≡ Menu

Buang “Broken Link” di Blog

broken-link-checker-618x188

Kali ni saya nak kongsikan satu lagi cara untuk tingkatkan SEO (search engine optimization), SERP (Search Engine Resuts Page) dan juga pagerank blog. Bagaimanapun saya tidak akan menjelaskan panjang lebar definisi SEO/SERP dan juga pagerank sebab rasanya kebanyakan pemilik blog sudahpun mengetahui sedikit sebanyak pasal SEO, SERP dan pagerank tu. Tambahan pula saya tidaklah pakar sangat dalam hal-hal tu. Tips ni adalah berdasarkan apa yang saya amalkan selama ni, iaitu membuang pautan yang tidak sah (broken link).

Apa itu broken link?
Broken link atau pautan rosak/mati adalah pautan atau direktori yang tidak dapat dicapai, sama ada termasuk dalam kategori: HTTP 403 – Forbidden, HTTP 404 – Not Found HTTP 500 – Internal Server Error, Network – DNS Lookup Error dan lain-lain.

Bagaimana mengesan broken link di blog kita?
Kalau rajin, anda boleh periksa setiap link yang ada di blog satu persatu (larat?). Untuk lebih mudah, bagi pengguna wordpress selfhosting, anda boleh menggunakan plugin Broken Link Checker. Manakala bagi pengguna Blogspot, boleh gunakan khidmat Google Webmaster Tools (WordPress pun digalakkan guna google webmaster tools  juga).

Paparan menggunakan plugin Broken Link Checker pada WordPress

Paparan Google Webmaster Tools

Bagaimana membuang broken link di blog kita?
Bagi yang memilih untuk menggunakan Broken Link Checker tu, boleh pilih opsyen unlink (warna merah dalam gambar) atau pilih menu Edit di bawah tajuk Entri dan padam terus link berkenaan. Manakala yang menggunakan Google Webmaster Tools, klik menu Crawler access di bawah Site configuration. Kemudian Remove URL (rujuk gambar di bawah).

Apabila paparan kelihatan, klik butang New removal request. Satu box akan kelihatan dan paste-kan URL yang rosak tu (ada tertera perkataan: Enter the URL that you’d like to remove (case-sensitive)). Boleh juga masukkan lebih daripada 1 URL dengan meletakkan koma selepas URL pertama (separate by comma). Klik butang Continue setelah selesai memasukkan URL. Anda akan dibawa ke paparan seperti berikut:

untuk reason tu biarkan seperti paparan di atas dan tick pada kotak The page returns a 404/410… Setelah itu klik Submint Request. URL tadi akan dipadam dalam tempoh tertentu.

Penting sangatkah membuang broken link daripada blog?
Sebelum ini saya banyak membaca tips-tips berkaitan blog, termasuklah SEO, SERP dan pagerank. Antara aspek yang diberi penekanan oleh Google dalam penentuan pagerank adalah inbound dan juga outbound link. Google juga menentukan SERP  dan pagerank berdasarkan valid link atau pautan yang sah. Maknanya apabila semua link di blog kita adalah sah, ia akan meningkatkan kepercayaan Googlebot  terhadap blog kita dan ini akan memberi peluang untuk naikkan pagerank blog kita, sebaliknya jika banyak link yang tidak sah, berkemungkinan blog kita sendiri akan dilabel sebagai spammer dan boleh menjatuhkan pagerank dan entri kita ditendang jauh oleh enjin carian google. Lebih kurang macam tu lah ikut kefahaman saya sendiri.

Itu saja untuk kali ni, InsyaAllah jika ada kelapangan menulis, nanti boleh juga kongsikan cara untuk naikkan semula ranking entri yang dah dilabel sebagai spammer.

About the author: Kulanzsalleh

{ 64 comments… add one }

  • wazy May 28, 2010, 9:11 pm

    Nak install balik broken link checker ni,memang banyak kelebihan dia
    .-= wazy´s last blog ..Permainan Sambung Ayat =-.

    • kulanz May 28, 2010, 10:31 pm

      aah, bnyk manfaat juga plugin tu bro.. senang nak check dan buang broken link..

  • cikmin May 28, 2010, 10:58 pm

    makasih share..baru ni cikmin.com ada dapat google autority..ada la 4 hari kot..then tengok dah takde..sebabnya bila cikmin klik pautan tu..keluar broken link tu la..nak install la plug in ni.. :P

    • kulanz May 28, 2010, 11:16 pm

      tu lah, penting sebenarnya buang link yg tak berfungsi ni utk elakkan authority jatuh.. tapi sayapun tak habis lagi buang semua link tu.. penat, hehe

      • cikmin May 28, 2010, 11:23 pm

        lanz..kalau kat webmaster..cikmin tak jumpa pulak remove link tu..puas dah ku telek2 ni..
        .-= cikmin´s last blog ..Saya Bakal Pengedar Psst!..Psst! MJ =-.

        • kulanz May 28, 2010, 11:48 pm

          eh, biar betul, hehe.. ada tu..
          tengok di Menu Site Configuration, pastu klik menu Crawler Acccess. Kemudian tengok sebelah kanan, ada tulis Test Robots.txt, Generate Robots.txt, Remove URL. Klik Remove URL ni, pastu boleh klik + New Removal Request. Baru masukkan broken link yang nak dibuang tu… harap cikmin dapat jumpa

  • Anarm May 28, 2010, 11:46 pm

    cayalahh.. blog aku banyak broken link.. bleh la pkai plugin ni.. TQ.. TQ..
    .-= Anarm´s last blog ..Kenapa manusia suka menzalimi haiwan? =-.

    • kulanz May 29, 2010, 12:53 am

      sekadar berkongsi bro.. sebelum ni guna google webmaster utk remove broken link tu.. tapi penat sbb kena masukkn URL satu2.. guna plugin tu rasanya lagi senang..

  • Wan Perlis May 29, 2010, 12:02 am

    thanks brader dgn perkongsian ni
    domain baru berusia 3bulan.hehe
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Kenapa Youtube video streaming slow ? =-.

    • kulanz May 29, 2010, 1:13 am

      u’r welcome bro.. sekadar berkongsi mana yang perlu..

  • tehr May 29, 2010, 12:33 am

    walau pun dah lama buat blog tapi belum pernah pula guna webmaster tools – rupanya ada banyak faedah di situ

    …terima kasih ya
    .-= tehr´s last blog ..Haram Boleh Jadi Halal? =-.

    • kulanz May 29, 2010, 5:32 am

      Memang banyak guna webmaster tools tu.. try lah guna

  • AyieBlog May 29, 2010, 12:51 am

    salam,thank q bro kulanz berkongsian ilmu yang berguna.. kan ayie nak testlah,maklumlah asyik tukar domain.. nak try check banyak tak broken link :)
    .-= AyieBlog´s last blog ..Domain+hosting+theme baru.. =-.

    • kulanz May 29, 2010, 5:34 am

      betul tu, URL blog bro bnyk kali tukar.. dapat kesan juga yg URL blog lama bro dah jadi broken link :D

  • x-po May 29, 2010, 3:27 am

    utk blogspot mmg leh pakai gak ek bro? konpem?

    • kulanz May 29, 2010, 5:36 am

      kalau webmaster tools tu mmg apa2 jenis blog/web bole guna.. tapi kalau plugin broken link checker tu mmg x bole, hehe

  • Mus DK May 29, 2010, 6:43 am

    nampaknya bro.. blog lama aku my mustaffa tu masuk broken link jugaklah kerana masih dlm proses migrasi..
    .-= Mus DK´s last blog ..Petua Hilangkan Bau Busuk Di Dalam Peti Sejuk =-.

    • kulanz May 31, 2010, 1:10 am

      aah, bnyk kali try masuk blog tu tapi tak dapat juga.. masalah hosting ke bro?

  • etomyam May 29, 2010, 12:04 pm

    tips yang bagus ni, sedang giat mencuci broken link sekarang ni :D
    .-= etomyam´s last blog ..Softlaunching domain baru http://www.reviewed2u.net =-.

    • kulanz May 31, 2010, 1:10 am

      samalah bro, aku pun tak habis buang lagi.. masih banyak broken link..

  • apiih May 29, 2010, 3:05 pm

    aku dah instal plugin nih..memang memudahkan kije aku..huhuhu
    .-= apiih´s last blog ..~Apiih~ Chat Blog =-.

    • kulanz May 31, 2010, 1:11 am

      plugin penting ni bro.. memang memudahkan kerja

  • zik May 30, 2010, 9:58 am

    wah bagus nie… rasanya banyak broken link nie..sebab hari tuh tukar permalink…
    .-= zik´s last blog ..Apple Ipad =-.

    • kulanz May 31, 2010, 1:14 am

      kalau tukar permalink baik guna google webmaster tools bro.. sbb yg tu lagi cepat google remove broken link kita dari search engine

  • Mr.Bintang May 30, 2010, 11:52 am

    nak cuba juga.. tp aku still x paham mcm mana proses membuang tu berjalan erk? hehehe..

    • kulanz May 31, 2010, 1:29 am

      hehe, sori bro, mmg aku xda bagi details cara utk buang broken link tu.. tapi klu nak guna google webmaster tools, aku dah bagi sedikit penjelasan utk respon pada komen cikmin atas tu.

      kalau nak guna Broken Link Checker tu, Login di dashboard, pastu pilih menu Broken Link di bawah Tools. Nanti boleh nampak Source, Link text dan URL. Bawah URL tu ada menu Unlink, so boleh klik untuk unlink broken link/URL tu. Kalau nak delete link cara manualpun boleh, klik menu edit link, padam URL tu dan save.

  • kulanz May 31, 2010, 1:11 am

    sama-sama bro,
    berkongsi mana yang patut

  • kulanz May 31, 2010, 1:12 am

    welcome bro..
    bagusnya 1 je broken link..

  • kulanz May 31, 2010, 1:13 am

    banyak jgk faktor lain yg menentukan pagerank dan serp ni.. tapi salah satunya valid link di blog kita.. sbb tu kena sentiasa utk minimumkan invalid link ni..

    • Amir June 1, 2010, 11:27 am

      lepas pasang plugin ni, 100 lebih broken links.. hehe..
      .-= Amir´s last blog ..(Terkini) Konvoi Freedom Flotilla ke Semenanjung Gaza =-.

  • rashid May 31, 2010, 7:25 am

    Tula…saya pun dah lame pasang plugin ni…memang banyak kelebihan nya, tak de la kalau orang klik pas tu not found..sakit hati jek…kalau nak link kan balik, kena lah buat secara manual..uhuk2

    • kulanz May 31, 2010, 3:17 pm

      yang link not found tu yang perlu dielak.. tu boleh jejas prestasi blog di search engine..

  • rashid May 31, 2010, 7:26 am

    Tula…saya pun dah lame pasang plugin ni…memang banyak kelebihan nya, tak de la kalau orang klik pas tu not found..sakit hati jek…kalau nak link kan balik, kena lah buat secara manual..uhuk2
    .-= rashid´s last blog ..(Bowling) Ramai Yang Tahu Tapi Tak Praktikan. =-.

  • yanmie May 31, 2010, 1:04 pm

    salam lan, baru psg plugin nie dan dh cek sekali broken link…adalah jugak bnyk broken link tp x sampai ratus dan dh di unlink kan :)

    btw thanks share plugin nie :)

    • kulanz May 31, 2010, 3:19 pm

      aku punya broken link ari tu dekat 200..
      yg selalu jadi broken link tu url dari blog kawan-kawan di komen atau kita masukkn url rujukan di entri.. kalau blog diorang dah tutup atau tukar link, link jadi invalid

      • yanmie May 31, 2010, 4:52 pm

        broken link checker tu kan dh abis buang tau, tp kt komen2 tu bnyk yg masuk broken link, x larat nk buang..kena set no follow ke kt komen??

        • kulanz May 31, 2010, 9:34 pm

          boleh juga set nofollow utk komen.. tapi sayang sebenarnya sbb komen ni pun penyumbang untuk keyword di search engine juga.. cara aku memang terpaksa edit/buang link tu satu2.. mmg bnyk, tak larat habiskn sekali.. tapi utk settle problem tu.. guna google webmaster tools utk remove broken link tu..

  • hafizmd June 1, 2010, 2:44 pm

    mmg terbaiklah bro kulanz..terima kasih..dah download dan akan install..
    .-= hafizmd´s last blog ..5 sebab kenapa 45,000 kakitangan awam tipu sijil cuti sakit =-.

    • kulanz June 1, 2010, 9:02 pm

      sekadar berkongsi bro.. harap dapat membantu

  • IZA June 1, 2010, 4:16 pm

    Salam…
    Thanks…..nk cuba la…
    .-= IZA´s last blog ..Pro Dan Kontra Read More =-.

    • IZA June 1, 2010, 4:51 pm

      Tak pandai sangat nk guna benda ni….cuma sampai ke Removing URLs je. + New Removal Request x jumpa pun……
      Generate Robot pun x ada antara dua2 benda ni….
      ke tersilap klik? Bila klik Removing URLs, ada Remove a page or site from Google’s search results je…
      tlg…..
      .-= IZA´s last blog ..Pro Dan Kontra Read More =-.

      • kulanz June 1, 2010, 9:02 pm

        Salam Iza,
        saya dah update entri di atas, sila rujuk semula.. harap dapat membantu…

        • Iza June 2, 2010, 1:40 pm

          Sebelum tu nk kena pasang meta tag dulu ke dalam kod html?
          .-= Iza´s last blog ..Pro Dan Kontra Read More =-.

          • kulanz June 2, 2010, 1:52 pm

            aah, pasang dulu meta tag tu supaya google boleh kesan/verify blog kita..

          • Iza June 2, 2010, 2:10 pm

            baru selesai pasang meta tag kat html.dah jumpa new removal request. Maaf la byk bertanya, takut sesat jln….
            “Enter the URL that you’d like to remove”
            Macam mana kita nk tau url mana yg perlu di singkirkan dan nk tau berapa byk yg perlu dibuang?
            .-= Iza´s last blog ..Pro Dan Kontra Read More =-.

            • kulanz November 23, 2010, 7:59 pm

              Maaf, terlepas pandang pertanyaan ni..
              url yang error dia tunjukkan dekat Crawl errors (gambar no 2 di atas)
              yang dipapar dekat tu memang semuanya error, (jumlah error ada ada tulis di sebelah kanan). jadi kena singkirkan semua url yang tersenarai tu

  • ray ban August 8, 2010, 7:58 pm

    nice tutorial broken link antara penyebab Web/blog tidak naik

  • jameshoza November 5, 2010, 5:27 am

    Terima kasih atas tutorial broken link.

  • Farahwahida November 23, 2010, 1:46 pm

    terima kasih untuk tips ni yer bro..mmg sy baru guna..hehe

    lagi satu nak tanya,kalau kite dah buang link dengan plugin broken link checker tu then kena buat juga ke guna google web master tu?

    • kulanz November 23, 2010, 7:52 pm

      sama-sama..

      yg tu bergantung pada keadaan juga..
      kalau dah buang guna plugin broken link checker.. try rebuild xml sitemap guna plugin sedia ada di wordpress..
      lepas tu dekat google webmaster, hanya perlu resubmit sitemap.. tunggu google crawler (biasa dalam sehari).. kalau masih ada broken link di lepas tu webmaster.. kenalah juga delete dari sana..

  • fitri November 25, 2010, 12:00 pm

    kulanz..help! hehehe..nape ek xde pulak yang crawl error..kosong je..da 2 3 bulan da guna webmaster tools ni…tapi xde pulak tunjuk error..normal ke benda ni?

    • kulanz November 25, 2010, 12:34 pm

      kalau xda error tu dah cukup bagus.. mmg tu yang kita nak..
      apapun bro try tengok dekat Site configuration > sitemaps..
      Try resubmit sitemap blog bro, lepas tu tunggu google crawl (biasa dlm sehari/bergantung pada Crawl rate) check semula Crawl errors.. kalau masih 0 juga maknanya mmg xda error lah tu.. :)

  • belalang January 10, 2011, 8:45 pm

    terima kasih…
    mmg dah lame cari mcm mana nak remove broken link…
    nanti2 nak try lah…

  • soz January 27, 2011, 1:04 am

    thanx sudi share tips ni…
    semoga terus sukses berblogging

  • matdin January 27, 2011, 7:58 pm

    tapi knape yer bila dah dibuang link kat webmaster tool tu link tu masih ada kat crawl error ek? hehe

  • Firdaus Kasim January 30, 2011, 3:10 pm

    owh baru taw.. bro sgt pakar dalam bidang blogging nie thnks yew

  • Amry March 13, 2011, 2:31 pm

    ada juga broken link pada blog saya.nak buang dulu tapi tak tahu caranya.thanx untuk tuto ni,dah buang :)

  • Amirez March 26, 2011, 12:32 am

    mungkin ni salah satu punca blog aku jatuh 1 anak tangga PR baru-baru ni. banyak sangat broken link, terutamanya gambar yg dihostkan dari image hosting percuma…

  • reezluv May 4, 2011, 12:28 pm

    tips yang amat best..terima kasih tips ni..:D

  • Jai September 20, 2011, 8:21 am

    Kenapa link dalam blog kita selalu jadi ‘Broken Link”.. Dalam blog aku ada beberapa entry jadi broken link. ENtry tu masih ada, tetapi kena pula ye termasuk dalam broken link?

  • Tahukah Anda Penyebab Broken Link pada blog? September 28, 2011, 3:56 pm

    Tahukah Anda Penyebab Broken Link pada blog? Pertanyaan sederhana untuk membahas Penyebab Broken Link atau dengan kata lain adalah Link yang Rusak, bisa juga disebut dead link. Ada beberapa yang dapat membuat link menjadi broken atau rusak. Dengan demikian link tersebut menjadi tidak valid, sehingga ketika pengunjung hendak mampir tidak menemukan artikel atau alamat tujuan dari link tersebut.

  • sensasi2020 April 5, 2013, 11:13 am

    Terima kasih bro….dah lama nak cari bagaimana nak delete broken link. Artikel anda terbaik…boleh dipratikkan utk menyelesaikan masaalah ini.