Kalau ada yang masih ingat lagi, sebelum ni saya ada tulis satu isu panas tentang Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin akan dipenjarakan kerana poligami tanpa kebenaran. Lama juga menanti keputusan mahkamah pasal tu. Tapi hari ni, penantian Datuk Bung Moktar Radin, Zizie Izette A Samad dan sebahagian rakyat negara ini lebih dua bulan akhirnya terjawab apabila Mahkamah Tinggi Syariah membuat keputusan menerima rayuan mereka. Datuk Bung Moktar Radin hanya dikenakan denda sebanyak RM1,000 dan jika gagal membayarnya, beliau boleh dipenjara selama 6 bulan (Saya rasa beliau takkan gagal membayar dengan jumlah denda tu).
Ada beberapa petikan daripada berita online yang sempat saya petik sebab ianya menarik perhatian saya (Petikan daripada berita mStar):
“Jika perayu dipenjarakan, ia akan mendatangkan kemudaratan kepada diri, kerjaya dan reputasinya. Perayu mempunyai tanggungjawab terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya. Secara tidak langsung boleh menyebabkan timbul masalah sosial jika perayu dipenjarakan”.
1. Mungkin alasan di atas akan digunakan oleh orang lain untuk merayu apabila melakukan kesalahan yang sama nanti
“Undang-undang digubal untuk keadilan dan bukan untuk menyulitkan perkahwinan poligami. Undang-undang digubal supaya poligami dibuat secara teratur dan matlamatnya tercapai seterusnya melahirkan zuriat yang soleh dan solehah”.
2. Itulah yang sebaiknya. Poligami ni bukan setakat undang-undang di dunia, tapi juga hukum agama. Kalau seseorang itu telah melakukan poligami mengikut hukum agama, tak salah undang-undang dunia mempertimbangkan sedikit.
“Mahkamah ingin menegaskan kepada masyarakat bahawa tidak mustahil jika hukuman penjara akan dijatuhkan sekiranya kesalahan seumpamanya dilakukan selepas ini,”
3. Penegasan/amaran telahpun diberikan. Maknanya alasan nombor 1 di atas secara automatik terbatal. Jangan jadikan reputasi dan perlu menyara keluarga sebagai alasan untuk merayu.
Apapun, kepada Datuk Bung Moktar, semoga dapat menjalankan hidup berkeluarga dengan rukun. Harap kalau nak tambah yang ketiga lagi nanti, pastikanlah mengikuti undang-undang poligami yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Syariah. Iyalah, Datuk tu jadi ikon segelintir masyarakat, tak pasal-pasal makin ramai pula yang nak ikut jejak Datuk nanti



{ 23 comments… read them below or add one }
Salam…..
Betul jgk tu.kalau kena penjara,kan lg susah…
Tp kesian kat isteri pertama….
iza recently posted..Tips Atasi Masalah Sukar Tidur
Salam,
memang akan susah keluarga YB tu kalau di penjara..
harap lepas ni dia akan berlaku adil..
yang penting ADIL
ray ban recently posted..Size guide
harap-harap akan jadi adil lepas ni
Aha!!! Mempermudahkan orang menguruskan rumah tangga kan satu kebaikan jugak.. Insyaallah…

lAl recently posted..SMS dan Wall Mesej Ramadhan- penting ka
Betul, tak salah untuk tolak-ansur untuk kebaikan.. yang penting tak langgar hukum agama
kalau dipenjara nanti prestasi kedua-dua pihak akan terjejas susah
ishak recently posted..Sinopsis sinetron cinta kirana di astro ria
memang akan jadi susah banyak pihak
Tahun ni raya kat mana dulu ? ekekeke

etomyam recently posted..Pesan Anak Di Malam Ramadan
Mestilah raya di rumah orang baru..
Bung Moktar kena berlaku adil la.. jgn lebih2kan isteri muda plak, nti kesian isteri tua.
Amir recently posted..Salam Ramadhan Al-Mubarak Daripada Saya
Betul tu.. dah diberi peluang, kenalah ‘bayar’ balik..
isteri muda dia pregnant..betul ka?

cikmin recently posted..Badak Berendam dan Juadah Berbuka Puasa
tak tahu pula.. belum baca berita pasal tu
susah ni.. kena adil dan saksama…

Mr.Z recently posted..Program Realiti Jika Rasulullah SAW Berada Di Hadapan Kita
Hmm,ok gak tu, lagipun org berpengaruh ni susah gak la nak kena tindakan rasanya, kalau rakyat biasa mmg kena dah..tahniah pada Datuk, berseri2 tgk wajah beliau ngan Datin Zizie..hehe..
Nine recently posted..Aku Syok Sendiri Lagi
Salam,
aku rasa lepas ni persoalan akan timbul apabila ada orang biasa yang berkhawin poligami tanpa kebenaran isteri pertama seperti undang2 di malaysia cuba didakwa… sudah pasti kes ini akan dirujuk dan tindakan akan susah diambil… Lebih ramailah wnita yang akan bermadu dua,tiga.. hehe
iddin recently posted..10 ARTIS HOLLYWOOD PALING HOT PAYUDARANYAHUHU
nasib baik tak kena penjara..semoga Bung berlaku adil terhadap kedua-dua isteri beliau

cikbelog recently posted..Bermula 1 Ramadhan 1431 H
tak ada ke kawan2 blogger yang nak ikut jejak langkah YB Datuk Bung?
hehehe
kesian isteri yang pertama tak dapat pulisiti pun… maklumlah yang tua lah katakan…
Mentol Bulat recently posted..Firasatku Berakhir…
Orang sabah bha ni…. Ehehehehe….
zezebel recently posted..Ikan Masin or Salted Fish
inilah realiti bila melibatkan isu Dato’ dan org yg mempunyai nama
nazra recently posted..Raya 2010 – Apa Yang Naz Rindukan
huuu.. mcm2 skrang ni hehe
diden recently posted..Fake Antivirus Rouge its not Antivirus! dan macam mana nak buang