Home >> Personal >> Cabaran Getir Ibu Bapa

Cabaran Getir Ibu Bapa

by Kulanzsalleh on April 8, 2012 · 40 comments

Malam ini dan mungkin juga satu dua hari ke hadapan saya perlu berehat. Banyak kerja yang sebelum ini dibuat oleh isteri saya kini perlu saya ambil alih setelah anak perempuan saya, Atilia yang baru menyambut ulangtahun kelahirannya yang kedua pada 30 November tahun lepas sekarang ini ditahan di wad hospital Pitas. Jari tengah tangan kirinya luka teruk.

Saya tidak tahu bagaimana berlaku sebab masa kejadian saya berada di rumah adik ipar. Kata abangnya tangan Atilia tertindih basikal yang rebah. Kalau dilihat berdasarkan kesan darah pada tempat kejadian, saya agak Atilia memasukkan jarinya di lubang pada handlebar basikal.

Atilia

Nasib baiklah saya cuma berada dalam 40 meter dari rumah. Lepas diberitahu, terus bawa Atilia ke hospital. Kalau saya tiada berhampiran rumah masa itu entahlah macam mana. Isteri saya memang cepat panik kalau berhadapan perkara macam ini, tambahan lagi kalau melibatkan Atilia. Mungkin juga dia masih trauma memikirkan keadaan Atilia yang baru saja tiga bulan lepas dihantar ke hospital lepas terkena sawan akibat demam panas.

Sampai di hospital, petugas perubatan beri rawatan sepatutnya. Balut sementara luka, kemudian buat x-ray pada tangan Atilia. Mujur tiada anggota lain yang cedera. Tapi tulang di jari yang luka memang terpisah. Perlu buat jahitan untuk cantumkan isi dan sambung semula tulang. Doktor sarankan Atilia ditahan di wad sekurang-kurangnya tiga hari untuk pemeriksaan lanjut.

Atilia

Sebenarnya dalam banyak-banyak hal, ini adalah antara perkara yang kalau boleh memang ibu bapa akan elakkan daripada berlaku. Sebab itu setiap hari saya ingatkan anak-anak, terutama yang sulung, tolong jaga adik baik-baik. Apapun kita memang tidak kemampuan untuk melawan qada dan qadar. Inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu bapa. Cuma kami berharap Atilia cepat sembuh dan biarlah ini jadi pengajaran sekali lagi buat kami supaya lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 40 comments… read them below or add one }

1 azmanisma April 9, 2012 at 12:08 am

Ya Allah kesian nya..jari tu nampak serius…dugaan bro,banyak2 berdoa…paham perasaan seorang ayah.

Reply

2 kulanz April 11, 2012 at 11:58 pm

terima kasih bro beri semangat

Reply

3 Harian Post April 9, 2012 at 12:31 am

Serius luka di jari adik Atilia. hmm sabarlah bro, doktor pun dah rawat, kami doakan moga Atilia cepat sembuh

Reply

4 kulanz April 11, 2012 at 11:59 pm

memang agak serius.. syukurlah sekarang dah beransur pulih

Reply

5 akubiomed April 9, 2012 at 12:43 am

Ya Allah serius kemalangan jari. Harap bro tabah kita tidak boleh hendak elak Qada dan Qadar didalam berjaga-jaga dan sekelip mata boleh berlaku kemalangan.

Kanak-kanak cepat penyembuhan daripada orang dewasa cuma 2-3 hari ini akan terasa bisa dan akan merenget.

Reply

6 kulanz April 12, 2012 at 12:02 am

Terima kasih bro..
kalau ikut kata doktor memang luka tak ada masalah untuk sembuh.. cuma sekarang kena duduk hospital seminggu sebab nak habiskan ubat

Reply

7 akak April 9, 2012 at 12:03 pm

Serius sungguh tu.

Reply

8 kulanz April 12, 2012 at 12:05 am

begitulah keadaaannya..

Reply

9 Malaysia Coin April 9, 2012 at 2:38 pm

Ngeri plak tengok. Harap-harap anak cepat sembuh.
kena bagi dia makan gamat supaya luka cepat sembuh.

Reply

10 kulanz April 12, 2012 at 12:08 am

insyaallah,
lepas dia keluar dari wad hospital bolehlah bagi dia gamat

Reply

11 adam narzuan April 9, 2012 at 3:11 pm

wahhh.. ngeri tengok… harap cepat sembuh…

Reply

12 kulanz April 12, 2012 at 12:09 am

harap macam tu lah.. :)

Reply

13 Shahrul April 9, 2012 at 7:02 pm

ini yang kita risau kalau anak2 bermain sesama mereka…semoga anak bro cepat sembuh

Reply

14 kulanz April 12, 2012 at 12:10 am

insyaallah,
terima kasih bro

Reply

15 puteri April 9, 2012 at 8:08 pm

aduh… teruknya, nasib baik cepat di selamatkan. sel2 jari pun masih boleh di selamatkan.. mungkin lpas ni, die xkan nakal lg. tp biasela budk2..

Reply

16 kulanz April 12, 2012 at 12:12 am

syukur juga tiada perkara lebih buruk berlaku..
harap lepas ni dia boleh faham rasa sakit

Reply

17 Amirez April 9, 2012 at 9:08 pm

ya Allah..takut pula tengok. semoga cepat sembuh. ibu bapa mana yang tak risau tengok anak cedera

Reply

18 kulanz April 12, 2012 at 12:13 am

memang risau sangat2..
tapi syukurlah juga sekarang dah beransur sembuh

Reply

19 titan April 9, 2012 at 9:14 pm

huhu..memang kena hati-hati. Malang memang tak berbau. Tapi harap anak ko akan cepat sembuh. Insya-Allah. Sama-samalah kita doakannya.

Reply

20 kulanz April 12, 2012 at 12:15 am

betul tu bro.. sekarang ni dah beransur sembuh lukanya

Reply

21 iza April 9, 2012 at 9:40 pm

Assalam..
Aduhh..
terasa sakitnya tengok luka tu…terkene pisau tajam pun terasa pedih, inikan pula jadi macam tu. Harap bersabar atas dugaan tersebut. Moga adik comel tu cepat sembuh.

Reply

22 kulanz April 12, 2012 at 12:17 am

Wassalam,
memang sakit tu.. syukurlah dia tak meraung lepas kejadian..
sekarang ni dah beransur sembuh lepas doktor jahit luka tu

Reply

23 TopiJerami90 April 10, 2012 at 12:17 am

getir la,
kita tak lepas pandang keadaan anak anak kita sebenarnya.
tapi apakan daya, kita pun ada komitmen lain.
sekadar buat termampu,
kita hanya manusia,
xmampu buat benda2 yg mustahil macam nk fokus jaga anak 24 jam.

Reply

24 kulanz April 12, 2012 at 12:13 am

budak2.. kadang lepas pandang sekejap je dah banyak benda yang dia buat..

Reply

25 abesyah April 10, 2012 at 2:40 am

smoga cpt smbuh…dn xde pew yg truk berlaku..

Reply

26 kulanz April 12, 2012 at 12:14 am

insyaallah.. syukurlah tiada yg lebih buruk berlaku

Reply

27 Mohd Isa April 10, 2012 at 12:14 pm

serius ngeri lihat jari anak bro, mudah-mudahan cepat sembuh. amin.

Reply

28 kulanz April 12, 2012 at 12:11 am

insyaallah..
terima kasih juga bro

Reply

29 tehr April 10, 2012 at 2:46 pm

Moga2 lekas sembuh
Apa yang berlaku semuanya pengajaran buat kita
Memang sentiasa ada hikmahnya

Reply

30 kulanz April 12, 2012 at 12:10 am

betul bro, besar maknanya semua ni untuk kita sebagai ibu bapa

Reply

31 Mus April 11, 2012 at 9:01 am

nampak serius bro.. takut saya kalau perkara begini berlaku kepada anak-anak kita..
semoga tabah menghadapi dugaan..

Reply

32 kulanz April 12, 2012 at 12:09 am

memang ini yang kita takutkan..
tapi kalau berlaku juga memang dugaan tu

Reply

33 yanmie April 11, 2012 at 9:20 am

Salam Lan,

Ya Allah kesiannya Atilia, moga cepat sembuh ye Atilia sayang, sedih pulak tengok muka dia :(

tulah anak-anak ni semakin nak membesar semakin banyak benda yang diorang ingin terokai, kita sebagai ibu bapa kena selalu memerhatikan mereka, tapi tulah kalau dah nak terjadi kan, kita redha dan terima seadanya, mujur juga cepat-cepat bawa ke hospital.

Kalau macam Yan ni memang jenis cepat panik macam wife Lan, syukurlah takde apa yang teruk daripada tu kan.

Moga cepat sembuh buat putri Lan :(

Reply

34 kulanz April 12, 2012 at 12:08 am

Salam Yan,
Atilia tu memang aktif sikit.. tu yang susah sikit dikawal.. nasib baiklah selain aktif, boleh tahan sakit.. dia diam saja sepanjang perjalanan ke hospital..

apapun, syukurlah juga sekarang sudah semakin baik.. tunggu habis ubat saja lepas tu boleh balik rumah dah

Reply

35 Dieyna April 11, 2012 at 10:18 am

Salam kenal.. Nampak teruk betul jari si anak tu. Harap pulih dah ye.. Baru kenal blog ni melalui Google search.. Menjadi ibu dan bapa pada zaman sekarang sangat2 mencabar.. semoga kita semua mampu mengatasi cabaran itu demi melahirkan anak yang berkualiliti…

Reply

36 kulanz April 12, 2012 at 12:05 am

Salam kenal juga..
terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen..
betul, cabaran ibu bapa memang sentiasa ada.. yang penting terus tabah

Reply

37 Jomtonton April 11, 2012 at 1:53 pm

Parah jugak jari Atilia tu, semoga cepat sembuh.
Walupun kita berhati-hati kadang-kadang perkara nak berlaku memang tak diduga.
Harap bersabar bro..

Reply

38 kulanz April 12, 2012 at 12:03 am

memang perkara tak diduga..
kejap je dia keluar rumah dah luka..

Reply

39 kulanz April 12, 2012 at 12:03 am

memang kekal tu tanda di jari buat kenangan :)

Reply

40 Hafizul April 17, 2012 at 11:04 am

Ya Allah. Kesian nye. Tak tau la perasan atalia macam mana. Sakit teramat tu..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner