Hujung minggu selalunya saya tidak buat apa-apa kerja di luar. Lebih suka habiskan masa melepak di tepi pantai atau taman mini depan rumah. Di sini ada beberapa kerusi dan meja yang diperbuat dairpada simen. Hasil tangan saya sendiri. Dulu rajinlah buat benda-benda macam ni sebab masa tu internet di kampung pun belum ada. Sekarang macam dah jadi malas buat pula.
Alang-alang membuang masa depan rumah, saya ambil senjata dan membidik ke arah sasaran. Ini antara yang jadi mangsa masa tu. Tapi jangan tanya saya nama-nama bunga di sini sebab saya bukan ahli botani. Yang saya tahu 2 gambar di bawah sekali memang spesis orkid dan ada satu spesis ros/mawar. Selebihnya, entahlah..
Fuhh.. lega sedikit hati tengok gambar bunga di atas tu. Terus terbantut niat nak buat demontrasi.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.










{ 38 comments… read them below or add one }
orkid kuning mmg cantik bro…sejuk mata tgk bunga2 yg sedang berkembang..
kalau tengok live lagi cantik bro..
bunga kesayangan isteri aku tu..
Cantik.. Cantik.. Cantik
Segar mata memandang.
hehehe.. boleh hilangkan stress tu
seronok ada tanaman dekat laman rumah…leh cuci mata tiap2 hari..tgk bunga..
betul, mata pun jadi bersih
wau cantiknya bunga…
sama macam ibu mifzal asyad cakap dapat cuci mata hari hari
tak xde la dapat dosa kalau cuci mata tengok perempuan seksi kan?
heheh
betul tu.. tengok bunga yang ni tak buat dosa
Rajinnya. Kalau dulu tgk mak je tanam pokok-pokok ni. Sekarang takde dah.
Tapi teringin nak tanam sayur pulak.
tanam sayur depan rumah pun elok juga tu
Fuuuuh….
Dalam rumah ada taman..,
Mesti otak pun dapat rehat tengok bunga ni.
tak semua dalam rumah.. yang lain tu tanam di halaman juga
hoho..bunga pun bercinta ye..
ya.. ada juga yang sudah kahwin tu, hahaha
Cantik dan segar je namapak, bro
Malangnya…
Taman bunga aku dah kering sekarang ni
Sedih juga nengoknya
Huhu
tempat aku sekarang ni hari-hari hujan.. tu yang segar sikit tumbuhnya..
kalau musim kering nanti alamat memang layu juga
wah…bro cantik betul bunga-bunga ni…jatuh cinta saya hihi
boleh ambik tu bro.. simpan di rumah, hehe
Hehehe…bunga dh jadi penawar demo ye bro…yg buah tu buah tometo kan? Awat nampak len mcm jerrr….
cili bulat tu bro.. tu yang nampak lain dari tomato
yang bulat tu buah tomato ke bro?
bukan tomato.. spesis cili tu
saaanteknyaaa bunga2 cinta kat sini..heee rasa2 kalau nak bercucuk tanam ni tak perlu pandai botani ka apa ka…(mungkin asas perlu tau kot) janji ada minat..konpem menjadi..ye ke?
betul tu.. kalau rajin tanam je memang jadi.. tapi kalau orang tanya nama bunga itu ini memang aku tak tau
kalau saya dah ada rumah sendiri nanti, memang nak sangat buat taman mini…nanti boleh lepak2 minum petang di taman..
memang best tu lepak petang di taman mini..
tapi kalau di kampung susah sikit.. banyak nyamuk tumpang lepak sekali
Saya teringin duduk di luar bandar. Indah pemandangan kampung yang permai. Hai bilalah agaknya dapat menikmati pemandangan indah bunga-bunga cinta..
rumah di bandar pun boleh juga buat taman mini.. tapi kawasan memang agak terhad..
sesekali boleh pegi taman bunga.. bukan saja bunga yang ditanam, bunga yang boleh jalan pun banyak
wah byk tanaman bunga d sana rasa kagum melihatn hasil tanagn org yg menjaganya
kebetulan ada masa terluang.. bolehlah lapangkan masa menjaga taman
terasa nak nnyi lagu bunga2 cinta ar plk ngheeee
boleh nyanyi tu suri
bentuk bunga pelbagai waran menarik hati, saya kt rumah tak byk tanam bunga geee mana yg senag nak jaga blh di jaga klu byk perhatain tu takut2 nnti bertahan tak lama nnti mati huhu..
bunga2 yang ada di taman ni pun semuanya jenis yang senang jaga..
Suka tengok gambar yang ditembak oleh cikgu
Cantik2 belaka.
terima kasih bro.. masih belajar lagi ambik gambar
Cantik-cantik gambar yang diambil sambil menerapkan teknik Bokeh.
apabila ku pandang bunga,ia tak kenyang di perut tapi kenyang di mata….itulah ciptaan Allah swt yang tiada tolok bandingnya.