Sedang saya mencari maklumat tadi, terjumpa satu artikel yang mengatakan Google telahpun melaksanakan sistem mengindeks tajuk web (enjin carian) terbaharu yang dinamakan “Caffeine“. Menurut Google, Caffeine adalah sistem yang terbaik kerana telah dipertingkatkan dan mampu mengindex 50% keputusan yang lebih terkini berbanding sebelumnya. Selain itu, Caffeine juga akan menawarkan koleksi terbesar bahan rujukan dari kandungan web.
Proses Kerja Sistem Lama (Layer system)
Menurut Google, sistem indeks yang lama mempunyai beberapa lapisan (layer). Melalui sistem ini laman yang baru akan diindeks terlebih dahulu berbanding laman yang telah lama. Lapisan utama akan dikemaskini setiap dua minggu. Manakala untuk mengindeks laman yang telah lama, Google akan menganalisis semua web. Maknanya terdapat penangguhan yang signifikan antara tempoh masa Google mencari laman web berkaitan dan menyediakannya (menyenaraikannya) di enjin carian.
Proses Kerja Sistem Baru (“Caffeine”)
Sistem “Caffeine” ini membolehkan pihak Google menganalisis web dalam bahagian yang kecil dan mengemaskini indeks carian secara terus menerus dan secara global. Jadi semasa Google mencari laman baru atau maklumat baru, mereka boleh menambah terus ke indeks tanpa adanya penangguhan. Itu bermakna pengguna boleh mendapatkan maklumat lebih terkini, tepat dan relevan tanpa mengira bila ia diterbitkan.
Selain itu, “Caffeine” juga membolehkan Google mengindeks laman web dalam skala besar. Setiap proses kedua “Caffeine” pula boleh memproses ratusan ribu laman dalam selari. Jika dibuat perbandingan, bilangan data seperti itu jika ditulis di atas kertas, kita perlukan kertas yang panjangnya kira-kira 3 batu bagi setiap 1 saat.
Storan Data
“Caffeine” memerlukan hampir 100 juta GB (gigabyte) ruang simpanan dalam satu database dan menambah maklumat baru pada tahap ratusan ribu GB sehari. Jika dibuat perbandingan, untuk menyimpan data seperti itu, sebanyak 625,000 iPod diperlukan. Manakala jika ia dibandingkan dengan data di atas kertas, jumlah panjang kertas yang diperlukan adalah lebih dari 40 batu. Bayangkan…
Apapun, kalau nak penerangan yang lebih, bolehlah tengok klip penjelasan daripada Matt Cutts di bawah ni..
Sumber: Google Blog



{ 21 comments… read them below or add one }
salam,wa terbaiklah makin hari makin laju kemajuan pembangunan web development..makin dikejar makin jauh,nice info yang pasti carian yang terbaru lebih baik dari carian yang lama
dunia IT ni memang susah nak dikejar bro.. sangat dinamik
sebab tue negara perlukan pakar IT…(aku tak paham pun benda nie…hee).
Teknologi carian makin maju…makin mudah untuk cari bahan.
faisalhanim recently posted..Mompreneur: Part 3
betul 2 insyallah,ayie akan mempertingkatkan diri untuk menjadi salah seorang pakar ICT di malaysia,insyallah.. membagun untuk negara dan bangsa sejagat.. Allahu Akhbar
akupun tak pakar lagi.. sekadar pengguna juga ni..
besarnyer storan data dia.pperrgghhh
apiih recently posted..Aku Penggila Twitter Client
sistem diorang memang hebat..semua benda sekelip mata
aizuddin recently posted..Jadual Perlawanan Piala Dunia 2010 Waktu Siaran Rtm
Lepas ni senang la skit kalau nak buat carian di Google
wazy recently posted..Terima Kasih Nuffnang Part 2
nampaknya memang lagi senang bro..
boleh efek SEO dan page ranking ke?
Google ni kadang2 diluar dugaan hehe
Syafrizal recently posted..PPIM gesa JAKIM tarik balik sijil halal syarikat Zionis
rasanya efek pada SEO je bro.. pagerank tak pasti sangat. tak ada penerangan jelas pasal tu..
kalau macam ni, mesti pelajari tehnik seo yang baru ke?
jawatan kosong recently posted..Frangipani Hotels Langkawi Vacancy Finance & Admin Manager Kedah
Salam..
kerana ada pakcik google maka memudahkan kerjaku di sini..
terima kasih teman atas maklumat tersebut
iya pakcik google ni memang banyak membantu kerja kita ya kak

jawatan kosong recently posted..Frangipani Hotels Langkawi Vacancy Finance & Admin Manager Kedah
salam….
bagus la utk memudahkan carian. Tapi ada efek tak pada blog kecil seperti Teratak Usang? Mana tau PR3 tetiba terus 0….
Jom lawat http://azilas.blogspot.com/2010/06/no-follow-vs-do-follow.html
Iza recently posted..Jom Timbang Berat Blog
Salam,
jangan risau iza, sistem index carian baru ni tak ada kaitan dengan pagerank.. cuma ada penambah baik untuk SERP (search engine results page)
wow google bergerak ngan pantas
millo recently posted..Transformers 2 Ravage Jaguar 8gb Usb Flash Drive
teknologi semakin berkembang..
nombor /nilai storage semakin besar diperlukan..
Mus DK recently posted..Petua Menghilangkan Hanyir Ayam
40 batu…. 64 kilometer..pergh jauh tu, ada kena mengena dengan pagerank tak caffein ni? hehehe

etomyam recently posted..Chevrolet Cruze Di Pasaran Malaysia
wow bagus la camtu. hehe.

Amir recently posted..Mark Zuckerberg Serang MillatFacebook?
perkongsian ilmu yang bagus thanks bro
ray ban recently posted..Size guide