Nampaknya kebanyakan berita online tengahari ni panas dengan kisah YB Datuk Bung Mokhtar Radin yang berpoligami tanpa kebenaran. Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan Sabah yang didapati bersalah telah dijatuhkan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, manakala isterinya Zizie Izette A Samad, seorang pelakon turut dikenakan denda sebanyak RM2,000, iaitu masing-masing RM1,000 bagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran pendaftar mengikut Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 dan kerana bersubahat poligami dengan suaminya di alamat, waktu dan tarikh yang sama. Datuk Bung Mokhtar Radin serta lima individu lain juga turut dikenakan denda sebanyak RM1,000 bagi kesalahan yang sama (bersubahat).
Datuk Bung Mokhtar Radin yang sepatutnya dikenakan hukuman penjara itu bagaimanapun diberi penangguhan oleh Mahkamah Rendah Syariah sementara rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi Syariah.
Datuk Bung Mokhtar Radin bersama isterinya Zizie Izette hadir ke mahkamah hari ini.
Berikut adalah petikan daripada Berita Harian Online:
Terdahulu, dalam penghakimannya Wan Mahyuddin berkata Bung Moktar adalah ikon masyarakat dan kesalahan yang dilakukannya itu adalah kesalahan yang berat yang sepatutnya dikenakan hukuman yang setimpal. “Kes ini mendapat liputan meluas oleh media massa dan ramai di luar sana tidak memahami konsep poligami dalam Islam, berkahwin tanpa kebenaran mahkamah, oleh itu hukuman ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai,” katanya.
Wan Mahyuddin juga menyifatkan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah adalah satu kesalahan yang serius.
Bung Moktar, 51, didakwa berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan isteri, pelakon Zizie Izette Abdul Samad, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Disember tahun lalu.
Hukuman yang setimpal patut diberikan kepada setiap pesalah tanpa mengira status mereka. Barulah keadilan dapat ditegakkan!
Sumber berita dan gambar: Berita Harian online



{ 51 comments… read them below or add one }
honeymoon dlokap, hehehe
.-= ieda al-habsyi´s last blog ..TUTORIAL : REPLY TO COMMENT =-.
begitulah nampaknya, tapi diorang dah puas honeymoon jgk tu.. sebelum kahwin lagi pun..
syok nyer datuk bung dapat rehat sebulan.. makan nasik angkat lagik.. rezeki bini gebuzz
.-= uda´s last blog ..Minum petang, tengok Tom and Jerry =-.
betul tu, boleh rehat daripada fikir masalah rakyat..
wah kena masuk lokap… bila hukuman akan dijalankan..tapi diaorang mesti merayu nie….tak tahula.. tengok mcam ne
.-= zik´s last blog ..Cara untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. =-.
memang sedang buat rayuan.. terpulanglah kpd mahkamah tinggi syariah
sangat senang hati bila keadilan tidak memilih bulu dan warna
.-= tehr´s last blog ..Pendidikan Seks Di Sekolah =-.
keadilanlah yang kita harapkan.. saya pernah kena dgn seseorang yang tak adil semasa pbicaraan..
ade duit seua jalan..
hehehe..
papepon selamat berhoneymoon di lokap..
cian Zizie
harap jadi pengajaran kpd orang lain..
macam-macam hal dunia artis ni,isk isk
.-= wazy´s last blog ..Aku Kembali =-.
betul tu bro, public icon.. mmg dapat liputan meluas..
Bnayak mata memerhatikan kes ni…harap keadilan dijalankan dengan seadil2nya!!!
.-= yas´s last blog ..Nak TamBaH TraFFic DengaN CepT???? =-.
setuju.. biar adil dalam menjatuhkan hukuman
dorang ni idola masyarakat. patutnya tunjuk teladan yg baik.
yang sepatutnya mmg macam tu.. tapi perkara dah berlaku.. cuma harap dapat jadi pengajaran kpd orang lain
Anda pasti Ahli Parlimen ini akan dikenakan hukuman penjara?? Wait & See
itu yang kita nak tunggu tu bro..
memang patutpun….kesian isteri pertama…
P/s : Jika ada kelapangan dan keluangan masa, minta tolong vote untuk
saya…mudah saya…register ruumz, log in dan tekan like..Ini link nya:
http://projectalphagroup.ruumz.com/Videos/View.aspx?id=86944
.-= eyriqazz´s last blog ..Gelora di Hati Sara 2 | Episod 1 =-.
xda masalah bro.. InsyaAllah akan vote
baru la namenye keadilan..org berpangkat pon kena hukum!~ hehehe~
.-= nanajoe´s last blog ....:: inikah sikap baik penyokong bola sepak negeri selangor? ::.. =-.
wajar buat macam tu.. baru kepercayaan masyarakat thadap institusi kehakiman tidak terjejas..
ku pon buat cite pasal bung ni gak
huhu
bnyak kontroversi yg dia telah buat dulu2
bagus juga tu bro, ni perkongsian juga..
siapalah agaknya yang bersalah?. Apapun dah selesai halal,alhamdulillah.
.-= Brother One´s last blog ..Mengapa Bung Moktar dipenjara? =-.
tak pasti siapa yg salah..
tapi saya setuju.. yang penting halal tu dah dibuat
nasib baik sebulan..kalau lebih alamatnye PRK lagi ler jawabnye..huh
.-= marki´s last blog ..Redirection ke blog baru dalam hanya 6 saat. =-.
sebulan pun, lama juga tu..
buat malu aje tempat seri. patut pun dia kena lokap, jadi yb pon bukan nak tengok nasib orang2nya di kawasan kinabatangan. kalau waktu undi baru nampak batang hidungnya.
.-= seri´s last blog ..Pantun Anak Dagang =-.
iyakan, YB tempat seri plk ni..
wakil rakyat ni lebih kurang sama je mana-mana tempat..
tempat sayapun macam tu juga diorang.. kihkihkih
apapun harap lepas ni ada perubahanlah kan
pilihanraya kecil lagi la lepas ni..haha
.-= Azizuan´s last blog ..Suratkhabar : Iklan Lebih Dari Berita =-.
kita tunggu dan lihat..
agak2 kena penjara gak tak nanti ? or bayar jer ..mesti buat rayauan kan..kalo ikut keadilan, kena bagi penjara gak buat macam hukuman terhadap rakyat biasa
kalau ikut undang-undang..
memang wajar keadilan tu ditegakkan
yg penting halal n undang2 kita nak duit je
apa nak buat kan…
dah ditetapkan undang-undang macam tu..
tapi halal dari segi hukum Allah tu yang penting..
nk poligami pon kne mintak kebenaran ker??huhu
.-= apiih´s last blog ..Final Is Coming!! =-.
dah peraturan bro..
mau tak mau kena ikut juga..
rasanya rayuan tu berjaya kot..
.-= ezany´s last blog ..Mengapa Begini Akhirnya ~ Bab 3 =-.
tak tau juga bro..
kita dengar je keputusan nanti
yb patut tunjuk contoh yg baik..ini tidak..
.-= aizuddin´s last blog ..Laman Web Untuk Hantar Sms Secara Percuma =-.
kesilapan manusia bro..
cuma kadang tu status seseorang tu yang mengikat dia macam tu
Tak ada manusia yang sempurna,. kesilapan akan lebih mengajar kita menjadi lebih matang dan tabah. Tak payah cakap orang “INI, ITU” SELIDIKLAH DIRI SENDIRI!.
kalau dalam artikel rasanya tiada mana-mana kenyataan yang boleh disifatkan sebagai kata-kata cacian atau hinaan kepada mana-mana individu.. mmg artikel ni dikongsikan sebagai ingatan kepada diri sendiri dan orang lain yang ada kesedaran..
Dr Asri ada ulas pasal ni
kenkadang undang2 ciptaan manusia tidak adil
.-= Wan Perlis´s last blog ..Facebook dan Mind Control ? =-.
Saya setuju bro..
undang-undang ni kadang hanya membebankan sesetengah pihak dan tidak pada pihak lain.. manusia juga kadang sesuka hati tak ikut undang-undang tu..
betul tu, manusia tak lepas dari kesilapan. Mestilah belajar dari kesilapan …
.-= jawatan kosong´s last blog ..Holiday Inn MELAKA Vacancy May 2010 =-.
betul tu.. kita boleh belajar dari kesilapan diri sendiri atau kesilapan orang lain
salam bro,
Dulu aku cukup respect brother “BUNG” kita ni, tiap kali parlimen bersidang, aku tunggu apa isu yang dia bawa atau nak di bahaskan.
Bukan menghalang dia atau dengki, sebagai pemimpin rakyat sepatutnya ikut undang-undang la. Bukan main langgar gitu je..nak kata apa.
Undang-undang tak mengenal siapa anda..
.-= m2g´s last blog ..KAMPUNG WIFI DILANCARKAN DI SIBU, SARAWAK =-.
Memang ada betulnya..
tindakan beliau mmg membelakangkan undang-undang sedangkan mereka inilah yang mengusul, membahas dan meluluskan undang-undang..
susah rupanya nak berpoligami..mudah2 mereka berdua bahagia..
.-= Nadri´s last blog ..Fakta Menarik Tentang Piala Dunia =-.