Home >> Info >> Cara Bayaran Bantuan Kewangan RM500 (BR1M)

Cara Bayaran Bantuan Kewangan RM500 (BR1M)

by Kulanzsalleh on January 12, 2012 · 17 comments

Berikut adalah beberapa maklumat penting berkenaan Bantuan Kewangan RM500 atau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan pembaca di entri Pendaftaran Bantuan Kewangan RM500 Dibuka. Semoga maklumat ini dapat memberi sedikit panduan kepada para pembaca.

Bayaran Bantuan Kewangan RM500 (Bantuan Rakyat 1Malaysia – BR1M)

  1. Pembayaran akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini dalam bentuk baucar tunai.
  2. Semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos secara berperingkat.
  3. Setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat (dalam tempoh 2 bulan) dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.
  4. Majlis penyerahan baucar kepada pemohon yang berjaya akan diadakan pada tarikh dan tempat yang ditetapkan dalam surat.
  5. Tempoh sah laku baucar adalah sehingga 15 April tahun ini.
  6. Baucar bantuan boleh ditunaikan di cawangan bank terpilih (Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank) di seluruh negara.
  7. Bagi pemohon di kawasan luar bandar, mereka juga boleh menunaikan baucar BR1M di kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank yang disediakan kerajaan pada majlis penyerahan itu.
  8. Pemohon boleh membuat semakan status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari ini. Talian ini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.
  9. Permohonan yang lewat masih boleh dikemukakan sehingga 10 Februari 2012. Sila rujuk Mekanisme Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk menyemak syarat kelayakan.

Selain BR1M, kerajaan juga turut menyediakan bantuan eKasih bertujuan untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia.  Jika belum mendaftar, boleh rujuk Daftar eKasih dan Bantuan Kewangan RM500 kerana di sana ada beberapa penjelasan diberikan berhubung bantuan ini.

Sumber


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 17 comments… read them below or add one }

1 iza January 12, 2012 at 7:37 pm

Assalam…
Kat kg, mak saya bagitau ada sorang tu tolong isikan borang bantuan untuk penduduk,beberapa hari lepas tu, si dia bagitau nak minta seorang RM20 jika layak dapat bantuan…pastu ada yang merungut..

Reply

2 kulanz January 13, 2012 at 10:42 pm

wslm,
tu tak ikhlas membantu.. minta imbuhan pula dia.. adehhh

Reply

3 akubiomed January 12, 2012 at 9:22 pm

Tidak sangka pula ada majlis penyerahan harap ia tidak menyusahkan orang jauh dipendalaman kerana belanja mereka ke majlis lebih besar dari pemberian BR1M.

Reply

4 kulanz January 13, 2012 at 10:45 pm

biasanya majlis macam ni dibuat sebab nak bagi penjelasan kepada rakyat tentang kebaikan kerajaan.. konon2 lah…
tapi harap majlis ni tak menyusahkan mereka yang jauh di pedalaman..

Reply

5 titan January 13, 2012 at 7:13 pm

aku tak layak dapat. menci.

Reply

6 kulanz January 13, 2012 at 10:45 pm

tu lah.. akupun tak layak juga.. hahaha

Reply

7 wazy January 14, 2012 at 10:38 pm

Alhamdulillah,permohonan saya telah diluluskan

Reply

8 kulanz January 15, 2012 at 11:41 pm

syukur bro..

Reply

9 rozita bt fajaruddin January 16, 2012 at 12:08 pm

ok..

Reply

10 asmidah January 18, 2012 at 1:25 pm

salam sahabat,sya nak tanya bleh tak kte semak nama kte melalui online jer sama ada kte dpt ke tak duit 500 tue

Reply

11 Ahmad Asraf Hashim January 18, 2012 at 1:57 pm

Bantuan Rakyat hotline tel no betul ke?
1-800-222-500 Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan.
1-300-88-3010 Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.

Reply

12 hatiputera January 18, 2012 at 7:50 pm

alhamdulillah,,,saya dah dapat duitnya,,,

Reply

13 Sakinah January 19, 2012 at 3:59 pm

Saya ibu tunggal,gaji kasar RM2,000. Jaga 2 org anak berusia 14 dan 12 tahun. Kalau tak layak,senang jer…bagi jer duit RM500 tu utk ‘Kak Mah’ setting rambut…

Reply

14 asmidah January 20, 2012 at 11:20 pm

mcm mne nak tahu kte dah layak ke tak dpt bantuan 500 tue.bla sya call no 1800222500 takde respon ape pun dn no yg 1 lg tue memang tak dpt knape ye susah sgt nak check nama kte layak ke tak menerima duit 500 tue

Reply

15 anggun March 15, 2012 at 1:06 pm

salam..
saya telah lulus mendapat BR1M diadakan pada tarikh dan tempat yang ditetapkan dalam surat.tapi tidak dapat hadir.dekat mana saya boleh tuntut untuk mengambil BR1M rm500???

Reply

16 jingfenchua February 3, 2013 at 5:31 pm

jikalau orang telah dapat masa dan tarikh untuk terima bauce tapi tak dapat pergi pada masa yang tetap,jadi ni bantuan masih adakah???jikalau ada akan melalui tempat mana mendapati???

Reply

17 ayie February 13, 2013 at 12:25 am

saya suda dapat tahu yang saya telah mendapatkan br1m tersebut tapi tak dapat hadir di tempat tu .. ada cara lain untuk dapatkaan nya ??

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner