Home >> Semasa >> Bonus Raya 2013 Sebulan Gaji dan Bantuan Kewangan RM500

Sebelum ini heboh orang sebarkan kononnya kerajaan telahpun mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada semua penjawat awam dan bantuan kewangan kepada pesara sempena Hari Raya tahun 2013. Bagaimanapun kehangatan bonus raya semakin tenggelam setelah ramai mengetahui ia adalah berita palsu.

Bagimanapun saya yakin setiap penjawat awam masih berharap adanya pengumuman daripada kerajaan berkenaan bonus tahun Raya ini.

Hari ini, ada dua pengumuman dibuat berkenaan dengan bonus raya. Pertama, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan bonus sebulan gaji kepada 21,776 penjawat awam negeri Selangor sempena Aidilfitri tahun ini. Pemberian bonus ini akan diberikan kepada kakitangan tetap, kontrak dan sambilan dan akan dibayar selewat-lewatnya hujung bulan Julai. Dimaklumkan juga, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada penjawat awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi (bonus) setengah bulan gaji kepada penjawat awam di negeri Selangor. Malangnya perkara ini berkemungkinan tidak akan berlaku kerana….

Perdana menteri Malaysia juga telah mengumumkan pada kali ini tiada bonus Raya untuk penjawat awam seluruh Malaysia. Bagaimanapun, bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 tetap diberikan sebagai persiapan hari raya. Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 diberikan kepada semua penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Selain itu, Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 juga turut diberikan kepada kepada 660,000 pesara kerajaan. Pembayaran bagi kedua-dua bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Agak beruntung penjawat-penjawat awam di negeri Selangor. Apapun, diharap tidak ada sesiapapun yang akan mempertikaikan pemberian bonus dan bantuan kewangan tersebut kerana semuanya adalah rezeki masing-masing. Kita patut bersyukur dengan apa yang diberikan kerajaan sekarang ini. Apa yang lebih penting, diharap semua boleh berbelanja dengan berhemah untuk persiapan hari raya nanti.

Bantuan Khas Kewangan 2013


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 25 comments… read them below or add one }

1 sharinginfoz July 24, 2013 at 8:18 pm

oklah juga dapat RM500
sharinginfoz recently posted..Bantuan Hari Raya 2013 RM500 Kepada Penjawat Awam RM250 PesaraMy Profile

Reply

2 Miswan Yahya July 24, 2013 at 9:14 pm

Syukur dgn pemberian kerajaan ini

Reply

3 anizah July 24, 2013 at 9:44 pm

terima apa y ada adalah lebih baik..selebihnya kita boleh cari sendiri,tiada bonus pn kita mc boleh teruskan hidup.

Reply

4 Mus July 24, 2013 at 10:28 pm

dpt juga tampung belanja balik kampung ni..
Mus recently posted..Wordless Wednesday : Gambar Bulan Penuh Bulan PuasaMy Profile

Reply

5 akubiomed July 25, 2013 at 12:21 am

Katanya khabar angin. Mana satu ang betul?

Reply

6 Adzy74 July 25, 2013 at 7:20 am

Bersyukurla, dapat juga. Dapatla ni mbeli bunga api.

Reply

7 TehR July 26, 2013 at 12:56 am

kerajaan negeri selangor nampak lebih mampu ni, bro
TehR recently posted..Bantuan Khas Kewangan Dan Bonus RayaMy Profile

Reply

8 Amir Said July 27, 2013 at 6:22 pm

Untunglah penjawat awam kat Selangor. hehe.
Amir Said recently posted..Cuti-cuti di Korea (Part 2)My Profile

Reply

9 encik bakul July 28, 2013 at 8:57 am

bagus apa. lebih baik dapat dari tak dapat kan.
encik bakul recently posted..Bayaran komisen ke 45 dari Jobdirumah.My Profile

Reply

10 abangiz August 6, 2013 at 8:48 am

Seronok betul orang kerja kerajaan kali ni, raya sakan la…
abangiz recently posted..4 tricks that you can use while you’re on the internetMy Profile

Reply

11 master slave August 6, 2013 at 3:41 pm

alhamdulillah..rezeki anak dan isteri beraya tahun ni
master slave recently posted..Cara Optimize Gambar Dalam BlogMy Profile

Reply

12 Arieon August 7, 2013 at 8:22 am

dapat sikit pun syukurla… daripada tak dapat langsung… hehehe..
Arieon recently posted..Semakan Kemasukan Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah 2013/2014My Profile

Reply

13 blackrosehunter August 12, 2013 at 10:33 am

hari ni semua dah start kerja balik dah kan?hehe
blackrosehunter recently posted..5 Tips Untuk Mendapatkan Tidur yang BerkualitiMy Profile

Reply

14 yusri August 19, 2013 at 11:05 pm

Bestnyee dapat bonus kpd mereka2 yang dapat.

Reply

15 Online Tips Info August 24, 2013 at 9:59 pm

Alhamdulillah ..tupun org bagi juga…bersyukur dengan pemberian…semoga kita semua dimurahkan rezeki…insyaAllah

Reply

16 krole August 25, 2013 at 11:48 am

tahniah kpd yang dpt…tp utk pekerja kerajaan negeri sabah…langsung nda dpt…padahal sda kena kasi menang adui…sabar sajala~
krole recently posted..Aku Suka DigiMy Profile

Reply

17 Arieon October 22, 2013 at 10:24 am

Harap-harap ada lagi bonus akhir tahun nanti…
Arieon recently posted..Takwim Cuti Sekolah Malaysia 2014My Profile

Reply

18 pahan October 24, 2013 at 8:55 pm

habis la.hehe
pahan recently posted..Semua yang kau perlu tahu tentang Rutin BloggerMy Profile

Reply

19 annassul November 16, 2013 at 12:54 am

bonus untuk guru Kafa tak pernah pun kerajaan bagi..kesian dengan diorang..
annassul recently posted..Mandi Berbogel Dikhalayak Ramai Untuk Promosi Sabun MandiMy Profile

Reply

20 Saman Buang November 23, 2013 at 1:20 pm

Alhamdulilah,
tak dapat banyak sikit pon jadilah.
Terima kasih Datuk Seri Najib =)

Reply

21 nani394 January 3, 2014 at 10:43 am

Informasinya menarik sekali, terimakasih
nani394 recently posted..Agen Ace Maxs MalangMy Profile

Reply

22 Arieon January 8, 2014 at 3:47 pm

agak lama dah awak tak update blog… ternanti-nanti juga saya update terbaru…
Arieon recently posted..Teknik jana pendapatan jual nama domainMy Profile

Reply

23 bungkilan January 29, 2014 at 7:10 am

harap-harap 2014 ini ada bonus lagi…
bungkilan recently posted..Say no to drugs funny video advertMy Profile

Reply

24 jamal March 7, 2014 at 12:17 am

alhamdulillah dapat jg,, saya kerja dgn kompeni sdn bhd .. dapat le rm200

Reply

25 hanari March 20, 2014 at 1:49 pm

Jika memang benar-benar dapat bonus sungguh amatlah senang tuh, lumayan untuk bekanja kue-kue dan baju hari raya.
hanari recently posted..Gangguan Anak HiperaktifMy Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

leaderboard denaihati Banner