak terlibat dalam situasi berkenaan. Maka di sinilah jelas telah timbul sikap prejudis dalam diri anda. Apapun, saya tidak katakan yang bersikap prejudis itu 100% salah. kerana dalam sesetengah keadaan ianya masih lagi diperlukan.

10.  Jangan Abaikan SEO
Blogger profesional kadang menghabiskan masa agak lama untuk mengkaji SEO blog masing-masing. Ada yang menggunakan keyword tools, SEO Doctor, Website Analysis dan sebagainya semata-mata bagi memastikan setiap artikel yan dihasilkan mesra enjin carian. Semua itu dilakukan bagi memastikan setiap artikel yang mereka hasilkan mendapat tempat yang baik di enjin carian jadi mudahlah untuk mendapat trafik organik dari pengunjung yang mencari berbagai kata kunci. Cuma seperkara yang ingin saya kongsikan, menarik trafik organik biarlah dilakukan secara beretika. Tidak menjadi kesalahan jika anda memasukkan banyak kata kunci menarik, cuma jangan menipu pencari maklumat dengan kata kunci atau tag yang langsung tiada kaitan dengan artikel. Kalau membincangkan pasal SEO tentulah tidak akan habis dalam artikel ini, jadi luangkanlah sedikit masa untuk mengimbas dan membaca semula artikel dalam kategori SEO|PageRank di blog ini.

Artikel ini sebenarnya saya dedikasikan untuk diri sendiri bertujuan untuk memberikan semangat serta memperbaiki mana-mana yang perlu. Sebahagian perkara itu memang bersangkut paut dengan diri saya sendiri, sebahagian lagi diadaptasi daripada pengalaman. Apapun, jika artikel ini berguna kepada blogger lain, alhamdulillah.

Please like & share:

Comments

  1. anajoe says

    entri ni mmg beri makna mendalam bt newbie cm sy..

    spya nnt tak ter’overdose’ plak dlm blogging. tanx bro.

    insyaAllah nasihat n akn dpraktikkan pd ms akn dtg..

  2. says

    As salam…
    Bagus entry ni utk dijadikan panduan dlm menulis blog. Saya tak pandai nak cari keyword sbb tu apa yg ditulis hanya melalui pengalaman seharian tp skrg ni lebih tumpukan pada SEO blog sbb ianya penting. Terlalu byk ilmu SEO ni, baru belajar sikit2.

    • kulanz says

      Salam,
      setiap apa yang kita tulis akan menjadi keyword di enjin carian.. dan keywords terbaik adalah yang muncul di enjin carian berdasarkan apa yang kita tulis dan bukannya berdasarkan tag yang dimasukkan dengan banyak walaupun tak berkaitan..
      ilmu SEO memang dinamik, sentiasa berkembang.. memang banyak yg perlu kita pelajari :)

  3. says

    Bab yang prejudis tu yang saya sedih…, ramai yang bertanya di dalam blog mereka “anda bangsa apa?”. Soalan begitu sudah pasti seolah-olah menutup ruangan perhubungan sesama blogger. Ada yang tidak endah kepada kita apabila mengetahui kita bukan sebangsa dengannya. Susah nak jumpa blogger melayu di dalam kalangan blogger cina dan sebaliknya. Seolah-olah bangsa memainkan peranan di dalam hubungan sesama blogger. Kami pernah ditanya, “buat apa nak buat post pasal hari raya cina? biar dorang saja buat post mereka”. Susah jika sikap perkauman terlalu menebal.

    • etomyam says

      setuju sekali, apa ke hal sibuk tanya bangsa pulak, bukan nak isi borang apa-apa pun kan.. huhu. Tapi pasa saya yg bertanya soalan gitu pasal dia orang belum exposed sepenuhnya dengan kepelbagaian kaum dalam negara ni, dengan kata lain, masih belum sempat baca la tu kot huhu :D

      • says

        bro etomyam.
        Masalahnya blogger tu dah kira blogger otai. Tapi ramai follower dia pun saya tengok macam tu. Saya dah kurang nak jejak kaki kat sana. Sebab secara peribadi, saya memang tak suka Malaysian yang pilih bangsa macam ni.

        • kulanz says

          macam sesetengah parti politik pulak dah.. nak join kena satu bangsa..
          tapi tu perkara biasa dalam dunia blogging ni.. aku pun pernah juga jumpa blogger macam tu.. nak respon komen pun dia pilih komen kawan2 dia saja.. yg lain dia tak respon seolah2 macam menidakkan kehadiran kita di blog nya.. apapun tak kisahlah.. dia dengan group dia berapa ramailah sangat kalau di banding dengan bilangan blog yang ada di dunia maya ni..

          • says

            Macam2 perangai juga blogger ni yer…isk3…biarkanlah dia…byk lagi blog lain yg boleh kita panjang silaturrahim..contohnya blog saudara kulanz ni…mesra sokmo :D

  4. says

    11. jangan menyepam..hehe
    menarik bro, saya dulu2 memang suka sangat tanya dan tanya
    sampai sekarang masih nak bertanya, malu bertanya sesat jalan.
    jadi setiap perkara yang kita buat mesti ada hikmah disebalik semua ni..

    • says

      samalah kita bro..bljar ..dan bljar tanpa jemu heee

      p/s:msh terkial2 dah elok dok study nak buat baner, watermark dll line tak tak clear pulak kt umh, pjbat. anak plk kacau last2 smu tertangguh..tapi masa rehat bljar bodek semula ..huu

        • kulanz says

          @tehr… akupun sama bro.. sedar juga kadang aku masukkan tag yang tak kuran berkaitan.. nak kena baiki juga ni..

          @suri.. betul macam bro Mus kata.. kita boleh buat pelan2.. trial n error :)

  5. says

    Menarik post ni. Buat saya tersedar terutama point ke-dua. Kadang-kadang macam memaksa diri untuk buat artikel. Tapi biasanya saya takde lah keluarkan artikel TIADA TAJUK. Artikel ni pun bagus untuk orang yang baru nak masuk ke dunia blogging.

    • kulanz says

      sebenarnya kalau tulis artikel tiada tajuk pun tak lah annoying sangat.. cuma kalau ada tajuk kan lagi bagus..

  6. says

    Banyak lagi saya perlu pelajari kalau keyword dan SEO saya agak mengalah. Ramai blogger diluar sana mengambil peluang bermain keyword dan SEO tapi terlalu mainkan sangat hingga menjejas kualiti entri tidak seronok dibaca.

  7. etomyam says

    banyak pengajaran yg boleh diambil dari artikel bro ni….JANGAN berhenti bagi tips dan tutorial lagi bro hehe :D

  8. says

    no4. salam bro…memang antara entry yang mendapat tarikan adalah tentang gossip..tak berapa minat nak tulis sebabnya..yelah gossip entah benar entah tidak silap-silap dapat saham akhirat…sampai mati sahampun dok terima lagi…

  9. says

    a must read article for every blogger.

    nak komen pasal membina hubungan dengan blogger tu.
    nak bina hubungan selalu lah tegur atau komen di sesuatu blog tu.

    baru tau berjuta2 juga ye pengguna blogspot malaysia, ingat kurang 1millions.

    • kulanz says

      mmg sebelum ni akupun agak kurang berinteraksi dengan rakan lain di mana2 blog.. lepas ni memang nak buat..

      memang ada jutaan blog di malaysia ni.. nak jejak pelan2 lepas ni :)

  10. Ali ridha says

    boleh dikatakan aku ni.
    setiap hari belajar benda
    baru.kita berdiri tinggi mana
    pun.tetap kena belajar juga.
    apa kita bangga ada syarikat
    besar.jika berlagak sombong.
    orang tegur pun, buat tak peduli.

    merendah la diri dalam blogging ni.
    supaya ampa semua berjaya.hihi…

  11. says

    kalau ada apa2 masalah dalam tutorial ataupun dalam error dalam blog , insyallah boleh bantu, sila tanya di ruangan yang telah disediakan… sekian terima kasih…..

  12. says

    Salam,
    Kalau ada anugerah ‘best article of the year’ saya akan mencalonkan entri ini. Tahniah buat saudara kulansalleh kerana menulis artikel yang paling tepat untuk dijadikan panduan oleh saya dan rakan-rakan.

    Terima kasih

    Nice.. thumb up!

    • kulanz says

      Salam,
      sekadar berkongsi pengalaman dan pembelajaran.. xdalah baik sangat entri ni..
      apapun, terima kasih bro..

  13. says

    Salam bro kulanz,

    Artikel yang bro tulis sangat baik buat diri saya untuk diberikan perhatian.Semua point-point yang dikongsikan sangat relevan sekali.InsyaAllah saya akan cuba amalkan dalam penulisan seharian saya di blog.

  14. says

    First time sampai ur blog and wow penuh dgn informasi especially this article…thank you for sharing :)

    Saya masih baru dan byk yg nak kena belajar lg psl blogging nie…akan saya cuba praktikan apa yg cuba disampaikan disini.

    Jemput singgah my blog kalau sudi.

  15. says

    salam bro
    entri ni menarik sekali pada pandangan saya
    memang diakui,di dalam dunia blogging kita dapat kenal ramai kawan-kawan
    dan dari situ la mula terbit siratulrahim walaupun hanya jumpa di blog,twitter,tetapi kita boleh saling bertanya atau berbincang jika ada sesuatu topik yang musykil.Dan yang paling utama kita kena rajin saling membantu satu sama lain

  16. says

    saya setuju dengan kulanz. Tulisan saudara memang menarik. Dulu masa saya mula mula buat blog untuk suka suka sahaja. Tapi bila dah tau sikit sikit pasal SEO rasa seronok pulak. Rasa nak kembali kepada asal usul menulis dengan hati. Bukan menulis untuk mengejar trafik.

  17. says

    info yg sanagt menarik dan sangat membantu bg blogger baru msm saya=)
    cuma kurang faham sikit pasal SEO?mcm mn famouskan artikel kita kt SEO?bleh tlong explain more?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>