Home >> Nasional >> Bukti Komitmen Pemimpin

Bukti Komitmen Pemimpin

by kulanz on 14/08/2009 · 1 comment

Halim BidinPegawai Pelajaran Daerah Pitas, Encik Halim Bin Bidin adalah antara tetamu khas yang akan hadir untuk segmen 48 Minit Bersama Pendidik sempena Program Rekod 48 Jam Bersama DJ-DJ Utara.FM yang akan diadakan di Hotel Marudu Inn, Kota Marudu, Sabah pada 14-16 Ogos 2009. Semasa ditemui, beliau telah menyatakan persetujuan untuk sama-sama memberikan sokongan kepada program berkenaan di samping berkongsi informasi berkaitan dunia pendidikan, khususnya Pengurusan Pendidikan di Daerah Pitas.

Beliau dijadualkan hadir pada sesi temubual di Utara.FM pada 14 Ogos (Jumaat), jam 8.00 – 9.00 malam. Walaubagaimanapun, jadual tersebut adalah tertakluk kepada perubahan-perubahan semasa yang akan dimaklumkan kelak.

Refleksi:

Kesudian Encik Halim hadir dalam program temubual itu membuktikan bahawa beliau yang juga pemimpin pendidikan di Daerah Pitas begitu komited bukan sahaja dalam melaksanakan tanggungjawab mengurus pendidikan, tetapi juga perihatin terhadap pembangunan komuniti setempat.

Kata kunci artikel:

ppd pitas, portal ppd pitas, ppd pitas 2012

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 1 comment… read it below or add one }

1 tagoh June 29, 2010 at 3:14 pm

Aisay…ni bekas cikgu sy dlu ni..cikgu Halim..skrg dah jd Pegawai PPd pitas…

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: