Bonus raya 2010, duit raya, durian runtuh atau Bantuan Khas Kewangan hari Raya. Apapun istilah yang digunakan, yang pasti pengumuman yang dibuat oleh Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini pastinya akan membuatkan kakitangan awam dan pesara rasa bersyukur dan gembira. Alhamdulillah
Bantuan Khas Kewangan hari Raya 2010 ni membolehkan lebih 1.24 juta kakitangan awam Gred 1 hingga 54 dan 590,000 pesara kerajaan akan menikmati tambahan perbelanjaan sebanyak RM500 setiap orang. Pembayaran akan dibuat sebelum menjelangnya 1 Syawal 1431.
“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini.
“Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam,” kata ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Tak lupa, sayapun nak mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan. Setidak-tidaknya kerajaan telah menunjukkan keperihatinan mereka dan secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah tetapi memiliki tanggungan yang besar.
Lepas ni bolehlah rancangan nak beli apa dengan RM500 tu… Apapun, sama-samalah kita berbelanja dengan berhemah.
Sumber berita:
Berita Harian dan Malaysiakini: Rabu, 25 ogos 2010
Kemaskini: 27 Ogos 2010
Bantuan Khas Kewangan RM500 akan mula dibayar pada 1 September 2010 untuk kakitangan awam yang masih bertugas, manakala bagi pesara pula, pembayaran akan dibuat pada 6 September (Sistem Pembayaran Bank). Bagi pesara yang dibayar melalui waran, ia akan diposkan sebelum tarikh tersebut.
Jabatan Perkhidmatan Awam memaklumkan, pegawai yang layak dibayar Bantuan Khas Kewangan adalah terdiri daripada pegawai tetap, sementara, sangkut, sambilan, contract of service, guru sandaran dan pegawai yang bercuti separuh gaji.
Selain itu, pemandu yang dilantik oleh pegawai Jawatan Utama “B” dan ke atas serta gred Khas “A” yang layak pemandu, tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya juga layak mendapat bantuan ini.
Begitu juga dengan pegawai ”contract of service” yang putus perkhidmatannya selama satu hari sebelum disambung semula perkhidmatan kontraknya.
Sumber: Utusan


{ 39 comments… read them below or add one }
Tahniah ye lanz..
boleh la bagi duit raya lebih sikit untuk anak2 tahun ni…
p/s cikmin ada email lanz..ada hal mahu tanya..

cikmin recently posted..Karipap Aiskrim
makasih cikmin, rezeki anak2 tu
alhamdullilah..akhirnya kerajaan bagi juga duit raya kepada kakitangan kerajaan…kurang sket beban nak belanja raya bro =)
betul bro.. kalau harap gaji bulan lepas je guna untuk belanja raya memang tak cukup, nasib baik ada juga bantuan kewangan ni
yeaaa.. tahniah.. boleh berbagi suka cita dengan saat hari raya..
jawatan kosong recently posted..AIMST Dental Institue Jobs Trainee Dental Surgery Assistant
aah, boleh kongsi rezeki dengan keluarga ni
syukur.. ada modal untuk raya tahun ni..
Mus recently posted..2 Design Wallpaper Kemerdekaan Yang Simple Untuk Korang Download Dengan Percuma
syukur.. besar tu nilainya
wau untungnya korang….
ishak recently posted..5 cadangan untuk elak seks luar nikah
ada rezeki lebih..
great news to all gov workers..dont forget to pay zakat=)
kewajipan tu zakat.. mesti bayar
advance duit raya untuk anak bro le..hehe..
meriah2.
thank to gov..
next time cuba minta lagi..hehe
syahrilhafiz recently posted..Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 53
memang rezeki anak2 tu..
next time minta bonus plk,
apa lagi. buat contest la. kasi2 blogger yang tak kerja ni rasa juga.

DonHa recently posted..Pentingnya strategi
hehe, idea yang bagus juga tu.. contest sempena raya
seronoknya dapat duit raya ni
hihihhi syukur alhamdulillah dpt juga bonus dan sekurang2nya ringankan beban skit
mijie recently posted..Promosi hari raya sekali seumur hidup
betul bro, raya tahun ni gaji dah bagi lama, sekurang-kurangnya dapat RM500 boleh tambah duit perbelanjaan
alhamdulillah
terima kasih bunga keladi
tehr recently posted..Teh Herba Melayu
terima kasih bunga keladi..
tahun depan bagi lagi
kalau tambah bonus lagi bagus
rezeki… alhamdulillah..
zik recently posted..Jangan lupakan mereka!
alhamdulillah..
bestlah…kami yg perivate ni jugak yg telan air liur..
trima kasih la.rezeki anak2.tp kalau yg lum etahun kerja gov dpt rm500 penuh juga ke?
kalau ikut yang lepas-lepas memang semua dapat walau x sampai setahun lagi..
syoknya dapat duit raya.. hope tahun depan dapat la lagi..hehe
Mr.Z recently posted..Sanggup Mengambil Risiko Kerana Ingin Kelihatan Cantik
nak tunggu pengumuman bonus lagi tahun ni, hehe
Alhamdullillah.
Boleh tambah duit bagi kat emak.
zezebel recently posted..My niece say smile
syukur, anak baik ni, senang hati orang tua..
Alhamdulillah krna kta msh mdpat perdana menteri yg perihatin..tapi kasihan pula pada org2 bukan bkerja di sektor krjaan sb mrka gtakan dapat tu smmua
tima kasuh atas duit raya yg dberikn,syukur….blh wat blnja raya…..
rezeki masing-masing… betul tak !!! apa pun .. rezeki lebih la raya kali niee !!!
bujang3 recently posted..Tragedi menyayat hati di bulan Ramadhan !!!
tu yg best kalo kije ngan Gov nih..elaun n bonus mcm2

Nine recently posted..SEO CONTEST Senarai Peserta Hidup Seorang Blogger
rezeki anak2 alhmadullilah
ray ban recently posted..Ray ban Classic Metal Leather
syukur… lega la sikit nafas tu…
lau yg sambilan dpt x??huhu
Kami yg keja swasta ni juga yg putih mata tengok orang dpt bonus raya….
Dah lah tak de kenaikan gaji 2010 bonus jgn lah nak mimpi lebih2……
Dude you are a god. Superb article